Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Saturday, January 31, 2015

Petua kuruskan badan

1. PETUA KURUSKAN BADAN
Geleng kepala kiri dan kanan
Ulang senaman ini setiap kali dipelawa makanan.
ha ha... SORI GURAU AJER.... SELEPAS NI SERIUS.

2. PETUA TURUNKAN BERAT BADAN 11KG SEMINGGU
2.1 Makan hanya ikan cencaru kukus kosong (tanpa kicap, rempah atau sambal)
2.2 Putih telur kosong juga rebus, goreng atau bakar. Amalkan selama seminggu.

3. DIET TURUNKAN 11KG SEMINGGU
Makan bahan hijau karbo+protin contoh brokoli, kacang soya hijau rebus. Amalkan selama seminggu.

Cara 2 dan 3 : Tiada kesan sampingan sama ada cirit birit atau letih. Cuma minda perlu kuat pada hari ketiga dan seterusnya....
Ingat jangan lupa timbang berat badan anda terlebih dahulu sebelum mengamalkan diet dan amalan ini....

4. DIET JANGKA PANJANG MAINTAIN BERAT BADAN DAN SIHAT WALAFIAT
Amalan ini saya pelajari daripada Darul Syifa :
4.1.Dapatkan 1/2 kilo habbatussauda (jintan hitam) (payah nak cari sekarang ni) tapi kalau bersungguh cari kat kedai rempah india kat Taiping.
4.2.Madu asli. Nak tahu asli ke tidak, sediakan gelas jernih yg ada air yg jernih. Tuangkan madu ke dalam gelas. Kalau madu itu terus ke dasar tanpa ada serakan, asli la tu. Kalau ada sedikit serakan maka peratusan aslinya berkurang mengikut jumlah serakan. Semakin banyak serakan semakin banyak bahan lain biasanya gula la.
4.3 Kurma.
Cara menyediakan : Bersihkan jintan hitam, goreng sangai (tanpa minyak) sehingga garing (jangan sampai hangit atau hangus kerana khasiat akan hilang). Apabila naik bau harum cepat-cepat keluarkan daripada kuali. Jangan biarkan di dalam kuali kerana akan hangit di sebelah bawah. Biarkan sejuk. Kemudian blend sehingga menjadi serbuk.
Gaul serbuk jintan hitam dengan madu setelah sebati masukkan kurma sikit-sikit.... agak-agak sehingga boleh di gelintir bulat-bulat sebesar biji guli.... siap makjun Abu Farhi simpan dalam bekas yg sesuai.
Cara amal: amalkan setiap hari 2 biji pagi dan dua biji petang/malam sebelum makan.

Makjun ini sesuai untuk amalan kesiharan menyeluruh.... buang kolestrol, slim, sihat, cergas, kuat dan bertenaga zahir dan batin.
Siapa isteri ramai atau kuat berjimak eloklah amalkan makjun ini. In sya Allah. Kalau berkesan cerita dan kongsi la dengan orang lain.

Friday, January 16, 2015

Kenapa mengejar dunia?

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
• Allah akan sibukkan kita dengan harta.
• Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

• Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

• Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

• Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

• Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

• Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)😍👍👌

Dari whatsapp...

Fatwa Wanita Haidh Menghafaz al-Quran

IRSYAD FATWA KE-18 : HUKUM MEMBACA DAN MENGULANG HAFAZAN AL-QURAN DALAM KEADAAN HAID
DITULIS OLEH ADMIN PMWP PADA 15 JANUARI 2015. DITERBITKAN DI DALAM IRSYAD FATWA

Pada awal tahun ini, sesi persekolahan baru bermula. Ramai dalam kalangan anak kita yang memasuki sekolah berasrama penuh dan yang berkonsepkan hafazan al-Qur’an seperti SEMESTA, IMTIYAZ, MRSM Ulul Albab dan juga tahfiz persendirian. Persoalannya, boleh ke anak-anak perempuan yang dalam keadaan uzur atau haid menghafaz al-Qur’an?

Jawapan

Alhamdulillah, pertamanya saya ucapkan tahniah kepada para ibubapa kerana mengambil prihatin dan tanggungjawab dalam memastikan pendapat yang dipilih tidak bercanggah dengan syariat Islam. Begitu juga atas kejayaan anak-anak yang telah melayakkan diri memasuki sekolah berasrama penuh dan sekolah-sekolah yang lain.

Dalam masalah ini, terdapat dua pandangan.

Pertama : Haram. Inilah pendapat jumhur Fuqaha’. Mereka melarang wanita membaca al-Qur’an ketika dalam keadaan haid dan sedang berjunub berdasarkan kepada hadis daripada Ibn Umar RA

لاَ تَقْرَأ الْحَائِضُ وَلاَ الْجُنُبُ شَيْئًا مِنَ الْقُرْآنِ

“Tidak  dibolehkan wanita  dalam haid dan yang berjunub membaca walau sedikit daripada al-Qur’an.”

Riwayat al-Tirmizi (131)

Hadith ini dhaif di sisi sebahagian ahli ilmu kerana sebahagian riwayatnya Ismail bin Ayyash dari golongan Hijjaz dan riwayatnya daripada mereka adalah dhaif.

Kedua : Harus. Inilah pendapat ulama’ Malikiyyah mengikut riwayat yang sahih iaitu dibolehkan untuk memegang al-Qur’an bagi wanita yang haid dan dibolehkan juga untuk membacanya dengan tujuan mengajar dan belajar.

Kelonggaran ini hanya diberikan kepada wanita yang dalam keadaan haid sahaja dan bukannya yang sedang berjunub. Ini kerana, hari-hari kedatangan haid itu berlangsung dalam tempoh yang lama. Maka, jika mereka dilarang membaca al-Qur’an, dibimbangi hafazan al-Qur’an mereka akan terluput. Sedangkan, berzikir kepada Allah SWT adalah dibolehkan kepada wanita-wanita yang sedang dalam haid.

Ianya juga memberi kemudahan kepada madrasah Tahfiz al-Qur’an untuk meneruskan pengajarannya sehingga para huffaz tidak melupai hafazannya disebabkan terhenti bacaan kerana haid.

Inilah juga pendapat tokoh ulama’ silam seperti Imam al-Bukhari, Imam Ibn Jarir al-Tabari, Ibn al-Munzir, al-Zahiryyah, al-Syaukani, al-San’ani, al-Sya’bi, pendapat Imam al-Syafi’i dalam qaul qadim yang telah dinukilkan oleh Abu Thaur. Antara ulama’ masa kini yang berpegang dengan keharusannya adalah Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaymeen, Syeikh al-Azhar Ali Tantawi. (Lihat Tawdhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram, Syeikh Abdullah al-Bassam, 1/461)

Antara Kenyataan Mereka

Syeikh al-Dasuqi al-Maliki berkata : “Tidak ditegah dengan sebab haid membaca al-Qur’an dalam keadaan adanya darah sekalipun telah berlaku janabah sebelum itu.” (Lihat Hasyiyah ala al-Syarh al-Kabir al-Dardir, 1/284)
Syeikh Salih Abd al-Sami’ al-Abi berkata : “Tidak ditegah dengan sebab haid membaca al-Qur’an tanpa menyentuh Qur’an.” (Lihat Jawahir al-Iklil, 1/32)
Al-Mardawi al-Hanbali berkata : “Ditegah wanta haid daripada membaca al-Quran secara mutlak dan inilah yang sahih dalam mazhab Hanbali tetapi ada pendapat menyatakan tidak ditegah. Inilah yang dipilih oleh Syeikh Taqiyuddin Ibn Taimiyyah” (Lihat al-Insaf 1/347)
Ibn Hajar menukilkan daripada Ibn Rushd dan Ibn Battal bahawa dikehendaki Imam al-Bukhari yang berdalilkan keharusan membaca al-Quran bagi haid dan junub sedangkan tidak sah dari sisi musannif sesuatu pun hadis tentang itu (Lihat Fath al-Bari 1/486)
Malah, dalam masalah wanita yang sedang dalam nifas juga, dibolehkan untuk membaca al-Qur’an sebagaimana fatwa Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah : “Membaca al-Qur’an bagi wanita nifas dibolehkan jika dia khuatir akan boleh lupa bacaan al-Qur’an dengan sebab lamanya tempoh masa nifas tersebut. Tetapi, jika dia yakin bahawa dia tidak melupakan bacaan al-Qur’an tersebut, maka tidak perlu dia membacanya.” (Lihat Majmu’ al-Fatawa, Syeikh Ibn Taimiyyah, 1/636)
Tarjih

Kesimpulannya membaca al-Qur’an dan menghafaznya ketika dalam haid adalah DIBOLEHKAN berdasarkan
sebab-sebab yang telah diterangkan. Di sini sekali lagi dinyatakan beberapa pendapat atau athar  dalam menyokong pendapat ini.

Direkodkan bahawa Saidatina Aishah membaca a-Quran dalam keadan haid. Inilah yang dinukilkan oleh Imam al-Nawawi dalam al-Majmuk 1/357, al-Tabarani dalam Awsat 2/98, Ibn Rajab dalam Fath al-Bari 1/46, Ibn Hazm dalam al-Muhalla 1/78-79.
Ini juga pendapat Ibn Abbas, Ibn Musayyib yang menyatakan keharusan membaca al-Quran bagi wanita haid termasuk Muhammad ibn Maslamah.
Saya menegaskan satu pendapat yang cukup baik yang dikemukakan oleh mantan Syeikh al-Azhar, Syeikh Jad al-Haq Ali Jad al-Haq melalui bukunya Buhuthun wa al-Fatawa. Beliau menyatakan keharusan pelajar wanita yang dalam keadaan haid untuk menghafaz al-Qur’an dan membacanya ketika haid atas faktor peperiksaan atau ujian. Ini disebabkan kerana waktu tersebut adalah terhad dan terbatas. Justeru, kaedah darurat atau masyaqqah amat sesuai digunakan.

Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa hukum wanita haid adalah sama dengan wanita nifas dalam bab membaca al-Qur’an yang mana wanita tersebut boleh memegang dan membaca al-Qur’an sekiranya wanita tersebut adalah guru atau murid. (Lihat Hasyiyah al-Dusuqi, 1/175)

Saya cadangkan juga pelajar dalam haid beralih kepada mendengar al-Qur’an melalui CD atau Youtube yang memungkinkan seseorang itu mengingati dan mengulang hafazan al-Qur’an.

Akhukum fillah

Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

Saturday, January 10, 2015

Panorama Makkah

السلام عليكم 
Panorama Makkah. 
Fotografi 3D yang menakjubkan di Masjid al Haram dan Masjid an Nabawi







Gerakkan gambar dengan hujung jari bagi merasakan anda berada di sana.
Siapa yang nak rasa masuk dlm Hijir Ismail tekan no 3

Boleh pegang Kaabah ...maju nya teknologi sekarang Tuhan berikan kapada kita.
I am lost for words nak sebut kehebatan dan kebesaran Tuhanku.

Saturday, January 3, 2015

Berhemah Mendidik Anak

Di majlis ilmu 'parenting' bersama ustaz pahrol mohd joi surau al kauthar s4 bdr baru bangi. 1 jan 2015.

Antara perkongsiannya:
1. Kalau kita berasa sukar mendidik anak bersabarlah. Tgk lah betapa sukar kita nk didik diri sendiri utk istiqamah solat awal waktu, solat berjemah, bc quran sekurang2nya semuka sehari, puasa isnin khamis dsbnya..tambah2 lagilah utk mendidik org lain..maka bersabarlah dlm mendidik.
Dlm byk keadaan matlamat kita utk ank2 sudah benar tp kebenaran kerap tewas kerana tidak sabar dan tidak bijaksana.

2. Tuntutlah ilmu berterusan..walaupun perkara asas. Biarlah kita mati semasa menuntut ilmu.

3. Jgn label anak. Blh kata anak malas tp jgn label dia 'pemalas'. Panggil nama anak dgn nama yg baik sbb itu adalah labelnya.

4. Letakkan misi dan visi yg jelas kpd ank. Jd hamba Allah yg baik. Ilmu wahyu adalah asas menjadi hamba Allah yg baik. Ditambah dgn acquired knowledge ilmu akademik. Sesungguhnya lebih SUKAR didik ank jd BAIK drp didik ank jd CERDIK.

5. Anak bkn milik kita tp amanah kpd kita. Didiklah anak mengikut kehendak pemberi amanah. Jgn bw ank2 kpd kita, bwlah ank2 kpd Allah.

6. Ibu sama dgn ramadhan sbb ibu adalah madrasah ank2 dan ramadhan adalah madrasah ummah. Ibu ada cuaca dlm rumahtangga. Doa ibu lebih mustajab dr doa ayah kerana sygnya lebih berakar kpd ank drp ayah.

Sbb itu hadiah terbaik seorang ayah utk anaknya adalah mencintai ibu anak tersebut (isterinya) sepenuh hati.

7. Pendidikan ank2 bermula di saat seorang lelaki mencari calon isterinya. 

Yg sudah berkahwin dan ada ank2 tidak terlambat untuk membuat kebaikan..didiklah isteri berterusan. Ceriakan isteri maka cerialah rumahtangga.

8. Didiklah anak dgn al quran. Ibnu sina hafiz pd masa umurnya 7 thn. Ini antaranya kerana semasa dlm kandungannya ia telah didik oleh ibu yg hafizah.

Kita bkn hafiz..tp pastikanlah ank2 sekurang2nya kenal huruf alquran melalui kita. Ambillah barakah ini.

9. Ibu bapa pemimpin kpd ank2. Pemimpin yg baik adalah yg besar pengaruhnya kpd ank2. Skrg ni ank2 tadika lebih percaya ustazah di sekolah dr ibu bapanya. Anak remaja lebih percaya kawan dr ibu bapanya..akhirnya ibu bapa hlg pengaruh kerana dunia tp sempadan amat besar pengaruhnya. 

Tingkatkanlah pengaruh dr rasa percaya dan kepercayaan. Dlm rmhtangga,  dipercayai adalah lebih utama drp dicintai. Contoh: Berapa ramai isteri yg mencintai suaminya tp tidak mempercayainya..

Walk the talk. Didiklah diri kita dlm usaha mendidik ank2 kita. Bantulah ank2 menjadi soleh dan solehah dgn membanyakkan amalan SUNAT. Oleh itu, untuk mendidik anak2 mengerjakan amalan wajib didiklah diri kita mengerjakan amalan sunat.

10. Niatkanlah kebaikan yg kita lakukan sprt sedekah banjir dsbnya sbg tawasul ank2 menjadi baik. Cth: moga dgn sedekah ini, tetaplah solat anak2ku..

11. Sayangilah anak2 kerana kita syg dia bkn krn syg diri kita. Cth: kita jadikan ank2 kuda lumba utk kebanggaan kita. Ank dpt result yg baik terus ruar2kan..ank yg x dpt elok diamkan dan dimarah krn memalukan kita..jgn membezakan ank2 yg pandai dgn yg kurang pandai..

Sedikit perkongsian utk kebaikan bersama.
(copy paste)😊😊

Saturday, November 1, 2014

UJIAN PSIKOMETRIK PEGAWAI KERAJAAN

PAKEJ UJIAN PSIKOMETRIK


Pakej Ujian Psikometrik disediakan khas untuk calon pegawai kerajaan gred M41, S41, J29 - J41, N19 dan mana-mana gred yang perlu menduduki Ujian Psikometrik. Sistem ini adalah Sistem Akses Maklumat Online (bukan ebook) yang direka khas untuk membantu calon-calon pegawai kerajaan Gred 19 - 41 yang akan menduduki Ujian Psikometrik. Pakej ini juga sesuai untuk mana-mana calon temuduga kerajaan  X19, X29 (jururawat, juru x-ray, juruaudio visual dll) dan X41 dan sebagainya kerana persamaan ujian Psikomatrik (cuma berbeza format dan jumlah item), pengetahuan am dan nota pengetahuan kerjaya kerajaan yang sama.  Mengandungi maklumat yang dikumpulkan khas untuk membantu calon yang tidak mahu gagal dalam ujian-ujian ini. Apa ada di dalam Pakej Istimewa ini?? 


1. Info tentang format ujian dan nota.
2. Set-set soalan latih tubi yang mirip Ujian Psikometrik sebenar
3. Skor dan jawapan automatik. Jimat masa… Hanya klik klik…. 
4. Tips, teknik dan panduan menjawab juga disediakan.
5. Koleksi perkongsian pengalaman calon-calon yang pernah menjalani ujian dan temuduga kerajaan.
6. Boleh belajar di mana-mana sahaja menggunakan laptop atau smartphone.
7. Tip menghadapi temuduga lisan.

P/s: Ramai calon yang menduduki ujian ini yang bagus namun gagal kerana tidak tahu teknik menjawab dan tiada persediaan yang betul. Pakej ini menawarkan info-info terkini dan sentiasa dikemaskini agar relevan dengan tawaran semasa jawatan ini. JIMAT MASA anda kerana tidak perlu membuat carian nota dan maklumat berkaitan serta sistem ujian objektif autoskor dan autosemak.



DAPATKAN PAKEJ UJIAN PSIKOMETRIK

Tuesday, August 19, 2014

Solat Hajat

          
SOLAT HAJAT
 
Sekiranya manusia memiliki hajat-hajat yang tertentu, hendaklah ianya dipinta daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala kerana sesungguh Dia bersifat al-Ijabah al-Do’a (mengabulkan doa). Firman-Nya:
 
 
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ
 
Maksudnya:
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka);Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. - al-Baqarah (2): 186
 
Dan di antara tempat yang mustajab untuk memohon doa terhadap sesuatu hajat adalah ketika solat. Ini adalah sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
 
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ
 
Maksudnya:
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat… - al-Baqarah (2) : 45
 
Oleh itu solat sunat Hajat adalah solat yang dikerjakan oleh seseorang yang mempunyai hajat tertentu dan ingin memohon kepada Allah agar memperkenankan hajat tersebut. Sekiranya kita meneliti buku-buku yang membahaskan tentang solat sunat Hajat ini maka kita akan mendapati terdapat pelbagai tatacara perlaksanaan serta jumlah rakaatnya.
 
 
v  APAKAH SOLAT HAJAT DISYARI’ATKAN?
 
Ibadah yang diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah ibadah yang dikerjakan semata-mata ikhlas kerana-Nya dan mengikuti (ittiba’) sunnah Nabi s.a.w yang sabit. Oleh itu, sebelum sesuatu amal ibadah itu dikerjakan termasuk solat sunat Hajat ini, sewajarnya kita menyelidik terlebih dahulu adakah benar ia telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w atau sekadar amalan kebiasaan yang digelar sebagai adat. Sedangkan, umat Islam wajib membezakan antara adat dan ibadah agar adat yang menjadi kebiasaan mereka itu tidak dianggap sebagai ibadah.
 
Lazimnya, dalil yang digunakan untuk mensyari’atkan solat sunat hajat ini adalah hadis-hadis yang berikut.
 
Menurut Faaid bin Abdul Rahman yang meriwayatkan daripada Abdullah bin Abi Aufa, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
 
 
مَنْ كَانَتْ لَهُ إِلَى اللَّهِ حَاجَةٌ أَوْ إِلَى أَحَدٍ مِنْ بَنِي آدَمَ فَلْيَتَوَضَّأْ فَلْيُحْسِنْ الْوُضُوءَ ثُمَّ لِيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ
 
ثُمَّ لِيُثْنِ عَلَى اللَّهِ وَلْيُصَلِّ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ لِيَقُلْ...
 
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ وَفِي إِسْنَادِهِ مَقَالٌ فَائِدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ يُضَعَّفُ فِي الْحَدِيثِ
 
وَفَائِدٌ هُوَ أَبُو الْوَرْقَاءِ
 
Maksudnya:
Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada salah seorang bani Adam (manusia) hendaklah dia berwuduk serta membaguskan wuduknya kemudian solat dua rakaat. Terus (setelah selesai solat) hendaklah dia menyanjung Allah dan berselawat kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, kemudian dia mengucapkan doa…… Menurut Abu ‘Isa ini adalah hadis Gharib dan dalam sanadnya terdapat Faaid bin ‘Abdurrahman yang dha’if (lemah) dalam hadis dan Faaid dia adalah Abu al-Waruqa’.  - Hadis riwayat Imam al-Tirmizi dalam Sunannya Kitab al-Sholaah, no: 441.
 
Gharib bermaksud yang asing, jauh, aneh atau susah difahami. Hadis gharib bermaksud hadis yang diriwayatkan dengan satu sanad atau hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi. Hadis gharib ini ada yang sahih, hasan dan juga dha’if (lemah). Namun begitu hadis yang diperbincangkan ini statusnya dha’if dan tidak boleh dijadikan sebagai dalil dalam menetapkan sesuatu hukum. Ini diindikasikan sendiri oleh Imam al-Tirmizi rahimahullah ketika meriwayatkan hadis ini.
 
Hadis di atas ini berstatus dha’if jiddan (sangat lemah) kerana dalam sanadnya terdapat Faaid bin ‘Abdurrahman Abu al-Waruqa’ dan beliau telah dilemahkan oleh ulamak hadis seperti Imam al-Tirmizi, Imam Abdullah bin Ahmad, Imam Ibn Ma’in, Imam Abu Daud, Imam al-Nasaai, Imam Abu Hatim, Imam al-Hakim, Imam Ibn Hibban dan Imam al-Bukhari rahimahumullah. Oleh itu hadis di atas tidak boleh dijadikan dalil untuk mensyari’atkan solat Hajat.
 
Sebuah hadis berkaitan dengan solat hajat juga telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Maimun Abu Muhammad al-Mura’i al-Tamimi. Dia berkata: Yahya bin Abi Kathir telah menceritakan daripada Yusuf bin Abdullah bin Salam daripada Abu Darda’ radhiallahu’ anh katanya: Wahai sekalian manusia! Aku telah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
 
مَنْ تَوَضَّأَ فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ يُتِمُّهُمَا أَعْطَاهُ اللَّهُ مَا سَأَلَ مُعَجِّلاً أَوْ مُؤَخِّرًا
 
Maksudnya:
Sesiapa berwuduk dan menyempurnakannya, kemudian mengerjakan solat dua rakaat dengan sempurna, apa sahaja yang dimintanya akan diberi oleh Allah baik cepat mahupun lambat. - Hadis riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya, no: 26225.
 
Hadis ini juga tidak sahih kerana dalam sanadnya terdapat seorang perawi, iaitu Maimun Abu Muhammad al-Mura’i. Beliau seorang yang majhul (tidak dikenali) sebagaimana yang telah dinyatakan oleh ulamak hadis seperti Imam Ibn Ma’in, Imam Ibn ‘Adiy, Imam al-Zahabi dan Syeikh Nashiruddin al-Albani rahimahumullah. Sanad hadis ini juga munqati’ (terputus) kerana Yahya bin Abi Kathir yang merupakan seorang tabi’ al-tabi’in telah meriwayatkan secara terus daripada Yusuf bin Abdullah bin Salam. Sedangkan Yusuf merupakan seorang sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Al-Tabi’in adalah seseorang yang di dalam hidupnya sempat berjumpa dengan sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam Manakala tabi’ al-Tabi’in adalah seseorang yang sempat berjumpa seorang tabi’in. Di dalam hadis ini, seorang tabi’ al-Tabi’in telah meriwayatkan hadis secara terus daripada seorang sahabat Nabi s.a.w tanpa perantaraan daripada seorang tabi’in di dalam sanadnya. Oleh itu, hadis ini dikategorikan sebagai munqati’,  iaitu terputus sanad.
 
Namun, Imam al-Suyuti rahimahullah di dalam kitabnya La’aaliul Mashnu’ah berpendapat bahawa hadis ini adalah satu-satunya hadis yang sahih tentang solat hajat. Wallahu’alam.
 
Maka sekiranya ingin berpegang kepada hadis ini sebagai dalil keharusan mengerjakan solat hajat, seseorang hendaklah melaksanakannya menurut tatacara yang bertepatan dengan hadis tersebut, iaitu:
  1. Menyempurnakan wuduk.
  2. Solat sebanyak dua rakaat. Tidak disyari’atkan untuk dilaksanakan solat Hajat ini secara berjemaah sebagaimana yang kebiasaannya diamalkan di Malaysia.
  3. Tidak ada bacaan ayat-ayat mahupun surah-surah yang tertentu yang dibacakan dalam jumlah tertentu untuk solat Hajat ini.
  4. Berdoa sama ada di dalam solat atau sesudah solat. Jika ingin berdoa ketika dalam solat antara tempat yang afdal untuk berdoa adalah ketika sujud dan sesudah membaca tasyahhud akhir sebelum memberi salam. Tidak ada lafaz doa tertentu yang disyaria’tkan bagi solat hajat. Justeru, doa tersebut bolehlah disusun sendiri mengikut apa yang dihajati.
 
Namun, penulis berpendapat bahawa riwayat-riwayat yang dianggap sebagai hujah bahawa para salafussoleh mengerjakan solat hajat bukanlah menunjukkan mereka mengkhususkan sesuatu jenis solat sunat yang dinamakan solat Hajat. Tetapi, mereka sebenarnya hanyalah mengerjakan solat sunat mutlak. Melalui solat tersebut mereka mengambil kesempatan untuk berdoa di tempat yang afdal untuk berdoa ketika di dalam solat, iaitu ketika sujud dan sebelum salam dan juga bertawassul dengan amalan yang mulia, iaitu mengerjakan solat. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya istilah solat sunat Hajat tidak pernah wujud di dalam mana-mana hadis yang sabit daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam Wallahu’alam.
 
Di antara hadis lain yang digunakan sebagai dalil untuk solat hajat adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Uthman bin Hunaif katanya:
 
أَنَّ رَجُلاً ضَرِيرَ الْبَصَرِ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: ادْعُ اللَّهَ لِي أَنْ يُعَافِيَنِي.
فَقَالَ: إِنْ شِئْتَ أَخَّرْتُ لَكَ وَهُوَ خَيْرٌ وَإِنْ شِئْتَ دَعَوْتُ. فَقَالَ: ادْعُهْ.
فَأَمَرَهُ أَنْ يَتَوَضَّأَ فَيُحْسِنَ وُضُوءَهُ وَيُصَلِّيَ رَكْعَتَيْنِ وَيَدْعُوَ بِهَذَا الدُّعَاءِ:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ وَأَتَوَجَّهُ إِلَيْكَ بِمُحَمَّدٍ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ.
يَا مُحَمَّدُ إِنِّي قَدْ تَوَجَّهْتُ بِكَ إِلَى رَبِّي فِي حَاجَتِي هَذِهِ لِتُقْضَى اللَّهُمَّ شَفِّعْهُ فِيَّ
 
Maksudnya:
Seorang lelaki buta datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: Doakanlah kepada Allah supaya dia sembuhkan (kembalikan penglihatan) aku.
Nabi bersabda: Kalau engkau suka untuk bersabar engkau akan mendapat pahala di atas kesabaranmu (di atas kecacatanmu itu) ataupun boleh juga sekiranya jika engkau mahu, aku akan mendoakan engkau sekarang (supaya sembuh serta-merta).
Kata lelaki itu: Doakanlah untuku sekarang. Lalu baginda s.a.w menyuruhnya agar berwuduk dan menyempurnakannya lalu mengerjakan solat dua rakaat. Kemudian dia berdoa: Ya Allah Ya Tuhanku! Aku berdoa dan bermunajat kepada-Mu dengan (perantaraan doa) Muhammad, Nabi yang membawa rahmat.
Ya Muhammad, sesungguhnya aku telah menghadap dengan (doamu) kepada Tuhanku tentang hajatku ini supaya dimakbulkan hajatku ini. Ya Allah! Berikanlah syafaat (baginda s.a.w) kepadaku. - Hadis riwayat Imam Ibn Majah dalam Sunannya, Kitab Iqamah al-Solah wa Sunnah Fiha, no: 1375.
 
Hadis di atas sebenarnya berkisar tentang tawassul atau berdoa menggunakan perantaraan yang selari dengan syarak.
 
Pertama, lelaki buta tersebut menggunakan perantaraan amal soleh, iaitu dengan mengerjakan solat sunat mutlak sebanyak dua rakaat.
 
Kedua, lelaki itu juga menggunakan perantaraan doa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam Bertawassul dengan doa orang soleh yang masih hidup adalah disyari’atkan manakala berdoa melalui perantaraan orang yang telah mati seperti di kuburan para Nabi, sahabat, salafussoleh atau wali adalah bid’ah yang sesat.
 
 
v  KESIMPULAN
 
Dengan penjelasan ini, dapatlah kita fahami bahawa hadis-hadis tentang solat sunat hajat ini berstatus lemah. Oleh itu, mengerjakan solat sunat yang dinamakan solat sunat Hajat masih dipertikaikan kesahihannya. Namun kita dibenarkan untuk memohon apa jua hajat kita dalam solat sama ada fardu mahupun sunat terutamanya ketika sujud dan sesudah membaca tasyahhud akhir sebelum salam. Apa yang lebih utama adalah jika kita panjatkan doa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala ketika masih dalam solat. Menurut Ibnu Taymiyyah rahimahullah dalam Majmu’ al-Fatawa, Jld. 22, ms. 512-514:
 
Seseorang yang sedang bersolat sebenarnya sedang mengadu (bermunajat) kepada Tuhan-nya, maka ketika dia memberi salam (menunjukkan berakhirnya solat), selesailah sudah munajatnya. Oleh itu sewajarnya permohonan itu dipanjatkan ketika bermunajat (dalam solat sebelum salam) kerana ianya lebih mungkin untuk dimakbulkan jika dibandingkan dengan permohonan yang dipanjatkan setelah dia selesai bermunajat (selesai solat).
 

Friday, June 20, 2014

23 Tip Bagaimana Nak Jadi Suami Mithali

           
 
 
Suami mithali
 
Untuk kaum lelaki bernama SUAMI & rujukan untuk kaum ISTERI - Dr. Fadhilah Kamsah
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias ! rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal Cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri Cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Suami mithali ooi...
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami 'degil' tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
 22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman
"'Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang di dalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"
Sumber : Dr Fadzillah Kamsah.
Mudah-mudahan anda boleh menjadi suami mithali. Semoga beroleh bahagia dunia akhirat.

Saturday, April 12, 2014

Ujian Kelayakan Calon Guru

 
UJIAN KELAYAKAN CALON GURU
Tahniah kepada lepasan SPM yang berjaya mendapat keputusan 9A dan ke atas dan tahniah kepada calon yang dipanggil menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Keputusan yang anda raih ini melayakkan anda untuk memohon menjadi guru. Sekiranya berminat, latihan di Institut Pendidikan Guru (IPG) buat masa ini menjadi pilihan calon dan ibubapa. Ini berdasarkan permohonan yang amat menggalakkan saban tahun. Tahun ini sahaja dikhabarkan seramai 52 ribu lebih calon lepasan SPM berminat dan memohon ke IPG dan dipanggil menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Atas faktor apa? Banyak faktor... antaranya kerjaya guru sangat dihormati, memang minat, dapat elaun percuma, nak elak PTPTN, keluaran IPG kerja jamin ada cuma pos entah ke mana, kalau keluar U nak kena cari kerja,  dan bla.. bla...
Apa pun tahniah kepada yang dipanggil (dengar khabar hanya yang 9A ke atas saja) untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) yang diperkenalkan mulai tahun ini dan akan diadakan pada 14-17 April ini. Sebelum ini calon dikehendaki menduduki Ujian Inventori Sahsiah Keguruan. Dari segi ujian bertulisnya masih tak banyak berubah perlu menjawab soalan sikap dan sahsiah dalam jumlah yang banyak dalam masa yang singkat. Kalau dulu 135 soalan dalam 45 minit. UKCG pun ada soalan begitu, cuma ditambah dengan ujian kecergasan seperti diambil BMI, tekantubi, larian pantas dan beberapa asas PJ - maklum KPM perlu demand la sikit sebab calon ramai... jadi awas kepada calon yang obes dan lembik. Calon-calon yang ditawarkan bidang-bidang yang melibatkan kemahiran tertentu pula perlu menjalani ujian Amali seperti bidang pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam, Bahasa dan sebagainya. Maklumat-maklumat penulis risik-risik sahaja daripada pihak-pihak tertentu. Bukan nak tolong anak-anak bangsa. Kalau nanti tak seperti yang disebut jangan marah tak rugi pun.
Apa nasihat sahaya kepada calon?
1. Untuk Ujian Kecergasan: Tinggal beberapa hari lagi banyak-banyak la buat tekan-tubi dan berjogging serta buat larian pantas. Juga ambil tahu beberapa cara buat latihan asas PJ.
2. Untuk Ujian Sikap (Soalan Objektif) :
- Anda diingatkan JAWAB SEMUA jangan tercicir satu pun kalau tak sempat masa tenyeh ajer bagi habis sebab ujian disemak dengan komputer. Jika anda tercicir satu saja komputer akan terus 'tendang' sebab dianggap calon cuai.
- Buat latih-tubi INSAK. Soalan ini diguna bagi tahun-tahun sebelum ini. Jika soalan sahsiah dan sikap, soalannya sudah tentu la lebih kurang aja. Anda boleh dapati dari kedai-kedai buku dan 'uncle gooogol" TAPI satu set mengandungi 135 perlu anda semak sendiri. Tentu buang masa kan? Jadi saya menyarankan BELI AJER INSAK kat sini sebab ada banyak set anda cuma perlu jawab sahaja sistem akan automatik beri jawapan dan skor. OK tak? Ramai yang lulus sebelum ni guna sistem ni. Ala tak mahal pun HANYA RM20. Minta la ibubapa sponsor. JIMAT MASA dan ada pula TIPS untuk temuduga untuk SESI Temuduga Individu dan Kumpulan pusingan kedua nanti setelah lulus UKCG. Siap dengan NOTA dan doa-doa lagi. Sistem ini adalah sistem Online Learning. Anda hanya perlu ada internet dan akses. Belian anda juga jadi sumbangan jariah In sha Allah sebab sistem ini dibangunkan oleh seorang guru untuk membantu pelajar-pelajarnya yang memerlukan bantuan kewangan.
Semoga berjaya! Hanya 25 ribu akan dipilih untuk mengikuti temuduga guru seterusnya. Selepas itu hanya 3000 sahaja kouta yang ada untuk pelbagai bidang yang ditawarkan. Bakal-bakal guru yang dipilih kali ini juga diharapkan akan menjagi guru-guru SUPER berdasarkan kriteris pemilihan yang sangat sukar dan mencabar serta penuh persaingan.

 
Insak cover

UJIAN KELAYAKAN CALON GURU
Tahniah kepada lepasan SPM yang berjaya mendapat keputusan 9A dan ke atas. Keputusan yang anda raih ini melayakkan anda untuk memohon menjadi guru. Sekiranya berminat latihan di Institut Pendidikan Guru (IPG) buat masa ini menjadi pilihan calon dan ibubapa. Ini berdasarkan permohonan yang amat menggalakkan saban tahun. Tahun ini sahaja dikhabarkan seramai 52 ribu lebih calon lepasan SPM berminat dan memohon ke IPG dan dipanggil menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Atas faktor apa? Banyak faktor... antaranya kerjaya guru sangat dihormati, memang minat, dapat elaun percuma, nak elak PTPTN, keluaran IPG kerja jamin ada cuma pos entah ke mana, kalau keluar U nak kena cari kerja,  dan bla.. bla...
Apa pun tahniah kepada yang dipanggil (dengar khabar hanya yang 9A ke atas saja) untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) yang diperkenalkan mulai tahun ini dan akan diadakan pada 14-17 April ini. Sebelum ini calon dikehendaki menduduki Ujian Inventori Sahsiah Keguruan. Dari segi ujian bertulisnya masih tak banyak berubah perlu menjawab soalan sikap dan sahsiah dalam jumlah yang banyak dalam masa yang singkat. Kalau dulu 135 soalan dalam 45 minit. UKCG pun ada soalan begitu, cuma ditambah dengan ujian kecergasan seperti diambil BMI, tekantubi, larian pantas dan beberapa asas PJ - maklum KPM perlu demand la sikit sebab calon ramai... jadi awas kepada calon yang obes dan lembik. Calon-calon yang ditawarkan bidang-bidang yang melibatkan kemahiran tertentu pula perlu menjalani ujian Amali seperti bidang pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam, Bahasa dan sebagainya. Maklumat-maklumat penulis risik-risik sahaja daripada pihak-pihak tertentu. Bukan nak tolong anak-anak bangsa. Kalau nanti tak seperti yang disebut jangan marah tak rugi pun.
Apa nasihat sahaya kepada calon?
1. Untuk Ujian Kecergasan: Tinggal beberapa hari lagi banyak-banyak la buat tekan-tubi dan berjogging serta buat larian pantas. Juga ambil tahu beberapa cara buat latihan asas PJ.
2. Untuk Ujian Sikap (Soalan Objektif) :
- Anda diingatkan JAWAB SEMUA jangan tercicir satu pun kalau tak sempat masa tenyeh ajer bagi habis sebab ujian disemak dengan komputer. Jika anda tercicir satu saja komputer akan terus 'tendang' sebab dianggap calon cuai.
- Buat latih-tubi INSAK. Soalan ini diguna bagi tahun-tahun sebelum ini. Jika soalan sahsiah dan sikap, soalannya sudah tentu la lebih kurang aja. Anda boleh dapati dari kedai-kedai buku dan 'uncle gooogol" TAPI satu set mengandungi 135 perlu anda semak sendiri. Tentu buang masa kan? Jadi saya menyarankan BELI AJER INSAK kat sini sebab ada banyak set anda cuma perlu jawab sahaja sistem akan automatik beri jawapan dan skor. OK tak? Ramai yang lulus sebelum ni guna sistem ni. Ala tak mahal pun HANYA RM20. Minta la ibubapa sponsor. JIMAT MASA dan ada pula TIPS untuk temuduga untuk SESI Temuduga Individu dan Kumpulan pusingan kedua nanti setelah lulus UKCG. Siap dengan NOTA dan doa-doa lagi. Sistem ini adalah sistem Online Learning. Anda hanya perlu ada internet dan akses. Belian anda juga jadi sumbangan jariah In sha Allah sebab sistem ini dibangunkan oleh seorang guru untuk membantu pelajar-pelajarnya yang memerlukan bantuan kewangan.
Semoga berjaya! Hanya 25 ribu akan dipilih untuk mengikuti temuduga guru seterusnya. Selepas itu hanya 3000 sahaja kouta yang ada untuk pelbagai bidang yang ditawarkan. Bakal-bakal guru yang dipilih kali ini juga diharapkan akan menjagi guru-guru SUPER berdasarkan kriteris pemilihan yang sangat sukar dan mencabar serta penuh persaingan.
           
 
 
 

Thursday, April 10, 2014

CUKA KURMA - KHASIAT DAN CARA GUNA

 
Hakimah eP 2

CUKA KURMA - KHASIAT DAN CARA GUNA

Sabda Rasulullah s.a.w.
 
“Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA). Ya Allah berkatilah pada KHAL. Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL dalam sesuatu rumah.” 
Hadis Riwayat Muslim dan Ibn Majah.
 
KEPERLUAN CUKA KURMA OLEH TUBUH BADAN, Cuka kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM 
Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909.
Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan cuka kurma bermanfa'at untuk mengatasi;

1) masalah gastrik di perut,

2) masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu),

3) mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian.

4) Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid).

5)Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, 6) membersihkan usus (membuang toksik di perut),

7) menguatkan sistem perut (masalah buasir), 8) menghilangkan masalah dahaga (panas badan),

9) mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), 10) membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.Cara Penggunaan: 

1) Campur dengan segelas air suam / air ruqyah dan diminum sejam sebelum makan apa2.
2) Campur dengan segelas air suam / air ruqyah plus madu dan diminum sejam sebelum makan apa2…Rawatan Sihir: 

1) Untuk rawatan santau: Diminum sesudu bersama air ruqyah selepas Subuh
2) Sakit kulit akibat disihir dan sakit kulit biasa: Gosok cuka kurma dengan kapas sampai merah dan kemudian sapu dengan minyak zaitun.
 
kredit: rakangroup

Sunday, March 23, 2014

Tips Jaga kereta semasa banjir

TIPS TTG KERETA
SEMASA  BANJIR
✅ semasa lalu kat bnjir suis lampu keta anda hendaklah dimatikan sbb takut shock wiring
✅ semasa meredah air, utk keta manual turunkan ke gear 1.tekan clutch bersama minyak supaya RPM tinggi.jgn lupa tutup aircond
✅ bagi keta auto yg meredah air,jgn sesekali brhenti dlm air dan pastikan kreta anda sentiasa berjalan
✅ jaga angin tayar.sebaik2nya kurangkn sedikit angin tayar hadapan utk lebih cengkaman
✅ jika kete anda akan tengelam dlm air cabut dulu battery.bila dah surut jgn terus start enjin sbb jika anda brbuat demikian enjin akan rosak teruk
✅ jemur keta anda di tempat panas. tukar semua minyak enjin dan minyk gear. jemur hgga betul2 kering.
Sumber : whatsapp.

Saturday, March 22, 2014

NAK JADI GURU?

NAK JADI GURU?
 
MAKLUMAN IKLAN PERMOHONAN CALON GURU TAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA AMBILAN TAHUN 2014
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengeluarkan iklan berkaitan permohonan:-
2.1 Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP);
2.2 Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC);
2.3 Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Bagi Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) dan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU)
3. Iklan berkaitan program ini telah dikeluarkan pada 9 Mac 2014 (Ahad) di akhbar berikut:-
3.1 Mingguan Malaysia
3.2 News Street Times
3.3 Tamil Nesan
3.4 Sin Chew Jit Poh
3.5 Borneo Post (Sarawak)
3.6 Daily Express (Sabah)
4. Maklumat lanjut serta tatacara membuat permohonan boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat http://www.moe.gov.my mulai 10 Mac 2014 dan tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Mac 2014. Sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh diajukan kepada pegawai berikut:-
Pn Fariza Binti Sulam 03-8312 6733
En Muhd Khairul Rizal Bin Othman Odanu 03-8312 6731
En Muhama Nazib Bin Hashim 03-8312 6720
Sekian, terima kasih.
NUR HAZWANI BINTI MD YATIM
UNIT PENTADBIRAN
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
PENGURUSAN PENGAJIAN TINGGI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
(03-8870 5243
*hazwani.yatim@moe.gov.my
Latihtubi INSAK boleh didapati di sini
Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) adalah ujian temuduga bertulis wajib lulus.
Insak cover