Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Showing posts with label INSAK 2020. Show all posts
Showing posts with label INSAK 2020. Show all posts

Monday, March 9, 2020

Permohonan & Kemasukan Ke Institut Pendidikan Guru (IPG) 2020




Berikut cara-cara memohon kemasukan ke Insitut Pendidikan Guru (IPG) secara online.
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : https://pismp.moe.gov.my/
Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga.
Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : https://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.
 pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima rujukan.
Pemohon hendaklah menyimpan no rujukan untuk tujuan semakan permohonan.
Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
Untuk maklumat lanjut layari portal rasmi PISMP 2020 di sini https://pismp.moe.gov.my/

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, anda dinasihatkan untuk menghubungi bahagian pengambilan IPG KKM di alamat berikut:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250,JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)

No. Telefon : 03-8312 6720/6730/6768/6627/6758/6693/6733/6731/6769/6761/6689/6760