Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Wednesday, March 21, 2018

Nabi beramal dengan agama apa sebelum kerasulan?

Baru-baru tentang dakwaan seorang ustaz yang mengatakan sebelum Islam Nabi SAW tidak beragama. Namun akhbar yang menyiarkannya memohon maaf kerana tersilap faham.

Namun saya terus membuat carian di dalam sumber arab untuk mendapatkan pencerahan. Berikut adalah terjemahan satu sumber dari fatwa yang boleh memberi input berkaitan isu ini.

Imam Qurtubi di dalam tafsirnya dalam juzuk ke 16 Dan mukasurat 57 telah memberi komentarnya berhubung isu ini. Beliau menyatakan ulama berkhilaf pandangan kepada tiga kelompok;

1) Pandangan yang mengatakan mustahil secara akal bahawa Nabi SAW mengikut mana2 agama sebelum wahyu. Mereka megatakan nabi beramal secara tahsin dan taqbih,

2) Pandangan Abu Ma'ali; Iaitu bertawaqquf dalam hal ini kerana tiada dalil sorih yg boleh dipakai secara akal dan naqal dan

3) Pandangan yang mengatakan bahawa Baginda SAW mengikut agama nabi2 sebelum. Golongan ini berkhilaf pula dari segi menentukan syariat nabi mana. Dari segi ini lahir beberapa pandangan;
i) Syariat Nabi Isa a.s kerana baginda yang terakhir sebelum Nabi Muhammad SAW. Oleh itu syariat Nabi Isa a.s memansukhkan yang lain,
ii) Syariat Nabi Ibrahim a.s kerana baginda adalah penghulu para nabi dan Nabi Muhammad SAW adalah daripada nasab baginda a.s.
iii) Syariat Nabi Musa a.s kerana ia adalah syariat samawiyyah yang paling tua dan iv) Pendapat muktazilah yang mengatakan Nabi SAW beramal berdasarkan agama. Namun penjelasan muktazilah tidak menggambar agama seperti yang dimaklumi.

Imam Qurtubi mengatakan para Aimmah (ulama muktabar ahlussunnah) mengatakan kesemua pendapat di atas adalah batil (salah). Hal ini kerana pendapat itu saling bercanggah dan tiada dalil qat'ie walaupun secara akal kesemuanya boleh diterima.

Para Aimmah memutuskan bahawa Baginda Nabi SAW tidak boleh dinisbahkan kepada mana2 nabi yang akan menggolongkan baginda sebagai salah seorang umat mereka atau mewakili mereka kerana mengamalkan syariat mereka. Bahkan Baginda SAW membawa syariat sendiri yang ditentukan oleh Allah Azza wa Jalla.

Kita beriktikad berdasarkan dalil yang ada bahawa Baginda SAW adalah seorang mukmin kepada Allah, tidak pernah menyembah berhala, tidak pernah mensyirikkan Allah, tidak pernah minum arak, tidak pernah berzina, tidak pernah menghadiri 'Ijtimak AsSamir, Halaf al-Matar dan Halaf al-Mutibiin' (perhimpunan memenangkan qabilah walaupun melakukan kezaliman). Allah membersihkan dan melindungi Nabi SAW daripada kesemua perkara tersebut.

Pendapat Imam-Imam yang dimaksudkan oleh Imam Qurtubi ini tidak bercanggah dengan ayat-ayat berikut:

- ( قُلْ بِلْ مِلَّةَ إبْراهِيمَ حَنيفًا) ( سورة البقرة : 135 )
- ( أَنِ اتَّبِعْ مِلَّةَ إبْراهِيمَ حَنيفًا ) (سورة النحل : 123)
- ( شَرَعَ لَكُمْ مِنَ الدِّينِ مَا وَصَّى به نُوحًا والذِي أَوْحَيْنا إليكَ ومَا وَصَّيْنَا بِهِ إبْراهِيمَ ومُوسَى وعِيسَى أَنْ أَقيمُوا الدِّينَ ولاَ تتفرَّقُوا فِيهِ ) (سورة الشورى : 13)

Semuanya menunjukkan bahawa Nabi SAW beribadat selari dengan syariat. Bahawa perkara itu tidak bercanggah dengan syariat seperti mentauhidkan Allah dan melakukan perkara-perkara agama. Adapun penjelasan tentang kaifiyatnya tidak diketahui sehingga datang Islam.

Wednesday, March 7, 2018

Pelaburan Emas Dari Perspektif Islam

Pelaburan emas semakin popular dalam kalangan masyarakat kebelakangan ini. Produk pelaburan emas ditawarkan oleh pelbagai pihak sama ada institusi perbankan, syarikat-syarikat jualan emas dan pengurus-pengurus dana. Melihat kepada situasi ini, timbul satu persoalan sejauh mana pelaburan jenis ini dibenarkan dalam syariah dan memenuhi lunas-lunas syarak? 
Perkara ini memerlukan penelitian yang mendalam daripada perspektif syariah. Sekiranya dilihat dalam konteks kini, emas sering digunakan sebagai komoditi dalam perniagaan bagi mendapatkan keuntungan. Ini berbeza dengan amalan pada zaman dahulu iaitu emas digunakan sebagai mata wang bagi membeli barang yang dikehendaki. Secara umumnya, Islam tidak melarang jual beli yang melibatkan emas sebagai komoditi. Segala bentuk jual beli adalah dibolehkan selagi ianya tidak melibatkan unsur riba. Ini dapat difahami melalui firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 275: 

“Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.” 

Berhubung dengan pelaburan emas yang kini menjadi pilihan disebabkan potensi keuntungannya, ianya perlu mematuhi parameter dan syarat yang telah ditetapkan dalam Islam memandangkan Islam menilai emas dan perak sebagai item ribawi. Hadis yang menerangkan tentang syarat-syarat bertransaksi dengan item ribawi adalah seperti berikut; 

“Emas (harus ditukar atau diniagakan) dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam, mestilah sama timbangan, dan ditukar secara terus (dalam satu masa) dan sekiranya (tukaran berlaku antara komoditi) berlainan jenis, maka berjual-belilah kamu sebagaimana yang disukai jika ia dilakukan dalam bentuk tunai.”
(Hadis riwayat Muslim)

 Berdasarkan hadis di atas yang menerangkan syarat bagi jual beli atau tukaran yang melibatkan enam item ribawi iaitu daripada jenis emas, perak, gandum, barli, kurma dan garam. Mata wang Kebanyakan ulama mengkategorikan item-item jenis ini kepada dua kategori utama iaitu mata wang dan makanan asasi. Kategori mata wang melibatkan emas dan perak. Majoriti jumhur fuqaha mengatakan illah di dalam pengharaman dalam isu emas ini adalah sifatnya sebagai mata wang iaitu ia dianggap sebagai harga dan emas termasuk dalam kategori ini. Apa-apa yang dianggap sebagai mata wang seperti wang kertas atau wang fiat, maka dianggap sebagai jenis mata wang yang tersendiri. Jika ia ditukar dengan emas maka sebarang nilai tambahan adalah dibenarkan tetapi dengan syarat pertukaran tersebut mesti dilakukan secara lani dan tiada sebarang unsur penangguhan di dalam transaksi tersebut. 

Dalam konteks zaman kini, kategori tersebut turut merangkumi wang fiat yang digunakan secara meluas di seluruh dunia seperti Ringgit Malaysia, Pound Sterling, Dolar Amerika Syarikat dan sebagainya. Kategori makanan asasi pula melibatkan item selebihnya yang tersebut dalam hadis iaitu gandum, barli, kurma, dan garam. Terdapat juga sebilangan ulama yang turut memasukkan jenis makanan lain ke dalam kategori ini. Berpandukan hadis tersebut, ulama telah menggariskan beberapa syarat dalam urus niaga yang melibatkan item-item berkenaan. Syarat ini boleh dikelaskan kepada tiga syarat. 

Pertama, jika suatu tukaran itu melibatkan item daripada jenis yang sama seperti emas dijual beli dengan emas atau barli dengan barli, maka ia perlulah ditukar dengan kuantiti yang sama dan serahan mesti disempurnakan secara lani. Kuantiti Sebagai contoh dalam perdagangan emas, 100 gram (g) emas mesti ditukar dengan 100g emas dan perlu diselesaikan dalam satu majlis akad yang sama. Perbezaan pada kuantiti tukaran adalah termasuk dalam riba yang diharamkan. 

Kedua, jika item tukaran adalah berlainan jenis namun masih tergolong dalam kategori yang sama, seperti tukaran antara emas dan perak (ketegori mata wang), atau tukaran antara barli dan kurma (kategori makanan asasi), maka ianya hanya disyaratkan untuk disempurnakan secara lani dan tidak menjadi kesalahan jika terdapat perbezaan pada kuantiti dengan tujuan keuntungan. Ini bermakna, sebagai contoh, 10g emas boleh dijual dengan berapa jua harga yang dikehendaki, dengan syarat urusniaga dan serahan barang tukaran perlu diselesaikan sebelum penjual dan pembeli berpisah dari majlis akad. 

Ketiga, jika tukaran melibatkan item dari kategori yang berbeza seperti tukaran antara emas dan barli, maka pihak yang berurus niaga berhak untuk meletakkan apa jua harga serta dibenarkan juga untuk berurusniaga secara lani mahupun hutang. Jika melihat kepada pelaburan emas yang dijalankan pada hari ini, semestinya ia akan melibatkan urusan jual beli emas yang memerlukan pihak yang terlibat untuk patuh kepada peraturan dan syarat tertentu yang digariskan oleh Islam. 

Sekiranya syarat-syarat ini tidak dapat dipenuhi maka ia akan menyebabkan akad jual beli terbatal dan tidak sah. Namun beberapa isu semasa timbul berkaitan jenis instrumen pelaburan tersebut antaranya, adakah ia memenuhi syarat transaksi secara lani dan pertukaran dalam kuantiti yang sama? Sebagai contoh, emas ditukar dengan wang kertas. Syarat pertukaran dua item tersebut dengan kuantiti yang sama adalah tidak terpakai dalam hal ini tetapi transaksi tersebut harus dilakukan secara lani kerana emas juga berada dalam kategori mata wang. 

Transaksi Mutakhir ini, terdapat beberapa jenis kaedah pembayaran yang kompleks dalam melakukan transaksi perdagangan emas semasa seperti pembayaran pembelian emas dengan menggunakan kredit kad dan cek. Adakah kaedah ini memenuhi syarat syarat lani dan tidak bertangguh dalam urusniaga emas ini? Perkara ini telah dibincangkan secara terperinci oleh beberapa badan fatwa berautoriti seperti Akademi Fiqh Pertubuhan Islam Antarabangsa (OIC) yang memutuskan bahawa sebarang pembelian emas menggunakan cek antarabangsa atau kad kredit patuh Syarak yang hanya memerlukan penyelesaian pembayaran dalam tempoh tiga hari bekerja adalah diharuskan oleh Syarak seperti mana yang dipraktikkan (uruf) hari ini. 

Keharusan ini adalah berpandukan kepada pendapat para ulama Mazhab Maliki serta beberapa ulama mutakhir termasuk Sheikh Dr. Abdul Sattar Abu Ghuddah. Pendapat ini juga disokong oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ketika membincangkan isu serahan bayaran ini pada muzakarah ke96 yang bersidang pada 13 hingga 15 Oktober 2011. Majlis memutuskan bahawa pembayaran bagi jual beli emas boleh dilakukan dalam beberapa cara seperti bayaran tunai, bayaran menggunakan kad debit atau kredit, dan melalui pindahan wang dari akaun simpanan atau semasa. Pembayaran melalui kad kredit boleh menjadi suatu persoalan namun, Majlis telah memutuskan bahawa bentuk bayaran sedemikian adalah dikira sebagai bayaran tunai kerana penjual emas akan mendapat bayaran tersebut daripada pengeluar kad kredit. 

Cara ini secara urufnya diterima pakai oleh para peniaga emas. Dalam isu serahan emas pula, Majlis Fatwa Kebangsaan telah menetapkan parameter yang lebih ketat di mana serahan emas kepada pembeli mesti dilakukan secara lani sahaja dan tiada tempoh tiga hari dibenarkan. Hal ini kerana, tempoh tiga hari bukanlah merupakan suatu amalan dalam serahan emas dan ianya tidak boleh disamakan dengan konsep T+2 seperti mana yang digunakan dalam tukaran matawang asing (foreign exchange). Namun penetapan syarat tersebut hanya terpakai bagi emas yang bercirikan item ribawi, seperti emas jongkong dan syiling emas tetapi tidak terpakai bagi barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi. 

Di samping itu juga, antara isu utama yang perlu dilihat adalah taqabudh. Taqabudh adalah antara syarat utama dalam melakukan transaksi emas dan harga yang diniaga mesti dilakukan dalam satu majlis akad yang sama. Bagaimanapun, taqabudh mungkin tidak dapat dilaksanakan dalam beberapa situasi atau halangan. Pertama, di dalam isu penyerahan emas secara fizikal di mana transaksi emas dilakukan dari tangan ke tangan ketika majlis akad ini dinamakan taqabudh haqiqi. Namun, komplikasi dan halangan yang dihadapi mutakhir ini seperti transaksi jangkau sempadan yang melibatkan jarak yang jauh antara dua pihak yang berkontrak, taqabudh haqiqi mungkin sukar untuk dilaksanakan. Bukti Bertulis Maka, dalam isu ini, taqabudh hukmi dipertimbangkan di mana si penjual emas boleh menerbitkan bukti bertulis kepada si pembeli yang menandakan pemilikan dan hak ke atas emas yang dibeli oleh pembeli emas tersebut. Bukti bertulis tersebut membolehkan pembeli untuk menggunakan atau menjualnya pada bila-bila masa. 

Dalam kes ini juga, memandangkan emas yang dibeli itu tiada dalam majlis aqad ketika transaksi dibuat maka, emas hendaklah ditentukan (ta`yin) dari segi gred, kualiti dan kuantiti tertentu bagi mengelakkan isu gharar dalam jual beli. Taqabudh jenis ini dibenarkan oleh Syarak meskipun penyerahan fizikal tidak berlaku. Namun, di samping keharusan tersebut, ia tetap tertakluk kepada kewujudan emas itu sendiri iaitu penjual mesti memiliki barang tersebut sebelum menjualnya. Salah satu syarat dalam jual beli ialah pemilikan mesti sempurna bersama penjual. Oleh itu, sekiranya emas tersebut tidak dimiliki penjual ketika transaksi dilakukan dengan pembeli maka, transaksi tersebut terbatal kerana penjual menjual barang yang tidak dimilikinya. Hal ini selari dengan hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Ibnu Hibban, dan at-Tirmidzi: 

“Janganlah kamu menjual apa yang tidak ada padamu”. 

Objektif utama larangan menjual barangan yang tidak dimiliki adalah untuk mengelak pertikaian antara pembeli dan penjual kerana transaksi tersebut boleh membawa kepada gharar (keraguan) yang dilarang oleh Islam. Hukum yang sama turut terpakai dalam jual beli emas. Secara keseluruhannya, Islam tidak melarang jual beli walaupun ia melibatkan emas sebagai aset sandaran. Namun, hukum dan syaratnya haruslah dipelajari serta dipatuhi oleh para pelabur, penjual serta pembeli kerana ia merupakan salah satu item ribawi.

Daftar Keahlian Pelaburan Emas Terbaik Malaysia! PBGOLD klik sini!!!

Kredit: maybank2u.com.my

Thursday, February 22, 2018

Kenapa Orang Soleh Suka Poligami

KENAPA ORANG SHOLEH SUKA BERJIMA' DAN POLIGAMI?

Imam Qurthubi dalam kitab tafsirnya Jamii’ Li Ahkam Al Qur’an menjelaskan alasan kenapa orang sholih suka berjima' atau beristri lebih dari satu (poligami)?.

لماذا أهل الاستقامة يحبون تعداد الزواج ، قال القرطبي رحمه الله, يقال:“إن كل من كان أتقى فشهوته أشد لأن الذي لا يكون تقيا فإنما يتفرج بالنظر والمس ألا ترى ما روي في الخبر: “العينان تزنيان واليدان تزنيان” فإذا كان فيالنظر والمس نوع من قضاء الشهوة قل الجماع، والمتقي لا ينظر ولا يمس فتكون الشهوة مجتمعة في نفسه فيكون أكثر جماعا .وقال أبو بكر الوراق:كل شهوة تقسي القلب إلا الجماع فإنه يصفي القلب ولهذا كان الأنبياء يفعلون ذلك”انظر تفسير القرطبي (٢٥٣/٥).

Kenapa orang yg istiqomah (sholih) suka dengan poligami? Berkata Imam Al Qurthubi rahimahullah: Sesungguhnya orang benar -benar bertakwa syahwatnya akan besar. Karena orang yang tidak bertakwa akan mudah melampiaskan syahwatnya dengan memandang dan menyentuh yang haram. Sebagaimana dijelaskan dalam hadits: “dua mata yang berzina dan tangan yang berzina” Ketika memandang dan menyentuh menjadi pelampiasan syahwat maka akan mengakibatkan sedikit (kualitas) berjima’. Sedangkan orang yang benar -benar bertakwa dia tidak akan pernah memandang (menundukkan pandangan kepada yang haram) dan tidak akan menyentuh yang haram. Ini mengakibatkan syahwat terpendam didalam dirinya dan lebih banyak melampiaskan jima’ yang halal terhadap istrinya. Berkata Abu Bakar Al Waraq: Semua syahwat dapat mengeraskan hati kecuali jima’. Sesungguhnya jima’ dapat melembutkan hati. Karena itulah para Nabi melakukan poligami dan jima’. (Tafsir Al Qurthubi Juz. 5/253)

Wallahu A'lam.

Utk ibu2...kalo suaminya minta poligami, bersyukurlah, berarti ia termasuk org yg shalih

Selamat berusaha.... Dengan penuh taqwa.
                                                                        EFEK NEGATIF TIDAK BERJIMA'.

وقال محمد بن زكريا من ترك الجماع مدة طويلة ضعفت قوى اعصابه واستد مجارها وتقلص ذكره
قال ورأيت جماعة تركوه لنوع من التفشف فبردت أبدانهم وعسرت حركاتهم ووقعت عليهم كابة بلا سبب وقلت شهواتهم ومضمهم.. إنتهى...

Muhammad bin zakaria berkata: Barang siapa meninggalkan senggama dalam waktu yg lama, otot-ototnya akan menjadi lemah, peredaran darahnya terhambat dan dzakarnya menjadi susut...

Kemudian ia juga berkata: " Aku pernah melihat sekelompok orang meninggalkan senggama dengan alasan menghindari nafsu duniawi.  Tidak lama kemudian ia merasakan demam, sulit bergerak, dilanda perasaan sedih dengan tanpa tahu penyebabnya, birahinya menjadi lemah dan pencernaannya tidak bisa berfungsi normal...

فتزوجوا وجامعوا تصحوا...

Maka menikah dan bersenggama lah maka kalian akan sehat

RAHASIA JIMA'

كان ابن عقيل الحنبلي رحمه الله تعالى يقول :
كنت إذا ستغلقت على مسألة، دعوت زوجتي إلى الفراش,فإذا فرغت من أمرها قمت إلى قراطيس أصب العلم صبا. لأن الجماع يصفى الذهن ويقوى الفهم.

Al-Imam Ibnu 'Uqail Al-Hanbali berkata: _"Ketika aku terkunci pada suatu permasalahan (ilmu), maka aku panggil istriku untuk berhubungan badan. Ketika aku selesai, maka aku ambil kertas dan ku tuangkan ilmu ke atasnya (mulai mengarang kitab)"._ Sebab Jima' dapat membersihkan fikiran dan menguatkan fahaman.

وكان الجنيد يقول : أحتاج الى الجماع كماأحتاج الى القوت.فالزوجة على التحقبق قوت وسبب لطهارة القلب. ولذللك أمر رسول الله كل من وقع نظره على إمرأة فتاقت اليها نفسه ان يجامع أهله.

Al-Imam Al-Junaid Al-Baghdadi berkata : _"Aku butuh berhubungan biologis sebagaimana aku butuh makanan (untuk asupan badan) Maka seorang istri tak obahnya asupan badan, dan menjadi sebab bersihnya hati."_ Oleh karena itu Rosulullah memerintahkan kepada setiap lelaki yg melihat perempuan yg membuat hati tertarik padanya, maka hendaknya menggauli istrinya.

قال الفقهاء : وعلى الرجل ان يشبع إمراته جماعا او وطأ كما يشبعها قوتا.

Para Pakar Fiqih berkata: _"Wajib bagi lelaki untuk memuaskan istrinya dlm hubungan biologis, sebagaimana mengenyangkannya dengan makanan."_

*المراجع*

احياء علوم الدين
اسرار الجماع

SELAMAT BERBAHAGIA
semoga menjadi motivasi menuju kehidupan yang lebih baik.

Sumber: whatsapp