Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Wednesday, April 13, 2016

TEMUDUGA PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41


TEMUDUGA PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! 


Saya ucapkan tahniah kepada para calon temuduga Pegawai Teknologi Maklumat F41 yang telah terpilih  dan untuk mengikuti temuduga tersebut pada 15 April ini. Dengar khabar beribu-ribu orang yang akan mendudukinya. Tentu anda akan menghadapi persaingan yang amat sengit. Sudah tentu sesiapa yang lebih bersedia dan pernah mengikuti temuduga SPA atau temuduga ini akan lebih advande. Namun prinsipnya peluang dan rezeki Allah yang tentukan. Kalau dah rezeki tidak akan ke mana. Kata sesetengah orang. Bagi saya ada benarnya Cuma sebagai orang Islam kita mestilah berusaha terlebih dahulu kemudian barulah bertawakkal dan berdoa.

Jadi apa persediaan anda untuk teuduga kali ini?
Format exam 15 April ini sedikit berbeza dengan exam sebelum ini.
Anda akan diuji dengan 3 Seksyen;
Seksyen A: Psikometrik
>> 30 minit
Seksyen B: Pengetahuan Am
>> 40 minit
Seksyen C: Daya Menyelesaikan Masalah
>> 45 minit

Semua ini disusun untuk menapis mereka yang benar-benar layak  sahaja. Bahasa kasarnya adalah, seksyen ini disusun untuk MENYINGKIRKAN anda.

Mana ada Seksyen Psikometrik dalam exam F41 sebelum ini?
Dalam seksyen ini, anda  diberikan 185 soalan untuk dijawab dalam masa 30 minit.
Ertinya anda hanya ada 9 saat sahaja untuk jawab 1 soalan.

Mengikut feedback yang kami  terima, kebanyakan calon tak cukup masa dan akan berakhir dengan...
... HENTAM / TEMBAK
Ya lah, takkan nak tinggal kosong.Masa dah tak cukup, hentam je lahkan? Itu yang kita buat zaman-zaman sekolah dulu kan?

TEMUDUGA PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41


------------------
Di mana anda akan di'bunuh'? 
------------------

Kunci kegagalan calon adalah apabila jawapan yang diberikan  TIDAK KONSISTEN
- Soalan yang sepatutnya mempunyai jawapan yang sama diselerakkan

CONTOH;

[SOALAN NO 1]
Saya rasakan tidak perlu mendengar  pandangan orang lain.

[SOALAN NO 43]
Saya sentiasa pastikan tindakan saya betul biar orang lain mengatakan salah kerana saya mempunyai asas terhadap apa yang saya lakukan.

[SOALAN NO 98]
Apabila orang lain memberikan pandangan, saya akan utamakan idea saya.

[SOALAN NO 157]
Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.

[SOALAN NO 185]
Saya tidak suka pandangan saya ditolak.

Semua 5 soalan di atas mempunyai
jawapan yang sama. Tapi jika masatelah tamat ketika anda baru sajajawab 100 soalan, apa yang anda akan buat?

Calon akan pilih untuk 'tembak'.Bila 'tembak', kebarangkalianuntuk semua 5 soalan itu mempunyai
jawapan yang berlainan kan?

BAMMM! Anda dah masuk jerat!
Selamat tinggal. Sayonara bebeh ~

---------

Itu Seksyen A. Bagaimana pula jerat di Seksyen B?
Dalam Seksyan B, apa yang calonnampak hanyalah 1 seksyen. Tetapisebenarnya dalam seksyen ini
ada 7 pecahan soalan.
Adoi.. Tahu tak?

---------

Sebenarnya semua mekanisma menggagalkan calon ini bagus. Ianya akan menapis calon Pegawai yang bagus sahaja untuk kerajaan. Jadi hanya yang terbaik berkhidmat dalam kerajaan--> sebagai Pegawai Teknologi Maklumat F41.

Tetapi sayang juga sebab ada calon yang bagus seperti anda gagal, hanya sebab tak tahu
jerat-jerat tersembunyi ini.

Sayangkan? Calon hebat, layak tapi kecundang di exam online.


Guna rujukan ini untuk bantu persediaan anda. Kenapa biarkan anda kecundang terlalu awal?

Salam sukses!

Abu Farhi.

p/s Lebih 270 contoh soalan, 87 Nota Ringkas, tips sukses exam kerajaan ada dalam rujukan ini. Komprehensif. Beli di sini!

TEMUDUGA PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41

Pautan Berkaitan:

Sunday, April 10, 2016

Sayangi Diri! Anak Disayangi!

Sayangi diri sendiri. Anda pasti akan berhenti menengking Anak

Sebagai seorang ibu, kita terlalu sibuk menjaga orang lain, sehingga terlupa untuk menjaga diri sendiri. Merasakan diri terlalu gemuk, tidak cantik, terlalu penat, terasa jauh dari kawan-kawan, tertekan dengan bebanan kerja dan tanggungjawab di rumah, merupakan antara penyebab kita terdorong untuk mengamuk dan menengking.
Kadang-kala untuk seketika, fikirkan pula tentang diri anda sendiri. Luangkan masa mengaji dan pergi ke surau pada malam Jumaat.
Hantar anak ke rumah pengasuh dan luangkan masa berdating dengan suami ke restoran yang agak mewah atau sekadar keluar menonton wayang.
Pergi ke gym atau spa untuk memanjakan diri. Tidur awal dan amalkan membaca al-Quran sebelum tidur. Sekali sekala hubungi rakan-rakan untuk bertanya khabar.
Bincang dengan suami agar beliau lebih banyak membantu di dapur atau laburkan sedikit wang pada alatan kelengkapan rumah yang menjimatkan masa seperti mesin membasuh pinggan mangkuk (dishwasher) atau mesin pengering pakaian. Cara ini membolehkan anda menumpukan lebih perhatian pada anak-anak, menjimatkan masa dan tenaga.
Saya mempunyai seorang rakan yang sejak awal perkahwinan, dia dan suami sudah bersetuju untuk tidak memasak. Mereka pasti akan makan diluar. Pasti ramai akan skeptikal dengan cara ini kerana dia tampak pemalas.
Hakikatnya, dia sebenarnya menjimatkan masa dan tenaganya kerana dia tidak perlu berpenat lelah memasak dan banyak mengemas. Hasilnya, stress berkurang dan dia juga boleh menumpukan lebih masa untuk perhatian dan pendidikan anak-anak sekalipun dia mempunyai masa yang terhad kerana menjawat jawatan yang agak tinggi di tempat kerja.
Walau apa pun caranya, cuba untuk menyayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain. Beritahu pada diri, “tiada manusia yang sempurna”. Anda pasti akan rasa lebih tenang, gembira dan lebih penyayang.

Sumber: facebook

Friday, March 25, 2016

Puasa dan Sains

Saintis Neuro Temui Puasa Dua Kali Seminggu Cegah Kerosakan Otak
By Editor · On 26/02/2016
Oleh : Samhani Ismail

“Puasa dua kali seminggu memberi pertahanan kepada otak!”.

Itulah antara penemuan yang dilakukan oleh kumpulan saintis yang diketuai oleh Mark P. Mattson, Profesor Neurosains daripada John Hopkins University, USA yang menjalankan kajian secara selular dan molekular ke atas sel tikus makmal dan manusia yang telah melihat kesan langsung berpuasa dua kali seminggu.

Apa yang menakjubkan, amalan ini bukan sahaja memberi kesan provokasi ke atas sel supaya lebih aktif, malah ia meransang pertumbuhan sel otak yang baru. Di samping itu, otak menjadi lebih rentan terhadap pertumbuhan plak yang menjadi pemacu kepada penyakit Alzheimer dan Parkinson yang ditakuti ramai.

“Puasa menyebabkan sel menjadi tertekan, namun pada konteks yang baik,” kata beliau sambil mengulas bahawa terdapat peningkatan dalam kebolehan menghadapi tekanan apabila seseorang itu mengamalkan puasa dua kali seminggu.

Kajian yang dilakukan Mattson ini tersiar di dalam jurnal Nature Reviews Neuroscience edisi Januari 2013. Beliau turut menekankan bahawa otak yang normal, jika terlebih makan akan menyebabkan keterujaan pada peringkat selular yang sukar dikawal sehingga boleh merosakkan fungsi otak. Mereka mendapati haiwan-haiwan eksperimental yang berpuasa dua kali seminggu ini membina pertahanan terhadap serangan strok dan mekanisma lain yang boleh merosakkan otak.

Beliau menerangkan secara mekanismanya bahawa apabila berpuasa, tenaga badan dapat dijimatkan kerana sistem penghadaman berehat untuk sekurang-kurangnya 12 jam. Justeru, tenaga dapat dijimatkan dan dapat dimanfaatkan oleh DNA untuk menghasilkan sel-sel baru dengan efisien. Sebelum ini, beliau turut menerbitkan artikel kajian klinikal ke atas pesakit asma yang mempunyai berat badan berlebihan yang telah menunjukkan pengurangan simtom-simtom asma selepas mengamalkan puasa selang sehari selama dua bulan. Walaubagaimanapun terdapat perbahasan di kalangan pengamal perubatan yang skeptikal terhadap amalan ini yang mengatakan puasa boleh mendatangkan kesan sampingan kepada pesakit.

“Apa yang kami temui di dalam kajian terhadap haiwan dan manusia ini adalah baik untuk kita mencabar otak kita, terutamanya dalam jangka waktu yang singkat sebegini,” tambah beliau.

Secara kesimpulannya, puasa sebagaimana yang diketahui umum adalah amalan sunat yang dianjurkan agama Islam dan menjadi amalan para Nabi dan Salafussoleh, ia bukan sahaja puasa badan iaitu menahan diri daripada makan minum, namun penghayatannya adalah lebih daripada itu, merangkumi segala aspek iaitu spiritual, mental, fizikal, kimiawi, seksual dan emosi.

Kita banyak diingatkan tentang kebaikan amalan ini daripada sudut keagamaan yang mana puasa mendekatkan hamba kepada Tuhan yang menciptanya, dan kini amalan mulia ini diselidiki secara empirikal di makmal-makmal dan membuktikan hikmah serta kebaikan pada amalan tersebut yang diamalkan secara patuh oleh umatnya.

Namun, penemuan kebaikan tuntutan ini secara eksperimental mengukuhkan lagi keyakinan dan melunaskan fitrah manusia yang bersifat ingin tahu. Maha Suci Allah, besar hikmahnya yang kita dapati daripada puasa ini dan sebenarnya lebih banyak lagi yang belum dirungkaikan, menjawab kebijaksaan Allah sebagai Sang Pencipta yang mengatur urus tadbir kehidupan manusia di dunia ini. Wallahu a’lam.

RUJUKAN

Michael Anft, Don’t Feed Your Head, John Hopkins magazine, Summer 2012
David Stipp, ScientificAmerican.com/jan2013
Arjun Walia, Neuroscientist Shows What fasting Does to Your Brain & Why Big Pharma Won’t Study It, Disember 2011
Mohd Husain Yee Abdullah, Science of Fasting: Aspect from Islam Perspective, Fasting and Sustainable Health Conference, 2010
Foto – fastday.com