Thursday, August 31, 2017

Jawatan Separa Perubatan

JAWATAN SEPARA PERUBATAN (U29)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Post ini bertujuan untuk kongsi maklumat dengan adik-adik yang berumur antara 17 tahun hingga 25 tahun lepasan SPM atau diploma bersesuaian yang mencari pekerjaan atau berminat nak bekerja di hospital dalam sektor kesihatan dan perubatan (separa perubatan). Diharap blog ini boleh menjadi rujukan atau sumber untuk mendapatkan maklumat yang bersesuaian dengan bidang ini.


Permohonan Latihan Separa Perubatan

·         Bagi calon yang layak, surat panggilan temu duga dan ujian akan diberi. Semakan juga boleh dilakukan melalui Portal SPA pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari dan bulan April bagi sesi kemasukan Julai.
·         Sahlaku permohonan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.

Syarat kelayakan
·   Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
·         Kelayakan SPM Mengikut Sistem Terbuka Untuk Latihan ke Perkhidmatan Awam
Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi.
i.            lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
ii.            lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
iii.            memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

** Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.
·         Umur Calon Untuk Mengikuti Latihan Separa Perubatan
Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
Pegawai sedang berkhidmat untuk Peningkatan Secara Lantikan (PSL) hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
Pegawai Sedang Berkhidmat (bukan Peningkatan Secara Lantikan) dalam perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Latihan bertaraf sijil
1. Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
2. Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja         
3. Latihan Jururawat    
4. Latihan Jururawat Masyarakat           
5. Latihan Juruterapi Pergigian               
6. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan    
7. Latihan Juruteknologi Pergigian
8. Latihan Juru X-Ray      

Perhatian 
Pelatih-pelatih separa perubatan yang telah tamat latihan di peringkat diploma akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan mengikut latihan yang diikuti dengan Gred U29.
Berikut adalah pautan berkaitan :

          2. E-semakan permohonan.
          5. Semakan Keputusan Temuduga







Sumber: http://www.spa.gov.my/web/guest/deskripsi-tugas/latihan-separa-perubatan/2072
   

No comments: