CIRI-CIRI PEMBELAJARAN ABAD KE-21
Thomas Friedman dalam bukunya The World Is Flat:
A Brief History of the Twenty-First Century, menyatakan pendidikan turut
memainkan peranan penting dan menjadi kunci utama kepada kejayaan ekonomi dan
kelestarian dunia dalam abad ke-21 ini. Alvin Toffler pula dalam bukunya Power
Shift: Knowledge, Wealth and Power at the Edge of the 21st Century menyatakan
bahawa 'the illiterate of the 21st century are not those that cannot
read or write, but those that cannot learn, unlearn and relearn.'
Ciri-ciri Pembelajaran Abad Ke-21 Semua
pihak perlu memainkan peranan. Dalam memastikan keberhasilan dan kemenjadian
murid berlaku secara aktif agar tercapai 6 aspirasi abad ke-21 iaitu
berpengetahuan, mempunyai kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, memiliki etika dan kerohanian serta mempunyai identiti nasional yang
diperlukan oleh murid untuk bersaing di peringkat global. Keberkesanan
pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 berkait rapat dengan kefahaman guru
terhadap ciri-ciri pembelajaran abad ke-21, reka bentuk bilik dan kesediaan
guru sebagai orang yang akan memimpin proses pembelajaran. Penulisan ini
menerangkan ciri-ciri pembelajaran abad ke-21, bagi membolehkan guru membuat
refleksi dan membuat persiapan untuk merealisasikan konsep pembelajaran abad
ke-21 dengan jayanya.
1) Pembelajaran berasaskan murid
Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya pembelajaran mengambil kira keperluan dan kepelbagaian murid (Draves & Julie, 2011). Murid haruslah belajar melalui pelbagai aktiviti, kaedah pembelajaran, berdasarkan kecenderungan dan minat yang bersesuaian dengan murid itu sendiri. Murid aktif belajar dan guru sebagai pembimbing pembelajaran. Sebelum pelaksanaan pembelajaran guru perlu mengenali diri murid, iaitu:
- Tahap kecerdasan (tinggi, sederhana dan rendah)
- Tahap kematangan murid
- Kecerdasan pelbagai (multiple intelligence)
- Gaya pembelajaran murid (visual, fizikal,
audiotori, verbal, logikal, sosial dan individual).
Aktiviti pembelajaran haruslah bersesuaian dengan
tahap kecerdasan, tahap kematangan murid, kecenderungan, kecerdasan pelbagai
dan gaya pembelajaran murid. Contoh:
i.
Murid yang cenderung pada
visual, guru perlu menyediakan bahan pembelajaran berbentuk grafik yang
menyokong pembelajaran.
ii.
Murid yang cenderung pada
aktiviti fizikal, perlu dilibatkan dalam aktiviti seperti aktiviti hands-on dan
eksperimen
2) Pembelajaran Kolaboratif
Pembelajaran kolaboratif adalah situasi dua atau
lebih manusia belajar bersama-sama (Bruffee, 1993). Kolaboratif melibatkan
perkongsian maklumat kemahiran dan idea untuk kemajuan bersama
(Dillenbourgh,1999). Dalam bilik darjah kolaboratif boleh berlaku dalam dua
keadaan:
i.
Kolaboratif berlaku antara
murid dengan guru: Guru dan murid berkongsi pendapat, menentukan aktiviti dan
membuat keputusan yang akan dilaksanakan.
ii. Kolaboratif antara murid:
Murid belajar bersama-sama secara aktif, saling membantu untuk mencapai
objektif pembelajaran.
iii.
Kolaboratif guru dengan
murid dalam pembelajaran
iv.
Kolaboratif murid dengan
murid dalam pembelajaran
v.
Kolaboratif juga boleh
berlaku di luar bilik darjah dalam pelbagai bentuk. Contohnya sekolah atau
murid yang mempunyai kemudahan ICT yang baik di rumah boleh melibatkan diri
dalam kolaborasi secara dalam talian.
vi. KOlaboratif dengan murid di
tempat lain atau dengan orang lain seperti perbincangan, berkongsi maklumat
atau meminta bantuan kepakaran secara dalam talian.
3) Kemahiran
Pembelajaran yang berkesan membolehkan murid
menguasai kemahiran yang dipelajari dan mengaplikasikannya dengan efisen
(Colin, Brown & Newman, 1989). Kemahiran boleh ditunjukkan oleh hasil kerja
murid yang boleh diukur atau diperhatikan. Contoh:
i.
Murid yang mempelajari
teknik menulis akan dapat menulis dengan tulisan yang kemas dan bentuk yang
tepat
ii.
Murid yang mempelajari
langkah-langkah menjalankan eksperimen akan dapat menjalankan eksperimen dengan
betul dan selamat.
iii.
Murid mempelajari teknik
melukis graf akan dapat melukis graf yang betul dan kemas.
iv.
Murid mempelajari kemahiran
berbahasa dan dapat menulis serta bertutur dengan tata bahasa yang betul
4) Pembelajaran adalah proses
Pembelajaran adalah proses adaptasi antara
pengetahuan diperolehi melalui transformasi pengalaman seseorang (Kolb,1984).
Pengalaman dan aktiviti yang dilakukan oleh murid adalah sebahagian daripada
proses pembelajaran. Semasa belajar:
i. Murid melakukan pelbagai
aktiviti konstruktif seperti berbincang, mengumpul maklumat, menganalisis dan
membuat kesimpulan di bawah bimbingan guru.
ii. Guru dan murid membuat
refleksi terhadap proses pembelajaran. Refleksi membolehkan guru dan murid
menilai hasil pembelajaran mereka dan menerangkan pelbagai kemahiran lain yang
di pelajari semasa melakukan aktiviti pembelajaran.
5) Pemikiran aras tinggi
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (KPM, 2013). Pemikiran aras tinggi melibatkan empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu:
- Mencipta,
- Menilai,
- Menganalisis dan
- Mengaplikasi.
Pemikiran aras tinggi berkait rapat dengan pemikiran kreatif dan kritis yang perlu dikuasai oleh murid dalam pendidikan abad ke-21. Pengintegrasian KBAT, pemikiran kreatif dan kritis boleh dilakukan dalam beberapa kaedah. Antaranya:
i.
Penyelesaian masalah
ii.
Penyoalan yang melibatkan
pemikiran aras tinggi
iii.
Pelaksanaan projek
iv.
Integrasi i-think dalam
proses pembelajaran
Rajah di bawah menunjukkan Kemahiran aras tinggi
dan rendah dalam Taksonomi Bloom.
6) Praktikal
Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya teori yang berbentuk abstrak boleh dipelajari oleh murid secara praktikal dan kontekstual (Abell & Lederman, 2007). Guru harus membimbing murid supaya dapat:
i.
Mengaitkan teori dengan
amali
ii.
Belajar melalui pelbagai
aktiviti konstruktif
iii.
Mengaplikasi teori secara
praktikal
iv.
Menjalani pembelajaran
secara kontekstual
Antara strategi pembelajaran yang boleh dijalankan
ialah:
- Inkuiri
penemuan
- Projek
- Penyelesaian
masalah
- Kerja
lapangan
- Eksperimen
- Simulasi
- Main
peranan
- Aktiviti
hands- on
7) Kemahiran untuk kehidupan
Pembelajaran tidak terbatas kepada penguasaaan isi
kandungan kurikulum sahaja tetapi melibatkan penguasaan pelbagai kemahiran
untuk kehidupan (Draves & Coates, 2011). Kemahiran yang dipelajari di
sekolah seharusnya meningkatkan kemahiran murid menjalani dan menguruskan
kehidupan mereka dengan lebih berkesan. Oleh itu, aktiviti pembelajaran
haruslah:
i.
sentiasa releven dengan
perkembangan terkini.
ii.
melibatkan integrasi
kecerdasan pelbagai (multiple intelligence).
iii. membolehkan kemahiran yang
dipelajari boleh diaplikasikan dalam kehidupan murid.
iv.
menggunakan maklumat,
sumber pembelajaran, peralatan dan teknologi terkini.
Pendidikan berkualiti menghasilkan murid yang
kreatif, kritis, inovatif dan dapat mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari untuk
mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka.
8) Berkumpulan
Pembelajaran berkumpulan melibatkan sekumpulan murid-murid belajar danmenyelesaikan tugasan bersama-sama (Muijs & Reynolds, 2011). Pembelajaran berkumpulan memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan kemahiran interpersonal, berkomunikasi penyelesaianmasalah, kemahiran berfikir dan menilai kekuatan serta kelemahan mereka (Amstrong,2012; O’Donnell, 2006).
Terdapat pelbagai kaedah pembelajaran berkumpulan yang boleh diaplikasikan. Antaranya termasuklah pembelajaran koperatif. Terdapat beberapa teknik pembelajaran koperatif yang boleh dijalankan. Antaranya ialah:
- - Jigsaw,
- - Think-Pair-Share,
- - Round Robin,
- - Numbered Heads dan
sebagainya.
9) Komuniti
Sekolah adalah satu komuniti kecil tempat murid belajar pelbagai pengetahuan dan kemahiran melalui interaksi murid dengan rakan, guru dan warga sekolah. Seterusnya sekolah perlu membina jaringan kerjasama dengan komuniti setempat, sektor awam dan sektor swasta dalam pembelajaran murid.
Terdapat beberapa bentuk kerjasama pihak sekolah
dengan masyarakat setempat. Untuk meningkatkan kualiti pendidikan, antaranya:
i.
Sumbangan kepakaran
golongan profesional dalam masyarakat setempat kepada sekolah
ii.
Program sekolah angkat atau
kerjasama sektor awam,sektor swasta dan persatuan bukan kerajaan
10) Pentaksiran formatif
Pentaksiran formatif adalah pentaksiran yang
dijalankan untuk mendapat maklumat pencapaian murid, pengetahuan dan kemahiran,
maklumat yang diperoleh digunakan untuk memberi maklum balas kepada murid,
membuat pemulihan dan menambah baik pembelajaran (Muijs & Reynolds, 2011).
Ciri-ciri pentaksiran formatif:
i.
Maklumat yang diperoleh
daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus.
ii.
Dijalankan sepanjang
pembelajaran berlangsung.
- Latihan,
- sesi soal jawab,
- kuiz,
- hasil kerja murid,
- pembentangan dan
- pentaksiran
berasaskan sekolah (PBS).
Pendidikan di Malaysia adalah berlandaskan Falsafah
Pendidikan Negara yang bertujuan membangunkan insan secara menyeluruh dan
seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek untuk menjadi manusia
yang sejahtera dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Pembelajaran
seharusnya tidak difokuskan hanya kepada pencapaian akademik tetapi merupakan
proses pembangunan insan secara menyeluruh.
i.
kerjaya dan masa depan
mereka
ii.
generasi bagi kemajuan
negara. Aktiviti pembelajaran perlu berteraskan falsafah pendidikan negara dan
mengintegrasikan elemen-elemen kemahiran abad ke-21 (kreatif, kritis,
komunikasi dan kolaboratif).
No comments:
Post a Comment