Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Saturday, November 10, 2018

Tuntut Khairat Kematian

Pengalaman yg sgt berharga ketika menyelesaikan pengurusan jenazah arwah adik sy.. Terjumpa artikel ni. Esoknya sy trs pegi ke pej2 spt kwsp, pnb, bank rakyat dll.. Borang2 sy dah ambil dan serahkan kpd isteri arwah...

Rupanya Ada Lebih 10 Tempat Tuntut Khairat Kematian. Rugi Kalau Anda Tak Ambil Tahu !

Tahu tak, ramai waris tak tuntut khairat kematian sebab tak pernah ambik tahu. Akhirnya duit burn macam tu je. Ada yang total hampir RM10k. Rugikan !

Jadi, lepas tahu ni pastikan anda bagitau dekat pasangan & anak-anak supaya mereka boleh tuntut jika berlaku sesuatu pada anda.

Urmm, dah dapat duit tu nanti nak buat apa?

Disebabkan khairat kematian TIDAK dikira sebagai harta pusaka maka terserahlah pada budi bicara waris-waris. Nak guna buat bayar hutang, kenduri tahlil, sedekah atau lain-lain terserah pada waris asalkan untuk tujuan yang baik. Tapi pastikan guna dulu untuk tujuan utama khairat ni dibuat iaitu untuk urusan jenazah. Segala kos pengurusan jenazah guna duit ni. Jika ada waris dahulukan duit mereka, boleh ganti semula. (mengikut budi bicara waris2)

Sini saya kongsikan 10 tempat tuntutan. Pastikan anda baca satu persatu ya. Boleh detect tempat mana waris boleh tuju nanti.

1. Khairat Kematian Khariah Masjid
▪Sekitar Rm 500 - Rm 5,000
▪Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di khariah

2. Khairat Kematian PERKESO
▪RM 2,000
▪Syarat: si mati menjadi ahli/pernah ada sejarah mencarum PERKESO

3. Khairat Kematian KWSP
▪RM 2,500
▪Syarat: si mati ahli/pencarum KWSP

4. Bantuan Mengurus Jenazah JPA
▪RM 3,000
▪Syarat: si mati Pesara/Kakitangan Awam

5. Khairat Kematian Bank Rakyat
▪RM 3000
▪Syarat: si mati ada akaun Bank Rakyat

6. Khairat Kematian ASNB
▪RM 200 - RM 2,000
▪Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati

7. Khairat Kematian Skim Takaful
▪RM 2,000 - RM 5,000
▪Syarat: si mati pencarum takaful

8. Khairat Kematian Persatuan Berdaftar/NGO/Koperasi
▪RM 500 - RM 5,000
▪Syarat: si mati adalah ahli berbayar persatuan/NGO/Koperasi

9. Khairat Kematian Pencen
▪RM3000

10. Lain-lain
▪Mungkin ada lagi khairat kematian lain yang boleh dituntut bukan hanya di tempat-tempat yang dinyatakan diatas. Boleh search.

▪Mereka yang segerakan proses tuntutan pusaka biasanya akan diberitahu jika ada khairat kematian. Waktu nak urus, perlu jumpa pegawai, jadi waktu tu biasa pegawai akan beritahu jika mereka ada sediakan khairat kematian.

Macam mana nak tuntut?

Bawa sijil mati, sijil nikah, pengenalan diri, polisi takaful di tempat yang berkenaan. Seeloknya mohon sebaik sahaja berlaku kematian. Jangan ditangguh.

❗nasihat sy, lps ni, jika xde akaun bank rakyat, sila buka akaun bank trsbt. Insya allah ada manfaat. Bank ini adlh satu2nya bank yg ada khairat kematian.

❗yg bekerja sendiri, yg xcarum dlm kwsp dan perkeso, sila carum sukarela. Pegila hadap peg kwsp dan perkeso, tanya prosedurnya. Sgt2 membantu dgn bantuan.

❗yg xde insuran/takaful diri, sila la beli takaful dgn kadar yg mampu. Xperlu nak beli caruman yg mahal tp hanya mampu byr utk 3bln shj. Kalu xmmp sgt, beli la PA Insuran je. Cukup murah tp membantu waris jika terjadi apa2 nnt.
Silakan #share

Kredit: whatsapp

Tuesday, October 9, 2018

Peluang Kerjaya

Permohonan Jawatan Pegawai Tadbir (N41), Penolong Pegawai Tadbir (N29) dan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) - Terbuka 2018
1.Pegawai Tadbir N41
2.Penolong Pegawai Tadbir N29
3.Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
Gaji (Minimum) RM1,352.00 - (Maksimum) RM9,546.00
            
✅ Mohon sekarang
✅ Jawatan Tetap/kontrak
✅ Kelayakan Ijazah, Diploma, Sijil dan SPM
✅ Sektor Kerajaan
Klik link dibawah untuk memohon  
http://www.appjawatan.com/2018/06/permohonan-jawatan-pegawai-tadbir-n41.html

            
Untuk maklumat lanjut klik gambar di atas!

‼Anda mungkin menyesal kalau tak join Telegram Jawatan Kosong klik http://bit.ly/2BjrUSi
1.Jawatan Kosong Terkini di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) - Terbuka 2018
(http://www.appjawatan.com/2018/04/jawatan-kosong-terkini-di-jabatan.html)
2.Permohonan Online Jawatan di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) terbuka Lelaki & Wanita - Terbuka 2018
(http://www.appjawatan.com/2018/05/permohonan-online-jawatan-di-jabatan.html)
3.Permohonan Online Jawatan di Jabatan Jabatan Perikanan Malaysia terbuka Lelaki & Wanita - Terbuka 2018
(http://www.appjawatan.com/2018/05/permohonan-jawatan-kosong-di-jabatan.html)
4.Permohonan Atendan U11 Hospital di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) - Terbuka 2018
(http://www.appjawatan.com/2018/06/permohonan-atendan-u11-hospital-di.html)
5.Kekosongan Jawatan di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) - Terbuka 2018
(http://www.appjawatan.com/2018/05/309-kekosongan-jawatan-di-lembaga-hasil.html)
6.Jawatan Kosong Terkini di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
(http://www.appjawatan.com/2018/06/jawatan-kosong-terkini-di-pertubuhan.html)
7.Jawatan Kosong Terkini di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
(http://www.appjawatan.com/2018/06/jawatan-kosong-terkini-di-perbadanan.html)
8.Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) - Terbuka 2018
(http://www.appjawatan.com/2018/02/jawatan-kosong-jabatan-pengangkutan.html)
9.Permohonan jawatan di Agensi Anti Dadah Kebangsaan AADK - Terbuka 2018
(http://www.appjawatan.com/2018/03/permohonan-jawatan-di-agensi-anti-dadah.html)
10.Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) - Terbuka 2018
(http://www.appjawatan.com/2018/02/jawatan-kosong-jabatan-pengangkutan.html)

Dapatkan panduan temuduga dan soalan psikometrik di http

P/s: Kongsikan iklan jawatan ini pada rakan-rakan, saudara, adik-abang anda dan kita doakan siapa yang share post akan dipermudahkan mendapatkan kerja.

Manusia Umpama sifir 7

*KEHIDUPAN MANUSIA TAK UBAH SEPERTI SIFIR 7 YG AKAN BERHENTI DI TANGGA SEMBILAN. JOM FIKIR2KAN DAN BERMUHASABAH*

Kita, khidupan kita  dn umur kita adalah seperti SIFIR 7. Sifir ini akan berhenti di tangga ke 9. Kenapa? Jom renungkan.

*7x 1= 7*
Ketika umur disifir 7x1,  kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain. Kita belum kenal  dosa pahala. Kita belum fikir ttg masa dpn.

*7x 2=14*
Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

*7 x 3=21*
Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

*7 x 4= 28*
Meningkat kepada umur ini, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup.

*7 x 5= 35*
Tahap penting utk membina keluarga. Ingin membeli kereta,  rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

*7 x6=42*
Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa ini . Bahawa usia semakin mningkt. Ini bkn lg masa utk berehat. Saat ini saat yg genting. Kita berlumba mngumpul harta.

*7 x 7=49*
Kita sedar perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit  dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

*7 x 8= 56*
Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi.

*7 x 9= 63*
Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Allah masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

Kenapa berhenti di sifir 7 x 9? Sebab, kita umat Muhammad saw . Banyak yg berakhir di usia ini. Jika ada pun yg sampai ke sifir seterusnya, ia adalah bonus.

Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.

*Ingat!! Berapa ramai pula yg tk lps byk sifir 7. Ada yg berhenti di tangga 1, byk juga yg umurnya ditangga ke 3.*

■ Hidup ini hanya sementara shbt2ku. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat.

■ Umur yg kita dpt hari ini adalah anugerah dari Allah. 

■ Hargailah dgn byk mngingati Allah. Kumpulkan bekalan yg akan kita bawa 'ke sana'. Walau ditangga mana pun kita skrg, jgn tangguh kerana mati itu misteri, tdk akan cepat atau lewat walau sesaat .