Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Wednesday, July 26, 2017

Kalkulator Pelaburan Bulanan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera:

Hari ini saya nak share kalkulator pelaburan atau simpanan bulanan. Sesuai bagi sesiapa yang nak rancang pelaburan untuk satu hingga sepuluh tahun. Tidak kira la koperasi, Tabung Haji, ASB, Bank Persatuan, KWSP atau mana-mana institusi kewangan yang anda sertai.



Mohon sebarkan link jika bermanfaat. Jika nak guna lagi kalkulator ini sila bookmark blog ni sila buat: 



Thursday, July 13, 2017

Telur tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk

Ramai antara kita akan menyimpan makanan di dalam peti sejuk agar makanan kekal tahan lebih lama termasuk juga telur.

Menurut kajian terbaru, ada kesan risiko yang berbahaya jika telur disimpan di dalam peti sejuk. Dalam kajian yang dilakukan oleh Joournal Food Of Protection, menyimpan telur di dalam peti sejuk dapat mengurangkan jumlah nutrisi di dalamnya.

Telur yang di simpan di tempat yang mempunyai suhu rendah boleh menghilangkan kandungan protein, enzim dan mineral di dalamnya. Jika semua nutrisi hilang, tidak akan memberi apa-apa kebaikan kepada tubuh badan malah akan mendatangkan penyakit.

Hasil kajian ini juga turut mendapati bahawa telur yang disimpan di dalam peti sejuk lebih terdedah kepada jangkitan bakteria yang dikenali sebagai salmonella.

Salmonella adalah jenis bakteria yang boleh menyebabkan beberapa masalah penyakit berjangkit seperti masalah pencernaan. Seeloknya, telur itu hendaklah disimpan di tempat yang memiliki suhu normal, tidak terlalu sejuk ataupun panas.

Sumber: https://aliffchannel.com/trend/hmm/sebab-telur-tidak-boleh-diletak-dalam-peti-sejuk/

Thursday, March 9, 2017

Enjin Kereta Overheat

Engine Overheat....apa puncanya?

Jom kita lihat satu-satu persatu mengikut kes.

1. Anda bawa kereta waktu tengahari...dan anda tersangkut dengan kesesakan lalulintas, tiba-tiba temperature engine naik?
Tetapi semasa bergerak....indicator suhu turun semula kepada normal.
Punca: Radiator Fan tak berfungsi mungkin kerana motor rosak ataupun fuse rosak.

2. Anda baru memandu waktu pagi ke tempat kerja...tak sampai 10 minit memandu....tiba-tiba temperature enjin naik?
Anda periksa, tiada hose yang bocor, radiator tak pecah.
Punca: Thermostat rosak atau Water Pump

3. Anda memandu, tiba-tiba enjin anda dah macam sauna, berasap.
Punca: Ada kebocoran hose ataupun upper radiator tank crack.

4. Anda memandu tempoh yang lama...awalnya tiada masalah tiba-tiba enjin panas. Anda periksa under hood, tiada sauna...tiada hose yang bocor, radiator tak pecah.....radiator fan ok.
Tapi air kering !!!!
Punca: Air dah berzaman tak top up atau gasket ada kebocoran kecil (bila buka radiator cap....nampak buih buih kecil naik, itu tanda ada kebocoran gasket)

5. Anda memandu dalam tempoh lama.....tiba-tiba temperature enjin naik.
Anda berhenti....anda tengok tiada wap air.....tiada tanda-tanda hos bocor...selepas enjin sejuk, anda buka radiator cap...air penuh.
Radiator Fan pun berfungsi baik...dah tu apa?
Punca: Sensor Problem

6. Anda memandu.....enjin tak panas, tapi lepas isi minyak, anda yang jadi panas...!!!!
Punca: Minyak naik harga

Sumber: cnp whatsapp