Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Showing posts with label kijang emas. Show all posts
Showing posts with label kijang emas. Show all posts

Saturday, September 17, 2022

Pelaburan Emas Yang Menguntungkan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Hari ini saya nak kongsikan mengenai pelaburan emas. Saya pernah ditawarkan menyertai skim pelaburan emas yang menjanjikan keuntungan yang baik. Promosinya menarik keuntungan tetap 8% bulanan. Wow RM8000 sebulan untuk modal RM100,000. Namun dengan sedikit ilmu mengenai hukum pelaburan di dalam Islam. Skim atau pelaburan yang menjanji keuntungan tetap adalah riba. Jadi saya meminta dibuat hitam putih melabur secara runcit dengan keuntungan secara mudharabah iaitu untung rugi dibayar berdasarkan akad peratus keuntungan. Egen bersetuju. Maka tandatangan pelaburan runcit emas secara mudharabah. Rupa-rupanya egen guna modal saya, masukkan juga ke skim yang sama. Tertipu juga... sampai hari ni sesen pun tak dapat. Banyak juga modal lima angka la juga. Pengajaran berguna yang saya dapat pelaburan emas bukan lah pelaburan jangka pendek. Jadi kalau ada yang janjikan keuntungan dalam masa yang singkat seperti keuntungan bulanan ketahuilah itu adalah karut dan penipuan. SCAMMER. Kadang-kdang bukan egen tu scammer dia pun kena scam. Sebab tu dia tak mampu nak bayar dan dia juga rugi sebab melabur juga.

Akhirnya saya berhenti melabur emas melalui egen. Saya mula membaca artikel-artikel mengenai emas di internet. Saya juga pernah menghadiri seminar pelaburan emas untuk mencari sumber maklumat yang betul. Sebenarnya pelaburan emas memang menguntungkan jika anda beli dan simpan dalam jangka masa yang panjang sekurang-kurangnya tiga atau empat tahun. Dalam masa yang singkat boleh berlaku keuntungan tetapi jarang-jarang dan selalunya rendah. tai pernah juga berlaku dalam masa dua bulan kenaikan sehingga 34%.

Setelah tertipu sekali, saya mula meneliti harga emas kijang Bank Negara Malaysia (Emas syiling ini boleh dijual beli di Maybank HQ dan cawangan utama negeri). Tanpa perlu egen, anda hanya perlu beli syiling 1oz (paling besar sebab makin besar untung semasa jual lebih tinggi) simpan dan rajin2 teliti harga emas kijang beberapa bulan sekali... Perhati sejarah dan harga kijang emas terkini di sini. Jika beza harga beli dan jual dah ada kenaikan anda boleh jual jika mahu... Nak terus simpan pun takpa lagi baik. cuma jangan lupa bayar zakat ya. 

Saya dah bandingkan dengan emas-emas syiling dan bar syarikat-syarikat lain EMAS KIJANG paling untung. Sebenarnya syiling dan bar emas UOB bank juga tinggi (rasanya lebih) cuma kawasan saya tiada UOB bank. Pada hari harga emas naik, kalau nak pergi jual tak dapat sebab kerja. Tak kan nak ambil cuti kot. Sebab Maybank ada di setiap negeri dan dekat dengan rumah. Saya amal membeli syilang kijang. Dah beberapa kali jual beli. Jual bila sekeping dah boleh untung RM200 ke atas. 

Cuma emas bar dan syiling ni nak kena simpan sendiri la. Berisiko hilang, dicuri atau kadang-kadang lupa tempat simpan. Kalau nak sewa deposit box kat bank mahal akhirnya jadi rugi balik. Satu lagi kalau kemek atau tercalar nilai emas semasa jual akan merosot. Jadi saya lebih memilih unntuk menyimpan dalam bentuk passbook iaitu kita beli emas dengan cara membuka akaun emas. So tiada masalah hilang dan sebagainya. Sebagai seorang muslim kita perlu pilih pula bank-bank yang menyediakan perkhidmatan ini yang mendapat SYARIAH COMPLIENT seperti Publi Goold, Bank Muamalat dan Maybank. Ada banyak syarikat-syarikat yang menawarkan pelaburan emas secara passbook ini. Namun setelah membandingkan kos-kos dan caj-caj pelbagai bagi saya public gold adalah yang terbaik. Ada juga syarikat-syarikat yang lain menggunakan nama Islam tapi bila disemak sumbernya daripada Non-Muslim juga. Faham-faham la kalau barang ambil dengan pihak lain harganya tentu mahal sikit. 

Syarikat ini sangat stabil dan antara yang awal di Malaysia. Klik sini untuk lihat laman syarikat publicgold. Passbook public bernama GAP akuan. 

Jika anda malas hendak teliti potensi emas di internet sendiri atau tiada masa... Jangan bimbang saya sudi share hasil analisis yag saya buat untuk anda belajar dan memahami pelaburan emas. Bila dah faham step paling penting ialah ambil tindakan mulalah melabur.... dengan GAP anda boleh melabur serendah RM10 sebulan... Emas anda akan dikumpul dalam bentuk gram. Sikit-sikt lama-lama jadi bukit. Nasihat saya kepada yang gred gaji besar tu belilah selalu. Kalau tidak duit gaji tak tau habis ke mana. Didik anak-anak menyimpan emas passbook.

Kami sekeluarga dah lama menyimpan dalam akaun GAP. Duit raya anak sejak dulu yang kami simpan sudah berganda-ganda... Bila dewasa pasti mereka terkejut kenapa RM yang mereka terima berbeza.... dengan yang mereka kumpul? 




Kembali ke INFO EMAS