Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Wednesday, February 9, 2022

Model Integrasi Teknologi Digital PdP (SAMR, TPACK)

Model Integrasi Teknologi Digital PdP  (SAMR, TPACK)

Model SAMR

Teknologi sebagai bahan bantu dalam proses pembelajaran mengalami perubahan yang sangat cepat pada era digital ini. Proses penggunaan teknologi dalam pembelajaran perlu difahami dalam kedudukan yang tepat. Penggunaan teknologi haruslah mendukung sasaran yang diharapkan. Tanpa adanya pemahaman yang baik, teknologi akan menjadi bahan bantu yang kurang bermakna dalam proses pembelajaran.

Ada beberapa model dalam integrasi teknologi ke dalam proses pembelajaran. Model SAMR adalah model yang sangat sederhana tapi mampu menggambarkan proses integrasi teknologi  ke proses pembelajaran secara komprehensif. Model ini diperkenalkan oleh Dr. Ruben Puentedura, seorang konsultan di dalam bidang pendidikan. Model ini menggunakan hierarki untuk menggambarkan level kognitif yang boleh diperolehi dengan menggunakan teknologi sebagai bahan bantu pembelajaran.

Model SAMR ini tentu mengingatkan pada model yang lebih dulu ada dalam ruang pendidikan kognitif. Model ini paralel dengan model dari taksonomi Bloom, model yang sangat sering dipakai dalam pembelajaran kognitif.

 

Kepentingan Model SAMR

Model ini membolehkan kita mengetahui sejauh mana penggunaan tools ini membantu pengajaran atau pembelajaran. Kita akan mudah memahami adakah perlu sesuatu tool itu digunakan untuk tujuan atau keperluan tertentu. Contohnya, jika kita menggunakan digital ink, adalah ia membantu murid menjadi lebih kreatif? Mungkin tidak kerana ia bersifat menggantikan tulisan tangan atau kapur sahaja. Digital ink digunakan untuk menukar tulisan kepada bentuk digital kerana berpadanan dengan peranti komputer. Maka ia tiada fungsi bermakna kepada pembelajaran murid tetapi membantu dalam melancarkan proses pembelajaran. Oleh itu, ia berada pada tahap Substitution. Antara lain, pada tahap Redefinition sebenarnya, murid mencipta atau mempersembahkan sebuah drama dalam bentuk digital bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah sains. Oleh itu, beberapa tools teknologi digunakan untuk mengumpul maklumat, mempersembah serta mengurus persembahan tersebut. Malah siarannya kepada umum juga membantu.

Model SAMR terdiri dari empat (4 ) peringkat, iaitu:

 

Substitution

Sebarang alat teknologi yang menukar rupa tradisional adalah bersifat Substitution. Hal ini bermakna tools ini menggantikan apa yang sudah biasa dalam bilik darjah kepada bentuk digital. Contohnya daripada pen marker kepada digital ink, daripada almari kelas kepada Google Drive. Daripada papan kenyataan kelas kepada Stickey Notes Online. Penggunaan alat dalam kategori ini tidak menyumbangkan kepada kemahiran berfikir murid secara signifikan. Ia menukarkan bentuk tradisional kepada digital atas dasar adaptasi. Dalam level ini, teknologi digunakan sebagai pengganti peralatan yang diguna dengan tidak ada perubahan fungsi.


Augmentation

Pada level ini, alat yang menambah fungsi kepada pembelajaran. Contohnya, kebolehan murid menuliskan komen, murid boleh masukkan gambar, murid boleh menekan sebarang pautan dan mendapatkan maklumat tambahan, menonton video dan pelbagai lagi fungsi media khasnya. Antaranya ialah melayari Youtube dan menurunkan komen, membuat digital portfolio melalui Google Sites dan bermacam-macam lagi. Ia memberi lebih banyak pilihan kepada aktiviti pembelajaran daripada satu fungsi asal. Dalam level ini, teknologi digunakan sebagai pengganti peralatan yang dipakai dengan adanya penambahan atau perbaikan fungsi.

 

Modification

Apabila melibatkan penggunaan sesuatu sistem atau alatan-alatan untuk pelbagai tujuan serta membantu menambah fungsi terhad dalam PdPc tradisional boleh dikira sebagai tahap ini. Dengan itu, di sini sudah bermula inovasi penambahbaikan kepada sesuatu yang sedia ada. Kita boleh lihat bagaimana penggunaan Google Classroom sangat membantu mempelbagaikan fungsi. Antaranya membuat pentaksiran Bilik Darjah, Pembelajaran Terbeza, aktiviti berkumpuan dengan Thinking Hats dan bermacam-macam lagi. Ruangan komen dalam tanpa nama dalam Mentimeter menghilangkan rasa takut murid meninggalkan pendapat semasa PdPc berlaku. Dalam level ini, teknologi memungkinkan untuk mengubah cara kerja kita menjadi lebih baik.

 

Redefinition

Peringkat ini bermaksud beberapa tools digunakan untuk melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukan langsung oleh kaedah tradiosional. Antaranya ialah penggunaan Zoom dan Skype untuk pembelajaran merentas negara. Selain itu, jelajah dengan Google Expeditions juga memungkinkan murid melawati dan membuat refleksi ke tempat-tempat yang jauh untuk mereka pergi. Contohnya ke Rome, Itali. Dalam level ini, teknologi memungkinkan untuk menciptakan cara kerja yang baharu bahkan tidak pernah kita bayangkan sebelumnya.

Dalam erti kata lain, berikut ialah kata kunci kepada tahap penggunaan teknologi ini:

Substitution : Ganti dan tukar kepada bentuk digital.

Augmentation : Menambah fungsi media, gabung jalin keperluan-keperluan lain.

Modification : Menggunakan fungsi sedia ada kepada keperluan pedagogi khusus.

Redefinition : Membentuk satu fungsi baru dan batas kemampuan kaedah konvensional.

 

Contoh penggunaan model SAMR antaranya, boleh dilihat dalam penggunaan komputer sebagai teknologi yang kita pakai dalam kehidupan sehari-hari.

Peringkat substitusi, komputer dengan software word processing contohnya MS Word berfungsi untuk menggantikan proses menulis yang biasa kita lakukan dengan pen dan kertas.

Peringkat augmentation, kita menggunakan software yang sama dengan memanfaatkan fungsi yang tersedia, misalnya fungsi untuk memeriksa ejaan, bahkan tatabahasa.

Peringkat modification: Dengan menggunakan komputer yang sama, kita boleh melakukan sambungan ke internet. Dengan menggunakan aplikasi google docs, kita boleh melakukan proses kerja secara bersama-sama dengan rakan yang berjauhan. Dengan google docs, rakan kita bahkan boleh menyunting serta membaiki apa yang telah kita lakukan secara di dalam talian.

Peringkat Redifinition: Dengan tetap menggunakan internet dan software yang lebih bagus, kita boleh membuat proses menulis menjadi lebih kaya dengan menggunakan aplikasi multi media. Aplikasi ini boleh dipakai untuk tujuan tertentu, misalnya digital story telling.

 

Secara ringkasnya, tahap-tahap ini membantu anda membahagikan alat teknologi yang digunakan dalam proses PdPc. Anda pastinya memerlukan beberapa alat teknologi untuk menjadikannya yang terbaik. Setiap tahap ada 1 kerana setiap satu memberi fungsi berbeza dan saling menyokong.


Konsep Technology Pedagogy Content Knowledge (TPACK) atauPengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK)

Technological Pedagocal Content Knowledge atau singkatannya TPACK (asal TPCK) merupakan pengetahuan yang diperlukan untuk mengintegrasikan teknologi dalam pembelajaran. Kerangka pengetahuan ini berasal daripada konstruk Shulman (1986) tentang Pedagogical Content Knowledge (PCK). TPACK adalah satu kerangka kerja untuk memahami dan menerangkan jenis ilmu yang diperlukan oleh seorang guru untuk pengintegrasian teknologi yang berkesan (Mishra & Koehler, 2006). Kerangka pengetahuan ini terdiri daripada pengetahuan guru tentang teknologi, pedagogi dan kandungan.

Menurut Mishra dan Koehler (2006), komponen dalam TPACK dibahagikan kepada tujuh komponen (Rajah 1) iaitu:

i. Pengetahuan Teknologi (Technology Knowledge),

ii. Pengetahuan Kandungan (Content Knowledge),

iii. Pengetahuan Pedagogi (Pedagogical Knowledge),

iv. Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge),

v. Pengetahuan Teknologi Kandungan (Technological Content Knowledge),

vi. Pengetahuan Teknologi Pedagogi (Technological Pedagogical Knowledge) dan

vii. Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (Technological Pedagogical Content Knowledge).

 


Rajah 1: Koehler, M. J. (2011). TPACK – Technological Pedagogical Content

Knowledge.

Anda boleh melayari laman web berikut untuk melihat klip video Model TPACK.

https://www.youtube.com/watch?v=yMQiHJsePOM

 

Pengetahuan Teknologi (Technology Knowledge)

TK ialah pengetahuan berkaitan dengan teknologi yang merupakan antara keperluan asas yang perlu dipenuhi oleh setiap pengamal pendidikan apatah lagi seorang guru. Pengetahuan tentang cara-cara tertentu untuk berfikir tentang, dan bekerja dengan teknologi, alat dan sumber. Pengetahuan terhadap jenis-jenis alatan, perkakasan atau perisian termasuklah kebolehan mengendalikannya dengan baik sehingga membantu atau memudah cara pengajaran (Koehler, 2011). Hal ini merangkumi apa sahajapengetahuan seorang pengajar terhadap teknologi yang biasa digunakan dalam pengajaran sama ada teknologi berbentuk analog (mikroskop, papan putih, video dan lain-lain) mahupun digital (telefon pintar, internet, persidangan video dan lain-lain).

 

Pengetahuan Kandungan (Content Knowledge)

CK ialah pengetahuan tentang sukatan pelajaran yang akan dibelajarkan atau diajarkan (Mishra & Koehler, 2006, p. 1026). Seorang guru harus mengetahui tentang isi kandungan pelajaran yang akan mereka ajarkan yang merupakan satu daripada komponen pengetahuan guru yang penting. Kefahaman guru tentang isi kandungan subjek juga memberi kesan kepada peluang pelajar untuk belajar di mana guru bukan hanya menyampaikan fakta dan maklumat sahaja tetapi membantu pelajar mempelajari dan memahami sesuatu perkara tentang isi kandungan subjek tersebut. Menurut Shulman (1986), apa yang seseorang guru perlu tahu tentang isi kandungan subjek adalah lebih daripada tajuk-tajuk yang terkandung dalam kurikulum sekolah. Guru bukan sahaja mampu menyampaikan maklumat tentang isi kandungan subjek malahan boleh menjelaskan mengapa isi kandungan subjek tersebut perlu dikuasai serta kaitannya dengan isi kandungan subjek lain. Penguasaan kandungan seharusnya dimiliki oleh seorang guru yang terlatih dalam bidang masing-masing untuk memastikan guru tersebut dapat menyampaikan pengetahuan yang dimiliki supaya dapat difahami oleh pelajar.

 

Pengetahuan Pedagogi (Pedagogical Knowledge)

Pedagogi secara literalnya bermaksud seni atau ilmu pengetahuan tentang mendidik anak-anak dan sering digunakan sebagai satu sinonim untuk suatu pengajaran. Pengetahuan pedagogi (PK) bermaksud pengetahuan guru yang mendalam tentang proses, amalan atau kaedah pengajaran dan pembelajaran. Ini merangkumi antara lain tujuan pendidikan, nilai dan matlamat termasuklah untuk memahami bagaimana pelajar belajar, kemahiran pengurusan bilik darjah, persediaan mengajar, dan penilaian pelajar (Koehler & Mishra, 2009). Pada tahun 1986, Shulman telah memperkenalkan Pengetahuan Pedagogi sebagai pengetahuan yang kompleks merangkumi pengetahuan kandungan dan kemahiran pedagogi iaitu pendekatan menyampaikan pengetahuan kandungan secara berkesan.

 

Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge)

PCK merupakan keupayaan guru menterjemahkan maklumat atau pengetahuan ke dalam bentuk yang mudah difahami oleh pelajar-pelajarnya berasaskan kepada pengetahuan pedagogi dan juga pengetahuan kandungan. Pengetahuan Pedagogi Kandungan digambarkan sebagai pengetahuan yang khusus bagi guru di mana ia dapat mengenal pasti keperluan pengetahuan subjek bagi guru berbeza daripada yang difahami oleh pakar isi kandungan subjek. PCK merupakan satu jenis pengetahuan yang unik bagi seseorang guru dan ia berdasarkan kepada guru mengaitkan pengetahuan pedagogi (pengetahuan tentang cara mengajar) yang dimiliki kepada pengetahuan isi kandungan (apa yang perlu diajar).

 

Pengetahuan Teknologi Kandungan (Technological Content Knowledge)

Pengetahuan Teknologi Kandungan (TCK) merujuk kepada pengetahuan yang membolehkan para guru memilih jenis-jenis perkakasan teknologi pendidikan yang sesuai untuk digunakan bagi memahami subjek yang diajar. TCK merupakan pengetahuan tentang bagaimana teknologi boleh menciptakan perwakilan yang baru untuk kandungan yang spesifik. Dengan menggunakan teknologi yang tertentu, guru boleh mengubah cara guru mengajar dan memahami konsep di dalam kandungan tertentu. Guru-guru perlu menguasai lebih daripada perkara mereka mengajar; mereka juga perlu mempunyai pemahaman yang mendalam tentang cara bagaimana perkara boleh diubah oleh penggunaan teknologi tertentu. Pemahaman tentang proses pengajaran dan pembelajaran boleh berubah apabila teknologi tertentu yang digunakan dalam cara yang tertentu.

 

Pengetahuan Teknologi Pedagogi (Technological Pedagogical Knowledge)

TPK merupakan pengetahuan tentang bagaimana PdP boleh berubah apabila teknologi tertentu digunakan dengan kaedah tertentu (Koehler & Mishra, 2009). Hal ini meliputi pengetahuan pedagogi dan kekangan pelbagai alat teknologi yang berkaitan dengan disiplin reka bentuk pedagogi dan strategi pengajaran. Koehler dan Mishra (2008) menyatakan bahawa seorang pengajar mestilah mengetahui bagaimana PdP perlu dilaksanakan mengikut kesesuaian teknologi masa kini yang menyokong proses dan amalan pengajaran semasa. Pengetahuan tentang perkakasan teknologi pendidikan boleh digunakan dalam memperkayakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru.

 

Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (TPACK)

TPACK merujuk kepada pengetahuan yang diperlukan oleh guru untuk mengintegrasi teknologi dalam pengajaran mereka dalam mana-mana kandungan pelajaran. TPACK adalah pengintegrasian pengetahuan teknologi dalam pengajaran yang dilakukan mengikut disiplin ilmu dan perlu difahami secara mendalam dari aspek pengetahuan kandungan, pengetahuan pedagogi, pengetahaun teknologi, pengetahuan pedagogi kandungan, pengetahuan teknologi kandungan dan pengetahuan teknologi pedagogi (Koehler, 2011).


Sumber:

-Ipag Bussiness School. (2021). What Is Digital Learning. Retrieved from www.ipag.edu/en/blog/definition-digital-learning  

- Modul Teknologi Pendidikan IPG

- Youki Terada. (2020). A Powerful Model for Understanding Good Tech Integration. Retrieved from

 https://www.edutopia.org/article/powerful-model-understanding-good-tech-integration

Teknologi dan Sumber Digital

Teknologi dan Sumber Digital

Perkembangan teknologi dan sumber digital telah membuka sepenuhnya kemungkinan transformasi bentuk pembelajaran kepada bentuk baharu. Justeru, hubungan pendidikan dan latihan telah berubah dengan ketara. Teknologi baharu kini membolehkan semua belajar di mana-mana dan pada kadar yang paling sesuai. Institusi latihan pendidikan perlu mennyiapkan semula diri mereka sendiri untuk memenuhi jangkaan baharu pelajar dengan menyepadukan sepenuhnya pembelajaran digital ke dalam kaedah pengajaran.

Konsep Teknologi Dan Teknologi Pendidikan

Teknologi memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Ia dilihat sebagai asas pertumbuhan ekonomi. Ekonomi yang miskin dalam teknologi tidak boleh berkembang dalam senario hari ini. Ini kerana teknologi membuat kerja kita lebih mudah dan kurang memakan masa. Kesan teknologi dapat dirasakan dalam setiap bidang termasuklah bidang pendidikan (Raja & Nagasubramani, 2018).

 

Pengguna teknologi ialah mereka yang sedang melaksanakan tugas dengan komputer atau sedang mengakses internet untuk apa sahaja tujuan sama ada membina hubungan sosial melalui laman sesawang, mencari bahan atau maklumat atau sedang mereka bentuk persembahan multimedia. Jika sekiranya seorang pendidik atau pelajarpula yang menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, maka teknologi yang digunakan sering kali dirujuk sebagai teknologi dalam pendidikan.

Menurut Association for Educational Communication and Technology (AECT), teknologi pendidikan adalah suatu proses yang kompleks dan terpadu dengan melibatkan peralatan, idea, prosedur, orang dan organisasi untuk menganalisis permasalahan, menemukan penyelesaian masalah, membuat penilaian serta mengelola pemecahan masalah yang berkaitan dengan semua aspek belajar manusia.

Menurut Heinich, Molenda dan Rusell (1969), teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Ini bermakna, dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea sama ada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan “pemangkin” ke arah mencapai kejayaan.

 

Konsep Teknologi

Istilah teknologi seringkali dikaitkan dengan alat teknologi moden terutamanya alat elektronik seperti komputer, televisyen, radio, perakam pita video, pemain cakera padat, perakam kaset audio, projektor paparan hablur cecair (LCD), kamera digital dan telefon bimbit. Secara umumnya teknologi bermaksud produk atau alat media serta proses yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam sistem pendidikan atau latihan.

Justeru itu, terdapat banyak pandangan tentang maksud teknologi antaranya ialah:

Teknologi ialah keupayaan menggunakan pengetahuan saintifik yang tersusunsecara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan praktikal dalammelaksanakan tugasan sehingga mencapai kejayaan (Gailbrath, 1967).

● Teknologi ialah suatu seni atau sains bagaimana alat itu digunakan untuk tujuan- tujuannya (Evan & Nation, 2000).

● Teknologi mengikut Finn (1960) membawa maksud suatu proses ke arah penyelesaian masalah dengan menggunakan teknik, kaedah, reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji serta penggunaan pengetahuan sains dan lain-laincabang ilmu untuk menghasilkan tugasan pembelajaran yang praktikal.

 

Konsep Teknologi Pendidikan

Teknologi pengajaran ialah satu proses yang kompleks dalam menganalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional (Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, 1988). Tujuannya ialah untuk meningkatkan keberkesanan proses PdP dengan mereka bentuk dan mengaplikasinya dengan sepadukan elemen idea, tenaga, sumber atau bahan, serta kaedah dan tatacara. Manakala, Bahagian Teknologi Pendidikan di

Kementerian Pelajaran Malaysia (1991) mentakrifkan teknologi pendidikan sebagai aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Crowell (1971), dalam Encyclopedia of Education menjelaskan bahawa, teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan. Kesimpulannya ialah teknologi pendidikan adalah satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

 

Pembelajaran digital: Definisi

Pembelajaran digital ialah kaedah pembelajaran berdasarkan penggunaan alat digital baharu untuk membolehkan pelajar belajar dengan cara yang berbeza, sama ada secara bersemuka, pembelajaran jarak jauh (tak segerak atau segerak) atau pembelajaran bercampur. Oleh itu, ia bukan semata-mata persoalan mendigitalkan kandungan pendidikan tetapi satu set kaedah pendidikan (Ipag Bussiness School: 2021)


Sumber:

-Ipag Bussiness School. (2021). What Is Digital Learning. Retrieved from www.ipag.edu/en/blog/definition-digital-learning  

- Modul Teknologi Pendidikan IPG

- Youki Terada. (2020). A Powerful Model for Understanding Good Tech Integration. Retrieved from

 https://www.edutopia.org/article/powerful-model-understanding-good-tech-integration


Wednesday, November 10, 2021

Fungsi 'Shift Lock' kereta auto

FUNGSI BUTANG SHICT LOCK PADA KERETA AUTO



.
Baru tahu... Butang 'shift lock' pada gear kereta auto fungsinya membolehkan kereta auto ditolak waktu bateri lemah/kong utk recharge semula 👇👇👇 Bagi mereka yang memandu kereta automatik pasti perasan ada satu button 'shift lock' pada gear kereta. Tapi percayalah walaupun korang memandu kereta auto, belum tentu korang tahu apa fungsi button tu. 
.
Button shift lock ya dicipta sebagai salah satu ciri keselamatan kepada pemandu. 
Shift lock berfungsi untuk meriliskan transmisi korang daripada P. Maksudnya, jika dalam situasi tertentu yang korang kena letakkan gear pada N, contohnya macam kereta kena tunda dan sebagainya kat sini lah button shift lock ni digunakan. 
.
Aku bagi tips mudah utk kitak org.
1. Matikan enjin kereta ketika gear P
2. Cabut kunci kereta
3. Tekan button shift lock dan jangan lepaskan. Pada masa yang sama tarik tombol gear ke dan ubah ke N
4. Ubah ke gear N dan lepaskan butang shift lock yaa. 
5. Lepaskan break tangan dan biarkan free. 
.
Baru boleh tolak kereta kalau bateri kong dan sebagainya.
Kredit Wan Tan Automotive