Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Showing posts with label Panduan Hadis. Show all posts
Showing posts with label Panduan Hadis. Show all posts

Friday, September 1, 2017

Panduan Beramal Dengan Hadis (1)



Hukum beramal dengan Hadis Aahad (آحاد) .

Sesungguhnya hadis-hadis Aahad wajib beramal dengannya sekiranya ia sahih, hasan, tidak terdapat hadis lain yang bertentangan yang lebih kuat sanad dan dilalahnya. Hal itu adalah berdasarkan rujukan kepada al-Quran, Sunnah dan Ijmak.

Hadis-hadis dari segi boleh beramal dengannya atau tidak boleh beramal dengannya terbahagi kepada 4 bahagian:

Pertama: Sahih iaitu hadis yang perawinya adil, kuat ingatan, tidak terputus sanad tiada ‘illah dan syaz.
Kedua: Hadis hasan iaitu hadis yang memiliki ciri-ciri hadis sahih. Cuma perawinya kurang kuat ingatan berbanding dengan hadis sahih.
Kedua-dua kategori ini wajib beramal dengannya kerana kedua-duanya ialah hujah. Melainkan hadis sahih kedudukannya lebih tinggi.
Ketiga: Hadis dha’if (lemah) iaitu hadis yang tidak memiliki ciri-ciri hadis yang boleh diterima (ciri-ciri di atas).
Kategori ini tidak boleh dijadikan hujah bagi perkara-perkara berkaitan akidah dan halal haram. 

Namun sebahagian ulama mutakhirin mengharuskan beramal dengannya dalam bab Fadhail A’amal dengan syarat-syarat berikut:
1-      Hadis tersebut perlulah berkaitan dengan fadhilat amalan.
2-      Hadis tersebut tidak terlalu lemah.
3-      Hadis tersebut termasuk dalam asal perkara yang diharuskan amalan.
4-      Bahawa ia tidak dianggap mesti dilakukan, sebaliknya ia hanyalah sekadar pilihan.

Keempat: Maudu’ (Palsu) iaitu ucapan yang diucapkan atau dikeluarkan oleh seseorang lalu dinisbahkan kepada Rasulullah SAW.
Kategori ini tidak boleh (haram) disebarkan dengan disandarkan kepada Rasulullah SAW. Hal ini berdasarkan dalil hadis daripada Sumrah bin Jundub RA bahawa Nabi SAW bersabda:
(من حدث عني بحديث يرى أنه الكذب، فهو أحد الكادبين) رواه مسلم
Terjemahan: "Sesiapa mendakwa sebuah hadis daripadaku sedang dia tahu ia dusta maka dia adalah salah seorang pendusta" (Hadis riwayat Muslim).

Al-Khatib Al-Baghdadi mengatakan: “Perawi hadis hendaklah tidak meriwayatkan hadis-hadis yang direka dan palsu. Sesiapa yang melakukan hal itu maka ia menganggung dosa yang berat dan dikategorikan sebagai pemalsu hadis”.

Terjemahan Azman Ariffin.
Sumber asal : fatwa.islamweb.net (No. Fatwa : 13202)