Saturday, January 15, 2011

PENGERTIAN ANAK YATIM DAN KEDUDUKANNYA DALAM ISLAM

Mukaddimah
Tahukah anda bahawa perkataan yatim disebut lebih daripada dua puluh kali? Ini membuktikan bahawa yatim adalah isu besar ditekankan oleh Allah SWT di dalam al-Quran. Namun ia seolah diremehkan. Seringkali kita menziarahi kematian, mengucapkan takziah dan menyumbang khairat kematian kepada orang dewasa. Jarang-jarang kita memikirkan atau melakukan tindakan-tindakan tadi terhadap yatim yang mendapat keutamaan Al-Quran.
Siapakah yang dimaksud dengan anak yatim? Apakah perbezaan antara anak yatim dan anak piatu? Bagaimana pula dengan anak yatim piatu?

Definisi
Secara bahasa "yatim" berasal dari bahasa arab. Dari fi'il madhi "yatima" mudhori' "yaitimu" dan masdarnya '' yatmu'' yang bererti : sedih. Atau bermakna : sendirian.

Menurut kamus Dewan, yatim ialah anak yang kematian bapa atau ibu. Piatu pula yang kematian ibu. Manakala yatim piatu yang kematian bapa dan ibu.

Ar-Razi di dalam As-Sihah mengata : al-yatim itu yang kematian bapa jika manusia dan yang kematian ibu jika haiwan.

Perkataan piatu bukan berasal dari bahasa arab, kata ini dalam bahasa Indonesia dinisbahkan kepada anak yang ditinggal mati oleh Ibunya, dan anak yatim-piatu : anak yang ditinggal mati oleh kedua orang tuanya.

Adapun menurut istilah syara' yang dimaksud dengan anak yatim adalah anak yang ditinggal mati oleh ayah atau ibunya sebelum dia baligh.

Namun Al-Alusi mentafsirkan perkataan yatim dengan sokongan dua ayat al-Quran yang lain iaitu ayat 220 surah al-Baqarah dan ayat 5 surah Al-Ahzab bahawa anak yatim itu merangkumi juga anak-anak liqith (pungut) yang tidak diketahui nasab, anak-anak yang ibubapa hilang, ibubapa tidak bertangungjawab (membuang atau meninggalkan anak) dan ibubapa yang dihalang seperti di penjara.
Ayat pertama:
        
“....jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu Yang seugama dan sebagai "maula-maula" kamu......” Al-Ahzab: 5.

Ayat kedua:
            
Maksudnya: “....mereka bertanya lagi kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. katakanlah: "Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya", dan jika kamu bercampur gaul Dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seugama)....” Al-Baqarah: 220.

Mazhab yang sependapat dengan Al-Alusi berhujah dengan dua ayat di atas. Pertamanya, Allah menggunakan perkataan “kamu tidak mengetahui ibubapa mereka” bukan perkataan “mati atau hilang”. Kedua atas dasar kewajipan ukhuwwah imaniah (    ). Ketiga menjaga anak yatim itu amat baik kerana mereka perlukan pengganti bapa dan pengurus harta. Maka mereka ini (anak pungut dsb) lebih memerlukan berbanding yatim yang masih ada saudara-mara dan harta kerana mereka ini tiada sesiapa dan tiada sesen harta. Jiwa mereka lebih menderita.

Oleh itu mazhab ini mendefinisikan yatim itu dari segi istilahnya ialah anak-anak yang tidak diketahui bapa atau ibu dan yang kematian bapa atau ibu.

Had umur yatim
Batas seorang anak disebut yatim adalah ketika anak tersebut telah baligh dan dewasa, berdasarkan sebuah hadis yang menceritakan bahwa Ibnu Abbas r.a. pernah menerima surat dari Najdah bin Amir yang berisi beberapa pertanyaan, salah satunya tentang batasan seorang disebut yatim, Ibnu Abbas menjawab:

وكنت تسألنى عن اليتيم متى ينقطع عنه اسم اليتم ، وإنه لا ينقطع عنه اسم اليتم حتى يبلغ ويؤنس منه رشد
( رواه مسلم )
“Dan kamu bertanya kepada saya tentang anak yatim, bila terputus predikat yatim itu, sesungguhnya predikat itu putus bila dia sudah baligh dan menjadi dewasa” .

Kedudukan Yatim Di Dalam Islam
Islam menganjurkan agar menyayangi mereka dan melarang melakukan tindakan-tindakan yang dapat menyinggung perasaan mereka. Banyak ayat-ayat Al-qur'an dan hadis-hadis Nabi saw yang menerangkan tentang hal ini. Dalam surat Al-Ma'un misalnya, Allah swt berfirman:

(( أرأيت الذي يكذب بالدين ، فذلك الذي يدع اليتيم ، ولا يحض على طعام المسكين ))
.
"Tahukah kamu orang yang mendustakan Agama, itulah orang yang menghardik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan kepada orang miskin " Al-ma'un : 1-3.
Orang yang mengherdik anak yatim dan tidak menganjurkan memberi makan kepada fakir miskin, dicap sebagai pendusta Agama yang diancam dengan azab neraka.
Dalam ayat lain, Allah juga berfirman :
(( فأما اليتيم فلا تقهر ، وأما السا ئـل فلا تنهر ))
"Maka terhadap anak yatim maka janganlah engkau berlaku sewenang-wenang. Dan terhadap pengemis janganlah mengherdik". Ad-Dhuha : 9 – 10

Begitu juga terdapat banyak hadis-hadis Nabi saw yang menerangkan tentang keutamaan mengurus anak yatim di antaranya sabda baginda :

أنا وكافل اليتيم فى الجنة هكذا وأشار بالسبابة والوسطى وفرج بينهما شيئا
(رواه البخاري ، كتاب الطلاق ، باب اللعان )

Aku dan pengasuh anak yatim berada di Surga seperti ini, Baginda memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah-nya dan baginda sedikit merengganggangkan kedua jarinya.

Dan dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Nabi saw bersabda :
عن ابن عباس أن النبي صلى الله عليه وسلم قال " من قبض يتيما من بين المسلمين إلى طعامه وشرابه أدخله الله الجنة إلا أن يعمل ذنبا لا يغفر له ( سنن الترمذي )

Dari Ibnu Abbas r.a. bahwa Nabi saw bersabda : barang siapa yang memberi makan dan minum seorang anak yatim di antara kaum muslimin, maka Allah akan memasukkannya ke dalam surga, kecuali dia melakukan satu dosa yang tidak diampuni.
Imam Ahmad dalam musnadnya meriwayatkan dari Abu Hurairoh r.a. hadis yang berbunyi :

عن أبي هريرة أن رجلا شكا إلى النبي صلى الله عليه وسلم قسوة قلبه فقال إمسح رأس اليتيم وأطعم المسكين (رواه أحمد )

Dari Abu Hurairoh, bahawa seorang laki-laki mengadu kepada Nabi saw akan hatinya yang keras, lalu Nabi berkata:” usaplah kepala anak yatim dan berilah makan orang miskin”.
Dan hadis dari Abu Umamah yang berbunyi :
عن أبى أمامة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال من مسح رأس يتيم أو يتيمة لم يمسحه إلا لله كان له بكل شعرة مرت عليها يده حسنات ومن أحسن إلى يتيمة أو يتيم عنده كنت أنا وهو فى الجنة كهاتين وقرن بين أصبعيه (رواه أحمد )

Dari Abu Umamah dari Nabi saw berkata: barangsiapa yang mengusap kepala anak yatim laki-laki atau perempuan kerana Allah, adalah baginya setiap rambut yang diusap dengan tangannya itu terdapat banyak kebaikan, dan barang siapa berbuat baik kepada anak yatim perempuan atau laki-laki yang dia asuh, adalah aku bersama dia di syurga seperti ini, beliau mensejajarkan dua jari-nya.



Kesan Keutamaan Sahabat terhadap Yatim

Ayat 3 surah Nisa ini adalah ayat umum mengenai hukum harus berpoligami bagi lelaki. Ayat ini diturunkan kerana berlaku pada zaman sahabat Rasulullah SAW pengasuh atau wali yang merebut peluang untuk mengahwini perempuan-perempuan yatim di bawah asuhan mereka kerana keutamaan, kecantikan atau kerana mengurus harta perempuan-perempuan yatim itu. Namun kerana perlunya memberi lebih keutamaan dan mahar yang lebih tinggi maka dalam kalangan mereka ada yang bimbang tidak dapat berlaku adil antara isteri mereka dengan isteri yang yatim. Maka turunlah ayat ini, jika tidak mampu berkahwin dengan perempuan-perempuan yatim maka kahwinlah dengan mana-mana perempuan yang disenangi dua, tiga atau empat..

                              

Maksudnya:"...dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin Dengan mereka), maka berkahwinlah Dengan sesiapa Yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan Yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman".

Demikianlah, ajaran Islam memberikan kedudukan yang tinggi kepada anak yatim dengan memerintahkan kaum muslimin untuk berbuat baik dan memuliakan mereka. . Kemudian memberi balasan pahala yang besar bagi mereka yang benar-benar melakukannya, di samping mengancam orang-orang yang mengambil peluang keadaan hidup mereka apatah lagi semata-mata terhadap harta mereka. Ajaran yang mempunyai nilai sosial tinggi ini, hanya ada di dalam Islam. Bukan hanya slogan, tapi dipraktikkan oleh para Sahabat Nabi dan kaum muslimin sehingga kini. Bahkan pada zaman Nabi saw dan para Sahabatnya, anak-anak yatim diperlakukan dengan sangat istimewa, kepentingan mereka diutamakan dari pada kepentingan peribadi atau keluarga sendiri. Gambaran tentang hal ini, di antaranya dapat kita lihat dari hadis berikut ini :

عن ابن عباس قال لما أنزل الله عز وجل ( ولا تقربوا مال اليتيم إلا بالتى هي أحسن ) و (إن الذين يأكلون أموال اليتامى ظلما) الأية انطلق من كان عنده يتيم فعزل طعامه من طعامه وشرابه من شرابه فجعل يفضل من طعامه فيحبس له حتى يأكله أو يفسد فاشتد ذلك عليهم فذكروا ذلك لرسول الله صلى الله عليه وسلم فأنزل الله عز وجل (ويسألونك عن اليتامى قل إصلا ح لهم خير وإن تخالطوهم فإخوانكم) فخلطوا طعامهم بطعامه وشرابهم بشرابه

Dari Ibnu Abbas, ia berkata : ketika Allah Azza wa jalla menurunkan ayat "janganlah kamu mendekati harta anak yatim kecuali dengan cara yang hak" dan "sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim dengan zalim" ayat ini berkaitan dengan keadaan orang-orang yang mengasuh anak yatim, di mana mereka memisahkan makanan mereka dan makanan anak itu, minuman mereka dan minuman anak itu, mereka mengutamakan makanan anak itu dari pada diri mereka, makanan anak itu diasingkan di suatu tempat sampai dimakannya atau menjadi basi, hal itu sangat berat bagi mereka kemudian mereka mengadu kepada Rasulullah saw. Lalu Allah menurunkan ayat "dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang anak yatim. katakanlah berbuat baik kepada mereka adalah lebih baik, dan jika kalian bercampur dengan mereka, maka mereka adalah saudara-saudaramu" kemudian orang-orang itu menyatukan makanan mereka dengan anak yatim.

Sumber:
Al-Quran.
Al-Alusi. Ruh Al Maani.
Ar-Razi. As-Sihah.
Asbab Nuzul.
Ensklopedia Islam.
Kamus Dewan.
Musnad Ahmad.
Musnad Termizi.
Sahih Muslim.

No comments:

Masjid Online