JAWATAN SEPARA PERUBATAN (U29)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!
Post ini bertujuan untuk kongsi
maklumat dengan adik-adik yang berumur antara 17 tahun hingga 25 tahun lepasan
SPM atau diploma bersesuaian yang mencari pekerjaan atau berminat nak bekerja di hospital dalam sektor kesihatan dan perubatan (separa perubatan). Diharap blog ini boleh menjadi rujukan
atau sumber untuk mendapatkan maklumat yang bersesuaian dengan bidang ini.
Permohonan Latihan Separa Perubatan
·
Bagi calon yang layak, surat panggilan temu duga
dan ujian akan diberi. Semakan juga boleh dilakukan melalui Portal SPA pada
bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari dan bulan April bagi sesi kemasukan
Julai.
·
Sahlaku permohonan bagi calon baru yang telah
memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i)
adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh
tersebut.
Syarat
kelayakan
· Pemohon
hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian
(sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.
·
Kelayakan SPM
Mengikut Sistem Terbuka Untuk Latihan ke Perkhidmatan Awam
Calon-calon yang menduduki dan
memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim
perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi
menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM
iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem
terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi.
i.
lulus enam (6)
mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran
adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu
peperiksaan; atau
ii.
lulus enam (6)
mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di
peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua
peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
iii.
memenuhi syarat
Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti
mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
** Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam
mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen,
Bahasa Inggeris dan Matematik.
·
Umur Calon
Untuk Mengikuti Latihan Separa Perubatan
Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun
tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
Pegawai sedang berkhidmat untuk Peningkatan Secara Lantikan
(PSL) hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
Pegawai Sedang Berkhidmat (bukan Peningkatan Secara Lantikan)
dalam perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan
dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup
permohonan.
Latihan bertaraf sijil
1. Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
2. Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
3. Latihan Jururawat
4. Latihan Jururawat Masyarakat
5. Latihan Juruterapi Pergigian
6. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
7. Latihan Juruteknologi Pergigian
8. Latihan Juru X-Ray
Perhatian
Pelatih-pelatih separa perubatan yang telah tamat latihan di peringkat diploma akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan mengikut latihan yang diikuti dengan Gred U29.
Berikut adalah pautan berkaitan :
Sumber: http://www.spa.gov.my/web/guest/deskripsi-tugas/latihan-separa-perubatan/2072