Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Sunday, June 18, 2023

CIRI-CIRI ISLAM : INQILABIYYAH

INQILABIYYAH (TRANFORMASI)

Definisi Inqilabiyyah

• Menurut Ahmad Fahmi (2018), inqilabiyyah berkaitan tranformasi atau perubahan dalam menegakkan Islam di atas keruntuhan jahilliyyah.

• Dalam menegakkan Islam atas keruntuhan jahilliyyah, lslam tidak boleh bercampur dengan jahilliyyah.

 

Konsep "inqilabiyyah" dalam Islam merujuk pada gagasan revolusi atau perubahan sosial yang mendasar yang dilakukan dengan tujuan menggulingkan pemerintahan yang dianggap zalim (jahiliyyah) atau tidak adil, dan menggantinya dengan sistem yang lebih baik sesuai dengan prinsip-prinsip Islam.

 

Dalam konteks sejarah, istilah inqilabiyyah sering kali dikaitkan dengan gerakan-gerakan politik yang berusaha untuk mendirikan negara Islam atau menerapkan hukum-hukum Islam secara menyeluruh. Gerakan-gerakan ini bisa mencakup kelompok-kelompok seperti Ikhwanul Muslimin di Mesir, Revolusi Iran tahun 1979, atau kelompok-kelompok militan seperti Taliban di Afghanistan.

 

Pandangan terhadap konsep inqilabiyyah dalam Islam tidaklah homogen di antara semua umat Muslim. Ada perbezaan pendapat dalam hal bagaimana dan bila inqilabiyyah harus dilakukan. Beberapa Muslim meyakini bahwa inqilabiyyah adalah langkah yang diperlukan ketika pemerintahan yang ada melanggar prinsip-prinsip Islam dan menindas umat Muslim. Mereka berpendapat bahwa perubahan secara revolusi diperbolehkan, bahkan diwajibkan, untuk memulihkan keadilan sosial sesuai dengan ajaran Islam.

 

Di sisi lain, ada juga umat Muslim yang lebih menganjurkan pendekatan perubahan dan peralihan secara terancang / perlahan-lahan dalam usaha untuk memperbaiki masyarakat dan pemerintahan. Mereka berpendapat bahwa inqilabiyyah yang berhubungan dengan kekerasan dan perubahan drastik tidak selalu menghasilkan apa yang diinginkan sebaliknya dapat menimbulkan kerosakan dan ketidakstabilan.

 

Penting untuk dinyatakan bahawa pentafsiran dan pendekatan terhadap inqilabiyyah adalah berbeza-beza di antara individu dan kelompok-kelompok Muslim. Pemahaman dan tindakan yang berkaitan dengan inqilabiyyah harus dilihat dalam konteks sejarah, politik, dan sosial yang relevan, serta selalu berpegang pada prinsip-prinsip keadilan, perdamaian, dan etika yang ditentukan oleh Islam.

 

Inqilabiyah boleh difahami sebagai tertegaknya Islam dengan runtuhnya jahiliyah. Hal ini memberi kita maksud bahawa maaruf yang perlu dilaksanakan selari dengan mungkar yang mesti dihapuskan, bukan sekadar kita mengajak orang kepada kebaikan dan pada masa yang sama tidak cuba menghapuskan kemungkaran yang semakin bermaharajalela.

 

Dengan kata lain, inqilabiyah ialah melaksanakan perubahan total iaitu dengan mencabut dan meruntuhkan jahiliyyah serta membangunkan atau menegakkan Islam di atas keruntuhan jahiliyyah itu. Mesti bersifat tajarrud, iaitu membebaskan diri daripada prinsip lain daripada Islam.

 

Menegakkan Islam atas keruntuhan jahiliyyah. Islam tidak boleh bercampur dengan Jahiliyyah. Islam juga tidak boleh ditempel-tempelkan. Sebagai contoh kita ingin menegakkan Islam lalu kita menganjurkan banyak aktiviti dan program berunsurkan islam tetapi dalam masa yang sama konsert, majlis tari-menari,  disko, kedai bar minuman keras, dan lain-lain lagi tempat bertentangan dengan syarak dari segi ihktilat (pergaulan bebas), dedah aurat dan lagha berlebihan sama naik maju dengan program dan aktiviti keagamaan. Wajarkah begitu?

 

Amar Ma'ruf Nahi Mungkar

Lantas kerana itulah Islam bergerak secara amar ma'ruf dan tak lengkap tanpa nahi mungkar (berpesan2 ke arah kebaikan dan menjauhi kemungkaran). Tidak dapat tidak amar ma'ruf mesti disusuli dengan nahi mungkar. Sebagai contoh, kita berusaha bersungguh2 untuk mengajak sahabat2 kita melakukan kebaikan dengan membuat aktiviti2 seperti ceramah, qiamillail dan sebagainya sedangkan dalam masa yang sama aktiviti2 membatasi syarak seperti konsert2, jom heboh, masalah2 ikhtilat berleluasa. Patutkah begitu? Jangan salah faham pula, saya tak kata aktiviti2 ceramah itu salah. Sebaliknya, aktiviti2 mengajak sahabat2 ke arah kebaikan ini harus disertai dengan kerahan menjauhi serta memboikot aktiviti2 melampaui syarak tersebut.

 

Abul -Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Umar bin Abdul-Aziz berkata: "Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menyiksa orang-orang umum kerana dosa-dosanya orang-orang yang tertentu tetapi apabila perbuatan dosa itu merahajalela dan terang-terangan kemudian tidak ada yang menegur, maka bererti semuanya sudah layak menerima hukuman."

 

Abu Hurairah r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): "Anjurkan lah kebaikan itu meskipun kamu belum dapat mengerjakannya dan cegahlah segala yang mungkar meskipun kamu belum menghentikannya."

 

Jahiliyyah dalam diri

Ayuh sahabat2 kita nilai diri masing-masing. Masih bersisa bakikah jahahiliyyah dalam diri? Lalu bagaimana hendak kita tegakkah Islam dalam pribadi bilamana Islam takkan teguh selagimana jahiliyyah tidak runtuh? -->persoalan untuk diri ini sendiri yang hendak dikongsikan bersama sahabat2 semua. Titik permulaan Islam adalah berpucuk dari diri kita sendiri. Andai pada diri sudah gagal untuk menegakkan Islam, bagaimana pula hendak ditegakkan Islam dalam masyarakat, negara dan dunia setelahnya. Ajaklah diri melakukan kebaikan, laranglah diri dari melakukan kemungkaran, kemudian beristiqamahlah dan bertwakkallah pada Allah swt. Teguh runtuh Islam adalah pada tangan kita sahabat2 sekalian.

 

“Dan mereka yang bejuang untuk menegakkan agama Kami, tentu akan Kami tunjuki ke jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah selalu bersama-sama dengan orang-orang yang berbuat baik.”

(Surah Al-’Ankabut: Ayat 69)

 

 

Jahiliyyah dulu vs Jahiliyyah kini

 

Dr. Yusuf al Qardhawi hafizahuLlah menyebut Jahiliyyah menurut istilah ialah: ‘perasaan sangsi atau ragu terhadap kebenaran Allah Taala’. Jahiliyyah tidaklah termaktub hanya pada zaman sebelum kedatangan Islam di Mekah sebagaimana selalunya disinonimkan kerana pada hakikatnya jahiliyyah kini lebih mencabar keadaannya. Kerana apa? kerana jahiliyyah kini adalah jahiliyyah setelah datangnya Islam, setelah tersebarnya Islam dan setelah begitu ramai penganut beragama Islam.

Mengikut pendapat As-Syahid Sayyid Qutb, beliau ada menempelkan perkataan jahiliyyah pada individu, penguasa dan juga masyarakat apabila mereka tidak mengikut tata cara hidup Islam. Mereka buta atau bodoh di sebabkan tidak nampak akan jalan sebenar yang Islam tunjukkan untuk memandu hidup manusia ke arah cahaya. Maka nampakkah sahabat-sahabat sekalian betapa tertegaknya jahiliyyah kini? dan betapa jahiliyyah itu didirikan atas keruntuhan Islam itu sendiri?

No comments: