Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Showing posts with label Nabi beragama apa?. Show all posts
Showing posts with label Nabi beragama apa?. Show all posts

Wednesday, March 21, 2018

Nabi beramal dengan agama apa sebelum kerasulan?

Baru-baru tentang dakwaan seorang ustaz yang mengatakan sebelum Islam Nabi SAW tidak beragama. Namun akhbar yang menyiarkannya memohon maaf kerana tersilap faham.

Namun saya terus membuat carian di dalam sumber arab untuk mendapatkan pencerahan. Berikut adalah terjemahan satu sumber dari fatwa yang boleh memberi input berkaitan isu ini.

Imam Qurtubi di dalam tafsirnya dalam juzuk ke 16 Dan mukasurat 57 telah memberi komentarnya berhubung isu ini. Beliau menyatakan ulama berkhilaf pandangan kepada tiga kelompok;

1) Pandangan yang mengatakan mustahil secara akal bahawa Nabi SAW mengikut mana2 agama sebelum wahyu. Mereka megatakan nabi beramal secara tahsin dan taqbih,

2) Pandangan Abu Ma'ali; Iaitu bertawaqquf dalam hal ini kerana tiada dalil sorih yg boleh dipakai secara akal dan naqal dan

3) Pandangan yang mengatakan bahawa Baginda SAW mengikut agama nabi2 sebelum. Golongan ini berkhilaf pula dari segi menentukan syariat nabi mana. Dari segi ini lahir beberapa pandangan;
i) Syariat Nabi Isa a.s kerana baginda yang terakhir sebelum Nabi Muhammad SAW. Oleh itu syariat Nabi Isa a.s memansukhkan yang lain,
ii) Syariat Nabi Ibrahim a.s kerana baginda adalah penghulu para nabi dan Nabi Muhammad SAW adalah daripada nasab baginda a.s.
iii) Syariat Nabi Musa a.s kerana ia adalah syariat samawiyyah yang paling tua dan iv) Pendapat muktazilah yang mengatakan Nabi SAW beramal berdasarkan agama. Namun penjelasan muktazilah tidak menggambar agama seperti yang dimaklumi.

Imam Qurtubi mengatakan para Aimmah (ulama muktabar ahlussunnah) mengatakan kesemua pendapat di atas adalah batil (salah). Hal ini kerana pendapat itu saling bercanggah dan tiada dalil qat'ie walaupun secara akal kesemuanya boleh diterima.

Para Aimmah memutuskan bahawa Baginda Nabi SAW tidak boleh dinisbahkan kepada mana2 nabi yang akan menggolongkan baginda sebagai salah seorang umat mereka atau mewakili mereka kerana mengamalkan syariat mereka. Bahkan Baginda SAW membawa syariat sendiri yang ditentukan oleh Allah Azza wa Jalla.

Kita beriktikad berdasarkan dalil yang ada bahawa Baginda SAW adalah seorang mukmin kepada Allah, tidak pernah menyembah berhala, tidak pernah mensyirikkan Allah, tidak pernah minum arak, tidak pernah berzina, tidak pernah menghadiri 'Ijtimak AsSamir, Halaf al-Matar dan Halaf al-Mutibiin' (perhimpunan memenangkan qabilah walaupun melakukan kezaliman). Allah membersihkan dan melindungi Nabi SAW daripada kesemua perkara tersebut.

Pendapat Imam-Imam yang dimaksudkan oleh Imam Qurtubi ini tidak bercanggah dengan ayat-ayat berikut:

- ( قُلْ بِلْ مِلَّةَ إبْراهِيمَ حَنيفًا) ( سورة البقرة : 135 )
- ( أَنِ اتَّبِعْ مِلَّةَ إبْراهِيمَ حَنيفًا ) (سورة النحل : 123)
- ( شَرَعَ لَكُمْ مِنَ الدِّينِ مَا وَصَّى به نُوحًا والذِي أَوْحَيْنا إليكَ ومَا وَصَّيْنَا بِهِ إبْراهِيمَ ومُوسَى وعِيسَى أَنْ أَقيمُوا الدِّينَ ولاَ تتفرَّقُوا فِيهِ ) (سورة الشورى : 13)

Semuanya menunjukkan bahawa Nabi SAW beribadat selari dengan syariat. Bahawa perkara itu tidak bercanggah dengan syariat seperti mentauhidkan Allah dan melakukan perkara-perkara agama. Adapun penjelasan tentang kaifiyatnya tidak diketahui sehingga datang Islam.