Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Wednesday, May 6, 2020

Apakah Pedagogi Pembelajaran Bermakna (Deep Learning Pedagogy)

Apakah Pedagogi Pembelajaran Bermakna (Deep Learning Pedagogy)?


Mulai 2020 KPM menekankan dua dasar baru di dalam pelaksanaan kurikulum pendidikan di Malaysia iaitu; Pertama, Deep Learning dan Deep Understanding dan Kedua, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Hal membawa kepada semakan DSKP 2017 untuk penerapan dua dasar ini. Untuk post kali ini, mari kita sama-sama mempelajari dan memahami apakah deep learning ini. Artikel ini saya petik daripada malaysiadateline.com untuk dikongsi dengan rakan-rakan yang mengikuti blog ini.

Pendedahan terkini berkisar kepada ‘pedagogi’ iaitu ‘seni dan sains dalam pengajaran’.
Para ‘jurulatih’ pendidik kini terpaksa menelan perkara baru dan diminta untuk mempelajari, memahami, menghayati dan mencuba kaedah ‘pengajaran’ untuk dikongsikan ke bilik darjah dengan kenyataan ‘inovasi, kreativiti dan transformasi’.Untuk seiring dengan globalisasi pendidik harus menerima, mencari, mencuba dan menjalankan ‘kaedah cara’ yang diberikan untuk dilihat berdaya saing.

Kegagalan ‘melaksanakan’ apa yang disarankan bermakna ‘gagal’lah diri sebagai seorang pendidik yang berpengetahuan, berkemahiran dan kompeten. Begitu juga dengan murid dan pelajar, berulang kali kita mendengar akan keperluan untuk murid dan pelajar mempunyai kemahiran yang boleh dipindahmilik yang boleh digunapakai kepada mana-mana alam pekerjaan.

Kita juga dimaklumkan bahawa syarikat seperti Google, yang tidak meletakkan dan memerlukan transkrip peperiksaan sebagai keperluan untuk kedudukan dan jawatan dalam perjawatan, tetapi adakah kita di Malaysia melakukan perkara yang sama.Jika di lihat, sesiapa yang tidak mempunyai kertas kelayakan peperiksaan maka maaflah jawabnya untuk anda menjawat jawatan yang berkedudukan. Hebatkan! Tetapi bagaimanakah kita mempersiapkan pelajar untuk peluang ini ketika kita tidak memfokuskan pada gred dan bagaimanakah kaedah dapat memberi peluang kepada pelajar untuk bersuara?

Pedagogi Pembelajaran Bermakna Baru atau New Deep Learning Pedagogies (NPDL) mungkin menjadi kunci untuk menyokong para pelajar agar bersedia untuk menghadapi ujian dan kesusahan dunia di sekeliling mereka sambil pada masa yang sama, mempromosikan peluang yang berkesan untuk suara pelajar menyinar. Pedagogi Pembelajaran Bermakna Baru (NPDL) mewakili perubahan dalam pemikiran di mana pendidikan disabitkan.Ia mencerminkan perubahan terhadap kehidupan masyarakat kita dan keperluan untuk guru berfikir secara lebih terperinci mengenai bagaimana mereka menggunakan pendekatan mengajar di dalam kelas.

Pedagogi Pembelajaran Bermakna Baru (NDPL) mencerminkan pendekatan yang berbeza untuk mengajar, belajar, dan mentaksir secara menyeluruh dan holistik sambil menghasilkan perkara yang relevan dengan dunia di sekeliling kita. Pedagogi pembelajaran bermakna adalah keinginan untuk mengubah bentuk pendidikan bagi menyediakan pelajar yang lebih baik untuk dunia persekitaran mereka.

Pedagogi Pembelajaran Bermakna Baru (NPDL) [menghendaki dan memerlukan] pelajar mencipta pengetahuan baru dan menyambungnya ke dunia sebenar dengan menggunakan penguasaan alat digital” (Fullan & Langworthy, i). Ia juga melibatkan perkongsian pembelajaran “antara pelajar dengan pelajar dan antara pelajar dan guru” (Fullan & Langworthy, ms 10).

Projek dibentuk bersama dan adalah sahih dan berkaitan kepada situasi kehidupan sebenar; ia melibatkan banyak perbincangan dan pemahaman tentang apa yang diharapkan dan ke atas kejayaan pelajar berkenaan. Teras kepada Pedagogi Pembelajaran Bermakna Baru (NPDL) adalah enam konsep utama yang akan membentuk pelajar seiring dengan persekitaran di sekeliling mereka ketika mereka bergerak ke hadapan dalam kehidupan. Enam K (atau 6C) ini ialah:


  • Kemahiran Berfikir Kritikal dan Penyelesaian Masalah
  • Komunikasi
  • Kreativiti dan Imiginasi
  • Kewarganegaraan dan Komuniti
  • Koloborasi
  • Karektor Pendidikan

Enam K atau 6C ini mewakili kecekapan atau kompetensi dalam tugasan pembelajaran bermakna yang membantu menjadikan tugas tersebut lebih relevan dan bermakna kepada pelajar dan guru. Masih banyak yang perlu dipelajari sebenarnya mengenai Pedagogi Pembelajaran Bermakna Baru ( NPDL) terutama kepada mereka yang tidak mahir dan kompeten dalam penggunaan teknologi maklumat; penyelidikan berasaskan bukti masih diperlukan untuk lebih memahami kesan positif pedagogi ini bagi penggunaan di dalam kelas.

Pengintegrasian teknologi yang bermakna dan pembelajaran berdasarkan inkuri atau pertanyaan ke dalam kelas akan menyokong minat pelajar dan mungkin meningkatkan tahap keterlibatan pelajar. Pedagogi seperti ini dijangka akan menyediakan pelajar untuk kehidupan selepas sekolah dan menggalakkan pemikiran pembelajaran sepanjang hayat. Lagipun, kita perlu “membentuk anak-anak yang belajar daripada pembelajaran untuk memastikan mereka ‘mempelajarinya'” (Richardson, W., ms 14).


Sumber: Azizi Ahmad, Memahami apa itu Pedagogi Pembelajaran Bermakna (Deep Learning Pedagogy). 
https://malaysiadateline.com/memahami-apa-itu-pedagogi-pembelajaran-bermakna-deep-learning-pedagogy/ 6/5/2020

Monday, April 27, 2020

SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA UNIVERSITI 2020


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

BKPA Kementerian Pengajian Tinggi akan mengumumkan semakan panggilan temuduga ke universiti awam bagi lepasan SPM dan STPM atau yang setaraf mulai 29 April 2020. Semakan boleh di buat di laman utama KPT. Saya  mendoakan agar permohonan anda berjaya dan mengucapkan tahniah kepada semua pemohon yang dipilih untuk mengikuti temuduga.

Jangan lupa tarikh-tarikh penting dibawah:
  • 29.4.2020 hingga 20.5.2020 - Temuduga dan Ujian (Lepasan SPM)
  • 03.6.2020 - Hebahan Keputusan Lepasan SPM (Jangkaan)
  • 01.6.2020 hingga 21.7.2020 - Temuduga dan Ujian (Lepasan STPM/Setaraf)
  • 20.7.2020 hingga 24.7.2020 - UPUOnline Fasa 2 (Lepasan STPM/Setaraf)
  • 18.8.2020 - Hebahan Keputusan Lepasan STPM/Setaraf (Jangkaan)
Kepada pemohon-pemohon yang memohon bidang pendidikan atau perguruan anda perlu menduduki dan lulus peperiksaan MEdSi terlebih dahulu. Apa persediaan anda? Musim PKP ini jika belum memiliki buku nota dan contoh soalan tentu sukar untuk anda ke kedai-kedai untuk membelinya. Jadi anda memang bertuah kerana menemui blog ini. Di sini anda boleh dapat Pakej MEdSi dengan harga tawaran klik banner di bawah:

 http://abufarhi.blogspot.com/p/medsi.html


SYARAT AM IPTA/IPGM/KOLEJ MATRIKULASI/POLITEKNIK PRIMIER

Kewarganegaraan

Hanya Warganegara Malaysia yang mempunyai No. Kad Pengenalan/ My Kad sahaja yang layak mengemukakan permohonan; dan
kelayakan seperti berikut

Kelayakan SPM untuk kemasukan ke UA/IPG/Kolej Matrikulasi/Politeknik Primier
Asasi / Matrikulasi
Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya LIMA(5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM.

Diploma
Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya TIGA(3) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM.

Kelayakan SPM untuk kemasukan ke Politeknik Konvensional/METrO/Kolej Komuniti/ILKA
Diploma

Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya TIGA(3) kepujian dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dalam peperiksaan SPM.

Sijil
Pemohon mestilah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan boleh membaca, menulis dan mengira

MAKLUMAN PANGGILAN TEMUDUGA ONLINE CALON PISMP 2020


Assalamualaikum dan salam sejahtera.......
KPM mengumumkan bahawa calon-calon guru PISMP boleh mulai meyemak keputusan panggilan temuduga kepada para calon mulai 27 APRIL 2020 selepas pukul 2.30 petang.
     

Info daripada KPM:

Keputusan Calon layak dipanggil eUKCG dijangka akan dibuka pada 27 April 2020 (jam 2.00 petang)Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada pindaan dan masa yang akan ditetapkan kelak.
Pihak IPGM akan memaklumkan dari masa ke semasa menerusi portal PISMP sekiranya terdapat perubahan tarikh dan masa.
Sila layari portal ini dari masa ke semasa untuk maklumat lanjut.

MAKLUMAN PENTING:

1.  Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.
       Calon yang terpilih diwajibkan mejalani Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) secara online dan diwajibkan menyediakan
          rakaman video pengajaran serta menghantar link/ url menerusi portal PISMP.
2.  UJIAN KELAYAKAN CALON GURU ( UKCG) (SESI UJIAN BERTULIS ATAS TALIAN)
         Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit secara online,
            Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangkasama yang ditetapkan.
            (Sekiranya calon tidak menduduki UKCG secara atas talian pada masa yang ditetapkan akan
              dikira gagal dalam peringkat saringan)
3.  PENGHANTARAN VIDEO PENGAJARAN (PENGENALAN DIRI/ PENYATAAN HASRAT DAN SESI DEMONSTRASI
     PENGAJARAN/ BERCERITA)
       Menghasilkan video pengajaran antara 5 ke 7 minit dan muat naik ke Youtube. Hantar link/ URL video pengajaran ke
          portal PISMP, Panduan dan syarat penyediaan video pengajaran akan dimaklumkan hanya kepada calon yang
          berjaya dipanggil saringan eUKCG
          (Sekiranya calon tidak menghantar video pengajaran akan dikira gagal dalam peringkat saringan)
4.  PEMILIHAN

         Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung kepada keputusan UKCG,
            prestasi semasa sesi demonstrasi pengajaran dan skor merit serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat
            Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).
5.  SEMAKAN DAN TARIKH-TARIKH PENTING :

         Calon-calon perlu sentiasa peka terhadap tarikh-tarikh yang ditetapkan
            oleh Kementerian Pendidikan Malaysia seperti berikut (tarikh tertakluk kepada pindaan):
BIL
AKTIVITI
TARIKH
1Semakan Keputusan Calon menduduki eUKCG
Pemakluman Penghasilan Video Pengajaran
27 April 2020
-
03 Mei 2020
2Pemakluman Penghasilan Video Pengajaran
(Tarikh mula muatnaik video pengajaran dan kemaskini Link/ URL ke portal PISMP)
27 April 2020
3Tarikh Menduduki eUKCG04 Mei 2020
-
08 Mei 2020
4Tarikh akhir hantar Link/ URL Video Pengajaran kepada IPGM (Menerusi Portal PISMP)10 Mei 2020
5Keputusan tawaran Pengajian ke IPG
(Menerusi Portal UPU/ PISMP)
3 Jun 2020
6
Pendaftaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG Kampus
1 September 2020


6.  Calon yang telah menduduki UKCG dan menghantar video pengajaran dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh
     satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPG KPM tidak akan mengeluarkan
     maklumat secara bertulis kepada calon.
7.  Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan UKCG,
     penghantaran link/ url video pengajaran dan juga tawaran mengikuti pengajian di institusi yang ditetapkan.
9.  PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

         Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada
             Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
         Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah
            Kementerian Pendidikan Malaysia
 termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian.


Sumber dan pautan untuk semakan : https://pismp.moe.gov.my/


DAPATKAN SOALAN-SOALAN eUKCG / INSAK KLIK SINI