Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Thursday, September 22, 2011

Paris Hilton memeluk Islam






JEDDAH - Arab Saudi - Artis terkenal, Paris Hilton telah menukar agama kepada islam menurut jurucakap beliau, Ian Brinkham melalui media CBS. Dengan menukar agama kepada islam, beliau telah mengambil keputusan untuk meninggalkan cara hidup lama sebagai selebriti dan artis terkenal.

Katanya saya telah menemui kedamaian dalam hidup saya selepas menganut islam. Sebelum ini, saya lebih dikenali sebagai seorang yang tidak bermoral, rendah akhlak dan sanggup melakukan kerja-kerja kotor, tetapi sekarang semua itu sudah berubah. Pujian hanya kepada Allah.

Paris Hilton telah menukar namanya kepada \'Tahirah\' yang bermaksud suci dalam bahasa arab. Beliau akan mula memasuki sekolah agama islam pada julai ini. Tindakan mengejut Paris Hilton ini pastinya akan menjadi igauan buruk bagi selebriti-selebriti terkenal yang lain.

Sumber : http://www.redlomo.com/papar.php?num=110921035145

Friday, July 29, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN DAN BERTERAWIH



Assalamualaikum. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini beroleh pahala berganda dan dapat menigkatkan ketaqwaan. Namun sebelum melangkah masuk ke bulan Ramadhan kita perlulah bersedia dari segenap sudut. Dari sudut ilmu dah buat ulangkaji ka belum? Dari sudut perasaan, ada ke takda rasa gembira semacam dan rindu? Kalau masih rasa biasa saja ini menunjukkan Ramadhan yang lalu tidak meninggalkan kesan cinta dan rindu terhadapnya. Dari sudut mental juga perlu ada persedaian. Kena kuat semangat hendak beribadat. Kalau tidak di hujung2 bulan tumbang… bukan ibadah yang ditumpukan sebaliknya raya sampai tak sempat nak pi terawih apa lagi Iktikaf. Dari sudut fizikal kesihatan perlu dijaga. Rasulullah SAW melakukan puasa sunat sejak dari Rejab dan Syaaban sebagai persediaan fizikal. Akhir sekali persediaan material dah menabung ke belum? Bukankah bulan Ramadhan amalan sunat di beri pahala wajib, amalan wajib diberi pahala 70 kali ganda (maksud hadis). Simpan la wang zakat harta tu bayar dalam bulan ni…. sedekah juga kita buat dalam bulan ini. Walaupun sedikit tapi kita kerapkan di bulan penuh dengan rahmat ini. Mudah-mudahan beroleh Taqwa dan Selamat berterawih. Syukran. Jumpa lagi.

Download PANDUAN SOLAT TERAWIH DI SINI!!! SEBAR-SEBARKAN LINK INI. TQ!

Tuesday, April 19, 2011

Fahaman Akidah Klasik dan Moden



DALAM dunia tanpa sempadan, umat Islam sering disogokkan dengan kerencaman perkara yang boleh menggugat stamina keimanan. Antaranya, serangan pemikiran dan pemupukan nafsu amarah melalui media massa, Internet dan seumpamanya yang disifatkan sebagai me-nyimpang daripada kegunaan yang sebenar.
Oleh itu, tidak hairanlah jika ramai yang kecundang dalam hidup, kusut fikiran, kecelaruan ilmu, materialistik, tersasul me-ngendalikan alam, bejat moralnya dan lebih buruk lagi, mudah menjual akidah mereka dengan harga yang murah.

Justeru, amat wajar kita berusaha memperbaiki keadaan supaya umat Islam mampu merealisasikan jaminan Allah sebagai firman-Nya yang bermaksud: "Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh berbuat baik dan mencegah daripada kejahatan dan yang beriman kepada Allah." - (Al Imran: 110).

Status umat unggul dan terbaik sudah tentu memerlukan komitmen padu semua pihak bagi menghayati ajaran Islam secara komprehensif seterusnya menghalang segala bentuk kemungkaran yang bermaharajalela.

Sebagai contoh, ketekunan kalangan sahabat Rasulullah menghayati ajaran Islam, sama ada mencakupi perkara akidah, syariat, akhlak, pengurusan hidup, budaya ilmu, menyebarkan dakwah dan seumpamanya sepatutnya menjadi daya rangsang kepada generasi mutakhir untuk turut menjadikan Islam sebagai sistem hidup menyeluruh.

Bagaimanapun, segala perkara, sama ada membabitkan ibadah khususiyah (khusus) dan ammah (umum), hendaklah dibina di atas tapak akidah agar menara amal yang tertegak tidak mudah goyah dan tumbang kerana pengaruh unsur asing.

Tambahan pula, prasyarat sesuatu amalan yang akan diterima mestilah berasaskan iman kepada Allah. Ini bersandarkan kepada firman-Nya yang bermaksud: "Maka sesiapa yang menghendaki agama lain daripada Islam, tidaklah akan diterima (agamanya itu) dan di akhirat nanti dia termasuk daripada kalangan yang rugi." - (Al-Imran: 85).

Jelaslah, akidah adalah tunjang segala amalan dan benteng pertahanan yang kukuh daripada segala perkara yang merosakkan. Namun ia tetap berdepan dengan pelbagai cabaran yang bergerak ke arah memecahkan kubu iman di dalam setiap diri Muslim.

Buktinya, kegawatan nilai yang semakin parah, mengadakan pesta maksiat secara terbuka, rasuah, ajaran sesat dan sebagainya menambahkan lagi kecelaruan untuk menghayati Islam sebagai addin. Ini kerana kecederaan akidah sekali gus menjauhkan lagi jurang hubungan di antara hamba dan Tuhan.

Keadaan sebegini disebabkan banyaknya fenomena dan ancaman terhadap keutu-han akidah. Kalau dalam bentuk tradisionalnya seperti:

- Fahaman zindik yang membawa ajaran bahawa Tuhan berada di dalam diri atau seseorang itu Muhammad dan seumpamanya. Malah, membawa doktrin Allah bersifat seperti manusia. Ini kebanyakannya merebak melalui ilmu tarikat yang jauh me-nyimpang daripada ajaran sebenar.

- Fahaman jabariah yang membawa ajaran manusia bebas daripada sifat ikhtiar. Pada pendapat golongan ini, Tuhan berkuasa ke atas segalanya, sekali gus manusia tidak berupaya mengatur gerak geri mereka. Bahkan, segala perbuatan baik dan buruk semuanya ditentukan oleh Tuhan.

- Fahaman muktazilah yang beriktikad bahawa manusia sebagai pelaku mutlak ke atas segala perbuatan mereka. Mereka juga berkecenderungan menafikan mukjizat kalangan rasul dan karamah kalangan wali, menyatakan bahawa al-Quran adalah makhluk serta terlalu bersifat rasionalistik.

- Fahaman syiah yang memfasikkan atau mengkafirkan sesetengah sahabat, mempercayai sifat maksum di kalangan pemimpin atau imam mereka yang mengatasi kalangan nabi dan rasul.

Begitu juga, percayakan al-Quran akan sempurna apabila ia dibawa oleh Imam Mahdi yang dinanti-nantikan, iaitu Muhammad Hassan Al- Askari.

Ancaman dalam bentuk klasik ini masih lagi berjalan dalam masyarakat walaupun tidak begitu menonjol dalam sejarah semasa. Ada pun cabaran yang terpaksa dihadapi oleh umat Islam dalam dunia moden hari ini adalah seperti:

- Fahaman sekularisme yang memisahkan agama daripada pangkuan perjalanan hidup seharian. Kesan daripada doktrin intelektual Barat, timbullah tanggapan bahawa agama sebagai urusan hidup individual serta tidak ada kena mengena dengan sosial.

Maka manusia terus leka dan lalai mengatur urusan hidup tanpa ditunjangi pegangan agama. Oleh itu, lahirlah pelbagai fenomena negatif yang membidas segala ketentuan agama yang disifatkan sebagai menyekat kebebasan bermasyarakat.

- Fahaman materialisme yang menganggap manusia perlukan kebendaan sebagai segalanya tanpa menyedari keterikatan mereka dengan hukum alam bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan menemui kematian.

Oleh itu, manusia rakus mengejar kemewahan dunia sehingga lupa tanggungjawab sebagai seorang hamba, pemimpin, pendidik, malah boleh membawa mereka ke arah kegelinciran akidah lantaran melihat manusia sebagai pemberi rezeki dan kemewahan.

- Gerakan misionari dan zionis yang selalu berusaha memporakperandakan pemikiran generasi muda Islam dengan mengatur segala agenda melemahkan generasi pelapis ini. Sebagai contoh, dengan program hiburan ala Barat seperti konsert liar, pergaulan bebas, temasya maksiat dan seumpamanya lagi.

- Fahaman saintisme yang fanatik, iaitu menolak al-Quran dan segala hadis sahih yang bertentangan dengan penemuan dan logikal sains walaupun manusia tidak berupaya mengkaji hakikat ilmu sains tanpa panduan wahyu.

- Fahaman liberalisme Barat yang memperjuangkan kebebasan manusia secara melampau, iaitu manusia mempunyai keinginan yang tidak boleh disekat dan kebebasannya adalah tidak terkawal. Dengan kata lain, mereka tidak lagi terikat dengan hukum halal dan haram, baik dan buruk, dan bermanfaat atau mendatangkan mudarat.

Atas desakan cabaran itu, umat Islam menjadi kucar-kacir dan tiada lagi keselarasan pemikiran serta meletakkan mereka sebagai umat yang lemah dan tidak bertamadun.

Ini disebabkan akidah sudah luntur dan pudar serta hilang serinya untuk menjadikan mereka sebagai umat yang terbaik dan disegani. Oleh hal demikian, perlu kepada membajai akidah agar ia selalu tumbuh segar dalam diri setiap Muslim, sama ada di kalangan kanak-kanak, remaja, orang dewasa, rakyat, pemimpin dan apa yang selainnya bagi menjamin kekebalan rohani tidak berjaya ditembusi oleh unsur-unsur tadi.

Bagi memperkasa keimanan, selain daripada menunaikan segala ibadat yang ditentukan, harus juga melihat kepada persekitaran semasa yang boleh dijadikan medium perantara antara ilmu dan masyarakat.

Sebagai contoh, kemudahan Internet perlu digunakan sebagai alat komunikasi mempertajam akidah dengan keterangan mengenai caba-ran dan cara mengatasinya. Begitu juga dengan media massa yang tidak kurang hebatnya mendominasi dunia maklumat semasa perlu memuatkan bahan bermanfaat serta berupaya mengasah minda masyarakat ke arah yang lebih positif, terutama dalam ilmu tauhid dengan corak pembawaan yang lebih segar.

Dunia penulisan, seminar, bengkel, keterangan lisan dan majlis ilmu perlu juga diketengahkan sebagai wadah penyampai maklumat. Apabila semuanya dapat direalisasikan, semoga akidah sebagai asas segalanya dapat menunjangi segala amalan dan urusan hidup di dunia.

Kesimpulannya, umat Islam perlu melawan segala ancaman dan cabaran akidah dengan dalil yang relevan dan metodologi yang tidak ketinggalan zaman serta tidak boleh dipertikaikan sesiapa.

Oleh itu, semua pihak perlu menjalin kerjasama seperti terkandung dalam pepatah Arab: "Tiang dunia ini ada empat perkara - ilmu ulama, keadilan pemimpin, sifat pemurah dan doa orang fakir."

sumber : http://members.tripod.com/~siti_2/01/36.html

Saturday, January 15, 2011

PENGERTIAN ANAK YATIM DAN KEDUDUKANNYA DALAM ISLAM

DEFINISI YATIM


Mukaddimah
Tahukah anda bahawa perkataan yatim disebut lebih daripada dua puluh kali? Ini membuktikan bahawa yatim adalah isu besar ditekankan oleh Allah SWT di dalam al-Quran. Namun ia seolah diremehkan. Seringkali kita menziarahi kematian, mengucapkan takziah dan menyumbang khairat kematian kepada orang dewasa. Jarang-jarang kita memikirkan atau melakukan tindakan-tindakan tadi terhadap yatim yang mendapat keutamaan Al-Quran.
Siapakah yang dimaksud dengan anak yatim? Apakah perbezaan antara anak yatim dan anak piatu? Bagaimana pula dengan anak yatim piatu?

Definisi
Secara bahasa "yatim" berasal dari bahasa arab. Dari fi'il madhi "yatima" mudhori' "yaitimu" dan masdarnya '' yatmu'' yang bererti : sedih. Atau bermakna : sendirian.

Menurut kamus Dewan, yatim ialah anak yang kematian bapa atau ibu. Piatu pula yang kematian ibu. Manakala yatim piatu yang kematian bapa dan ibu.

Ar-Razi di dalam As-Sihah mengata : al-yatim itu yang kematian bapa jika manusia dan yang kematian ibu jika haiwan.

Perkataan piatu bukan berasal dari bahasa arab, kata ini dalam bahasa Indonesia dinisbahkan kepada anak yang ditinggal mati oleh Ibunya, dan anak yatim-piatu : anak yang ditinggal mati oleh kedua orang tuanya.

Adapun menurut istilah syara' yang dimaksud dengan anak yatim adalah anak yang ditinggal mati oleh ayah atau ibunya sebelum dia baligh.

Namun Al-Alusi mentafsirkan perkataan yatim dengan sokongan dua ayat al-Quran yang lain iaitu ayat 220 surah al-Baqarah dan ayat 5 surah Al-Ahzab bahawa anak yatim itu merangkumi juga anak-anak liqith (pungut) yang tidak diketahui nasab, anak-anak yang ibubapa hilang, ibubapa tidak bertangungjawab (membuang atau meninggalkan anak) dan ibubapa yang dihalang seperti di penjara.
Ayat pertama:
Maksudnya:
“....jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu Yang seugama dan sebagai "maula-maula" kamu......” Al-Ahzab: 5.

Ayat kedua:
Maksudnya: “....mereka bertanya lagi kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. katakanlah: "Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya", dan jika kamu bercampur gaul Dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seugama)....” Al-Baqarah: 220.

Mazhab yang sependapat dengan Al-Alusi berhujah dengan dua ayat di atas. Pertamanya, Allah menggunakan perkataan “kamu tidak mengetahui ibubapa mereka” bukan perkataan “mati atau hilang”. Kedua atas dasar kewajipan ukhuwwah imaniah (    ). Ketiga menjaga anak yatim itu amat baik kerana mereka perlukan pengganti bapa dan pengurus harta. Maka mereka ini (anak pungut dsb) lebih memerlukan berbanding yatim yang masih ada saudara-mara dan harta kerana mereka ini tiada sesiapa dan tiada sesen harta. Jiwa mereka lebih menderita.

Oleh itu mazhab ini mendefinisikan yatim itu dari segi istilahnya ialah anak-anak yang tidak diketahui bapa atau ibu dan yang kematian bapa atau ibu.

Had umur yatim
Batas seorang anak disebut yatim adalah ketika anak tersebut telah baligh dan dewasa, berdasarkan sebuah hadis yang menceritakan bahwa Ibnu Abbas r.a. pernah menerima surat dari Najdah bin Amir yang berisi beberapa pertanyaan, salah satunya tentang batasan seorang disebut yatim, Ibnu Abbas menjawab:

وكنت تسألنى عن اليتيم متى ينقطع عنه اسم اليتم ، وإنه لا ينقطع عنه اسم اليتم حتى يبلغ ويؤنس منه رشد
( رواه مسلم )
“Dan kamu bertanya kepada saya tentang anak yatim, bila terputus predikat yatim itu, sesungguhnya predikat itu putus bila dia sudah baligh dan menjadi dewasa” .

Kedudukan Yatim Di Dalam Islam
Islam menganjurkan agar menyayangi mereka dan melarang melakukan tindakan-tindakan yang dapat menyinggung perasaan mereka. Banyak ayat-ayat Al-qur'an dan hadis-hadis Nabi saw yang menerangkan tentang hal ini. Dalam surat Al-Ma'un misalnya, Allah swt berfirman:

(( أرأيت الذي يكذب بالدين ، فذلك الذي يدع اليتيم ، ولا يحض على طعام المسكين ))
.
"Tahukah kamu orang yang mendustakan Agama, itulah orang yang menghardik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan kepada orang miskin " Al-ma'un : 1-3.
Orang yang mengherdik anak yatim dan tidak menganjurkan memberi makan kepada fakir miskin, dicap sebagai pendusta Agama yang diancam dengan azab neraka.
Dalam ayat lain, Allah juga berfirman :
(( فأما اليتيم فلا تقهر ، وأما السا ئـل فلا تنهر ))
"Maka terhadap anak yatim maka janganlah engkau berlaku sewenang-wenang. Dan terhadap pengemis janganlah mengherdik". Ad-Dhuha : 9 – 10

Begitu juga terdapat banyak hadis-hadis Nabi saw yang menerangkan tentang keutamaan mengurus anak yatim di antaranya sabda baginda :

أنا وكافل اليتيم فى الجنة هكذا وأشار بالسبابة والوسطى وفرج بينهما شيئا
(رواه البخاري ، كتاب الطلاق ، باب اللعان )

Aku dan pengasuh anak yatim berada di Surga seperti ini, Baginda memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah-nya dan baginda sedikit merengganggangkan kedua jarinya.

Dan dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Nabi saw bersabda :
عن ابن عباس أن النبي صلى الله عليه وسلم قال " من قبض يتيما من بين المسلمين إلى طعامه وشرابه أدخله الله الجنة إلا أن يعمل ذنبا لا يغفر له ( سنن الترمذي )

Dari Ibnu Abbas r.a. bahwa Nabi saw bersabda : barang siapa yang memberi makan dan minum seorang anak yatim di antara kaum muslimin, maka Allah akan memasukkannya ke dalam surga, kecuali dia melakukan satu dosa yang tidak diampuni.
Imam Ahmad dalam musnadnya meriwayatkan dari Abu Hurairoh r.a. hadis yang berbunyi :

عن أبي هريرة أن رجلا شكا إلى النبي صلى الله عليه وسلم قسوة قلبه فقال إمسح رأس اليتيم وأطعم المسكين (رواه أحمد )

Dari Abu Hurairoh, bahawa seorang laki-laki mengadu kepada Nabi saw akan hatinya yang keras, lalu Nabi berkata:” usaplah kepala anak yatim dan berilah makan orang miskin”.
Dan hadis dari Abu Umamah yang berbunyi :
عن أبى أمامة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال من مسح رأس يتيم أو يتيمة لم يمسحه إلا لله كان له بكل شعرة مرت عليها يده حسنات ومن أحسن إلى يتيمة أو يتيم عنده كنت أنا وهو فى الجنة كهاتين وقرن بين أصبعيه (رواه أحمد )

Dari Abu Umamah dari Nabi saw berkata: barangsiapa yang mengusap kepala anak yatim laki-laki atau perempuan kerana Allah, adalah baginya setiap rambut yang diusap dengan tangannya itu terdapat banyak kebaikan, dan barang siapa berbuat baik kepada anak yatim perempuan atau laki-laki yang dia asuh, adalah aku bersama dia di syurga seperti ini, beliau mensejajarkan dua jari-nya.

DEFINISI YATIM


Kesan Keutamaan Sahabat terhadap Yatim

Ayat 3 surah Nisa ini adalah ayat umum mengenai hukum harus berpoligami bagi lelaki. Ayat ini diturunkan kerana berlaku pada zaman sahabat Rasulullah SAW pengasuh atau wali yang merebut peluang untuk mengahwini perempuan-perempuan yatim di bawah asuhan mereka kerana keutamaan, kecantikan atau kerana mengurus harta perempuan-perempuan yatim itu. Namun kerana perlunya memberi lebih keutamaan dan mahar yang lebih tinggi maka dalam kalangan mereka ada yang bimbang tidak dapat berlaku adil antara isteri mereka dengan isteri yang yatim. Maka turunlah ayat ini, jika tidak mampu berkahwin dengan perempuan-perempuan yatim maka kahwinlah dengan mana-mana perempuan yang disenangi dua, tiga atau empat..

Maksudnya:"...dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin Dengan mereka), maka berkahwinlah Dengan sesiapa Yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan Yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman".

Demikianlah, ajaran Islam memberikan kedudukan yang tinggi kepada anak yatim dengan memerintahkan kaum muslimin untuk berbuat baik dan memuliakan mereka. . Kemudian memberi balasan pahala yang besar bagi mereka yang benar-benar melakukannya, di samping mengancam orang-orang yang mengambil peluang keadaan hidup mereka apatah lagi semata-mata terhadap harta mereka. Ajaran yang mempunyai nilai sosial tinggi ini, hanya ada di dalam Islam. Bukan hanya slogan, tapi dipraktikkan oleh para Sahabat Nabi dan kaum muslimin sehingga kini. Bahkan pada zaman Nabi saw dan para Sahabatnya, anak-anak yatim diperlakukan dengan sangat istimewa, kepentingan mereka diutamakan dari pada kepentingan peribadi atau keluarga sendiri. Gambaran tentang hal ini, di antaranya dapat kita lihat dari hadis berikut ini :

عن ابن عباس قال لما أنزل الله عز وجل ( ولا تقربوا مال اليتيم إلا بالتى هي أحسن ) و (إن الذين يأكلون أموال اليتامى ظلما) الأية انطلق من كان عنده يتيم فعزل طعامه من طعامه وشرابه من شرابه فجعل يفضل من طعامه فيحبس له حتى يأكله أو يفسد فاشتد ذلك عليهم فذكروا ذلك لرسول الله صلى الله عليه وسلم فأنزل الله عز وجل (ويسألونك عن اليتامى قل إصلا ح لهم خير وإن تخالطوهم فإخوانكم) فخلطوا طعامهم بطعامه وشرابهم بشرابه

Dari Ibnu Abbas, ia berkata : ketika Allah Azza wa jalla menurunkan ayat "janganlah kamu mendekati harta anak yatim kecuali dengan cara yang hak" dan "sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim dengan zalim" ayat ini berkaitan dengan keadaan orang-orang yang mengasuh anak yatim, di mana mereka memisahkan makanan mereka dan makanan anak itu, minuman mereka dan minuman anak itu, mereka mengutamakan makanan anak itu dari pada diri mereka, makanan anak itu diasingkan di suatu tempat sampai dimakannya atau menjadi basi, hal itu sangat berat bagi mereka kemudian mereka mengadu kepada Rasulullah saw. Lalu Allah menurunkan ayat "dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang anak yatim. katakanlah berbuat baik kepada mereka adalah lebih baik, dan jika kalian bercampur dengan mereka, maka mereka adalah saudara-saudaramu" kemudian orang-orang itu menyatukan makanan mereka dengan anak yatim.

Definisi YATIM

Sumber:
Al-Quran.
Al-Alusi. Ruh Al Maani.
Ar-Razi. As-Sihah.
Asbab Nuzul.
Ensklopedia Islam.
Kamus Dewan.
Musnad Ahmad.
Musnad Termizi.
Sahih Muslim.

Baca bagaimana saya dapat duit tepi dengan guna produk patuh syarak. Klik sini!!

Tajuk berkaitan:

Cara Didik Anak Yatim