Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Tuesday, April 23, 2019

Khasiat Air Kelapa Panas

Air kelapa panas
Profesor Chen Huiren dari Rumah Sakit Umum Angkatan Darat Beijing menekankan  :
Air kelapa panas boleh menyelamatkan Anda .
Kelapa panas ~ dapat membunuh sel kanser!

Potong 2 hingga 3 serpihan kelapa tipis dalam secawan, tambahkan air panas, itu akan menjadi "air alkali", minum setiap hari, itu baik untuk siapa saja.

Air kelapa panas melepaskan zat anti kanser, yang merupakan kemajuan terbaru dalam pengobatan kanser yang efektif di bidang perubatan .

Sari buah kelapa panas memiliki efek untuk membunuh kista dan tumor. Terbukti untuk memperbaiki semua jenis kanser.

Air kelapa panas dapat membunuh semua kuman dan racun dari dalam tubuh akibat dari alergi

Jenis pengobatan dengan ekstrak kelapa hanya menghancurkan sel-sel ganas, itu tidak mempengaruhi sel-sel sehat.

Selain itu, asam amino dan polifenol kelapa dalam jus kelapa dapat mengatur tekanan darah tinggi, efektif mencegah penyumbatan pembuluh darah dalam, menyesuaikan peredaran darah dan mengurangi pembekuan darah.

Sumner: whatsapp

Sunday, April 14, 2019

Terung Pipit dan Khasiatnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terung pipi atau nama botaninya solanum tarvum merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain. Ðikenali juga dengan nama terung rembang (rimbang dalam bahasa Minang), terung manggul, tibbatu (Inggeris), tumbuhan ini biasanya dimakan mentah atau dcelur untuk dijadikan ulam. Buah mudanya juga boleh dibuat masak tumis dengan ikan bilis.

Terung pipit adalah spesies tumbuhan terung dan tergolong dalam keluarga solanaceae, tetapi mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding buah lain. Ia tumbuh dalam gugusan kecil. Pokoknya boleh mencapai ketinggian sehingga 1.5 meter.

Batangnya berkayu liat, mempunyai banyak dahan dan berduri. Ðaunnya berpasangan dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak di hujung dan berwarna putih. Buahnya berbentuk bulat dan ketika muda berwarna hijau manakala apabila sudah masak berwarna kuning. Ði dalam buahnya terdapat banyak biji yang kecil.

Buah terung pipit mempunyai rasa masam dan pahit. Kulit buahnya yang keras menjadi lembut apabila dimasak. Apabila dimakan, buahnya mengeluarkan rasa sedikit pahit tetapi apabila bercampur dengan bahan-bahan lain, rasa buah ini amat unik.

Banyak khasiat yang diperolehi daripada buah terung pipit. Ðikatakan buahnya mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1 dan C.

Pokok terung pipit mempunyai potensi bagi membersihkan kawasan tercemar kerana ia mampu menyerap logam berat dari tanah. Bagaimanapun, pokok yang ditanam bagi tujuan ini tidak sesuai digunakan sebagai sumber makanan bagi mengelak keracunan kepada manusia yang memakannya.

Sesetengah jenis pokok terung pipit (dari Mexico) mengandungi alkaloid glycosilated yang boleh digunakan bagi menghasilkan hormon steroid yang dikenali sebagai solasodin, menjadikan spesies ini penting dari segi ekonomi. Minyak daripada biji buah mengandungi gliserid daripada asid lauric, palmitic, stearic, arachidic, oleic dan linoleic serta phytosterols, sitosterol dan carpesterol. Buahnya dikatakan memiliki sifat-sifat tonik dan laksatif (penjulap).

terung pipit di pokok


Tumbuhan ini juga dikatakan memiliki sifat-sifat afrodosoak (menaikkan syahwat) dan astringen (menyebabkan sel-sel mengecut dengan memendakkan protein daripada permukaan). Akarnya pula memiliki sifat-sifat diuretik (menambah jumlah air kencing), ekspektoran (penggalak rembesan kahak oleh salur-salur udara supaya ia lebih mudah dibatukkan keluar), diaforetik (penyebab peluh bertambah) dan perangsang.

Rawat sakit haid

Selain dimakan, terung pipit juga dikatakan boleh digunakan untuk tujuan perubatan. Bahagian pokok yang digunakan adalah daun, batang, buah, biji dan akarnya. Ðalam perubatan tradisional, dikatakan terung pipit mampu digunakan untuk merawat asma, merawat demam, batuk-batuk kering, kolik dan kembung dan kecacingan. Wap air daripada biji yang telah dibakar dikatakan mampu digunakan untuk merawat sakit gigi.

Buah terung pipit yang telah direbus boleh dijadikan sebagai air minum bagi mencuci darah, melegakan kesakitan akibat sakit perut, penawar racun ular dan serangga. Buah ini juga boleh dimakan untuk tujuan merendahkan tekanan darah tinggi dan juga merawat sakit akibat haid dan diabetes.

Rebusan daun pokok terung pipit dikatakan mampu digunakan untuk merawat disuria atau pengeluaran urin atau air kencing yang sukar dan sakit. Ðaun pokok terung pipit yan gtelah dihancurkan dikatakan boleh ditampal pada bahagian tubuh yang mempunyai selulit. Manakala buah dan daunnya boleh dicampurkan dengan gula, kemudiannya disapu pada kulit yang mengalami kegatalan.

Akar yang telah ditumbuk dan dihancurkan dikatakan mampu dijadikan ubat tampal pada luka ulser. Akar yang telah direbus dikatakan boleh diminum untuk digunakan sebagai ubat memudahkan proses bersalin, sakit gigi, demam, kecacingan dan kolik.

Bagi yang mempunyai masalah pada bahagian kulit kaki yang merekah ataupun bengkak, dikatakan akar pokok terung pipit yang telah ditumbuk hancur dan lumat boleh ditampal pada bahagian yang bermasalah. Cara ini dikatakan mampu melegakan kesakitan dan memperbaiki peredaran darah pada bahagian tempat yang bengkak.

Kegunaan lain bagi terung pipit ialah mengubati sakit kepala, mengubati sengal-sengal badan, taun dan cirit-birit, mengurangkan demam panas, merawat buasir (caranya: daunnya dijadikan pes dan lotion), dan menurunkan tekanan darah tinggi.

Buah terung pipit sedap dimasak kari dan dijadikan ulam, dicicah sambal belacan atau dimasak dalam sambal tumis ikan bilis. Ðaunnya dikatakan boleh dijadikan bahan perisa masakan.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat terung pipit, namun begitu penggunaannya perlulah berhati-hati dan mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

Sumber : MW#1438 dan Ms.wikipedia ~ Pokok terung pipit


Monday, March 25, 2019

9 Tip Untuk Pemain Catur

GM Kayden Troff 18 tahun memberi 9 tip untuk para pemain catur:

1. Kerja kuat. Banyak dan jadualkan waktu belajar Dan latihan untuk catur.

2. Berseronok dengan catur. Setiap hari mesti main catur. Senyum, ketawa dan bergembiralah dengan catur.

3. Kenalpasti gaya permainan anda. Fokus pada gaya tersebut.

4. Jangan berputus asa. Seringkali seri dan kalah boleh menyebabkan pemain berputus asa. Jangan begitu jika anda bersabar, positif dan terus berusaha anda Akan merasai kemanisannya pada suatu have nanti.

5. Sentiasa bermain. Main catur dengan kawan, famili atau smartphone anda. Berusaha untuk bermain setiap hari. Ramai orang Yang minat bermain catur berkawanlah dengan mereka.

6.Kawal kawasan tengah. Empat kotak tengah di papan catur perlu dikuasai. Itulah gerbang ke seluruh papan, yang membolehkan anda memindahkan buah catur anda di mana sahaja anda mahu. Hanya berhati-hati untuk meninggalkan raja anda di tengah-tengah papan terlalu lama; ia mendedahkan buah catur anda kepada serangan.

7. Kembangkan pergerakan bidak anda. Sesetengah orang terperangkap sehingga terpaksa menggerakkan bidak atau memberi tumpuan kepada satu bahagian tertentu. Gunakan seluruh papan dan setiap buah catur anda. Setiap buah ada gunanya. Pindahkan mereka dari kedudukan pertama mereka dan libatkan mereka dalam pertarungan!

8. Perhatikan Queen. Queen anda adalah buah yang paling kuat. Kadang-kadang pemain terlalu bersemangat untuk bergerak keluar dan mula menyerang. Sepatutnya, biarkan lawan anda mengembangkan buah-buah caturnya terlebih dahulu sebelum anda menggerakkan Queen anda.

9. Kira pergerakan dengan tepat. Mengira adalah istilah untuk melihat empat, lima atau lebih langkah ke hadapan di atas papan. Ia adalah kemahiran yang perlu ditambahbaik dari masa ke masa. Perkara inilah yang  membezakan antara seorang pemain yang baik dengan pemain lain.

Sumber: https://boyslife.org/hobbies-projects/funstuff/152114/improve-your-chess-skills-with-these-9-expert-tips/