Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Friday, October 30, 2020

PAKEJ PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI PEMBANTU TADBIR (N29)


Pakej Peperiksaan Online  Pegawai Pembantu Tadbir ialah Sistem Akses Maklumat Online (bukan ebook) yang direka khas untuk membantu calon-calon pegawai pembantu tadbir yang akan menduduki Peperiksaan Online Pegawai Penolong Pembantu Tadbir (N29). Pakej ini juga sesuai untuk mana-mana calon temuduga kerajaan X29 (jururawat, juru x-ray dll) dan X41 dan sebagainya kerana persamaan ujian Psikomatrik (cuma berbeza format dan jumlah item), pengetahuan am dan nota pengetahuan kerjaya kerajaan yang sama.  Mengandungi maklumat yang dikumpulkan khas untuk membantu calon yang tidak mahu gagal dalam ujian-ujian ini. Apa ada di dalam Pakej Istimewa ini?? 


1. Info tentang format ujian dan nota kerjaya.
2. Set-set soalan latih tubi yang mirip peperiksaan sebenar terdiri daripada dua bahagian, i. Pengetahuan Am, ii. Psikometrik
3. Skor dan jawapan automatik. Jimat masa… Hanya klik klik…. 
4. Tips, teknik dan panduan menjawab juga disediakan.
5. Koleksi perkongsian pengalaman calon-calon yang pernah menjalani Peperiksaan ini.
6. Boleh belajar di mana-mana sahaja menggunakan laptop atau smartphone.
7. Tip menghadapi temuduga lisan.

P/s: Ramai calon pegawai pembantu tadbir yang menduduki ujian ini yang bagus namun gagal kerana tidak tahu teknik menjawab dan tiada persediaan yang betul. Pakej ini menawarkan info-info terkini dan sentiasa dikemaskini agar relevan dengan tawaran semasa jawatan ini. JIMAT MASA anda kerana tidak perlu membuat carian nota dan maklumat berkaitan serta sistem ujian objektif autoskor dan autosemak.



DAPATKAN PAKEJ PEPERIKSAAN ONLINE pegawai pembantu tadbir

Monday, June 8, 2020

*MAKAN BUAH KETIKA PERUT KOSONG* - Dapat Rawat Kanser

*MAKAN BUAH KETIKA PERUT KOSONG*

Doktor STEPHEN MAK merawat pesakit barah stadium akhir dengan cara unik. Ramai pesakitnya sembuh. "Ini merupakan strategi saya untuk menyembuhkan barah. Tingkat kejayaannya 80 %," tegas Mak.

Pesakit barah seharusnya tidak mati. Terapi anti barah sudah ditemukan yakni makanlah buah-buahan saat perut kosong atau sangat lapar. "Saya mohon maaf kepada ratusan pesakit barah yang telah meninggal akibat pengobatan konvensional," pungkasnya.

*TIPS MAKAN BUAH yang TEPAT*

*Hindarilah* makan buah setelah makan nasi dan lauk. Cara ini sangat dilarang atau 'haram,' jikalau Anda ingin bebas dari serangan barah dan penyakit mematikan lainnya.

Jika Anda makan buah ketika perut kosong, maka detoksifikasi sistem tubuh Anda meningkat berkali-kali ganda. Problem kelebihan berat badan dan penyakit mematikan lainnya teratasi.

*DAHSYATNYA BUAH-BUAHAN*

Jika Anda makan nasi, lalu menyusul buah, maka buah ditahan oleh nasi sebelum menuju usus. Nasi dan buah membusuk, berfermentasi, dan berubah menjadi asam. Tubuh yang sangat asam penyebab barah dan penyakit mematikan lainnya.

Saat buah bersentuhan dengan nasi di usus, maka seluruh massa nasi perlahan rusak. Jadi, silakan makan buah saat perut kosong atau sebelum makan nasi dan lauk.

*EFEK SALAH MAKAN BUAH*

Mungkin Anda pernah mendengar keluhan yakni setiap kali makan semangka, ada orang menderita sendawa, ketika makan durian perutnya kembung, ketika makan pisang rasanya segera ke toilet, dan lainnya. Perkara ini tidak akan terjadi, jikalau Anda makan buah apa saja saat perut kosong. Karena buah-buahnya bercampur dengan pembusukan makanan lain, sehingga menghasilkan gas dalam usus.

Rambut uban, rambut gugur, botak, gugup, dan lingkaran hitam di bawah mata tidak akan terjadi, jikalau Anda makan buah saat perut kosong.

"Jeruk dan lemon bersifat asam, tetapi menjadi alkalin (basa) di dalam tubuh, jikalau dimakan saat perut kosong," ulasan dokor HERBERT SHELTON yang melakukan riset khusus tentang asam basa tubuh.

*BUAH UMUR PANJANG dan SIHAT*

Jika Anda menguasai cara makan buah yang benar, maka Anda memiliki rahasia keindahan tubuh, umur panjang, kesehatan, vitalitas, kebahagiaan, dan berat badan ideal.

*BAHAYA BUAH yang DIPANASKAN atau DIMASAK*

Saat Anda minum jus buah, minumlah jus buah segar, bukan dari dalam tin, bungkusan, atau botol.

Jangan minum jus yang dipanaskan. Jangan makan buah yang dimasak, kerana semua nutrisi sudah hilang. Anda hanya mendapatkan rasanya saja. Memasak buah-buahan akan menghancurkan semua vitamin yang ada dalam buah. Makan buah utuh lebih baik dari pada minum jus.

Jika Anda minum jus buah segar, minumlah dengan perlahan, karena Anda harus membiarkannya bercampur dengan air liur (ensim di mulut) sebelum menelannya.

*TERAPI BUAH TIGA HARI BERTURUT-TURUT tanpa NASI dan LAUK*

*Silakan* Anda coba mengkonsumsi buah selama 3 hari berturut-turut untuk membersihkan semua racun (detoksifikasi) di tubuhnya---hanya makan buah dan minum jus buah segar selama 3 hari berturut-turut tanpa makan nasi dan lauk. Teman-teman Anda akan melihat Anda lebih segar, cantik, dan enerjik.

*BAHAYA MINUM AIR SEJUK setelah MAKAN: PEMICU BARAH*

Jika Anda *selalu* minum *air sejuk* (air batu) setelah makan, maka tamatlah hidup Anda. Kerana semua jenis barah sedia menghancurkan tubuh Anda.

Minum air batu setelah makan sangatlah nikmat, tetapi sangatlah membawa sengsara. Air batu mengentalkan semua makanan berminyak yang baru saja Anda makan. Akibatnya proses pencernaan menjadi sangat lambat. Usus akan sangat cepat rusak, kerana memaksa kerjanya.

Lebih dari itu, makanan berlemak dan telah membeku akan melapisi dinding usus Anda, sehingga perlahan memicu barah usus.

Tentu saja Anda akan semakin gemuk dan sekaligus perlahan menginap barah ganas. Kerana itu, minumlah sup hangat atau air hangat setelah makan.

Semakin Anda tahu, semakin besar peluang Anda untuk bertahan hidup, sehat, dan umur panjang tanpa biaya mahal.

*VIRALKAN* informasi di atas terutama kepada KELUARGA dan rakan-rakan Anda.

*BAHAGIA_SUKSES*
*"SAVE Health, SAVE Future."*

اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

Wednesday, May 6, 2020

Apakah Pedagogi Pembelajaran Bermakna (Deep Learning Pedagogy)

Apakah Pedagogi Pembelajaran Bermakna (Deep Learning Pedagogy)?


Mulai 2020 KPM menekankan dua dasar baru di dalam pelaksanaan kurikulum pendidikan di Malaysia iaitu; Pertama, Deep Learning dan Deep Understanding dan Kedua, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Hal membawa kepada semakan DSKP 2017 untuk penerapan dua dasar ini. Untuk post kali ini, mari kita sama-sama mempelajari dan memahami apakah deep learning ini. Artikel ini saya petik daripada malaysiadateline.com untuk dikongsi dengan rakan-rakan yang mengikuti blog ini.

Pendedahan terkini berkisar kepada ‘pedagogi’ iaitu ‘seni dan sains dalam pengajaran’.
Para ‘jurulatih’ pendidik kini terpaksa menelan perkara baru dan diminta untuk mempelajari, memahami, menghayati dan mencuba kaedah ‘pengajaran’ untuk dikongsikan ke bilik darjah dengan kenyataan ‘inovasi, kreativiti dan transformasi’.Untuk seiring dengan globalisasi pendidik harus menerima, mencari, mencuba dan menjalankan ‘kaedah cara’ yang diberikan untuk dilihat berdaya saing.

Kegagalan ‘melaksanakan’ apa yang disarankan bermakna ‘gagal’lah diri sebagai seorang pendidik yang berpengetahuan, berkemahiran dan kompeten. Begitu juga dengan murid dan pelajar, berulang kali kita mendengar akan keperluan untuk murid dan pelajar mempunyai kemahiran yang boleh dipindahmilik yang boleh digunapakai kepada mana-mana alam pekerjaan.

Kita juga dimaklumkan bahawa syarikat seperti Google, yang tidak meletakkan dan memerlukan transkrip peperiksaan sebagai keperluan untuk kedudukan dan jawatan dalam perjawatan, tetapi adakah kita di Malaysia melakukan perkara yang sama.Jika di lihat, sesiapa yang tidak mempunyai kertas kelayakan peperiksaan maka maaflah jawabnya untuk anda menjawat jawatan yang berkedudukan. Hebatkan! Tetapi bagaimanakah kita mempersiapkan pelajar untuk peluang ini ketika kita tidak memfokuskan pada gred dan bagaimanakah kaedah dapat memberi peluang kepada pelajar untuk bersuara?

Pedagogi Pembelajaran Bermakna Baru atau New Deep Learning Pedagogies (NPDL) mungkin menjadi kunci untuk menyokong para pelajar agar bersedia untuk menghadapi ujian dan kesusahan dunia di sekeliling mereka sambil pada masa yang sama, mempromosikan peluang yang berkesan untuk suara pelajar menyinar. Pedagogi Pembelajaran Bermakna Baru (NPDL) mewakili perubahan dalam pemikiran di mana pendidikan disabitkan.Ia mencerminkan perubahan terhadap kehidupan masyarakat kita dan keperluan untuk guru berfikir secara lebih terperinci mengenai bagaimana mereka menggunakan pendekatan mengajar di dalam kelas.

Pedagogi Pembelajaran Bermakna Baru (NDPL) mencerminkan pendekatan yang berbeza untuk mengajar, belajar, dan mentaksir secara menyeluruh dan holistik sambil menghasilkan perkara yang relevan dengan dunia di sekeliling kita. Pedagogi pembelajaran bermakna adalah keinginan untuk mengubah bentuk pendidikan bagi menyediakan pelajar yang lebih baik untuk dunia persekitaran mereka.

Pedagogi Pembelajaran Bermakna Baru (NPDL) [menghendaki dan memerlukan] pelajar mencipta pengetahuan baru dan menyambungnya ke dunia sebenar dengan menggunakan penguasaan alat digital” (Fullan & Langworthy, i). Ia juga melibatkan perkongsian pembelajaran “antara pelajar dengan pelajar dan antara pelajar dan guru” (Fullan & Langworthy, ms 10).

Projek dibentuk bersama dan adalah sahih dan berkaitan kepada situasi kehidupan sebenar; ia melibatkan banyak perbincangan dan pemahaman tentang apa yang diharapkan dan ke atas kejayaan pelajar berkenaan. Teras kepada Pedagogi Pembelajaran Bermakna Baru (NPDL) adalah enam konsep utama yang akan membentuk pelajar seiring dengan persekitaran di sekeliling mereka ketika mereka bergerak ke hadapan dalam kehidupan. Enam K (atau 6C) ini ialah:


  • Kemahiran Berfikir Kritikal dan Penyelesaian Masalah
  • Komunikasi
  • Kreativiti dan Imiginasi
  • Kewarganegaraan dan Komuniti
  • Koloborasi
  • Karektor Pendidikan

Enam K atau 6C ini mewakili kecekapan atau kompetensi dalam tugasan pembelajaran bermakna yang membantu menjadikan tugas tersebut lebih relevan dan bermakna kepada pelajar dan guru. Masih banyak yang perlu dipelajari sebenarnya mengenai Pedagogi Pembelajaran Bermakna Baru ( NPDL) terutama kepada mereka yang tidak mahir dan kompeten dalam penggunaan teknologi maklumat; penyelidikan berasaskan bukti masih diperlukan untuk lebih memahami kesan positif pedagogi ini bagi penggunaan di dalam kelas.

Pengintegrasian teknologi yang bermakna dan pembelajaran berdasarkan inkuri atau pertanyaan ke dalam kelas akan menyokong minat pelajar dan mungkin meningkatkan tahap keterlibatan pelajar. Pedagogi seperti ini dijangka akan menyediakan pelajar untuk kehidupan selepas sekolah dan menggalakkan pemikiran pembelajaran sepanjang hayat. Lagipun, kita perlu “membentuk anak-anak yang belajar daripada pembelajaran untuk memastikan mereka ‘mempelajarinya'” (Richardson, W., ms 14).


Sumber: Azizi Ahmad, Memahami apa itu Pedagogi Pembelajaran Bermakna (Deep Learning Pedagogy). 
https://malaysiadateline.com/memahami-apa-itu-pedagogi-pembelajaran-bermakna-deep-learning-pedagogy/ 6/5/2020