by Eva
Cheong, S.C. Chong, H.N. Ling
Konsep Gaya Pembelajaran
Gaya pembelajaran merupakan pendekatan atau cara bagaimana seseorang itu
belajar dalam meperolehi pengetahuan. (Dr Ragbir Kaur Joginder Singh,
2012). Pembelajaran pula merupakan kebolehan seseorang mengambil maklumat ,
mengekod dan failkan maklumat tersebut supaya ia menjadi mudah untuk digunakan
apabila digunakan. Selain itu, gaya pembelajaran juga merupakan cara seseorang
individu bertindak balas terhadap dunia sekitarnya dan menggunakan gaya
pembelajarannya berinteraksi dengan persekitarannya.
Menurut Dunn & Dunn (1981), sesetengah individu dapat belajar dengan amat
berkesan dalam keadaan yang sejuk, senyap dan teratur. Ada pula yang hanya
boleh belajar dengan adanya muzik. Menurut Peterson (1979) & Steward
(1981), gaya pembelajaran boleh merujuk kepada pendekatan pengajaran digemari
oleh seseorang pelajar. Ada pelajar yang gemar cara belajar sendiri. Menurut
Honey & Munford pula, pengalaman individu akan menentukan sama ada
seseorang itu gemar pengalaman yang baru, menjalankan refleksi, mencuba
idea-idea baru atau bersifat objektif. Dengan itu, jelaslah gaya pembelajaran
berkaitan dengan pengalaman seseorang. Steward & Felicetti (1992)
mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai “keadaan pendidikan di mana
murid-murid boleh belajar”. Oleh itu, gaya pembelajaran tidak menekankan kepada
apa yang dibelajari malahan menekankan bagaimana seseorang itu belajar.
Tiada ada satu gaya pembelajaran yang dikatakan paling baik atau buruk. Oleh
itu, gaya pembelajaran yang dipilih adalah bergantung dengan individu tersebut.
Seseorang murid A yang telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam
pengajaran dan pembelajaran, membawa makna murid ini telah menggunakan gaya
pembelajaran yang berkesan bagi dirinya. Sama juga dengan murid B yang tidak
dapat mencapai matlamatnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini mungkin
disebabkan oleh murid ini masih tercari-cari jenis gaya pembelajaran yang
paling sesuai untuk dirinya.
Gaya pembelajaran harus diberikan perhatian kepada murid-murid yang merupakan
individu yang berbeza oleh seorang pendidik supaya murid dapat belajar dengan
lebih berkesan.
Jenis-jenis Gaya Pembelajaran
Setiap individu mempunyai strategi belajar yang berbeza dan kadar pembelajaran
adalah tidak sama dengan individu yang lain, walaupun umur mereka adalah sama.
Mengikut Dictionary of Psychology (1973) dalam Santhi Suppiah (2000), perbezaan
individu dihuraikan sebagai variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma
kumpulan, sama ada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku
sosial, bakat dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat di kalangan individu
dalam suatu kumpulan.
Peranan guru dalam memilih kaedah dan aktiviti pengajaran yang sesuai merupakan
perkara yang penting untuk menjamin keberkesanan pembelajaran. Terdapat
tiga gaya pembelajaran yang lebih umum iaitu gaya pembelajaran visual, gaya
pembelajaran auditori dan gaya pembelajaran kinestetik.
Murid-murid
yang memiliki gaya pembelajaran visual adalah orang yang jenis gemar belajar
dengan huruf, gambar atau gambar rajah, teks, benda-benda maujud dan
sebagainya. Selain itu, murid-murid lebih cenderung membelajari Sesutu dengan
melihat teks yang sedia ada dan lebih suka membelajari melalui penglihatan.
Murid-murid yang mempunyai gaya pembelajaran ini memerlukan tulis nota apabila
mengingati sesuatu dan tidak perlu penerangan lisan.Sebagai contohnya,
semasa dalam kelas, Ali menyalinkan semua nota yang dibagi oleh guru dan cuba
membuat rujukan yang berbentuk teks dan gambar untuk menambahkan pengetahuannya
terhadap pembelajaran.
Gaya pembelajaran auditori merupakan jenis pembelajaran yang menekankan
pendengaran perkataan dan arahan lisan. Seseorang murid perlu mengingati
penerangan melalui bacaaan kuat atau menggerakkan bibir ketika mempelajari
sesuatu. Selain itu,murid-murid yang menggunakan jenis pembelajaran ini akan
mengukuhkan ingatan dalam mendengar semula rakaman pita audio dan juga mengajar
murid –murid lain serta berbincang dengan guru. Sebagai contohnya, Muthu tidak menyalin
nota semasa guru memberi penerangan tantang konsep fotosintesis. Tetapi dia
hanya mendengar dan mengingati apa yang diterangkan sahaja. Selepas itu, guru
memberikan latihan kepada mereka. Muthu dapat menjawab dengan baik dengan
menggunakan teknik ingat kembali. Oleh itu, Muthu menggunakan gaya pembelajaran
auditori.
Gaya pembelajaran kinestetik adalah pembelajaran yang murid dapat belajar
melalui gerakan-gerakan untuk mengingati informasi ke dalam otaknya. Murid yang
mengamalkan jenis pembelajaran ini, memerlukan bahan-bahan pembelajaran yang
konkrit untuk membantu mereka mengingati sesuatu. Selain itu, murid jenis
pembelajaran ini gemar menyentuh dengan bidang objek yang digemari kerana
mereka suka terhadap bidang yang dapat memberi pengalaman yang realiti kepada
mereka. Sebagai contohnya, semasa waktu Sains & Teknologi, guru membawa
murid-murid keluar dari kelas dan pergi ke taman bunga. Murid-murid diberi
peluang menyentuh dan merasai bentuk-bentuk bunga. Selepas itu, terdapat
beberapa orang murid dapat melukis bentuk bunga yang disentuh tadi, maka
murid-murid tersebut merupakan jenis pembelajaran kinestetik.
Di
samping itu, gaya pembelajaran yang lain adalah gaya pembelajaran global yang
sentiasa berinisiatif mencari pelbagai cara dan jalan penyelesaian untuk
sesuatu perkara. Murid ini akan mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber
yang berlainan. Sebagai contohnya, Meng Choo sentiasa melayari internet,
mencari maklumat di pusat sumber, menanya pandangan orang lain apabila
membelajari sesuatu topik yang baru baginya. Gaya pembelajaran global ini
membolehkan murid-murid mendapat pelbagai ilmu pengetahuan daripada
pembelajaran.
Gaya
pembelajaran pemerhatian reflektif adalah jenis pembelajaran yang menggunakan
pengalaman melalui membuat refleksi. Setiap pembelajaran yang dilakukan akan
diimbas kembali dan membuat kesimpulan pada akhirnya. Murid yang berjenis ini
juga akan memikir secara mendalam dan penelitian yang teliti sebelum membuat
sebarang keputusan yang muktamad. Sebagai contohnya, murid B sering menanya
soalan pada dirinya dan memikirkan sebab dan akibat jikalau sesuatu keputusan
telah diambil. Selepas keputusan diambil, murid ini akan membuat refleksi
terhadap keputusan tadi.
Gaya
pembelajaran abstrak adalah transformasi maklumat menerusi pemerhatian
reflektif atau pengkajian aktif. Murid yang mengamalkan jenis gaya
pembelajaran ini sentiasa menekankan teori dan analisa sistematik. Biasanya
murid lebih kepada pemikiran logik serta suka benda dan simbol-simbol untuk
mewakili sesuatu. Di samping itu, murid jenis ini suka pada mata pelajaran
matematik dan sains yang dapat mengaplikasikan simbol-simbol dan formula
tertentu. Sebagai contohnya, Mira suka menganalisis situasi dengan secara
abstrak serta membuat pemerhatian dan berfikir akan kesimpulannya.
Murid yang berjenis gaya pembelajaran aktif akan menggunakan pengalaman lepas
dan menggabungkannya dengan maklumat-maklumat baru dalam proses penyelesaian
masalah. Selain itu, murid yang mengamalkan jenis pembelajaran ini adalah sangat
aktif dalam kuriukulum dan sukakan ujikaji yang baru baginya. Sebagai
contohnya, Meena menjalankan eksperimen terhadap makanan binatang ternakan.
Meena telah mempunyai pengalaman dalam membela kucing di rumahnya, oleh itu,
dia telah mengabungkan konsep makanan kucingnya dengan konsep yang baru yang
telah disarankan oleh guru darjahnya. Dengan ini, Meena lebih cenderung untuk
mengaplikasikan konsep baru dan lama secara praktikal sehingga berjaya.
Gaya
pembelajaran jenis konkrit adalah gaya yang memerlukan pengalaman atau bahan
yang konkrit untuk menyokong proses pembelajaran.Murid berjenis ini juga akan
menyerap segala maklumat melalui pengalaman lasngsung dengan membuat
pemerhatian dan pemikiran terhadap suatu perkara. Selain itu, murid jenis ini
gemarkan contoh yang spesifik baginya serta setiap masalah hendaklah
menjadikannya sebagai perkara yang terasing. Sebagai contohnya, apabila guru
menceritakan kisah harimau kepada murid-murid. Abu tidak mendapat cerita yang
disampaikan oleh guru, akan tetapi, apabila guru menunjukkan gambar dan video
harimau, Abu terus faham apa yang ingin disampaikan oleh guru. Contoh yang lain
adalah, Abu tidak dapat membelajari 2 perkara dalam suatu masa, seperti
binatang harimau dan kucing. Dia hendak memahami binatang harimau dahulu
sebelum memahami binatang kucing. Contoh-contoh yang spesifik juga diberi
seperti harimau badan besar dan kucing badan kecil.
Seterusnya
adalah gaya pembelajaran divergen.Murid yang mempunyai gaya pembelajaran
divergen berupaya mengasimilasikan pelbagai maklumat untuk dijadikan satu
entiti yang bersepadu. Murid ini akan menjanakan seberapa banyak idea yang
banyak mengenai satu topik dalam masa yang ditetapkan. Idea-idea akan
dibahagikan kepada unit-unit yang lebih kecil serta disusun mengikut turutan. Selain
itu, murid jenis ini akan berfikiran terbuka dan mempunyai imaginasi yang
tinggi terhadap sesuatu topik. Sebagai contohnya,guru telah menanya soalan yang
dapat membantu murid mencetus idea-idea yang bernas seperti , “ Apa yang
memberi tekanan kepada anda?”, “ Apakah yang penting bagi kamu?” dan
sebagainya.
Gaya
pembelajaran konvergen adalah gaya yang cekap menyelesaikan masalah terutamanya
yang berkaitan dengan tugasan teknikal. Murid jenis ini lebih fokus dan cekap
membuat penaakulan deduktif. Selain itu, gaya konvergen terdiri daripada satu
proses yang menggabungkan idea-idea yang berlainan berdasarkan tema atau topik
yang tertentu dalam satu struktur yang tersusun dan boleh difahami. Murid yang
mengamalkan gaya pembelajaran ini lebih sesuai dengan mata pelajaran sains,
matematik dan teknologi. Sebagai contohnya, Siti telah mencari jalan
penyelesaian yang pelbagai dari pusat sumber untuk menyelesaikan masalah
tekanan di kalangan murid-murid. Dengan ini, Siti mempraktikan gaya
pembelajaran konvergen dengan mengintepretasikan maklumat dari pelbagai sumber.
Model-model Yang Berkaitan Dengan Gaya
Pembelajaran
1. Model Gaya Pembelajaran Honey &
Mumford
Menurut Honey dan Mumford (1992), pembelajaran telah berlaku apabila manusia
boleh mempamerkan sesuatu yang baru, sama ada dalam bentuk pemahaman,
kesedaran, kemahiran. Kecenderungan ini termasuklah kecenderungan untuk
memiliki pengalaman semasa mempelajari sesuatu, kecenderungan untuk mengimbas
kembali, kecenderungan untuk membuat kesimpulan dan kecenderungan memastikan
implementasi.
Selain itu, Honey & Mumford menekankan gaya pembelajaran didefinisikan
sebagai penerangan ke atas sikap dan individu yang mengamalkannya. Oleh itu,
sikap dan tingkah laku akan menentukan jenis gaya pembelajaran seseorang murid.
Honey dan Mumford (1983) membahagikan sikap dan tingkah laku kepada 4 kumpulan
iaitu:
1.
Aktivis
3. Teoris
2.
Reflektif
4. pragmatis
Murid yang mempunyai gaya pembelajaran aktivis merupakan murid yang mempunyai
sikap ingin mencuba sesuatu yang baru dan kehidupan mereka adalah penuh dengan
aktiviti yang mencabar supaya dapat memberi pengalaman yang baru kepada
mereka. Selain itu, jenis murid ini mudah membuat sesuatu tanpa memikir panjang
kerana mereka tidak akan mengambil kira kesan pada sesuatu perkara. Murid jenis
ini dapat bekerja dengan berdikari kerana mereka tidak perlu dorongan daripada
orang lain. Pada keseluruhannya, murid jenis ini merupakan seorang yang peramah
dan suka bersosial tetapi aktiviti yang dilakukan sering tertumpu pada
persekitaran diri sendiri.
Di samping itu, murid yang
mempunyai gaya pembelajaran reflektif berminat dalam mengulas pengalaman dan
suka membuat pemerhatian, memikir dan membuat refleksi kendiri terhadap apa
yang ada di persekitaran. Murid yang reflektif akan sentiasa mengimbas kembali
terhadap keputusan yang belum diambil ataupun telah diambil. Sikap mereka tidak
terburu-buru untuk membuat keputusan dan mereka suka mencari hakikat yang
sebenar. Selain itu, mereka akan mengumpulkan maklumat yang banyak berkaitan
dengan pembelajaran dan membuat analisis pengalaman tersebut. Biasanya, mereka
akan kerja dengan sistematik iaitu langkah demi langkah supaya mengelakkan
membuat kesilapan. Persepsi dan pengamatan mereka agak tajam dan sensitif.
Dengan itu, mereka sering melibatkan diri dalam mata pelajaran Sains yang
membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian sendiri dan pemerhatian orang lain.
Murid yang mempunyai gaya pembelajaran teoris sentiasa memiliki fikiran yang
rasional dan logikal. Mereka mudah terangsang dengan teori dan model dan sistem
pemikiran yang praktikal atau menerima unsur logik. Selain itu, mereka
merupakan golongan yang kurang kreatif dan suka membentuk hipotesis daan
mengkaji fenomena yang berlaku di persekitaran mereka. Pada
keseluruhannya, mereka akan sentiasa menggunakan teori untuk membuat kesimpulan
serta lebih mementingkan rumusan yang berdasarkan bukti, analisis , kenyataan
atau idea yang wujud.
Murid yang mengamalkan gaya pembelajaran pragmatis memiliki fikiran yang
rasional dan logikal terhadap pembelajaran mereka. Mereka hanya pentingkan
bukti dan hakikat yang dapat dilihat oleh mereka sendiri. Perbandingan dengan
perkara lain juga sering dibuat supaya mereka dapat mencari jawapan yang paling
tepat. Selain itu, mereka gemar mencuba idea, teori dan teknik untuk menguji
sama ada ia berguna atau tidak dalam situasi yang sebenar. Kebanyakan golongan
ini terdiri daripada lelaki yang banyak menggunakan otak kanak yang
mementingkan logikal.
2. Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn
Mengikut Dunn & Dunn (1981), gaya pembelajaran merujuk kepada keadaan di
mana murid-murid belajar dengan cara yang paling optima. Mengikut Dunn (2000),
ramai orang mempunyai kaedah unik untuk mempelajari sesuatu. Menurut Dunn &
Dunn lagi, adalah penting untuk bukan sahaja untuk mengenal pasti tingkah laku
individu tetapi juga untuk mengkaji kecenderungan seseorang itu terhadap
pembelajaran. ( Dunn, Thies dan Honigsfeld, 2001).
Menurut Dunn &Dunn,
gaya pembelajaran murid telah dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu:
a) Persekitaran
b) Emosi
c) Sosiologi
d) Fizikal
e) Psikologi
Faktor
persekitaran langsung seperti bunyi, cahaya, suhu dan reka bentuk semasa
pembelajaran amat mempengaruhi pembelajaran seseorang murid. Ada sesetengah
murid lebih suka belajar di tempat yang sunyi dan tiada bunyi bising, tetapi
ada murid yang suka memasang radio sementara mereka membaca buku. Contoh yang
lain seperti, ada murid yang suka tempat yang cerah dan suhu yang tinggi untuk
pembelajaran yang berkesan pada mereka, namun ada murid yang tidak suka tempat
cerah, tetapi mereka inginkan tempat yang gelap dan sejuk untuk mencapai
objektif pembelajaran mereka. Reka bentuk seseorang individu juga amat
berpengaruh gaya pembelajaran individu itu sendiri. Sebagai contohnya,
murid yang mempunyai personaliti introvert adalah berbeza dengan murid yang
extrovert. Murid yang mempunyai cirri introvert lebih suka pada gaya
pembelajaran yang lebih formal dan memerlukan satu tempat khas yang ada meja
dan kerusi untuk mereka. Manakala murid yang extrovert lebih suka belajar
di tempat yang lebih tidak formal seperti di atas lantai, di taman bunga dan
sebagainya.
Dengan
ini, suasana persekitaran yang berbeza akan melahirkan gaya pembelajaran yang
berbeza. Oleh itu, setiap individu mempunyai rutin pembelajaran yang berbeza.
Sebagai seorang pendidik, tidak boleh memaksa murid-murid menerima cara
pembelajaran yang tertentu sahaja.
Faktor
yang kedua adalah emosi sendiri murid tersebut. Sebagai
contohnya,motivasi, usaha, tanggungjawab dan keperluan untuk struktur dan
fleksibiliti. Motivasi seseorang yang merupakan daya penggerak utama yang
menjamin kejayaan seseorang. Motivasi dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu
motivasi ekstrinsik dan motivasi instrinsik. Motivasi ekstrinsik adalah
motivasi yang dipaksa atau didesak untuk mendapatkan ganjaran atau markah yang
tinggi manakala motivasi instinsik adalah motivasi yang lebih kepada dorongan
dalaman seperti keperluan, sikap dan emosi yang semula jadi yang menyebabkan
mereka turut serta dalam proses pembelajaran. Di samping itu, struktur adalah
suatu peraturan yang spesifik yang digunakan untuk melaksanakan tugasan atau
kerja. Arahan guru yang jelas dan berstruktur amat penting kepada pelajar dalam
proses pembelajaran tetapi ada murid yang suka gaya pembelajaran yang bebas.
Oleh itu, sebagai seorang guru harus memberi perhatian kepada murid yang
mempunyai pelbagai jenis struktur pembelajaran. Sementara itu, ada murid yang
berasa dirinya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam pembelajaran maka murid
tersebut akan berusaha dan sentiasa melaksanakan tugas dengan baik. Tetapi ada
sesetengah murid yang berasa tanggungjawab mereka bukan di pembelajaran, maka
mereka akan mengabaikan pembelajaran mereka begitu sahaja.
Faktor
sosiologi dipengaruhi oleh diri sendiri,pasangan, rakan sebaya, pasukan dan
lain-lain. Terdapat murid yang suka bersendirian dan belajar dengan sendiri
tanpa bergaul dengan orang lain. Mereka percaya bahawa lebih mampu belajar
tanpa gangguan orang lain. Selain itu, ada juga murid yang suka belajar dengan
berpasangan. Hal ini kerana mereka rasa lebih suka belajar dengan
kehadiran kawan baiknya yang dapar berinteraksi dua hala. Sementara itu,
belajar dalam kumpulan juga merupakan gaya pembelajaran yang amat popular dan
digalakkan kerana murid-murid akan lebih bermanfaat dalam memberi idea.
Bagi faktor orang dewasa pula, banyak dipraktik di sekolah atau di rumah.
Murid-murid lebih cenderung menanya soalan yang mereka tidak faham kepada orang
dewasa. Oleh itu, gaya pembelajaran ini juga amat berkesan bagi
murid-murid dalam proses pembelajaran.
Faktor
fizikal seperti persepsi pancaindera, makanan dan minuman,waktu atau tempoh belajar
dan pergerakan. Seseorang itu akan menggunakan kesemua pancaindera dalam proses
mengingati maklumat. Sebagai contohnya, melalui auditif, dapat membantu murid
mengeluarkan bunyi untuk mendengar dan mengingati semasa proses pembelajaran.
Visual pula membolehkan murid belajar melalui pengamatan kepada asosiasi visual
yang kuat dan cenderung untuk melihat gambar yang menarik. Taktual adalah
melalui sentuhan semasa pembelajaran, dengan menggunakan cara ini murid akan
mudah mengingati apa yang dibelajari. Seterusnya adalah kinestetik yang belajar
melalui hasil kerja dan pengerakan. Selain itu, terdapat murid yang makan dan
minum sementara mereka belajar atau membuat kerja. Ini dapar mengurangkan
tekanan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Faktor yang seterusnya
adalah tempoh belajar seseorang murid. Terdapat murid yang hanya dapat belajar
dan memberi fokus pada waktu pagi sahaja dan ada yang dapat memberi perhatian
pada waktu perdananya sendiri. Oleh itu, waktu pembelajaran yang agak berbeza
bagi setiap murid. Ada murid yang gemar melakukan pergerakan setelah seketika
untuk belajar. Oleh itu, waktu rehat menjadi keperluan kepada murid-murid untuk
merehat dan melakukan pergerakan supaya fokus dapat diberi kepada pembelajaran
yang seterusnya.
Faktor
yang terakhir adalah faktor psikologi yang menekankan reflektif dan impulsif ,
global dan analitikal. Murid yang mengamalkan gaya pembelajaran impulsif suka
belajar dengan cepar dan tidak suka membuat sebarangan persediaan awal manakala
murid yang bersifat reflektif adalah lebih berhati-hati semasa membuat sesuatu
dan akan memikir dengan lebih mendalam sebelum melibatkan diri dalam proses
pembelajaran. Di samping itu, murid jenis analitikal suka belajar dalam
persekitaran yang cerah dan lebih formal manakala murid jenis global lebih suka
belajar dalam persekitaran yang suram dan duduk secara tidak formal seperti di
atas sofa dan lantai.
Implikasi Gaya Pembelajaran terhadap Pengajaran
& Pembelajaran
Pengetahuan terhadap gaya pembelajaran amatlah penting dan guru hendaklah
memahami gaya pembelajaran setiap murid dalam kelas. Hal ini kerana,dapat
membantu guru memahami perkembangan dan penguasaan murid-murid terhadap
pengajaran dan pembelajaran yang di sampaikan. Selain itu, juga dapat membantu
guru menjadi lebih sensitive terhadap perbezaan setiap murid di sekolah.
Selain itu, gaya pembelajaran penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
kerana dapat membantu guru mencipta pengalaman dan menjadi satu panduan untuk
mencipta pengajaran yang sesuai bagi murid-murid. Selepas guru memahami gaya
pembelajaran murid dalam kelas, aktiviti yang dirancang juga sepadan dengan
gaya pembelajaran murid. Dengan ini juga dapat meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.
Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri atau seseorang murid
mungkin mempunyai lebih daripada satu gaya pembelajaran. Oleh itu, selepas
mengenal pasti gaya pembelajaran masing-masing, guru perlulah membahagikan
murid-murid dalam kumpulan yang homogen bagi membolehkan pengajaran dan
pembelajaran berfungsi secara efektif.
Selain itu, murid yang mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan akan mendapat
pencapaian akademik yang lebih tinggi jika berbanding dengan murid yang hanya
mempunyai satu atau dua gaya pembelajaran. Hal ini kerana, murid yang lebih
gaya pembelajaran lebih fleksibel serta boleh ubah dan tidak terikat dengan
gaya pembelajaran yang tertentu sahaja.
Gaya pembelajaran lelaki dan perempuan adalah tidak sama atau berbeza, kerana
murid lelaki lebih suka pada gaya pembelajaran yang lebih mencabar seperti gaya
pembelajaran gaya global yang sukakan tempat yang suram dan kedudukan yang
tidak formal manakala murid perempuan sukakan pembelajaran gaya analitikal yang
sukakan persekitaran yang terang dan kedudukan yang formal. Jadi, guru
hendaklah mengambil berat terhadap keperluan-keperluan setiap murid dalam
kelas.