Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Showing posts with label ciri-ciri pembelajaran. Show all posts
Showing posts with label ciri-ciri pembelajaran. Show all posts

Sunday, January 8, 2023

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN ABAD KE-21 

Thomas Friedman dalam bukunya The World Is Flat: A Brief History of the Twenty-First Century, menyatakan pendidikan turut memainkan peranan penting dan menjadi kunci utama kepada kejayaan ekonomi dan kelestarian dunia dalam abad ke-21 ini. Alvin Toffler pula dalam bukunya Power Shift: Knowledge, Wealth and Power at the Edge of the 21st Century menyatakan bahawa 'the illiterate of the 21st century are not those that cannot read or write, but those that cannot learn, unlearn and relearn.

 

Ciri-ciri Pembelajaran Abad Ke-21 Semua pihak perlu memainkan peranan. Dalam memastikan keberhasilan dan kemenjadian murid berlaku secara aktif agar tercapai 6 aspirasi abad ke-21 iaitu berpengetahuan, mempunyai kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, memiliki etika dan kerohanian serta mempunyai identiti nasional yang diperlukan oleh murid untuk bersaing di peringkat global. Keberkesanan pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 berkait rapat dengan kefahaman guru terhadap ciri-ciri pembelajaran abad ke-21, reka bentuk bilik dan kesediaan guru sebagai orang yang akan memimpin proses pembelajaran. Penulisan ini menerangkan ciri-ciri pembelajaran abad ke-21, bagi membolehkan guru membuat refleksi dan membuat persiapan untuk merealisasikan konsep pembelajaran abad ke-21 dengan jayanya. 

 

1) Pembelajaran berasaskan murid 

Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya pembelajaran mengambil kira keperluan dan kepelbagaian murid (Draves & Julie, 2011). Murid haruslah belajar melalui pelbagai aktiviti, kaedah pembelajaran, berdasarkan kecenderungan dan minat yang bersesuaian dengan murid itu sendiri. Murid aktif belajar dan guru sebagai pembimbing pembelajaran. Sebelum pelaksanaan pembelajaran guru perlu mengenali diri murid, iaitu:

- Tahap kecerdasan (tinggi, sederhana dan rendah)

- Tahap kematangan murid

- Kecerdasan pelbagai (multiple intelligence)

- Gaya pembelajaran murid (visual, fizikal, audiotori, verbal, logikal, sosial dan individual).

 

Aktiviti pembelajaran haruslah bersesuaian dengan tahap kecerdasan, tahap kematangan murid, kecenderungan, kecerdasan pelbagai dan gaya pembelajaran murid. Contoh:

 

i.                 Murid yang cenderung pada visual, guru perlu menyediakan bahan pembelajaran berbentuk grafik yang menyokong pembelajaran.

ii.               Murid yang cenderung pada aktiviti fizikal, perlu dilibatkan dalam aktiviti seperti aktiviti hands-on dan eksperimen 

 

2) Pembelajaran Kolaboratif 

Pembelajaran kolaboratif adalah situasi dua atau lebih manusia belajar bersama-sama (Bruffee, 1993). Kolaboratif melibatkan perkongsian maklumat kemahiran dan idea untuk kemajuan bersama (Dillenbourgh,1999). Dalam bilik darjah kolaboratif boleh berlaku dalam dua keadaan:

 

i.                 Kolaboratif berlaku antara murid dengan guru: Guru dan murid berkongsi pendapat, menentukan aktiviti dan membuat keputusan yang akan dilaksanakan.

ii.             Kolaboratif antara murid: Murid belajar bersama-sama secara aktif, saling membantu untuk mencapai objektif pembelajaran.

iii.              Kolaboratif guru dengan murid dalam pembelajaran

iv.              Kolaboratif murid dengan murid dalam pembelajaran

v.               Kolaboratif juga boleh berlaku di luar bilik darjah dalam pelbagai bentuk. Contohnya sekolah atau murid yang mempunyai kemudahan ICT yang baik di rumah boleh melibatkan diri dalam kolaborasi secara dalam talian.

vi.       KOlaboratif dengan murid di tempat lain atau dengan orang lain seperti perbincangan, berkongsi maklumat atau meminta bantuan kepakaran secara dalam talian.

 

3) Kemahiran 

Pembelajaran yang berkesan membolehkan murid menguasai kemahiran yang dipelajari dan mengaplikasikannya dengan efisen (Colin, Brown & Newman, 1989). Kemahiran boleh ditunjukkan oleh hasil kerja murid yang boleh diukur atau diperhatikan. Contoh:

 

i.                 Murid yang mempelajari teknik menulis akan dapat menulis dengan tulisan yang kemas dan bentuk yang tepat

ii.               Murid yang mempelajari langkah-langkah menjalankan eksperimen akan dapat menjalankan eksperimen dengan betul dan selamat.

iii.              Murid mempelajari teknik melukis graf akan dapat melukis graf yang betul dan kemas.

iv.              Murid mempelajari kemahiran berbahasa dan dapat menulis serta bertutur dengan tata bahasa yang betul

 

 

4) Pembelajaran adalah proses 

Pembelajaran adalah proses adaptasi antara pengetahuan diperolehi melalui transformasi pengalaman seseorang (Kolb,1984). Pengalaman dan aktiviti yang dilakukan oleh murid adalah sebahagian daripada proses pembelajaran. Semasa belajar:

 

i.       Murid melakukan pelbagai aktiviti konstruktif seperti berbincang, mengumpul maklumat, menganalisis dan membuat kesimpulan di bawah bimbingan guru.

ii.   Guru dan murid membuat refleksi terhadap proses pembelajaran. Refleksi membolehkan guru dan murid menilai hasil pembelajaran mereka dan menerangkan pelbagai kemahiran lain yang di pelajari semasa melakukan aktiviti pembelajaran. 

 

5) Pemikiran aras tinggi 

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (KPM, 2013). Pemikiran aras tinggi melibatkan empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu: 

- Mencipta, 

- Menilai,

- Menganalisis dan 

- Mengaplikasi. 

Pemikiran aras tinggi berkait rapat dengan pemikiran kreatif dan kritis yang perlu dikuasai oleh murid dalam pendidikan abad ke-21. Pengintegrasian KBAT, pemikiran kreatif dan kritis boleh dilakukan dalam beberapa kaedah. Antaranya:

 

i.                 Penyelesaian masalah

ii.               Penyoalan yang melibatkan pemikiran aras tinggi

iii.              Pelaksanaan projek

iv.              Integrasi i-think dalam proses pembelajaran

 

Rajah di bawah menunjukkan Kemahiran aras tinggi dan rendah dalam Taksonomi Bloom. 

 


6) Praktikal 

Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya teori yang berbentuk abstrak boleh dipelajari oleh murid secara praktikal dan kontekstual (Abell & Lederman, 2007). Guru harus membimbing murid supaya dapat:


i.                 Mengaitkan teori dengan amali

ii.               Belajar melalui pelbagai aktiviti konstruktif

iii.              Mengaplikasi teori secara praktikal

iv.              Menjalani pembelajaran secara kontekstual

 

Antara strategi pembelajaran yang boleh dijalankan ialah:

- Inkuiri penemuan

- Projek

- Penyelesaian masalah

- Kerja lapangan

- Eksperimen

- Simulasi

- Main peranan

- Aktiviti hands- on 

 

7) Kemahiran untuk kehidupan 

Pembelajaran tidak terbatas kepada penguasaaan isi kandungan kurikulum sahaja tetapi melibatkan penguasaan pelbagai kemahiran untuk kehidupan (Draves & Coates, 2011). Kemahiran yang dipelajari di sekolah seharusnya meningkatkan kemahiran murid menjalani dan menguruskan kehidupan mereka dengan lebih berkesan. Oleh itu, aktiviti pembelajaran haruslah:

 

i.                 sentiasa releven dengan perkembangan terkini.

ii.               melibatkan integrasi kecerdasan pelbagai (multiple intelligence).

iii.           membolehkan kemahiran yang dipelajari boleh diaplikasikan dalam kehidupan murid.

iv.              menggunakan maklumat, sumber pembelajaran, peralatan dan teknologi terkini.

 

Pendidikan berkualiti menghasilkan murid yang kreatif, kritis, inovatif dan dapat mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka. 

 

8) Berkumpulan 

Pembelajaran berkumpulan melibatkan sekumpulan murid-murid belajar danmenyelesaikan tugasan bersama-sama (Muijs & Reynolds, 2011). Pembelajaran berkumpulan memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan kemahiran interpersonal, berkomunikasi penyelesaianmasalah, kemahiran berfikir dan menilai kekuatan serta kelemahan mereka (Amstrong,2012; O’Donnell, 2006).

Terdapat pelbagai kaedah pembelajaran berkumpulan yang boleh diaplikasikan. Antaranya termasuklah pembelajaran koperatif. Terdapat beberapa teknik pembelajaran koperatif yang boleh dijalankan. Antaranya ialah:

-        - Jigsaw,

-       -  Think-Pair-Share,

-       -  Round Robin,

-        - Numbered Heads dan sebagainya. 

  

9) Komuniti 

Sekolah adalah satu komuniti kecil tempat murid belajar pelbagai pengetahuan dan kemahiran melalui interaksi murid dengan rakan, guru dan warga sekolah. Seterusnya sekolah perlu membina jaringan kerjasama dengan komuniti setempat, sektor awam dan sektor swasta dalam pembelajaran murid.

Terdapat beberapa bentuk kerjasama pihak sekolah dengan masyarakat setempat. Untuk meningkatkan kualiti pendidikan, antaranya:

 

i.                 Sumbangan kepakaran golongan profesional dalam masyarakat setempat kepada sekolah

ii.               Program sekolah angkat atau kerjasama sektor awam,sektor swasta dan persatuan bukan kerajaan 

 

10) Pentaksiran formatif 

Pentaksiran formatif adalah pentaksiran yang dijalankan untuk mendapat maklumat pencapaian murid, pengetahuan dan kemahiran, maklumat yang diperoleh digunakan untuk memberi maklum balas kepada murid, membuat pemulihan dan menambah baik pembelajaran (Muijs & Reynolds, 2011).

Ciri-ciri pentaksiran formatif:

i.                 Maklumat yang diperoleh daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus.

ii.               Dijalankan sepanjang pembelajaran berlangsung.

 Contoh instrumen:

-  Latihan,

-  sesi soal jawab,

-  kuiz,

-  hasil kerja murid,

-  pembentangan dan

- pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). 

 

 11) Belajar untuk kehidupan 

Pendidikan di Malaysia adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan membangunkan insan secara menyeluruh dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek untuk menjadi manusia yang sejahtera dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Pembelajaran seharusnya tidak difokuskan hanya kepada pencapaian akademik tetapi merupakan proses pembangunan insan secara menyeluruh.

 Pembelajaran di sekolah harus menyediakan murid untuk:

i.                 kerjaya dan masa depan mereka

ii.               generasi bagi kemajuan negara. Aktiviti pembelajaran perlu berteraskan falsafah pendidikan negara dan mengintegrasikan elemen-elemen kemahiran abad ke-21 (kreatif, kritis, komunikasi dan kolaboratif).