Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Showing posts with label Sanitizer murah. Show all posts
Showing posts with label Sanitizer murah. Show all posts

Saturday, March 14, 2020

Buat HAND SANITIZER Sendiri!

Wabak COVID19 nampak semakin merebak dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda dalam tempoh terdekat. Masyarakat mulai peka terhadap langkah pencegahan kerana bimbang dijangkiti virus merbahaya ini. Antara langkah pencegahannya ialah dengan membersihkan tangan dengan air atau lebih baik dengan cecair pembersih. Hand Sanitizer adalah cecair pembersih tangan yang disarankan oleh para doktor dan ahli farmasi. Oleh kerana ramai yang mencarinya di musim ini ia selalu kehabisan stok.

Sebenarnya jika dilihat kepada kandungannya kita boleh buat sendiri sebab sumbernya mudah dan murah... boleh beli di kedai, pasaraya dan farmasi nak beli online pun boleh.

Jom kita buat....


Caranya boleh ikut perkongsian daripada seorang jurutera yang diambil dari seorang ahli farmasi:

Cara mudah DIY Hand sanitizer: Bahan-bahannya mengikut cadangan ahli farmasi itu:

-         -  Dettol
-         -  Sterile Water






CARA MEMBUATNYA:
  • Gunakan nisbah 20 % Dettol dan 80 % sterile water.
  • Campurkan nisbah ini.
  • Kalau nak buat 100 ml hand sanitizer guna sukatan ini: 20 ml Dettol, 80 ml sterile water.
  • Kalau nak buat 50 ml hand sanitizer guna sukatan ini: 10ml Dettol, 40ml sterile water.
  • Boleh sukat guna picagari atau alat sukatan lain yang sesuai.
  • Akhir sekali letak dalam botol spray.

INFO:
Tetapi saranan ahli farmasi itu, formula ini hanya sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak berumur 10 tahun ke atas sahaja. Ia disebabkan faktor  ketebalan kulit. Kesan Dettol agak kuat juga. Bimbang ada kesan pada kulit kanak-kanak yang berumur kurang daripada 10 tahun.

Kalau malas juga nak buat... boleh beli online di Fingo sementara stok masih ada klik produk di bawah untk beli 3 X botol 30ml hanya RM15.


Kredit: Ir. Abdul Rahman Bahasa