Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Showing posts with label durian. Show all posts
Showing posts with label durian. Show all posts

Friday, July 19, 2019

Lima makanan yang tidak boleh dimakan bersama durian

*5 Makanan Yang Tidak Boleh Dimakan Bersama Durian*

Durian, buah yang sangat unik kerana ada yang sangat meminati dan ada juga yang sangat membenci raja buah ni.

Bau dan rasanya yang menyengat membuatkan buah ini salah satu buah yang sangat istimewa.

Namun bagi pencinta durian, anda kena tahu sebenarnya nak *makan durian ni ada pantang larangnya dan buah ini tidak boleh digandingkan dengan sesetengah makanan.*

*Antaranya ialah:*

*#1 Susu*

Tekanan darah pada tubuh akan semakin meningkat jika minum susu bersama durian. Ini kerana durian juga memiliki kandungan sulfur yang dimiliki susu. Jadi jika dimakan bersama, tubuh badan kita tidak mampu untuk berfungsi sepenuhnya bagi mengeluarkan dan menghancurkan toksin.

*#2 Kopi*

Kafein aktif dalam kopi membuatkan jantung kita berdegup lebih laju dan mampu menyebabkan suhu badan manusia menjadi lebih panas. Disebabkan kesan memakan keduanya durian dan kopi adalah sama, jadi untuk digandingkan bukan lah idea yang baik terutama untuk pesakit jantung.

*#3 Terung*

Mungkin ramai yang tidak tahu, terung juga boleh menaikkan tubuh badan manusia apabila dikonsum. Dan kesannya adalah sama seperti kopi.

*#4 Ketam*

Daging ketam mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi, begitu juga buah durian yang mengandungi karborhidrat serta lemak tinggi.

Jadi jika seseorang yang mempunyai kolestral tinggi makan durian bersama ketam secara tidak langsung ia akan memudaratkan.

*#Daging Lembu dan Kambing*

Daging lembu dan kambing memberi kesan panas pada suhu badan kita dan sebaiknya tidak dimakan waktu berdekatan dengan durian.

Perkara ini akan membawa kepada peradangan atau inflamasi pada tubuh anda.

*Kredit : Goodyfeed.com*

Sumber: https://mindarakyat.blogspot.com/2019/07/5-makanan-yang-tidak-boleh-dimakan.html?m=1