Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Monday, March 23, 2015

INSAK DAN UJIAN KELAYAKAN CALON GURU

INSAK DAN UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG)

Mulai tahun 2014 Ujian Kelayakan Calon Guru dilaksanakan bagi menggantikan temuduga PPISMP KPLSPM. Agak banyak pembaharuan dalam pengujian telah dilaksanakan seperti penambahan dari segi ujian kecergasan. Namun Ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) tetap dilaksanakan. Untuk info lebih lanjut tentang INSAK sila klik di sini.

Contoh Soalan INSAK untuk Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Soalan INSAK lebih menjurus kepada soalan untuk menguji inventori sahsiah guru yang merangkumi kejujuran, tanggungjawab, ikhlas, amanah, dan sifat-sifat terpuji yang harus ada pada seorang guru.
insak 1
insak 2
insak 3
INSAK4
insak6

2. Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) untuk Kemasukan ke IPG

UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG) 
A. Sesi Ujian Bertulis 
  • Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.
B. Sesi Ujian Kecerdasan Fizikal
  •  Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal.
  • Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani Ujian Amali Pendidikan Jasmani.
  • Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan .
SESI TEMU DUGA 
  • Temuduga maktab perguruan hanya bagi calon yang berjaya dalam UKCG
  • Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG.
  • Calon yang memohon Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani ujian amali semasa sesi temu duga.
PEMILIHAN 
  • Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).

Panduan penting UKCG

Bagi ujian bertulis, calon mestilah bersedia untuk menjawab soalan Kuantitatif, Bahasa Inggeris, INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan), Analitikal dan Verbal.

3. Panduan dan TIP temuduga sebagai asas boleh baca di blog ini. Jika nak baca Panduan yang lebih terperinci sila klik di sini


INSAK DAN UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG)


6 comments:

Unknown said...

Ujian insak perlu brpakaian formal ke x?

Unknown said...

ujian INSAK ni ada soalan yang dlm bahsa inggeris ke?..mohon penjelasan..sb saya kena hadir ujian UKCG 2April ni :)

Abu Farhi said...

UNTK KPLSPM : Pakaian formal pada saringan kedua. Untuk INSAK dan Ujian kecergasan kena pakaian pakaian sukan cuma kalau lelaki baju t putih seluar sukan hitam. Perempuan baju t lengan panjang + tudung putih dan seluar sukan hitam. Ikut kalau ikut yang tahun 2014 punya surat lar.

Berkaitan dengan kandungan INSAK jangan keliru yer... INSAK hanya ujian sahsiah, kalau yang ada sahsiah, BI, Kuantitatif, Verbal dan Analitikal tu namanya MTesT untuk KPLI.

Beli la! Pakej tu... insya Allah sangat membantu... banyak perkara dikongsi di dalam sistem tu... RM20 jer...

Unknown said...

ok,trima ksh ats penerangan.

Unknown said...

Ujian bertulis ni hanya jwb abc atau ada yg kbat, kena tulis?Kuantitatif, analitikal, dan verbal ni mcm mana ya?

Unknown said...

Ujian bertulis ni hanya jwb abc atau ada yg kbat, kena tulis?Kuantitatif, analitikal, dan verbal ni mcm mana ya?