Model Integrasi Teknologi
Digital PdP (SAMR, TPACK)
Model SAMR
Teknologi sebagai bahan bantu dalam
proses pembelajaran mengalami perubahan yang sangat cepat pada era digital ini.
Proses penggunaan teknologi dalam pembelajaran perlu difahami dalam kedudukan
yang tepat. Penggunaan teknologi haruslah mendukung sasaran yang diharapkan.
Tanpa adanya pemahaman yang baik, teknologi akan menjadi bahan bantu yang kurang
bermakna dalam proses pembelajaran.
Ada beberapa model dalam integrasi
teknologi ke dalam proses pembelajaran. Model SAMR adalah model yang sangat
sederhana tapi mampu menggambarkan proses integrasi teknologi ke proses pembelajaran secara komprehensif.
Model ini diperkenalkan oleh Dr. Ruben Puentedura, seorang konsultan di dalam
bidang pendidikan. Model ini menggunakan hierarki untuk menggambarkan level
kognitif yang boleh diperolehi dengan menggunakan teknologi sebagai bahan bantu
pembelajaran.
Model SAMR ini tentu mengingatkan
pada model yang lebih dulu ada dalam ruang pendidikan kognitif. Model ini
paralel dengan model dari taksonomi Bloom, model yang sangat sering dipakai
dalam pembelajaran kognitif.
Kepentingan Model SAMR
Model ini membolehkan kita
mengetahui sejauh mana penggunaan tools ini membantu pengajaran atau
pembelajaran. Kita akan mudah memahami adakah perlu sesuatu tool itu digunakan
untuk tujuan atau keperluan tertentu. Contohnya, jika kita menggunakan digital
ink, adalah ia membantu murid menjadi lebih kreatif? Mungkin tidak kerana
ia bersifat menggantikan tulisan tangan atau kapur sahaja. Digital ink
digunakan untuk menukar tulisan kepada bentuk digital kerana berpadanan dengan
peranti komputer. Maka ia tiada fungsi bermakna kepada pembelajaran murid
tetapi membantu dalam melancarkan proses pembelajaran. Oleh itu, ia berada pada
tahap Substitution. Antara lain, pada tahap Redefinition
sebenarnya, murid mencipta atau mempersembahkan sebuah drama dalam bentuk
digital bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah sains. Oleh itu, beberapa tools
teknologi digunakan untuk mengumpul maklumat, mempersembah serta mengurus
persembahan tersebut. Malah siarannya kepada umum juga membantu.
Model SAMR terdiri dari empat (4
) peringkat, iaitu:
Substitution
Sebarang alat teknologi yang
menukar rupa tradisional adalah bersifat Substitution. Hal ini bermakna
tools ini menggantikan apa yang sudah biasa dalam bilik darjah kepada bentuk
digital. Contohnya daripada pen marker kepada digital ink, daripada almari
kelas kepada Google Drive. Daripada papan kenyataan kelas kepada Stickey
Notes Online. Penggunaan alat dalam kategori ini tidak menyumbangkan kepada
kemahiran berfikir murid secara signifikan. Ia menukarkan bentuk tradisional
kepada digital atas dasar adaptasi. Dalam level ini, teknologi digunakan
sebagai pengganti peralatan yang diguna dengan tidak ada perubahan fungsi.
Augmentation
Pada level ini, alat yang menambah
fungsi kepada pembelajaran. Contohnya, kebolehan murid menuliskan komen, murid
boleh masukkan gambar, murid boleh menekan sebarang pautan dan mendapatkan
maklumat tambahan, menonton video dan pelbagai lagi fungsi media khasnya.
Antaranya ialah melayari Youtube dan menurunkan komen, membuat digital
portfolio melalui Google Sites dan bermacam-macam lagi. Ia memberi lebih banyak
pilihan kepada aktiviti pembelajaran daripada satu fungsi asal. Dalam level
ini, teknologi digunakan sebagai pengganti peralatan yang dipakai dengan adanya
penambahan atau perbaikan fungsi.
Modification
Apabila melibatkan penggunaan
sesuatu sistem atau alatan-alatan untuk pelbagai tujuan serta membantu menambah
fungsi terhad dalam PdPc tradisional boleh dikira sebagai tahap ini. Dengan
itu, di sini sudah bermula inovasi penambahbaikan kepada sesuatu yang sedia
ada. Kita boleh lihat bagaimana penggunaan Google Classroom sangat
membantu mempelbagaikan fungsi. Antaranya membuat pentaksiran Bilik Darjah,
Pembelajaran Terbeza, aktiviti berkumpuan dengan Thinking Hats dan
bermacam-macam lagi. Ruangan komen dalam tanpa nama dalam Mentimeter
menghilangkan rasa takut murid meninggalkan pendapat semasa PdPc berlaku. Dalam
level ini, teknologi memungkinkan untuk mengubah cara kerja kita menjadi lebih
baik.
Redefinition
Peringkat ini bermaksud beberapa
tools digunakan untuk melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukan langsung oleh
kaedah tradiosional. Antaranya ialah penggunaan Zoom dan Skype untuk pembelajaran
merentas negara. Selain itu, jelajah dengan Google Expeditions juga
memungkinkan murid melawati dan membuat refleksi ke tempat-tempat yang jauh
untuk mereka pergi. Contohnya ke Rome, Itali. Dalam level ini, teknologi
memungkinkan untuk menciptakan cara kerja yang baharu bahkan tidak pernah kita
bayangkan sebelumnya.
Dalam erti kata lain, berikut ialah kata kunci kepada tahap penggunaan
teknologi ini:
Substitution :
Ganti dan tukar kepada bentuk digital.
Augmentation :
Menambah fungsi media, gabung jalin keperluan-keperluan lain.
Modification :
Menggunakan fungsi sedia ada kepada keperluan pedagogi khusus.
Redefinition :
Membentuk satu fungsi baru dan batas kemampuan kaedah konvensional.
Contoh penggunaan model SAMR
antaranya, boleh dilihat dalam penggunaan komputer sebagai teknologi yang kita
pakai dalam kehidupan sehari-hari.
Peringkat substitusi, komputer
dengan software word processing contohnya MS Word berfungsi untuk
menggantikan proses menulis yang biasa kita lakukan dengan pen dan kertas.
Peringkat augmentation,
kita menggunakan software yang sama dengan memanfaatkan fungsi yang
tersedia, misalnya fungsi untuk memeriksa ejaan, bahkan tatabahasa.
Peringkat modification:
Dengan menggunakan komputer yang sama, kita boleh melakukan sambungan ke
internet. Dengan menggunakan aplikasi google docs, kita boleh melakukan proses
kerja secara bersama-sama dengan rakan yang berjauhan. Dengan google docs,
rakan kita bahkan boleh menyunting serta membaiki apa yang telah kita lakukan
secara di dalam talian.
Peringkat Redifinition:
Dengan tetap menggunakan internet dan software yang lebih bagus, kita boleh
membuat proses menulis menjadi lebih kaya dengan menggunakan aplikasi multi
media. Aplikasi ini boleh dipakai untuk tujuan tertentu, misalnya digital
story telling.
Secara ringkasnya, tahap-tahap
ini membantu anda membahagikan alat teknologi yang digunakan dalam proses PdPc.
Anda pastinya memerlukan beberapa alat teknologi untuk menjadikannya yang terbaik.
Setiap tahap ada 1 kerana setiap satu memberi fungsi berbeza dan saling
menyokong.
Konsep Technology Pedagogy Content Knowledge (TPACK) atauPengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK)
Technological Pedagocal Content
Knowledge atau singkatannya TPACK (asal TPCK) merupakan pengetahuan yang
diperlukan untuk mengintegrasikan teknologi dalam pembelajaran. Kerangka
pengetahuan ini berasal daripada konstruk Shulman (1986) tentang Pedagogical
Content Knowledge (PCK). TPACK adalah satu kerangka kerja untuk memahami
dan menerangkan jenis ilmu yang diperlukan oleh seorang guru untuk
pengintegrasian teknologi yang berkesan (Mishra & Koehler, 2006). Kerangka pengetahuan
ini terdiri daripada pengetahuan guru tentang teknologi, pedagogi dan kandungan.
Menurut Mishra dan Koehler
(2006), komponen dalam TPACK dibahagikan kepada tujuh komponen (Rajah 1) iaitu:
i. Pengetahuan Teknologi
(Technology Knowledge),
ii. Pengetahuan Kandungan
(Content Knowledge),
iii. Pengetahuan Pedagogi
(Pedagogical Knowledge),
iv. Pengetahuan Pedagogi
Kandungan (Pedagogical Content Knowledge),
v. Pengetahuan Teknologi
Kandungan (Technological Content Knowledge),
vi. Pengetahuan Teknologi
Pedagogi (Technological Pedagogical Knowledge) dan
vii. Pengetahuan Teknologi
Pedagogi Kandungan (Technological Pedagogical Content Knowledge).
Rajah 1: Koehler, M. J. (2011).
TPACK – Technological Pedagogical Content
Knowledge.
Anda boleh melayari laman web
berikut untuk melihat klip video Model TPACK.
https://www.youtube.com/watch?v=yMQiHJsePOM
Pengetahuan Teknologi
(Technology Knowledge)
TK ialah pengetahuan berkaitan
dengan teknologi yang merupakan antara keperluan asas yang perlu dipenuhi oleh
setiap pengamal pendidikan apatah lagi seorang guru. Pengetahuan tentang
cara-cara tertentu untuk berfikir tentang, dan bekerja dengan teknologi, alat
dan sumber. Pengetahuan terhadap jenis-jenis alatan, perkakasan atau perisian
termasuklah kebolehan mengendalikannya dengan baik sehingga membantu atau
memudah cara pengajaran (Koehler, 2011). Hal ini merangkumi apa sahajapengetahuan
seorang pengajar terhadap teknologi yang biasa digunakan dalam pengajaran sama
ada teknologi berbentuk analog (mikroskop, papan putih, video dan lain-lain)
mahupun digital (telefon pintar, internet, persidangan video dan lain-lain).
Pengetahuan Kandungan (Content
Knowledge)
CK ialah pengetahuan tentang
sukatan pelajaran yang akan dibelajarkan atau diajarkan (Mishra & Koehler,
2006, p. 1026). Seorang guru harus mengetahui tentang isi kandungan pelajaran
yang akan mereka ajarkan yang merupakan satu daripada komponen pengetahuan guru
yang penting. Kefahaman guru tentang isi kandungan subjek juga memberi kesan
kepada peluang pelajar untuk belajar di mana guru bukan hanya menyampaikan
fakta dan maklumat sahaja tetapi membantu pelajar mempelajari dan memahami
sesuatu perkara tentang isi kandungan subjek tersebut. Menurut Shulman (1986),
apa yang seseorang guru perlu tahu tentang isi kandungan subjek adalah lebih daripada
tajuk-tajuk yang terkandung dalam kurikulum sekolah. Guru bukan sahaja mampu
menyampaikan maklumat tentang isi kandungan subjek malahan boleh menjelaskan
mengapa isi kandungan subjek tersebut perlu dikuasai serta kaitannya dengan isi
kandungan subjek lain. Penguasaan kandungan seharusnya dimiliki oleh seorang
guru yang terlatih dalam bidang masing-masing untuk memastikan guru tersebut dapat
menyampaikan pengetahuan yang dimiliki supaya dapat difahami oleh pelajar.
Pengetahuan Pedagogi
(Pedagogical Knowledge)
Pedagogi secara literalnya
bermaksud seni atau ilmu pengetahuan tentang mendidik anak-anak dan sering
digunakan sebagai satu sinonim untuk suatu pengajaran. Pengetahuan pedagogi
(PK) bermaksud pengetahuan guru yang mendalam tentang proses, amalan atau
kaedah pengajaran dan pembelajaran. Ini merangkumi antara lain tujuan
pendidikan, nilai dan matlamat termasuklah untuk memahami bagaimana pelajar belajar,
kemahiran pengurusan bilik darjah, persediaan mengajar, dan penilaian pelajar (Koehler
& Mishra, 2009). Pada tahun 1986, Shulman telah memperkenalkan Pengetahuan
Pedagogi sebagai pengetahuan yang kompleks merangkumi pengetahuan kandungan dan
kemahiran pedagogi iaitu pendekatan menyampaikan pengetahuan kandungan secara
berkesan.
Pengetahuan Pedagogi Kandungan
(Pedagogical Content Knowledge)
PCK merupakan keupayaan guru
menterjemahkan maklumat atau pengetahuan ke dalam bentuk yang mudah difahami
oleh pelajar-pelajarnya berasaskan kepada pengetahuan pedagogi dan juga
pengetahuan kandungan. Pengetahuan Pedagogi Kandungan digambarkan sebagai
pengetahuan yang khusus bagi guru di mana ia dapat mengenal pasti keperluan
pengetahuan subjek bagi guru berbeza daripada yang difahami oleh pakar isi
kandungan subjek. PCK merupakan satu jenis pengetahuan yang unik bagi seseorang
guru dan ia berdasarkan kepada guru mengaitkan pengetahuan pedagogi
(pengetahuan tentang cara mengajar) yang dimiliki kepada pengetahuan isi
kandungan (apa yang perlu diajar).
Pengetahuan Teknologi
Kandungan (Technological Content Knowledge)
Pengetahuan Teknologi Kandungan
(TCK) merujuk kepada pengetahuan yang membolehkan para guru memilih jenis-jenis
perkakasan teknologi pendidikan yang sesuai untuk digunakan bagi memahami
subjek yang diajar. TCK merupakan pengetahuan tentang bagaimana teknologi boleh
menciptakan perwakilan yang baru untuk kandungan yang spesifik. Dengan
menggunakan teknologi yang tertentu, guru boleh mengubah cara guru mengajar dan
memahami konsep di dalam kandungan tertentu. Guru-guru perlu menguasai lebih
daripada perkara mereka mengajar; mereka juga perlu mempunyai pemahaman yang
mendalam tentang cara bagaimana perkara boleh diubah oleh penggunaan teknologi
tertentu. Pemahaman tentang proses pengajaran dan pembelajaran boleh berubah
apabila teknologi tertentu yang digunakan dalam cara yang tertentu.
Pengetahuan Teknologi Pedagogi
(Technological Pedagogical Knowledge)
TPK merupakan pengetahuan tentang
bagaimana PdP boleh berubah apabila teknologi tertentu digunakan dengan kaedah
tertentu (Koehler & Mishra, 2009). Hal ini meliputi pengetahuan pedagogi
dan kekangan pelbagai alat teknologi yang berkaitan dengan disiplin reka bentuk
pedagogi dan strategi pengajaran. Koehler dan Mishra (2008) menyatakan bahawa
seorang pengajar mestilah mengetahui bagaimana PdP perlu dilaksanakan mengikut
kesesuaian teknologi masa kini yang menyokong proses dan amalan pengajaran
semasa. Pengetahuan tentang perkakasan teknologi pendidikan boleh digunakan
dalam memperkayakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru.
Pengetahuan Teknologi Pedagogi
Kandungan (TPACK)
TPACK merujuk kepada pengetahuan
yang diperlukan oleh guru untuk mengintegrasi teknologi dalam pengajaran mereka
dalam mana-mana kandungan pelajaran. TPACK adalah pengintegrasian pengetahuan
teknologi dalam pengajaran yang dilakukan mengikut disiplin ilmu dan perlu difahami
secara mendalam dari aspek pengetahuan kandungan, pengetahuan pedagogi,
pengetahaun teknologi, pengetahuan pedagogi kandungan, pengetahuan teknologi
kandungan dan pengetahuan teknologi pedagogi (Koehler, 2011).
Sumber:
-Ipag Bussiness School. (2021). What Is Digital Learning. Retrieved from www.ipag.edu/en/blog/definition-digital-learning
- Modul Teknologi Pendidikan IPG
- Youki Terada. (2020). A Powerful Model for Understanding Good Tech Integration. Retrieved from
https://www.edutopia.org/article/powerful-model-understanding-good-tech-integration