Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Showing posts with label sedekah merawat penyakit. Show all posts
Showing posts with label sedekah merawat penyakit. Show all posts

Tuesday, March 17, 2020

Bersedekah dapat menghindari penyakit dan virus

*🔥 SEDEKAH PENAWAR SEGALA PENYAKIT ???*
*TERMASUK COVIC 19😱🔥🔥*

*SEDEKAH* adalah amalan yang paling berat dilakukan. Khususnya kepada manusia yang tidak suka berkongsi harta dengan orang lain... atau bahasa mudahnya dipanggil *KEDEKUT* atau *BAKHIL*. 

Hanya orang beriman yang memahami konsep Sedekah itu sahaja akan meyakini ia amalan terpuji... yang bukan hanya menyucikan diri sendiri dan harta, bahkan pahalanya berkekalan dan menjadi Pembela di Padang Mahsyar kelak. 

*🌸Sabda Rasulullah SAW:*

دَاوُÙˆْا Ù…َرْضَاكُÙ…ْ بِالصَّدَÙ‚َØ©ِ

_*“Ubatilah orang yang sakit di antara kamu dengan SEDEKAH.”*_
(HR Abu Daud & At Thabarani & Al Baihaqi)


*🌸Dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda:*

" *BERSEGERALAH BERSEDEKAH* sebab bala bencana tidak pernah mampu mendahului sedekah*. Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah. Ubatilah penyakitmu dengan sedekah. Sedekah itu sesuatu yang ajaib. Sedekah menolak 70 macam bala dan bencana dan yang paling ringan ialah penyakit kusta dan sopak." 
(Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabarani)


*🌸Antara Wasiat Nabi SAW kepada Saidina Ali karramallahu wajhah :*
“Wahai Ali ! Sedekah yang sembunyi-sembunyi itu dapat mereda murka Allah dan dapat menarik rezeki dan berkah yang banyak. Maka berpagi-pagilah kalau bersedekah kerana *sesungguhnya bahaya itu turun pagi hari. Sebelum bahaya turun, Bersedekahlah sehingga dapat menolak bahaya di udara*.”


*🌸Sabda Rasulullah SAW :*
“Tidaklah hamba-hamba Allah bangun di pagi hari, kecuali disertai dengan turunnya dua malaikat. Salah satu dari keduanya lalu berkata : ‘Ya Allah berilah orang yang berinfaq ganti (dari barang yang diinfaqkan)’. Dan salah satu lagi berkata : *Ya Allah berilah orang yang menahan (bakhil) akan kerugian.”* 
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


*🌸Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud :*

" Sungguh *Sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah)*.” 
(Hadis Riwayat al-Turmuzi) 


*🌹Menurut Ibnu Qayim al-Jauziyah:* 

_"ALLAH SWT menolak pelbagai Bencana dengan Sedekah. Ketentuan ini sememangnya sudah maklum sama ada bagi para ulama ataupun orang awam. Ramai yang mempercayainya kerana mereka telah mencubanya._

_"Sedekah memiliki kehebatan yang luar biasa untuk menolak pelbagai bencana meskipun sedekah itu dikeluarkan oleh orang yang fasik, zalim atau kafir."_

_"SEDEKAH tidak akan mengurangkan harta.. sebaliknya ia akan membuatkan rezeki kita bertambah"._


*🌺Alkisah tentang keajaiban Sedekah yang berlaku di zaman Nabi Ibrahim AS:*

Suatu hari, Malaikat Maut menemui baginda dan bertanya; "Siapa anak muda yang tadi bertamu ke rumahmu?"

Jawab Nabi Ibrahim: "Dia sahabat sekali gus muridku."

Malaikat Maut bertanya lagi: "Apa tujuan kedatangannya menemuimu?"

Lalu Nabi Ibrahim berkata: "Dia mengutarakan niatnya akan bernikah esok pagi."

Namun, Malaikat Maut membalas: "Sayang sekali ya, usia anak muda itu tidak akan sampai esok pagi."

Lantas malaikat itu segera meninggalkan Nabi Ibrahim.

Namun, keesokan harinya, baginda AS masih melihat dan menyaksikan pernikahan anak muda berkenaan.

Bahkan, usia lelaki itu mencecah sehingga 70 tahun!

Lalu baginda bertanyakan hal itu kepada Malaikat Maut dan ia menjawab: "Wahai Ibrahim, _*pada malam menjelang pernikahannya, anak muda tersebut Sedekahkan separuh daripada kekayaannya. Dan ini yang membuatkan ALLAH SWT memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut hingga engkau masih melihatnya hidup*_."


*🌸Lagi kisah kelebihan amalan Sedekah sepertimana yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Baginda Rasulullah SAW bersabda :*

“Pada suatu hari ketika seorang lelaki berada di tanah lapang yang sunyi, dia terdengar satu suara dari awan: Siramlah air (hujan) kepada kebun si fulan itu!”

Awan itu bergerak lalu mencurahkan airnya pada sebidang tanah berbatu hitam. Saluran air pada tanah itu kemudiannya menampung semua curahan air hujan (dan mengalirkannya ke suatu arah). Lelaki itu pun mengikuti air itu dan menemui seorang petani berdiri di kebunnya, sedang mengubah aliran air dengan cangkul.

Lelaki itu bertanya: “Wahai hamba Allah, siapa namamu?” Petani itu menjawab: Nama saya fulan, iaitu nama yang baru didengarnya dari angkasa. Si petani bertanya kepadanya: Wahai hamba Allah, mengapa kamu tanyakan namaku?”

Kata lelaki itu: “Sebenarnya sekejap tadi saya dengar satu suara dari awan yang baru menurunkan air ini. Suara itu berkata,‘siramilah air pada kebun si fulan,’ menyebut nama kamu. Apa yang kamu buat dengan kebun ini?”

Petani itu berkata: “Baiklah, kalau kamu katakan begitu. Sebenarnya, aku selalu perhatikan apa yang keluar dari kebun ini, lalu aku sedekahkan 1/3 daripadanya, 1/3 berikutnya aku makan bersama keluargaku dan 1/3 lagi aku kembalikan (untuk modal cucuk tanam).” 
(HR Muslim)


*🌸Sabda Rasulullah SAW :*
_*“ SEDEKAH ADALAH BUKTI ”*_
(HR. Muslim no.223) 

Diperjelaskan lagi oleh Imam An-Nawawi r.a: 
_*“Iaitu bukti kebenaran imannya seseorang.."*_


*🌹SUBHANALLAH...* 
*Betapa Ajaibnya SEDEKAH 🗳🗳.*

*💰💰HARTA BERJUTA BOLEH DICARI...*
*NYAWA TIADA GANTI😢*

#sedekahmerawatpenyakit
#sedekahmenolakbala
#sedekahpanjangkanumur
*#sedekahmendapatRAHMATALLAH..*
*#pra🌺*

Sumner : whatsapp