DEFINISI INGATAN
Ingatan merupakan proses mental yang menyimpan perkara-perkara
yang telah dipelajari, dan kemudian mengeluarkannya kembali sebagai tindak
balas dalam situasi yang diperlukan, seperti menyelesaikan masalah atau
aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya. Mengikut Atan Along (1968),
ingatan boleh diertikan sebagai kebolehan seseorang dalam pemilihan dan
penerimaan rangsangan sebagai maklumat dan pengalaman untuk disimpan dalam
otaknya.
Fein (1978) mentafsirkan ingatan sebagai pemprosesan maklumat
yang diterima dalam otaknya, menyimpan dan mengeluarkannya. Verno (1980)
berpendapat ingatan merupakan bentuk menyimpan maklumat-maklumat yang bermakna
untuk menjadi pengalaman pada masa depan. Kesimpulannya, ingatan merupakan
proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpannya
dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan.
DEFINISI LUPAAN
Lupaan merupakan kesukaran untuk mengingat/ mengeluarkan
kembali sesuatu pengalaman yg telah dialami. Lupaan juga boleh didefinisikan
sebagai perubahan dalam persepsi atau pengamatan idea-idea yang telah
dipelajari. “ Lupaan merupakan satu motif, iaitu perkara tertentu sahaja yang
dilupai kerana ia tidak penting atau tidak berguna untuk seseorang individu “.
Eric Erikson (1963)
JENIS-JENIS LUPAAN
Keusangan/ hilang kesan ingatan. Lupaan gangguan Lupaan
terdesak.
i)
KEUSANGAN
Otak akan
akan melupai maklumat yg disimpan dlm ingatan jangka panjang kerana faktor
keusangan. Keusangan berlaku apabila maklumat yg disimpan dalam ingatan jangka
panjang digunakan / diingat kembali. Jika maklumat jangka panjang tidak
diaktifkan ia mudah dilupai.
ii)
LUPAAN GANGGUAN
Gangguan
yg berlaku kepada maklumat yg tersimpan dalam ingatan jangka panjang.
Contohnya, proses pembelajaran yg baru mengganggu proses pembelajaran yg lama.
iii)
iii)
LUPAAN TERDESAK
Lupaan yg
disebabkan oleh gangguan emosi individu yg mendesaknya untuk melupakan maklumat
yg tersimpan dalam ingatan jangka panjang.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN LUPAAN
Minat Perkara yg tidak diminati oleh pelajar akan mudah
dilupai oleh mereka kerana mereka tidak memberi penumpuan 100% semasa guru
mengajar. Mereka juga kurang berminat untuk melihat perkaitan bahan yg telah
dipelajari dan ini boleh menyebabkan mereka lupa dengan mudah. Perasaan takut
dan bimbang Pelajar yg berperasaan takut dan bimbang amat sukar utk mengingat
kembali fakta yg diajar oleh guru. Guru yg garang dan tidak peramah juga akan
menyebabkan keupayaan pelajar utk berfikir dan mengingati pelajaran terjejas.
Peredaran masa Makin lama jarak di antara masa sesuatu bahan yg dipelajari dan
diingat kembali, semakin kabur maklumat yg disimpan dalam ingatan jangka
panjang pelajar.
Kesan ingatan (memory trace) beransur lemah, pengaburan
berlaku dengan peredaran masa yg lama, maklumat tersebut akan hilang dari
ingatan. Keusangan Persekitaran yg berubah akan menyebabkan kesukaran mengingat
kembali peristiwa atau pengalaman lama yg berkaitang dengan dirinya. Maklumat
lama yg disimpan dalam ingatan jangka panjang akan usang dan tidak sesuai
digunakan di dalam persekitaran yg baru. Contohnya, Ahmad mempunyai pengalaman
manis tentang kampungnya. Namun, selepas dia balik 25 tahun kemudian, dia
mendapati kampungnya sudah berubah dengan pesat. Maklumat lama dalam ingatan
jangka panjangnya sudah tidak boleh digunakan lagi/ Pengalaman yang pahit.
Individu mengelakkan pengalaman yg pahit dengan menolak pengalaman pahit secara
sengaja kepada bahagian otak tidak sedarnya kerana tidak mahu mengingatinya
lagi.
Maklumat ini tersimpan kekal dalam ingatan tetapi tidak
timbul ke paras otak sedar manusia. Ini merupakan satu cara helah bela diri
manusia untuk menyesuaikan diri kepada persekitarannya. Masa yg tidak cukup
untuk mengingat Jika guru meminta jawapan dengan segera, maka pelajar tidak
dapat menjawab soalan dengan betul. Ini kerana pelajar berasa tertekan dan otak
memerlukan masa yg cukup ingat kembali sesuatu fakta. Aras keyakinan. Aras
keyakinan yg tinggi memudahkan proses ingatan manakala aras keyakinan yg rendah
memudahkan proses lupaan. Contohnya, guru yg berkeyakinan dalam menyampaikan
isi pengajarannya akan melancarkan proses p&p. Kekurangan kejelikitan kpd
ingatan. Maklumat baru tidak dapat diintegrasikan ke dalam struktur kognitif
dengan baik kerana penerangan guru kurang baik dan kefahaman pelajar adalah
rendah. Maklumat baru ini tidak dapat dikaitkan dengan baik kepada pengetahuan
sedia ada pelajar.
Oleh itu, konsep-konsep yg diajar guru perlulah dikategorikan
secara berkesan untuk menentukan kejelikitan kepada ingatan. Gangguan proaktif
& gangguan retroaktif Gangguan proaktif berlaku apabila pembelajaran lama
mengganggu pembelajaran baru. Gangguan retroaktif pula berlaku apabila
pembelajaran lama masih tidak difahami dengan baik namun guru telah mengajar
pembelajaran yang baru. Terlalu banyak maklumat yg perlu diingati. Pelajar akan
menghadapi kesukaran untuk mengingat jika terlalu banyak maklumat yg perlu
diingati.Ini biasa berlaku semasa musim peperiksaan apabila terlalu banyak
fakta/ isi pembelajaran yg perlu diingati.Fikiran akan buntu dan tertekan dan
akan menyebabkan lupaan.
CARA-CARA MENINGKATKAN INGATAN
i)
Belajar berlebihan Kajian menunjukkan bahawa
ingatan kekal lebih lama dan proses ingat kembali menjadi lebih mudah apabila
sesuatu bahan itu dipelajari secara berlebihan sehingga dikuasai sepenuhnya.
Guru patut galakkan pelajar supaya belajar dengan berlebihan terutama dalam
perkara yang pelajar mendapati sukar.
ii)
Pemahaman Guru perlu menekankan tentang pemahaman
konsep dan bukan menumpukan kepada ulangan fakta. Apabila pelajar belajar
dengan pemahaman mengikut kategori, mereka akan belajar maklumat baru dengan cepat
dan cekap. Mengajar untuk kefahaman memerlukan bahan yang bermakna. Sebagai
contoh : murid diberi angka berikut untuk diingat: 100816449362516941 Oleh
kerana angka di atas melebihi had untuk disimpan dalam ingatan jangka pendek
adalah sukar untuk mengingat kembali semua angka tersebut. Dengan kefahaman ia
merupakan satu tugas yang mudah. Sebenarnya angka-angka di atas merupakan kuasa
dua untuk angka dari 10 hingga 1.
iii)
Mengaitkan bahan baru kepada yang sedia ada Guru
patut berusaha untuk mengaitkan perkara-perkara baru yang diajar kepada
pembelajaran yang sudah diterima. Apabila bahan baru dikaitkan dengan
pengetahuan sedia ada murid, pengajaran menjadi lebih berkesan. Pelajar perlu
diingatkan tentang perkaitan antara pembelajaran baru dengan yang lama dalam
bentuk kategori. Dengan itu maka maklumat baru akan disimpan dalam kategori
tertentu yang teratur dan memudahkan proses ingat kembali.
iv)
Mengajar dengan menggunakan bahan pembelajaran
yang bermakna supaya lebih mudah diingati oleh murid. Guru boleh menggunakan
alat bantu mengajar yang sesuai untuk meningkatkan kefahaman mereka, seterusnya
membentuk konsep yang betul.
v)
Iklim pembelajaran yang kondusif. Membentuk iklim
pembelajaran yang kondusif supaya emosi pelajar adalah tenteram sebelum aktiviti
pembelajaran dimulakan. Emosi pelajar yang cemas akan gagal memperoleh
keberkesanan hasil pembelajaran, dan seterusnya mengurangkan kuantiti ingatan.
vi)
Mengajar secara menarik untuk menangkap perhatian
pelajar. Gunakan teknik motivasi yang sesuai supaya pelajar berasa seronok
semasa pembelajaran. Menggalakkan pelajar dengan memberi ganjaran dan elakkan
hukuman yang akan membunuh semangat pelajar serta mengurangkan ingatan mereka.
KESIMPULAN Ingatan dan lupaan merupakan dua
perkara penting yang berkaitan dengan pembelajaran. Dalam pemprosesan maklumat
manusia belajar tentang banyak perkara tetapi pada masa yang sama apa yang
dipelajari itusebahagian sahaja yang boleh diingat manakala bahagian yang lebih
banyak melalui proses lupaan. Sebagai guru adalah penting mengambil
langkah-langkah tertentu supaya murid-muridnya dapat meningkatkan ingatan dan
mengurangkan lupaan semasa menjalani proses pembelajaran.
No comments:
Post a Comment