Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Monday, March 25, 2019

9 Tip Untuk Pemain Catur

GM Kayden Troff 18 tahun memberi 9 tip untuk para pemain catur:

1. Kerja kuat. Banyak dan jadualkan waktu belajar Dan latihan untuk catur.

2. Berseronok dengan catur. Setiap hari mesti main catur. Senyum, ketawa dan bergembiralah dengan catur.

3. Kenalpasti gaya permainan anda. Fokus pada gaya tersebut.

4. Jangan berputus asa. Seringkali seri dan kalah boleh menyebabkan pemain berputus asa. Jangan begitu jika anda bersabar, positif dan terus berusaha anda Akan merasai kemanisannya pada suatu have nanti.

5. Sentiasa bermain. Main catur dengan kawan, famili atau smartphone anda. Berusaha untuk bermain setiap hari. Ramai orang Yang minat bermain catur berkawanlah dengan mereka.

6.Kawal kawasan tengah. Empat kotak tengah di papan catur perlu dikuasai. Itulah gerbang ke seluruh papan, yang membolehkan anda memindahkan buah catur anda di mana sahaja anda mahu. Hanya berhati-hati untuk meninggalkan raja anda di tengah-tengah papan terlalu lama; ia mendedahkan buah catur anda kepada serangan.

7. Kembangkan pergerakan bidak anda. Sesetengah orang terperangkap sehingga terpaksa menggerakkan bidak atau memberi tumpuan kepada satu bahagian tertentu. Gunakan seluruh papan dan setiap buah catur anda. Setiap buah ada gunanya. Pindahkan mereka dari kedudukan pertama mereka dan libatkan mereka dalam pertarungan!

8. Perhatikan Queen. Queen anda adalah buah yang paling kuat. Kadang-kadang pemain terlalu bersemangat untuk bergerak keluar dan mula menyerang. Sepatutnya, biarkan lawan anda mengembangkan buah-buah caturnya terlebih dahulu sebelum anda menggerakkan Queen anda.

9. Kira pergerakan dengan tepat. Mengira adalah istilah untuk melihat empat, lima atau lebih langkah ke hadapan di atas papan. Ia adalah kemahiran yang perlu ditambahbaik dari masa ke masa. Perkara inilah yang  membezakan antara seorang pemain yang baik dengan pemain lain.

Sumber: https://boyslife.org/hobbies-projects/funstuff/152114/improve-your-chess-skills-with-these-9-expert-tips/

No comments: