Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Thursday, July 26, 2018

Terapi Mandi Hujan

🌧🌧 *Terapi Air Hujan*  🌧🌧 *Utk Segala Penyakit & Gangguan Jin*

Kalau hujan ☔ turun jangan masuk rumah... tapi mandilah dengannya kerana ini adalah terapi semulajadi Allah berikan untuk makhluknya.. Tapi selalu orang tua kita melarang kita mandi hujan sebab takut sakit 🤕.. & larangan itu kita wariskan pula ke anak2 kita.. Ini pemahaman yg salah..

Kalau sakit lepas mandi hujan tu bukan sebab air hujan tapi sebab dalam badan banyak benda kotor dan air hujan tu sebagai bahan cuci untuk membuang semua kekotoran terutamanya gangguan syaitan.. Kadang Allah tunjuk tanda badan kita ada sesuatu itu melalui kesakitan itu.. Kalau kita sakit teruk lepas mandi hujan itu perlu rawatan susulan dengan Ruqyah Syar'iyyah...

Salah 1 cara SCAN diri tu adalah dengan Mandi air hujan... ada juga orang mandi hujan tak juga sakit2 sebab badannya bebas jin... Alhamdulillah

Tapi mandi bukan sembarangan mandi.. Ada cara & kaedahnya...
di bawah ini saya ajarkan...

☔ Niat- Niatlah di dalam hati sekuatnya & mohon pertolongan Allah untuk tujuan apa kita mandi hujan...

😈Contoh 1: Menghancurkan jin yg zalim ke atas jasad kita (niatkan & mohon pada Allah jadikan air hujan sebagai api & asid yg membakar badan jin dalam badan kita..

👩‍👧‍👦Contoh 2:
Anak degil @ hyperaktif umur (5 tahun ke atas) niatkan melembutkan hatinya agar mndengar kata2 orang tuanya... & dihilangkan gangguan syaitan... orang tuanya tak perlu mandi hujan cukup memerhatikan & baca ayat2 di bawah sehingga didengari anaknya...
Dan apa sahaja niat bergantung penyakit & keluhan masing2..

☔ Biarkan hujan berlalu selama sekurangnya 10minit barulah kita mandi air hujan..

☔ Air hujan yg digunakan untuk terapi ini mesti yg turun terus dari langit.. Tidak terkena pokok/bumbung atau disambut dengan baldi..

☔ Air hujan yg turun sebaiknya hujan yg lebat bukan gerimis...

☔ Tadah air hujan direct terus dari langit ke bekas kecil untuk dibuat minum.. In syaa Allah ini juga adalah penawar..

☔ Mulakan mandi sambil membacakan sekurangnya Al-Fatihah atau lebih baik lagi dengan ayat2 standard iaitu Ayat Kursi & 3 Qul.. Bonus jika tahu Ayat Ruqyah yg lain mengikut jenis penyakit..

☔ Baca terus sehingga sekurangnya 15 minit - 30 minit sambil mandi air hujan..

☔ Jika terasa sakit di bahagian badan tertentu tepuk2 dan jika ada rasa mual mau muntah keluarkan jangan ditahan kerana ini tanda ada penyakit/jin yg mau keluar melalui cara ini (cara yg normal & tidak menyakitkan)..

☔ Sental2 badan seperti menggosok daki di badan.. Jika ada penyakit kulit cara ini pun bagus..

☔ Selesai mandi badan jangan dilap... kecuali rambut.. Biar kering sendiri.

☔ Lakukanlah terapi ini selama sekurangnya 3 hari... atau 7 hari berturut2.. Kalau hujan tak turun hari berikutnya nasib lahhh.. tunggu lah hujan turun lagi..

☔ Lain kali hujan turun jangan mengeluh.. Ada manfaatnya bagi orang lain.. Bagi orang yg berakal dengan pemberian Allah akan sentiasa memanfaatkan rezeki Allah..

Wallahu'alam bissawab..
Biidznillah..
Selamat Mandi Air Hujan..
🔥🔥🔥🔥☔

Selamat mencuba.

💐 ❤ sumber : whatsapp

Tuesday, June 19, 2018

Kejahatan Belum Tentu Penamatnya Neraka, Kebaikan Belum Tentu Penamatnya Syurga

Kita boleh berusaha menjadi orang baik, tapi Allah Penentu segalanya. Oleh itu, jika kita "rasa" sudah jadi orang baik, kena beringat kerana "HATI JANTUNG MANUSIA" berada dalam kuasa Allah. Ia boleh berputar pada bila-bila masa. Oleh itu, jangan dipandang orang "kurang baik" pada mata kita sebagai insan paling jijik atau hinaو kerana Allah boleh ubah atau putar situasi mereka sekelip mata. Cukuplah DUA hadith ini menjadi TEGURAN UNTUK SAYA DAN KITA SEMUA:

HADITH PERTAMA:

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ أَنَّ رَجُلًا مِنْ أَعْظَمِ الْمُسْلِمِينَ غَنَاءً عَنْ الْمُسْلِمِينَ فِي غَزْوَةٍ غَزَاهَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَنَظَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَنْ أَحَبَّ أَنْ يَنْظُرَ إِلَى الرَّجُلِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ فَلْيَنْظُرْ إِلَى هَذَا فَاتَّبَعَهُ رَجُلٌ مِنْ الْقَوْمِ وَهُوَ عَلَى تِلْكَ الْحَالِ مِنْ أَشَدِّ النَّاسِ عَلَى الْمُشْرِكِينَ حَتَّى جُرِحَ فَاسْتَعْجَلَ الْمَوْتَ فَجَعَلَ ذُبَابَةَ سَيْفِهِ بَيْنَ ثَدْيَيْهِ حَتَّى خَرَجَ مِنْ بَيْنِ كَتِفَيْهِ فَأَقْبَلَ الرَّجُلُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُسْرِعًا فَقَالَ أَشْهَدُ أَنَّكَ رَسُولُ اللَّهِ فَقَالَ وَمَا ذَاكَ قَالَ قُلْتَ لِفُلَانٍ مَنْ أَحَبَّ أَنْ يَنْظُرَ إِلَى رَجُلٍ مِنْ أَهْلِ النَّارِ فَلْيَنْظُرْ إِلَيْهِ وَكَانَ مِنْ أَعْظَمِنَا غَنَاءً عَنْ الْمُسْلِمِينَ فَعَرَفْتُ أَنَّهُ لَا يَمُوتُ عَلَى ذَلِكَ فَلَمَّا جُرِحَ اسْتَعْجَلَ الْمَوْتَ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ ذَلِكَ إِنَّ الْعَبْدَ لَيَعْمَلُ عَمَلَ أَهْلِ النَّارِ وَإِنَّهُ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَيَعْمَلُ عَمَلَ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَإِنَّهُ مِنْ أَهْلِ النَّارِ وَإِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالْخَوَاتِيمِ

Ertinya: Sahl bin Sa’ad menceritakan dalam sebuah perang bersama Nabi SAW, ada seorang lelaki yang sangat berguna kepada tentera Muslimin (kerana perkasa dan handal berjuang). Baginda SAW melihat kepada lelaki itu lalu bersabda “Sesiapa yang mahu lihat lelaki yang tergolong dalam ahli neraka, maka lihatlah kepadanya.” Sejurus itu, seorang lelaki mengikuti pahlawan itu yang sangat hebat menggempur pihak Musyrikin sehinggalah dia terluka. (Kerana tidak sabar) dia membunuh diri dengan menikam hujung  pedangnya menembusi dadanya sampai belakang. Selepas itu lelaki yang mengekori pahlawan itu datang bertemu Rasulullah SAW dan berkata, “Aku bersaksi bahawa Engkau memang seorang utusan Allah!” Baginda lalu bertanya: “Mengapa begitu?” Lelaki itu menjawab: “ Ini kerana tadi engkau berkata sesiapa yang mahu melihat ahli neraka, maka lihatlah dia. Aku dapati dia sangat berguna kepada tentera Muslimin (kerana perkasa dan handal berjuang). Aku tahu dia belum mati dalam perang itu, tapi setelah dia membunuh diri kerana mahu segera  mati (aku sedar kebenaran perkhabaranmu sebagai seorang utusan Allah).” Pada waktu itu baginda bersabda: “Seorang hamba boleh beramal dengan amalan ahli neraka sedangkan dia ditetapkan Allah menjadi ahli syurga (pada akhir hayatnya). Atau dia boleh beramal dengan amalan ahli syurga  sedangkan dia ditetapkan Allah menjadi ahli neraka (pada akhir hayatnya). Ini tidak lain kerana penilaian Allah, bergantung pada (usahanya di) saat akhir hidupnya” (Sahih al-Bukhari).

HADITH KEDUA:

قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ كَانَ رَجُلَانِ فِي بَنِي إِسْرَائِيلَ مُتَوَاخِيَيْنِ فَكَانَ أَحَدُهُمَا يُذْنِبُ وَالْآخَرُ مُجْتَهِدٌ فِي الْعِبَادَةِ فَكَانَ لَا يَزَالُ الْمُجْتَهِدُ يَرَى الْآخَرَ عَلَى الذَّنْبِ فَيَقُولُ أَقْصِرْ فَوَجَدَهُ يَوْمًا عَلَى ذَنْبٍ فَقَالَ لَهُ أَقْصِرْ فَقَالَ خَلِّنِي وَرَبِّي أَبُعِثْتَ عَلَيَّ رَقِيبًا فَقَالَ وَاللَّهِ لَا يَغْفِرُ اللَّهُ لَكَ أَوْ لَا يُدْخِلُكَ اللَّهُ الْجَنَّةَ فَقَبَضَ أَرْوَاحَهُمَا فَاجْتَمَعَا عِنْدَ رَبِّ الْعَالَمِينَ فَقَالَ لِهَذَا الْمُجْتَهِدِ أَكُنْتَ بِي عَالِمًا أَوْ كُنْتَ عَلَى مَا فِي يَدِي قَادِرًا وَقَالَ لِلْمُذْنِبِ اذْهَبْ فَادْخُلْ الْجَنَّةَ بِرَحْمَتِي وَقَالَ لِلْآخَرِ اذْهَبُوا بِهِ إِلَى النَّارِ

Abu Hurayrah RA berkata Rasulullah SAW pernah berkata: “Ada dua lelaki Bani Isra’il yang selalu bertemu. Seorang antara mereka selalu melakukan dosa manakala yangs eorang lagi kuat beribadat. Si kaki ibadat selalu menegur temannya yang selalu melakukan dosa. Pada suatu hari (sekali lagi) dia melihat temannya sedang melakukan dosa. Dia lantas menegur “Berhentilah  kamu daripada dosa ini.” Temannya menjawab: “Biarkan aku! Adakah kamu ini diutus sebagai penjaga amalanku?” Si kaki ibadat lalu menjawab: “DEMI ALLAH! ALLAH TAK AKAN AMPUNKAN DOSAMU ATAU ALLAH TAK AKAN MASUKKAN KAMU KE DALAM SYURGA!” Allah kemudiannya mencabut nyawa kedua orang ini dan mereka berdua dikumpulkan menghadap Allah. Allah berkata kepada si kaki ibadat: “ADAKAH KAMU TAHU TENTANG DIRI-KU? ATAU ADAKAH KAMU MEMILIKI KUASA YANG ADA PADA TANGAN-KU?” Allah lalu berfirman kepada si pendosa: “Pergi dan masuklah ke dalam syurga dengan rahmat-Ku!” Kemudian dikatakan pula kepada si kaki ibadat: “BAWA DIA KE NERAKA.” (Sunan Abu Dawud).

Apabila lihat teman kita kurang baik, ajaklah dia kepada kebaikan dengan berhemah tanpa menghukum. Jika dia degil, doakan hidayah untuknya. Mudah-mudahan keikhlasan kita menjadi sebab dia berubah.

Kredit: Abdullah Bukhari @ 18 Jun 2018  -

Wednesday, March 21, 2018

Nabi beramal dengan agama apa sebelum kerasulan?

Baru-baru tentang dakwaan seorang ustaz yang mengatakan sebelum Islam Nabi SAW tidak beragama. Namun akhbar yang menyiarkannya memohon maaf kerana tersilap faham.

Namun saya terus membuat carian di dalam sumber arab untuk mendapatkan pencerahan. Berikut adalah terjemahan satu sumber dari fatwa yang boleh memberi input berkaitan isu ini.

Imam Qurtubi di dalam tafsirnya dalam juzuk ke 16 Dan mukasurat 57 telah memberi komentarnya berhubung isu ini. Beliau menyatakan ulama berkhilaf pandangan kepada tiga kelompok;

1) Pandangan yang mengatakan mustahil secara akal bahawa Nabi SAW mengikut mana2 agama sebelum wahyu. Mereka megatakan nabi beramal secara tahsin dan taqbih,

2) Pandangan Abu Ma'ali; Iaitu bertawaqquf dalam hal ini kerana tiada dalil sorih yg boleh dipakai secara akal dan naqal dan

3) Pandangan yang mengatakan bahawa Baginda SAW mengikut agama nabi2 sebelum. Golongan ini berkhilaf pula dari segi menentukan syariat nabi mana. Dari segi ini lahir beberapa pandangan;
i) Syariat Nabi Isa a.s kerana baginda yang terakhir sebelum Nabi Muhammad SAW. Oleh itu syariat Nabi Isa a.s memansukhkan yang lain,
ii) Syariat Nabi Ibrahim a.s kerana baginda adalah penghulu para nabi dan Nabi Muhammad SAW adalah daripada nasab baginda a.s.
iii) Syariat Nabi Musa a.s kerana ia adalah syariat samawiyyah yang paling tua dan iv) Pendapat muktazilah yang mengatakan Nabi SAW beramal berdasarkan agama. Namun penjelasan muktazilah tidak menggambar agama seperti yang dimaklumi.

Imam Qurtubi mengatakan para Aimmah (ulama muktabar ahlussunnah) mengatakan kesemua pendapat di atas adalah batil (salah). Hal ini kerana pendapat itu saling bercanggah dan tiada dalil qat'ie walaupun secara akal kesemuanya boleh diterima.

Para Aimmah memutuskan bahawa Baginda Nabi SAW tidak boleh dinisbahkan kepada mana2 nabi yang akan menggolongkan baginda sebagai salah seorang umat mereka atau mewakili mereka kerana mengamalkan syariat mereka. Bahkan Baginda SAW membawa syariat sendiri yang ditentukan oleh Allah Azza wa Jalla.

Kita beriktikad berdasarkan dalil yang ada bahawa Baginda SAW adalah seorang mukmin kepada Allah, tidak pernah menyembah berhala, tidak pernah mensyirikkan Allah, tidak pernah minum arak, tidak pernah berzina, tidak pernah menghadiri 'Ijtimak AsSamir, Halaf al-Matar dan Halaf al-Mutibiin' (perhimpunan memenangkan qabilah walaupun melakukan kezaliman). Allah membersihkan dan melindungi Nabi SAW daripada kesemua perkara tersebut.

Pendapat Imam-Imam yang dimaksudkan oleh Imam Qurtubi ini tidak bercanggah dengan ayat-ayat berikut:

- ( قُلْ بِلْ مِلَّةَ إبْراهِيمَ حَنيفًا) ( سورة البقرة : 135 )
- ( أَنِ اتَّبِعْ مِلَّةَ إبْراهِيمَ حَنيفًا ) (سورة النحل : 123)
- ( شَرَعَ لَكُمْ مِنَ الدِّينِ مَا وَصَّى به نُوحًا والذِي أَوْحَيْنا إليكَ ومَا وَصَّيْنَا بِهِ إبْراهِيمَ ومُوسَى وعِيسَى أَنْ أَقيمُوا الدِّينَ ولاَ تتفرَّقُوا فِيهِ ) (سورة الشورى : 13)

Semuanya menunjukkan bahawa Nabi SAW beribadat selari dengan syariat. Bahawa perkara itu tidak bercanggah dengan syariat seperti mentauhidkan Allah dan melakukan perkara-perkara agama. Adapun penjelasan tentang kaifiyatnya tidak diketahui sehingga datang Islam.