Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Monday, December 28, 2015

Jadual Gaji Kakitangan Awam Untuk Tahun 2016

JADUAL GAJI KAKITANGAN AWAM TAHUN 2016


Berikut adalah senarai tarikh pembayaran gaji bulanan kakitangan awam bagi tahun 2016 berdasarkan jadual rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM). Penjawat awam boleh membuat semakan gaji secara online (e-Penyata Gaji) sehari sebelum gaji masuk. Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam 2016 :


Jadual Gaji 2016

Jadual pembayaran gaji kakitangan awam Jadual Gaji 2016 ini tertakluk kepada pindaan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM). Sila rujuk portal Jabatan Akauntan Negara untuk maklumat terkini tentang tarikh pembayaran gaji kakitangan kerajaan. Untuk memudahkan anda merancang bajet dan masa percutian, sila padankan jadual gaji 2016 dengan kalendar cuti umum dan cuti sekolah 2016.

Baca bagaimana saya jimat kredit: klik sini!

Friday, October 30, 2015

Bagaimana nak Install Quran In Word Versi 2.2?



Bagaimana nak Install Quran In Word Versi 2.2?



Jika anda pengguna windows 7 atau windows 8 anda akan dapati office word 2013 sudah tersedia. Bagi pengguna yang memerlukan font Arabic dan Jawi perlu membuat Installasi terlebih dahulu. Dapat folder font Arabic dan jawi di sini.

Kalau menggunakan windows 7 ke bawah pengguna yang memerlukan plug in al-Quran tiada masalah untuk installasi. Untuk dapatkan installer QuranInWord 2.2 silakan klik link di bawah:


Namun seringkali pengguna yang menggunakan windows 8 menghadapi masalah ketika instalasi "error microsoft.net frame 2.0" akan terpapar... menyebabkan instalasi gagal.

Setelah merayau-rayau meminta bantuan uncle Google akhir berjaya menyelesaikan masalah ini. Rupa2nya senang saja. Masalah "error microsoft.net frame 2.0" ini perlu dibetulkan terlebih dahulu. Ia bukan kesilapan sebenarnya... Masalah ini berkaitan dengan setting windows 8 yang lebih terkehadapan microsoft.net frame 2.0-3.5 tidak lagi ditetapkan dalam sistem. Jadi kita perlu menetapkannya secara manual.

Bagaimana nak Install Quran In Word Versi 2.2?


Begini caranya:

1. Taip pada ruangan search : "Program and Features".

2. Klik pada paparan sebelah kiri: "Turn windows features on or off".

3. Tandakan  .Net Frame 3.5 (Includes net 2.0 and 3.0)

4. Klik OK.

Ada kes setakat ini dah OK. Namun sesetengah laptop ada lagi error seterusnya... jangan kecewa. Errornya seperti ini "error code : 0x8007A90" pula. Kod2 lebihh kurang begini berkait dengan group policy jadi lakukan step berikut pula:

1. Taip pada ruangan search : "Group Policy". Klik Edit Group policy.

2. Pada "Computer Confifuration" klik "Admanistrative Templates"

3. Kemudian klik "System" cari bahagian :" Specify setting for optional component installation and component repair".

4. Tandakan Enable. Kemudian klik Apply dan OK.

Link Video:
https://www.youtube.com/watch?v=y4OK4yCJkRc

Bagaimana nak Install Quran In Word Versi 2.2?


Wednesday, October 28, 2015

Bahasa Kedah Hulu

Bahasa Melayu Kedah Hulu atau juga dikenali sebagai Basa Ulu atau Cakak Ulu merupakan sebuah variasi Bahasa Melayu tempatan yang dituturkan di tiga daerah di negeri Kedah iaitu di Baling, Sik dan Yan. Bahasa Melayu Kedah Hulu agak berbeza dengan Bahasa Melayu Kedah walaupun tinggal di dalam negeri yang sama dan lebih dekat dengan rumpun bahasa Melayu pantai timur seperti Bahasa Melayu Kelantan, Bahasa Melayu Terengganu, Bahasa Melayu Patani, Bahasa Melayu Pahang dan terutama sekali Bahasa Melayu Perak Ulu. Melayu Baling, seperti Melayu Gerik, bukit gantang, taiping, batu kurau. dikatakan berasal dari Melayu Patani yang melarikan diri dari Patani semasa perang Patani-Siam pada abad ke-18. Disebabkan geografinya dengan Thailand dan Kedah, bahasa Melayu Kedah Hulu menyerap pelbagai perkataan dari bahasa Siam dan bahasa Kedah. Lebih daripada 400,000 orang guna bahasa ini sebagai bahasa pertama mereka.
Bahasa Kedah Hulu Bahasa - Melayu Piawai

Beberapa Contoh perkataan:

Muka Tepoh - Simpang Tiga
Terekong -Terkam
Jeromoh -Jumpa
Khomoh- Pengotor
Jukhey -Hujung (merujuk kepada bahagian tepi jemorang)
Jemorang -Pelantar
Plasa -Pangkin
Tebeng -Sengaja
Jueh Bibir -Mulut bawah terkeluar
Kesik -Takut
Rocoh -Cucuk
Tusuk -Sembunyi
Keliyek -Yang lembut/melekat seperti bancuhan tepung ubi
Kheng -Tahan
Terepa -Meluru
Kelero -Mundar mandir
Rophong -Tiada gigi
Jaong -Mendung
Seloteng -Comot/penuh dgn kotoran
Cokeh -Cungkil
Kothok -Pendek
Berjegel -Berjaga
Kerosek/merokeh- cari
Lepa -Ralik/leka
Hok -Tercekik
Khek -Luah
Besilirik -Banyak
Balik / Pulang = Kelik
Sarapan = Beseghor
Kalut = Loghat
manis teramat = Manih melenting
Cantik/lawa = Jangok mengetek
tidak cermat/ beradab = nana
Balik dulu = Kho dulu
Ligan / Halau = Berghambat
Degil = Babey
jangan kalut = O' lu
angkat = Hakek
gaduh = gomo
Buang = Thok
kotor = damuh
Pelawa = semawa
Air = A
Tak tahu la = Tak tuh dey
Pukul = Taboh
Datang tak lagi?/ dah sampai belom = Mari dak gi?
tak la = Dak dey
Elok dah = Molek dah haih..
asyik duduk diam dalam bilik = kor dok kerok dalam bilik tue..
budak-budak ni = kobudak ni
mereka = dema
beri tahu = ghoyat
bukan la = dak de
Biar = lak

Sumber :

1.  https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu_Kedah_Ulu
2. Kompilasi peribadi.