Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Showing posts with label Pengajaran Mikro. Show all posts
Showing posts with label Pengajaran Mikro. Show all posts

Friday, March 8, 2019

Pengajaran Mikro


KEMAHIRAN ASAS PENGAJARAN MIKRO

  1. Set induksi
  2. Variasi rangsangan
  3. Menerang
  4. Menggunakan bahan Bantu
  5. Menyoal
  6. Penggunaan papan tulis
  7. Peneguhan
  8. Penutup      







KONSEP PENGAJARAN MIKRO

Pengajaran mikro adalah satu teknik pengajaran yang memakan masa tidak melebihi lima belas minit. Tujuannya memberi kemahiran mengajar secara berperingkat. Guru pelatih boleh memahirkan diri mereka untuk menjalankan aktiviti pengajaran saperti pengajaran set induksi, menjalankan aktiviti berkumpulan atau mencuba menerapkan pelbagai teknik-teknik pengajaran di dalam pengajaran mikro mereka. Pelbagai teori juga boleh diterapkan melalui pengajaran ini.

Pengajaran mikro bermaksud latihan pengajaran amali yang dipermudahkan dari aspek skop dan organisasinya. Istilah `mikro' bermaksud sesuatu yang kecil dan apabila dikaitkan dengan pengajaran ini bermaksud aspek utama iaitu saiz kelas, masa dan kemahiran mengajar dijadikan "kecil" dalam serba serbi.

Pengajaran mikro ialah sesi yang hanya mengendalikan satu bahagian daripada keseluruhan pengajaran misalnya kemahiran set induksi bagi sesuatu tajuk.

Konsep

  1. Pengajaran mikro telah dipraktikkan secara meluas dalam  latihan keguruan di seluruh dunia sejak diperkenalkan di Stanford Universiti oleh Dwight .W. Allen, Robert Bush dan Kim Romney di lewat tahun 1950-an  

  1. Merupakan satu bentuk  simulasi pengajaran yang boleh dilaksanakan untuk latihan guru-guru pra perkhidmatan dan dalam perkhidmatan

  1. Pengajaran mikro amat berkesan untuk membantu pelajar/ guru menguasai kemahiran mengajar dalam situasi yang lebih tenang, kurang kompleks, terkawal dengan cara yang sistemetik dan analitikal

  1. Dapat membantu pelajar menguasai kemahiran, kaedah mengajar dan dan isi kandungan

  1. Lebih berfokus kepada beberapa komponen kemahiran mengajar seperti kemahiran permulaan , penggunaan sumber, kemahiran penyoalan, kemahiran menerang, kemahiran menjalankan aktiviti, dan kemahiran penutup

  1. Secara umum pengajaran mikro melibatkan proses pengajaran, mengkaji dan membuat refleksi (teach, review and reflect)

  1. Proses pengajaran mikro melibatkan
                      i.    jangkaan masa antara lima hingga sepuluh minit atau (lebih panjang)
                     ii.    kumpulan pelajar antara 3 hingga 4  orang (boleh berubah)
                    iii.    pelajar sesama pelajar
                   iv.    pelajar dengan murid
                    v.    dalam bentuk klinik mikro/makro
                   vi.    pengunaan borang  kemahiran mikro

Pengertian

n  Mengikut Micheel J Wallace pengajaran mikro merupakan pengajaran yang dipermudahkan. Pengertian ini membawa makna satu situasi pengajaran yang telah dikurangkan skopnya, iaitu tugas guru dipermudahkan, mata pelajaran dipendekkan dan bilangan murid dikecilkan

n  Pengajaran mikro boleh diertikan suatu latihan pengajaran untuk mengetahui tahap penguasaan  kemahiran mengajar guru pelatih sebelum praktikum atau berlaku pengajaran yang sebenar di sekolah

n  Education Encyclopedia
Microteaching is a scaled-down, simulated teaching encounter desingned ……for the training of both presevice or in-service teachers. ………


Kemahiran yang menjadi fokus dalam pengajaran mikro

Kemahiran Memulakan
Pengajaran (set induksi)
Kemahiran Menyoal
Kemahiran Menerang
Kemahiran Menggunakan
Papan Tulis




Kemahiran Variasi Rangsangan
Kemahiran Menggunakan Sumber
Kemahiran Pengukuhan
Kemahiran Menutup Pengajaran

Tujuan pengajaran mikro

  1. Memberi peluang kepada guru mempraktik kemahiran mengajar dalam situasi terancang.
  2. Dapat mengamalkan teori dan konsep pengajaran dan pembelajaran yang dipelajari.
  3. Membolehkan guru dapat menguasai kemahiran pengajaran dengan cepat melalui pengalaman yang menyeronokkan.
  4. Melalui  rakaman video, guru dapat membuat refleksi kelemahan dan kekuatan pengajaran yang berfokus.
  5. Dapat memperbaiki kelemahan dan mendapat bimbingan daripada pensyarah  penyelia atau rakan sekelas.
  6. Mengurangkan ketegangan dan meningkatkan keyakinan guru untuk menghadapi situasi pengajaran yang sebenar.
  7. Dapat mengurangkan pelbagai masalah yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

Situasi Pengajaran Mikro

1
Saiz kelas kecil (4-10 orang)

Kelas untuk pengajaran mikro tidak terikat seperti kelas biasa. Minimum 4 hingga 10 murid atau rakan diperlukan supaya mudah dikawal dan memantau pelaksanaan secara spesifik.

2
Masa pengajaran  dipendekan (5 – 15 minit)
Oleh kerana tumpuan kepada satu kemahiran pengajaran sahaja,  masa yang diambil memadai antara 5 hingga 15 minit untuk melihat fokus kemahiran dengan lebih terperinci.

3
Dilaksanakan dalam bilik mikro atau makmal pengajaran

Boleh dilaksanakan dalam bilik mikro pengajaran yang mengandungi kelengkapan secukupnya seperti perakam video, papan hitam, meja dan kerusi untuk murid serta kelengkapan  alat tulis lain. Pengajaran mikro boleh juga dilaksanakan di sekolah tetapi pastikan kriteria-kriteria lain diambil kira seperti jumlah murid, kelengkapan alatan pengajaran dan mendapat persetujuan daripada pihak pengurusan sekolah.

4
Ada penyelia, pensyarah atau rakan bimbingan

Semasa sesi pengajaran mikro, pensyarah perlu ada bersama dengan guru untuk melihat, mendengar dan menganalisis tingkah laku pengajaran yang berlaku dalam kelas. Pensyarah bolehlah mencatat dan memberi perhatian sepenuhnya untuk memberi maklumbalas selepas pengajaran.  Maklumbalas  atau pendapat juga boleh diperoleh dari rakan guru yang disimulasi sebagai murid.

5
Fokus kepada satu kemahiran  pengajaran

Dalam pengajaran mikro fokus hanya kepada satu kemahiran sahaja pada satu masa, sebagai contohnya untuk melihat penguasaan  guru dalam aspek set induksi. Apabila satu kemahiran telah dikuasai, barulah dapat digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran lain.

6
Rekod borang Bimbingan (protokol)

Borang ini  digunakan oleh pensyarah untuk mencatat  perlakuan guru pelatih tentang aspek kemahiran mengajar yang difokuskan. Perlu ditegaskan bahawa pengajaran mikro ini bukan penilaian markah tetapi  ia lebih kepada bimbingan  untuk guru pelatih menguasai kemahiran mengajar dengan lebih yakin. Borang ini mengandungi  sub kemahiran mengajar dan petunjuk kualiti untuk ditentukan oleh pensyarah semasa pengajaran berlaku. Selepas tamat pengajaran mikro, pensyarah boleh mentafsir, menganalisis data yang dicatat untuk memberi bimbingan kepada  guru pelatih

7
Pengajaran, mengkaji, Tafsir, refleksi dan bimbingan

Semasa pengajaran mikro sedang berlangsung, pensyarah tidak boleh campur tangan, atau memberi komen pengajaran  kepada guru tersebut. Sebarang bimbingan atau analisis perlu dilakukan sebelum atau selepas pengajaran mikro. Dalam sesi  ini pensyarah hendaklah memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengeluarkan pendapat,  pandangan, memberi ulasan tentang kelemahan dan kekuatan yang berlaku semasa pengajaran mikro. Selepas itu barulah pensyarah memberi bimbingan, diskusi, motivasi dan tunjuk cara yang lebih baik kepada guru.


Langkah-Langkah Pengajaran Mikro

Konsep Pengajaran  mikro



Pengajaran
berlaku



v  Membuat refleksi
v  Perbincangan
v  Pengajaran semula

é


é


é
Persediaan
Pengajaran mikro


è
Pelaksanaan
Pengajaran mikro


è
Pasca
Pengajaran mikro


ê



ê



ê
v  Perancangan mata pelajaran
v  Penentuan             komponen kemahiran



v Memerhati
v Mengisi borang bimbingan
v Merakam  video



v  Main semula perakam video
v  Perbincangan
v  Tafsir
v  Cadangan
v  Merumus



Kemahiran Pengajaran Mikro
  1. Kemahiran permulaan
  2. Kemahiran pelbagai ransangan
  3. Kemahiran pengukuhan
  4. Kemahiran penyoalan
  5. Kemahiran Menerang
  6. Kemahiran menggunakan sumber
  7. Kemahiran Interaksi
  8. Kemahiran melaksanakan aktiviti
  9. Kemahiran penutup

Kemahiran Permulaan (Induksi Set)
1
Menarik perhatian
Untuk menarik perhatian murid
2
Mewujudkan motivasi
Untuk memotivasikan murid
3
Menstruktur
Untuk menjelaskan apakah yang akan dipelajari
4
Membuat perkaitan
Untuk membuat perkaitan antara isi pelajaran yang telah dipelajari dengan yang akan dipelajari

Kemahiran Pelbagai Rangsangan
1
Pergerakan fizikal guru
Guru bergerak mengikut “zon aktif murid”
2
Perubahan nada suara
Mendatar – lantang
Lantang - senyap
3
Pergerakan anggota (posture/gesture)
Tangan – kepala
Tangan - hentian
4
Perubahan fokus deria murid
Mendengar – menonton
Melihat - merasa
5
Bentuk penglibatan lisan murid
Menyoal – menjawab
Bertukar – membaca
Bercerita - berbincang
6
Bentuk penglibatan fizikal murid
Menulis jawapan di papan tulis
Melakukan tunjukcara di hadapan kelas
Kemahiran Pengukuhan
1
Lisan positif
Guru menggunakan sebutan:
  • baik/baus/betul/jawapan batul
  • mengulang jawapan murid
2
Lisan negatif
  • bukan
  • salah
  • tidak
  • kurang lengkap
  • menyindir
  • jawapan buruk
3
Gerak isyarat positif
  • senyuman
  • tepuk tangan
  • mengangkat ibu jari
4
Penggunaan jawapan murid

5
Dampingan

  • mendampingi murid
  • berdiri di sebelah murid
  • duduk di sisi murid
6
Sentuhan

  • menyentuh kepala
  • menyentuh bahu
  • menyentuh bahagian belakang murid
7
Gerak isyarat negatif
  • mengeleng-geleng kepala
  • menunjukkan muka marah
  • menggoyangkan tangan
8
Tiada pengukuhan




Kemahiran Penyoalan
1
Pembentukan soalan
  • jelas
  • tepat
  • ringkas
2
konsep

Fokus soalan

Fokus tunggsl
  • Soalan ditumpukan kepada satu idea sahaja
  • Soalan konvergen (setumpu)
Fokus pelbagai
  • Soalan diperluaskan kepada lebih daripada satu idea
  • Soalan divergent (bercapah)
3
Sebaran soalan
Soalan disebarkan kepada seluruh kelas
4
Hentian
Memberi masa kepada murid memikirkan jawapan
5
Memberi petunjuk menjawab

memberi petua atau petunjuk untuk membantu murid menjawab soalan
6
Alih hala soalan


  

Aras soalan



   6    




6
Penilaian






5




5
Sentesis







4




4
Analisis







3




3
Aplikasi








2




2
Kefahaman







1




1
Pengetahuan







Peringkat Soalan Taksonomi Bloom

Pengetahuan
(Ingat Kembali)

• Mengenal, mengecam
• Mengingat semula (fakta, definisi)

§  Siapakah….?
§  Dimanakah…?
§  Yang mana satu…?
§  Apakah….?
§  Bagaimana…?
§  Kenapa..?
§  Berapakah..?
§  Bilakah…?
§  Apakah maksud…?

Kefahaman

• Mentafsir
• Memberi contoh
• Mengkelas
• Meringkas
• Menyimpul
• Membanding
• Menerang

§  Dengan menggunakan perkataan kamu sendiri nyatakan…?
§  Berikan satu contoh..?
§  Pilih definisi terbaik…?
§  Ringkaskan perenggan..?
§  Terangkan apakah yang berlaku sekiranya..?
§  Terangkan apakah yang dimaksudkan..?

Aplikasi

• Menyempurna
• melaksana
§  Adakah anda tahu dalam situasi lain di mana…?
§  Dari maklumat yang diberi, bolehkah anda menghasilkan satu set arahan mengenai…
§  Nyatakan banyak manakah perubahan akan berlaku…?

Analisis

• Membeza
• Menyusun/mengatur
• Membuat tanggapan

§  Kenapa……?
§  Sekiranya……..?
§  Apakah tujuan……?
§  Bolehkah kita mengandaikan….?
§  Apakah kesimpulan..?
§  Apakah hubungan diantara….?
§  Nyatakan pandangan pengarang?

Sintisis
• Menjana
• Merancang
• Menghasilkan

§  Bolehkah anda mencipta…untuk…?
§  Bolehkan anda melihat kemungkinan penyelesaian kepada….?
§  Sekiranya anda mempunyai sumber-sumber… bagaimana anda akan menanganinya
§  Berapa carakah anda boleh…?
§  Bolehkah anda menghasilkan cara
§  penggunaan baru dan unik untuk…..?

Penilaian

• Memeriksa/menyemak
• mengkritik
§  Adakah cara lain yang lebih baik…?
§  Bolehkah anda mempertahankan pegangan mengenai…?
§  Apakah perubahan kepada……yg anda cadangkan?
§  Adakah anda mempercayai….? Apakah perasaan anda mengenainya?
§  Siapa yang akan mendapat manfaat& siapa yang akan rugi?


Mengapa Perlu  Menyoal Ketika Melaksanakan Pengajaran?

1.     Mengenal pasti apa pelajar tahu
2.     Melibatkan pelajar dalam pelajaran
3.     Memotivasikan pelajar
4.     Menimbulkan minat
5.     Memfokus kepada sesuatu
6.     Mengenal pasti kelemahan
7.     Menggalakkan pemikiran
8.     Menggalakkan perbincangan
9.     Menjana pembelajaran kendiri
10.   Menilai pemahaman murid

Apakah Penyoalan?

Penyoalan adalah apa jua pernyataan atau perlakuan yang memerlukan maklumbalas murid. Selain daripada berbentuk lisan, penyoalan juga boleh dilakukan melalui ekspresi muka, isyarat dan konteks fizikal.


SOALAN è   MAKLUMBALAS è   REAKSI SELEPAS MAKLUM BALAS

Penyoalan guru adalah merupakan salah satu bentuk interaksi yang berlaku dalam bilik darjah. Teknik penyoalan adalah merupakan salah satu alat untuk mencapai matlamat dan merangsang aktiviti mental. Beberapa kebaikan penyoalan adalah seperti berikut;

  • Merangsang pembelajaran
  • Mengembangkan potensi berfikir murid
  • Memandu kepada idea yang jelas
  • Menggerakkan imaginasi
  • Insentif kepada tindakan
Bila Guru Mengemukakan Soalan?

Fasa Pengajaran
è
Tujuan Menyoal

Permulaan
è
Membantu murid mengingat kembali pengetahuan lepas yang berkaitan

Perkembangan
è
Mencungkil fikiran pelajar untuk membantu mengikuti pelajaran dengan berkesan

Penutup
è
Menilai pencapaian objektif pelajaran


Bagaimana Mencungkil Jawapan Murid?

1.    Elak daripada soalan tertutup: jawapannya – “ya”, “tidak”, “betul”, “salah” sahaja
2.    Pindah: soalan tutup ke aras lebih tinggi (Alihhala)
3.    Guna teknik “wait time
4.    Guna ganjaran dan denda secara bijak
5.    Beri petunjuk verbal dan tidak verbal
6.    Libatkan semua pelajar
7.    Kemuka soalan yang perlu penjelasan

Garis Panduan Utama Ketika Mengemukakan Soalan

1.    Soal seluruh kelas
2.    Soal dahulu, kemudian panggil pelajar
3.    Sesuaikan soalan dengan aras pemikiran pelajar
4.    Ulangi soalan penting
5.    Sediakan soalan dengan teliti
6.    Beri gerak balas yang menggalakkan
7.    Gunakan soalan pimpinan (leading question)
8.    Soal sepanjang pelajaran, bukan di akhir pelajaran sahaja
34

Kemahiran Penggunaan Papan Tulis
1
kejelasan
§  Saiz tulisan yang sesuai
§  Tulisan kemas dan tepat
§  Gambarajah jelas, ringkas
2
Susunan (layout)
§  penggunaan ruang bagi tulisan dan rajah sesuai dan seimbang
§  susunan jelas dilihat
§  nota disusun secara sistematik
3
Penonjolan / penekanan
§  warna kapur/pen marker yang sesuai
§  warna kapur/pen marker yang menarik
4
Teknik persembahan

§  berjaya membentuk konsep yang jelas dan tepat
§  berjaya memudahkan konsep
§  berjaya melibatkan murid dalam aktiviti pembelajaran
§  menggunakan papan tulis dalam masa yang sesuai