Tuesday, September 6, 2016

Santan bukan penyebab kegemukan

Oleh: Dr.  Norzaidi Zakaria

Doktor: Encik kena banyakkan masakan yang mengandungi santan untuk menjaga kesihatan.

Pesakit: Santan bukan bahaya ke doktor? Bukankah ia lemak yang tak baik?

Itulah persoalan yang sering kita dengar bila kita membicarakan tentang santan. Umum masih sangsi tentang kelebihan santan dalam kesihatan.

Santan sebenarnya adalah minyak kelapa, Cuma ada tambahan sedikit gula di dalamnya. Jadi segala kebaikan minyak dan lemak kelapa ada pada santan (rantaian sederhana asid lemak yang stabil, anti microbial dan tenaga yang tiada radikal bebas).

Jika minyak kelapa sangat berkhasiat tentulah santan juga berkhasiat.

Santan kelapa merupakan salah satu bahan pelengkap masakan yang kerap digunakan untuk memasak. Santan diperolehi dari hasil perahan parutan isi kelapa yang ditambahkan dengan sedikit air.

Rasanya yang enak dan berlemak, membuat cita rasa masakan makin lazat dan disukai. Santan seperti juga minyak kelapa mengandungi asid lemak rantaian sederhana, bukannya rantai panjang asid lemak yang ditemui dalam lemak tepu yang terdapat dalam minyak masak yang lain.

Rantaian sederhana asid lemak adalah cukup kecil untuk meresap ke dalam kedua-dua sel dan membran mitokondria. Oleh itu, ia tidak memerlukan pembebasan insulin, yang biasanya perlu untuk penyerapan sel.

Begitu juga ia memerlukan carnitine transferase, yang biasanya penting untuk masuk ke dalam mitokondria. Dalam erti kata lain, santan juga adalah sumber bahan api yang cepat menyerap yang sangat rendah pada indeks glisemik bila di campur dengan karborhidrat contohnya nasi lemak, yang optimum bagi mereka yang mempunyai penyakit kencing manis.

Santan mempunyai tahap asid laurik yang tinggi, asid lemak rantaian sederhana bahawa badan menukarkan kepada monolaurin, Bahan ini boleh membantu untuk menurunkan kolesterol LDL, yang secara langsung memberi manfaat kepada orang-orang dengan diabetes. Ia juga bertindak sebagai anti-oksida dan pameran antiviral, serta aktiviti antibakteria.

Antara beberapa khasiat lain santan kelapa untuk kesihatan adalah ia baik untuk tulang kita supaya menjadi sihat dan kuat.

Seringkali kita mempercayai bahawa kalsium saja sudah cukup untuk membuat tulang kita sihat dan kuat. Tapi ianya tidak tepat. badan kita memerlukan Fosforus bersama kalsium untuk memiliki tulang sihat, kuat dan kukuh.

Santan merupakan sumber dari fosforus yang tinggi didalamnya. Santan juga kaya dengan zat besi. Penyebab anemia adalah kerana kekurangan zat besi.

Kekurangan zat besi dalam darah (anemia) menyebabkan bilangan hemoglobin menurun dan sangat merpengaruhi dalam produktiviti badan. Ia menjadikan badan kita lemah dan tidak bermaya.

Santan adalah sumber dari zat besi yang diperlukan. Antara faktor yang menarik adalah santan boleh menurunkan berat badan anda. Walaupun memiliki bentuk fizikal yang mirip dengan susu, santan sangatlah berbeza.

Santan tidak membuat anda gemuk, namun sebaliknya santan kelapa dapat membantu dalam menurunkan berat badan. Santan mengandung serat makanan yang mana akan membuat perut anda mudah kenyang dan bertahan dalam perut dalam masa yang lama.

Ini sangat baik dalam mengawal berat badan. Santan juga kaya dengan antioksidan. Manfaat yang terdapat dalam santan ini dapat melindungi tubuh dari gangguan radikal bebas dengan sifat antioksidan yang dimilikinya.

Ia juga dapat memperlambatkan proses penuaan dengan antioksidan dalam santan kelapa membantu pencegahan tanda-tanda penuaan diri dari terjadi. Selain daripada itu santan mengandungi vitamin C yang sangat penting untuk meningkatkan sistem kekebalan badan.

Santan kelapa juga boleh memerangi jangkitan infeksi selsema dan batuk. Vitamin C ini juga baik untuk kulit dan pembuluh darah. Vitamin C dan zat besi juga ada dalam santan kelapa.

Kedua nutrien ini penting untuk menjaga fleksibiliti dan kekenyalan kulit serta pembuluh darah. Apabila santan diambil bersama air kelapa , kita dapat menjaga tekanan darah kita.

Air kelapa mengandung potasium yang sangat baik dalam menjaga atau menstabilkan tekanan darah kita supaya menjadi sihat. Oleh itu dengan gabungan santan dan air kelapa juga baik untuk penngidap penyakit hipertensi.

Santan kelapa mengandungi zat zink(zinc) yang sangat baik untuk kesihatan kelenjar prostat.Ianya juga membantu mengatasi kekejangan otot yang teruk.

Santan kelapa mengandung magnesium dalam jumlah yang baik. Ini merupakan nutrien penting dalam membantu anda merasa lebih baik jika anda menghadapi masalah kekejangan otot atau lenguh badan.

Akhir sekali santan juga merupakan suplemen multivitamin dan multimineral semulajadi. Jadi manfaat santan kelapa yang terahir adalah sumber dari berbagai vitamin seperti vitamin B1, vitamin B3, vitamin B5, vitamin B6, vitamin C dan vitamin E.

Santan juga mengandung berbagai mineral penting seperti folate, zat besi dan mikronutrisi penting lain seperti Selenium, Sodium, Kalsium, Magnesium, Fosforus dan Kalium. Jadi sangkaan seperti kebanyakan masyarakat kita yang menyatakan santan adalah lemak yang tidak sihat adalah meleset sama sekali.

Di negara barat santan dijadikan minuman berkhasiat yang dipanggil ‘coconut milk’ yang diamalkan oleh mereka yang mengetahui khasiat santan itu sendiri.

Terdapat lagi satu fakta yang menarik yang mana beberapa pulau yang terdiri dari orang Tokelau, Pukapuka dan Kitavan yang hidup lebih sihat daripada masyarakat dunia yang lain dengan mengambil santan dan lemak kelapa yang banyak kerana merupakan makanan rugi mereka.

Masakan masyarakat orang melayu pada masa dulu sehingga sekarang juga banyak menggunakan santan seperti gulai, masak lemak cilia pi dan juga nasi lemak serta nasi dagang.

Ada juga santan digunakan didalam minuman seperti cendol dan sebagainya. Makanan ini merupakan makanan yang sihat kerana ada santan didalamnya tambahan lagi jika manisan didalamnya dikurangkan atau diganti dengan manisan kurang kalori seperti stevia.

Jadi mulai sekarang kita hendaklah menghapuskan dalam pemikiran kita yang menyatakan santan itu tidak bagus ditukarkan kepada santan makanan lemak yang berkhasiat untuk tubuh badan kita.

Penulis adalah Biro Media Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia

No comments: