INQILABIYYAH (TRANFORMASI)
Definisi
Inqilabiyyah
• Menurut Ahmad
Fahmi (2018), inqilabiyyah berkaitan tranformasi atau perubahan dalam
menegakkan Islam di atas keruntuhan jahilliyyah.
• Dalam menegakkan
Islam atas keruntuhan jahilliyyah, lslam tidak boleh bercampur dengan
jahilliyyah.
Konsep
"inqilabiyyah" dalam Islam merujuk pada gagasan revolusi atau
perubahan sosial yang mendasar yang dilakukan dengan tujuan menggulingkan
pemerintahan yang dianggap zalim (jahiliyyah) atau tidak adil, dan menggantinya
dengan sistem yang lebih baik sesuai dengan prinsip-prinsip Islam.
Dalam konteks sejarah, istilah inqilabiyyah sering kali dikaitkan dengan
gerakan-gerakan politik yang berusaha untuk mendirikan negara Islam atau
menerapkan hukum-hukum Islam secara menyeluruh. Gerakan-gerakan ini bisa
mencakup kelompok-kelompok seperti Ikhwanul Muslimin di Mesir, Revolusi Iran
tahun 1979, atau kelompok-kelompok militan seperti Taliban di Afghanistan.
Pandangan terhadap konsep inqilabiyyah dalam Islam tidaklah homogen di
antara semua umat Muslim. Ada perbezaan pendapat dalam hal bagaimana dan bila
inqilabiyyah harus dilakukan. Beberapa Muslim meyakini bahwa inqilabiyyah
adalah langkah yang diperlukan ketika pemerintahan yang ada melanggar
prinsip-prinsip Islam dan menindas umat Muslim. Mereka berpendapat bahwa
perubahan secara revolusi diperbolehkan, bahkan diwajibkan, untuk memulihkan
keadilan sosial sesuai dengan ajaran Islam.
Di sisi lain, ada juga umat Muslim yang lebih menganjurkan pendekatan perubahan
dan peralihan secara terancang / perlahan-lahan dalam usaha untuk memperbaiki
masyarakat dan pemerintahan. Mereka berpendapat bahwa inqilabiyyah yang
berhubungan dengan kekerasan dan perubahan drastik tidak selalu menghasilkan apa
yang diinginkan sebaliknya dapat menimbulkan kerosakan dan ketidakstabilan.
Penting untuk dinyatakan
bahawa pentafsiran dan pendekatan terhadap inqilabiyyah adalah berbeza-beza di
antara individu dan kelompok-kelompok Muslim. Pemahaman dan tindakan yang
berkaitan dengan inqilabiyyah harus dilihat dalam konteks sejarah, politik, dan
sosial yang relevan, serta selalu berpegang pada prinsip-prinsip keadilan,
perdamaian, dan etika yang ditentukan oleh Islam.
Inqilabiyah boleh
difahami sebagai tertegaknya Islam dengan runtuhnya jahiliyah. Hal ini memberi
kita maksud bahawa maaruf yang perlu dilaksanakan selari dengan mungkar yang
mesti dihapuskan, bukan sekadar kita mengajak orang kepada kebaikan dan pada
masa yang sama tidak cuba menghapuskan kemungkaran yang semakin
bermaharajalela.
Dengan kata lain,
inqilabiyah ialah melaksanakan perubahan total iaitu dengan mencabut dan
meruntuhkan jahiliyyah serta membangunkan atau menegakkan Islam di atas
keruntuhan jahiliyyah itu. Mesti bersifat tajarrud, iaitu membebaskan diri
daripada prinsip lain daripada Islam.
Menegakkan Islam
atas keruntuhan jahiliyyah. Islam tidak boleh bercampur dengan Jahiliyyah.
Islam juga tidak boleh ditempel-tempelkan. Sebagai contoh kita ingin menegakkan
Islam lalu kita menganjurkan banyak aktiviti dan program berunsurkan islam tetapi
dalam masa yang sama konsert, majlis tari-menari, disko, kedai bar minuman keras, dan lain-lain
lagi tempat bertentangan dengan syarak dari segi ihktilat (pergaulan bebas),
dedah aurat dan lagha berlebihan sama naik maju dengan program dan aktiviti
keagamaan. Wajarkah begitu?
Amar Ma'ruf
Nahi Mungkar
Lantas kerana
itulah Islam bergerak secara amar ma'ruf dan tak lengkap tanpa nahi mungkar
(berpesan2 ke arah kebaikan dan menjauhi kemungkaran). Tidak dapat tidak amar
ma'ruf mesti disusuli dengan nahi mungkar. Sebagai contoh, kita berusaha
bersungguh2 untuk mengajak sahabat2 kita melakukan kebaikan dengan membuat aktiviti2
seperti ceramah, qiamillail dan sebagainya sedangkan dalam masa yang sama
aktiviti2 membatasi syarak seperti konsert2, jom heboh, masalah2 ikhtilat
berleluasa. Patutkah begitu? Jangan salah faham pula, saya tak kata aktiviti2
ceramah itu salah. Sebaliknya, aktiviti2 mengajak sahabat2 ke arah kebaikan ini
harus disertai dengan kerahan menjauhi serta memboikot aktiviti2 melampaui
syarak tersebut.
Abul -Laits
meriwayatkan dengan sanadnya dari Umar bin Abdul-Aziz berkata:
"Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menyiksa orang-orang umum kerana
dosa-dosanya orang-orang yang tertentu tetapi apabila perbuatan dosa itu
merahajalela dan terang-terangan kemudian tidak ada yang menegur, maka bererti
semuanya sudah layak menerima hukuman."
Abu Hurairah r.a.
berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): "Anjurkan
lah kebaikan itu meskipun kamu belum dapat mengerjakannya dan cegahlah segala
yang mungkar meskipun kamu belum menghentikannya."
Jahiliyyah
dalam diri
Ayuh sahabat2 kita
nilai diri masing-masing. Masih bersisa bakikah jahahiliyyah dalam diri? Lalu
bagaimana hendak kita tegakkah Islam dalam pribadi bilamana Islam takkan teguh
selagimana jahiliyyah tidak runtuh? -->persoalan untuk diri ini sendiri yang
hendak dikongsikan bersama sahabat2 semua. Titik permulaan Islam adalah
berpucuk dari diri kita sendiri. Andai pada diri sudah gagal untuk menegakkan
Islam, bagaimana pula hendak ditegakkan Islam dalam masyarakat, negara dan
dunia setelahnya. Ajaklah diri melakukan kebaikan, laranglah diri dari melakukan
kemungkaran, kemudian beristiqamahlah dan bertwakkallah pada Allah swt. Teguh
runtuh Islam adalah pada tangan kita sahabat2 sekalian.
“Dan mereka yang
bejuang untuk menegakkan agama Kami, tentu akan Kami tunjuki ke jalan Kami. Dan
sesungguhnya Allah selalu bersama-sama dengan orang-orang yang berbuat baik.”
(Surah Al-’Ankabut:
Ayat 69)
Jahiliyyah
dulu vs Jahiliyyah kini
Dr. Yusuf al
Qardhawi hafizahuLlah menyebut Jahiliyyah menurut istilah ialah: ‘perasaan
sangsi atau ragu terhadap kebenaran Allah Taala’. Jahiliyyah tidaklah termaktub
hanya pada zaman sebelum kedatangan Islam di Mekah sebagaimana selalunya
disinonimkan kerana pada hakikatnya jahiliyyah kini lebih mencabar keadaannya.
Kerana apa? kerana jahiliyyah kini adalah jahiliyyah setelah datangnya Islam,
setelah tersebarnya Islam dan setelah begitu ramai penganut beragama Islam.
Mengikut pendapat
As-Syahid Sayyid Qutb, beliau ada menempelkan perkataan jahiliyyah pada
individu, penguasa dan juga masyarakat apabila mereka tidak mengikut tata cara
hidup Islam. Mereka buta atau bodoh di sebabkan tidak nampak akan jalan sebenar
yang Islam tunjukkan untuk memandu hidup manusia ke arah cahaya. Maka nampakkah
sahabat-sahabat sekalian betapa tertegaknya jahiliyyah kini? dan betapa
jahiliyyah itu didirikan atas keruntuhan Islam itu sendiri?