Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Showing posts with label sumber digital. Show all posts
Showing posts with label sumber digital. Show all posts

Wednesday, February 9, 2022

Teknologi dan Sumber Digital

Teknologi dan Sumber Digital

Perkembangan teknologi dan sumber digital telah membuka sepenuhnya kemungkinan transformasi bentuk pembelajaran kepada bentuk baharu. Justeru, hubungan pendidikan dan latihan telah berubah dengan ketara. Teknologi baharu kini membolehkan semua belajar di mana-mana dan pada kadar yang paling sesuai. Institusi latihan pendidikan perlu mennyiapkan semula diri mereka sendiri untuk memenuhi jangkaan baharu pelajar dengan menyepadukan sepenuhnya pembelajaran digital ke dalam kaedah pengajaran.

Konsep Teknologi Dan Teknologi Pendidikan

Teknologi memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Ia dilihat sebagai asas pertumbuhan ekonomi. Ekonomi yang miskin dalam teknologi tidak boleh berkembang dalam senario hari ini. Ini kerana teknologi membuat kerja kita lebih mudah dan kurang memakan masa. Kesan teknologi dapat dirasakan dalam setiap bidang termasuklah bidang pendidikan (Raja & Nagasubramani, 2018).

 

Pengguna teknologi ialah mereka yang sedang melaksanakan tugas dengan komputer atau sedang mengakses internet untuk apa sahaja tujuan sama ada membina hubungan sosial melalui laman sesawang, mencari bahan atau maklumat atau sedang mereka bentuk persembahan multimedia. Jika sekiranya seorang pendidik atau pelajarpula yang menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, maka teknologi yang digunakan sering kali dirujuk sebagai teknologi dalam pendidikan.

Menurut Association for Educational Communication and Technology (AECT), teknologi pendidikan adalah suatu proses yang kompleks dan terpadu dengan melibatkan peralatan, idea, prosedur, orang dan organisasi untuk menganalisis permasalahan, menemukan penyelesaian masalah, membuat penilaian serta mengelola pemecahan masalah yang berkaitan dengan semua aspek belajar manusia.

Menurut Heinich, Molenda dan Rusell (1969), teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Ini bermakna, dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea sama ada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan “pemangkin” ke arah mencapai kejayaan.

 

Konsep Teknologi

Istilah teknologi seringkali dikaitkan dengan alat teknologi moden terutamanya alat elektronik seperti komputer, televisyen, radio, perakam pita video, pemain cakera padat, perakam kaset audio, projektor paparan hablur cecair (LCD), kamera digital dan telefon bimbit. Secara umumnya teknologi bermaksud produk atau alat media serta proses yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam sistem pendidikan atau latihan.

Justeru itu, terdapat banyak pandangan tentang maksud teknologi antaranya ialah:

Teknologi ialah keupayaan menggunakan pengetahuan saintifik yang tersusunsecara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan praktikal dalammelaksanakan tugasan sehingga mencapai kejayaan (Gailbrath, 1967).

● Teknologi ialah suatu seni atau sains bagaimana alat itu digunakan untuk tujuan- tujuannya (Evan & Nation, 2000).

● Teknologi mengikut Finn (1960) membawa maksud suatu proses ke arah penyelesaian masalah dengan menggunakan teknik, kaedah, reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji serta penggunaan pengetahuan sains dan lain-laincabang ilmu untuk menghasilkan tugasan pembelajaran yang praktikal.

 

Konsep Teknologi Pendidikan

Teknologi pengajaran ialah satu proses yang kompleks dalam menganalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional (Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, 1988). Tujuannya ialah untuk meningkatkan keberkesanan proses PdP dengan mereka bentuk dan mengaplikasinya dengan sepadukan elemen idea, tenaga, sumber atau bahan, serta kaedah dan tatacara. Manakala, Bahagian Teknologi Pendidikan di

Kementerian Pelajaran Malaysia (1991) mentakrifkan teknologi pendidikan sebagai aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Crowell (1971), dalam Encyclopedia of Education menjelaskan bahawa, teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan. Kesimpulannya ialah teknologi pendidikan adalah satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

 

Pembelajaran digital: Definisi

Pembelajaran digital ialah kaedah pembelajaran berdasarkan penggunaan alat digital baharu untuk membolehkan pelajar belajar dengan cara yang berbeza, sama ada secara bersemuka, pembelajaran jarak jauh (tak segerak atau segerak) atau pembelajaran bercampur. Oleh itu, ia bukan semata-mata persoalan mendigitalkan kandungan pendidikan tetapi satu set kaedah pendidikan (Ipag Bussiness School: 2021)


Sumber:

-Ipag Bussiness School. (2021). What Is Digital Learning. Retrieved from www.ipag.edu/en/blog/definition-digital-learning  

- Modul Teknologi Pendidikan IPG

- Youki Terada. (2020). A Powerful Model for Understanding Good Tech Integration. Retrieved from

 https://www.edutopia.org/article/powerful-model-understanding-good-tech-integration