Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Showing posts with label Didik Anak. Show all posts
Showing posts with label Didik Anak. Show all posts

Wednesday, June 16, 2021

7 kata-kata yang merangsang anak-anak menjadi baik

Anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT kepada kita. Mereka diibaratkan seperti kain putih yang bersih lagi suci. Maka menjadi tanggungjawab ibu bapalah untuk mencorakkannya . Jikalau cantik dan baik coraknya maka baik dan cantik jugalah akhlak dan peribadi anak tersebut. Tapi jika sebaliknya, maka yang terhasil juga adalah sebaliknya.

Seperti kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya” bermakna jika mahu mendidik anak biarlah dari seusia kecilnya.Jadi kita sebagai ibu bapa sepatutnya dari awal sudah mengamalkan kata-kata atau tips-tips untuk meransang anak untuk membesar menjadi seorang anak yang baik.

Di sini saya kongsikan 7 kata-kata untuk merangsang anak menjadi baik.

1.Terima kasih
Ucapan yang dianggap biasa tetapi sebenarnya memberi beribu erti kepada anak apabila diungkapkan oleh ibu bapa.

Anak anda akan berasa lebih di hargai apabila ibu bapa mengucapkan “terima kasih” kepada nya sama ada kerana berkelakuan baik sepanjang hari tersebut ataupun
ungkapan tersebut diucapkan kerana anak tersebut membantu anda

2.”Anak mama pasti boleh”
Secara tidak sedar ungkapan “anak mama pasti boleh” ini akan dapat memberi rangsangan positif kepada anak anda.

Secara tidak langsung perasaan rendah diri dalam diri anak tersebut dapat dikurangkan apabila ungkapan ini selalu didengarinya daripada ibu bapanya

Bayangkan jikalau setiap hari ibu bapa mengungkapan kata kata itu kepadanya pasti setiap kali di dalam kesulitan anak anda akan lebih semangat untuk melakukan nya dengan lebih baik
apabila mereka teringat semula kata kata anda.

3.”Mama sayang abang ”
Ungkapan” sayang ” yang diungkapkan setiap hari kepada anak boleh melahirkan rasa kasih dan sayang anak kepada ibu bapanya

Ungkaplah perkataan ” mama sayangkan abang” selalu di telinga anak ataupun semasa memeluk mereka . Nescaya anak anda akan rasa lebih selesa, selamat dan lebih mesra dengan ibu bapanya

4. “Anak mama bijak”
Berilah pujian sekerap yang boleh kepada anak apabila mereka berjaya menyelesaikan sesuatu perkara atau dapat membantu anda dirumah.

Percayalah dengan pujian ini akan membuatkan anak lebih teruja untuk membantu atau menyelesaikan pelbagai hal-hal lain lagi.

5.Hindari kata kata cemuhan atau gertakan
Kata – kata cemuhan atau gertakan haruslah dihindari apabila bercakap dengan anak sebaliknya tukarkan kata kata itu dengan kata yang boleh mengembirakan hatinya bila didengari

Contohnya “Kalau abang rosakkan barang mama lagi mama pukul tau”.. kan lagi bagus kalau ditukarkan kepada “anak yang baik tentu tak kan rosakkan barang mama kan”.. Secara tidak langsung kata kata sebegitu akan membuatkan anak anda berasa bersalah atas apa yang telah dilakukan nya

6.Hindari kata kata seperti memerintah
kata-kata memerintah ini sebenarnya kerap kita gunakan dalam mendidik anak secara tidak sedar

Contohnya” Abang tolong jagakan adik sekejap”.. Kata seperti memerintah ini lah yang biasanya tidak didengari oleh anak. Kan lebih bagus kalau ianya digantikan dengan kata seperti “Anak yang baik mesti rajin jagakan adik kan”.. Nescaya dia akan lebih tertarik untuk membuatnya

7.Kata kata pujian
Amalkan memberi kata kata pujian kepada anak selepas dia berjaya menunjukkan perlakuan yang baik pada hari tersebut. Contohnya,apabila anak anda selesai mengemas barang mainan nya selepas bermain.Berilah kata kata pujian kepadanya”Mama suka abang buat macam ini, lepas main kena kemas kan”.

Percayalah, anak anda akan berasa seronok untuk mengulangi kebaikan yang dia lakukan

Semoga dengan kata-kata ransangan yang saya kongsikan ini dapat membantu ibu bapa di luar sana untuk sama sama berusaha demi kebaikan anak masing-masing. Usah berhenti memberi nasihat kepada anak, jika dia tidak faham ketika kecil ini, mungkin dia akan ingat semula ketika sudah besar nanti.

Sabda Rasulullah s.a.w.;

“Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu:

  • Sedekah jariah.
  • Ilmu yang diambil manfaat dengannya.
  • Anak yang soleh yang mendoakan untuknya”.

(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Semoga anak kita tergolong daripada anak-anak yang soleh solehah dan yang dapat menjadi saham akhirat kita di sana nanti.. Aamin

Kredit: ikeluarga.com



Saturday, January 3, 2015

Berhemah Mendidik Anak

Di majlis ilmu 'parenting' bersama ustaz pahrol mohd joi surau al kauthar s4 bdr baru bangi. 1 jan 2015.

Antara perkongsiannya:
1. Kalau kita berasa sukar mendidik anak bersabarlah. Tgk lah betapa sukar kita nk didik diri sendiri utk istiqamah solat awal waktu, solat berjemah, bc quran sekurang2nya semuka sehari, puasa isnin khamis dsbnya..tambah2 lagilah utk mendidik org lain..maka bersabarlah dlm mendidik.
Dlm byk keadaan matlamat kita utk ank2 sudah benar tp kebenaran kerap tewas kerana tidak sabar dan tidak bijaksana.

2. Tuntutlah ilmu berterusan..walaupun perkara asas. Biarlah kita mati semasa menuntut ilmu.

3. Jgn label anak. Blh kata anak malas tp jgn label dia 'pemalas'. Panggil nama anak dgn nama yg baik sbb itu adalah labelnya.

4. Letakkan misi dan visi yg jelas kpd ank. Jd hamba Allah yg baik. Ilmu wahyu adalah asas menjadi hamba Allah yg baik. Ditambah dgn acquired knowledge ilmu akademik. Sesungguhnya lebih SUKAR didik ank jd BAIK drp didik ank jd CERDIK.

5. Anak bkn milik kita tp amanah kpd kita. Didiklah anak mengikut kehendak pemberi amanah. Jgn bw ank2 kpd kita, bwlah ank2 kpd Allah.

6. Ibu sama dgn ramadhan sbb ibu adalah madrasah ank2 dan ramadhan adalah madrasah ummah. Ibu ada cuaca dlm rumahtangga. Doa ibu lebih mustajab dr doa ayah kerana sygnya lebih berakar kpd ank drp ayah.

Sbb itu hadiah terbaik seorang ayah utk anaknya adalah mencintai ibu anak tersebut (isterinya) sepenuh hati.

7. Pendidikan ank2 bermula di saat seorang lelaki mencari calon isterinya. 

Yg sudah berkahwin dan ada ank2 tidak terlambat untuk membuat kebaikan..didiklah isteri berterusan. Ceriakan isteri maka cerialah rumahtangga.

8. Didiklah anak dgn al quran. Ibnu sina hafiz pd masa umurnya 7 thn. Ini antaranya kerana semasa dlm kandungannya ia telah didik oleh ibu yg hafizah.

Kita bkn hafiz..tp pastikanlah ank2 sekurang2nya kenal huruf alquran melalui kita. Ambillah barakah ini.

9. Ibu bapa pemimpin kpd ank2. Pemimpin yg baik adalah yg besar pengaruhnya kpd ank2. Skrg ni ank2 tadika lebih percaya ustazah di sekolah dr ibu bapanya. Anak remaja lebih percaya kawan dr ibu bapanya..akhirnya ibu bapa hlg pengaruh kerana dunia tp sempadan amat besar pengaruhnya. 

Tingkatkanlah pengaruh dr rasa percaya dan kepercayaan. Dlm rmhtangga,  dipercayai adalah lebih utama drp dicintai. Contoh: Berapa ramai isteri yg mencintai suaminya tp tidak mempercayainya..

Walk the talk. Didiklah diri kita dlm usaha mendidik ank2 kita. Bantulah ank2 menjadi soleh dan solehah dgn membanyakkan amalan SUNAT. Oleh itu, untuk mendidik anak2 mengerjakan amalan wajib didiklah diri kita mengerjakan amalan sunat.

10. Niatkanlah kebaikan yg kita lakukan sprt sedekah banjir dsbnya sbg tawasul ank2 menjadi baik. Cth: moga dgn sedekah ini, tetaplah solat anak2ku..

11. Sayangilah anak2 kerana kita syg dia bkn krn syg diri kita. Cth: kita jadikan ank2 kuda lumba utk kebanggaan kita. Ank dpt result yg baik terus ruar2kan..ank yg x dpt elok diamkan dan dimarah krn memalukan kita..jgn membezakan ank2 yg pandai dgn yg kurang pandai..

Sedikit perkongsian utk kebaikan bersama.
(copy paste)😊😊