Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Sunday, June 20, 2021

Kempen Alam Flora: Hijaukan bumi....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera para pengunjung yg dikasihi...

Tidak lama lagi musim buah-buahan kampung seperti mangga, durian, rambutan, langsat, duku, manggis, nangka, buah-buahan nadir & lain-lain akan tiba.

Permintaan saya kepada kita semua adalah #TIDAK membuang biji benih ini ke tong sampah anda, tetapi sebaliknya membasuh nya, keringkan (di bawah sinar matahari), bungkusnya dlm akhbar & simpan di dalam 🚙 kereta anda. 

Setiap kali anda keluar & terjumpa tanah terbuka semasa perjalanan, sama ada di jalan kampung, jalan bandar atau di lebuh raya yg kosong - buang biji-bijian ini di tanah berdekatan yg sesuai.

Ia akan bercambah dengan mudah pada musim monsun musim hujan yg akan tiba.

Jika dengan tindakan sederhana ini, kita dapat menyumbang walaupun satu pokok setiap musim ke dunia kita, misi penghijauan dunia ini akan berjaya.

Kerajaan Thai telah mempromosikan ini kepada semua warganegara sejak beberapa tahun lalu.

Banyak pegawai daerah disana telah memandu kempen ini secara agresif yg telah berjaya. 

Bilangan pohon buah-buahan di kawasan terbiar liar telah tumbuh dengan banyaknya  terutamanya di daerah Utara Thailand.

Mari kita rakyat Malaysia juga menyertai rakyat Thai dalam inisiatif cemerlang ini untuk menyebarkan banyak sifat & cara yg mudah namun berkesan ini & menyumbang kembali kepada generasi akan datang.

Selain bersedekah drp hasil bunga dan buahnya, pengudaraan flora dan fauna juga turut kita mendapat pahala. 

Niatkan dlm hati kita untuk memberi sedekah kpd haiwan & manusia yg mendapat menafaat drp biji benih yg kita tabur.

Ikhlaskan dalam hati untuk bersedekah kerana sebaik-baik amalan adalah bersedekah.

In Sya Allah....aamiin.

7 EXTENSIONS MENARIK YANG WAJIB DIGUNA UTK KELANCARAN KELAS ONLINE DI GOOGLE MEET

7 EXTENSIONS MENARIK YANG WAJIB DIGUNA UTK KELANCARAN KELAS ONLINE DI GOOGLE MEET

    1.Auto admit
Extension ni membenarkan cikgu2 admit murid masuk ke kelas online secara automatik. Ini dpt atasi masalah murid yg cuba masuk ke kelas online ketika cikgu sedang rancak mengajar @ ketika cikgu sedang menunjukkan slaid kepada murid. Tanpa auto admit, guru mungkin tidak sedar request dari murid utk masuk ke kelas. 

Tutorial & cara penggunaan:
https://youtu.be/UKOh0u6zrqU

Klik link ini untuk install:
https://chrome.google.com/webstore/detail/google-meet-auto-admit/pabkjoplheapcclldpknfpcepheldbga?hl=en

    2.Dualles
Gunakan Dualless untuk asingkan skrin kepada 2 Windows supaya cikgu2 boleh share screen dan monitor murid dalam masa yg sama. Cikgu2 tidak perlu lagi menggunakan 2 monitor untuk pantau murid ketika membentangkan slaid. 

Tutorial & cara penggunaan: 
https://youtu.be/053YmvltctI
Klik link ini untuk menggunakannya:
https://chrome.google.com/webstore/detail/dualless-for-google-chrom/maopdonemnbfjkmeghbllmkepkoccadf?hl=en

    3.Google Meet Attendance
Extension ini akan merekod senarai murid yg hadir dalam kelas online. Senarai kehadiran akan di simpan dlm bentuk Google sheet di desktop cikgu secara automatik selepas kelas berakhir. Keistimewaan extensions ini adalah, cikgu akan dpt kesan murid yang ponteng di pertengahan kelas online kerana masa masuk & keluar akan tercatat. 

Tutorial & cara penggunaan:
https://youtu.be/xal-Z89p6Ks

Klik link ini untuk menggunakannya:
https://chrome.google.com/webstore/detail/google-meet-attendance/fkdjflnaggakjamjkmimcofefhppfljd?hl=en

    4.Mute All on meet
Extension ini membantu ketika guru sedang memberikan penerangan dlm kls online tetapi murid bercakap @ Berbuat bising. Mungkin juga bunyi bising dtg dari persekitaran rmh murid. Jadi, dgn extension ini, cikgu hanya perlu klik kepada simbol mic mute all untuk pastikan semua murid mute tanpa mengarahkan murid utk mute mic sendiri. Hanya guru sebagai host/admin google meet saja yg boleh menggunakannya. Walau bagaimanapun, Gmeet sekarang telah dilengkapi button function ini. Cikgu2 boleh terus menggunakannya. 

Tutorial & cara penggunaan:
https://youtu.be/TlsDeZO_rgk

Klik link ini untuk menggunakannya:
https://chrome.google.com/webstore/detail/mute-all-on-meet/adjoknoacleghaejlggocbakidkoifle

    5.Push to talk
Ini adalah extension yg bagus untuk murid gunakan terutama bagi murid yg mempunyai masalah untuk mute/unmute mic. Kebiasaannya, murid akan mute mic setiap kali kelas online. Tetapi bila mereka ingin bercakap @ menjawab soalan, murid perlu klik butang mute & klik semula utk unmute. Bila extension ni digunakan, murid/guru hanya perlu tekan 'space bar' utk bercakap atau utk unmute. Bila murid tekan semula 'space bar', automatic mic murid itu akan terus mute semula. Jadi, murid tak perlu bersusah payah untuk klik button mic utk mute & unmute mic menggunakan mouse. (sesuai utk murid yg menggunakan desktop/laptop) 

Tutorial & cara penggunaan:
https://youtu.be/TlsDeZO_rgk

Klik link ini utk install & menggunakannya:
https://chrome.google.com/webstore/detail/google-meet-push-to-talk/pgpidfocdapogajplhjofamgeboonmmj

    6.Reactions - 
Salah satu masalah yg di hadapi oleh guru dalam kelas online adalah untuk mendapatkan reaksi murid atau feedback murid semasa pembentangan slaid di google meet. Bila cikgu2 memulakan pembentangan slaid & pengajaran di kls online, cikgu2 tak dpt nampak muka murid dan tak dpt menilai keberkesanan pengajaran cikgu. Dengan install extension ni, cikgu2 akan dpt menggunakan simbol reaksi emoji utk mendapatkan maklum balas murid & dapat mengetahui sama ada murid memahami atau tidak. Bagi membolehkan extension ini berguna, cikgu2 & murid perlu install extension ni supaya pilihan reaksi emoji dapat dilihat. 

Tutorial & cara penggunaan:
Akan saya update di YouTube Channel Cikgu Ainul 

Klik di sini untuk menggunakannya:
https://chrome.google.com/webstore/detail/reactions-for-google-meet/hicfolagolebmjahkldfohbmphcoddoh

    7.Mouse highlighter/custom cursor
Kadang2 agak sukar untuk murid melihat & mengesan mouse cursor cikgu2 apabila cikgu2 berkongsi slaid semasa kelas online. Extension 'highlight mouse cursor' ini adalah feature yg terdapat pada chrome webstore. Atau untuk lebih menarik, cikgu2 boleh install extension 'custom cursor' yg menggunakan character cartoon yg boleh menarik minat murid untuk fokus. 

Tutorial & cara penggunaan:
https://youtu.be/LbBrfQxo0fI

Klik di sini untuk install:
https://chrome.google.com/webstore/detail/custom-cursor-for-chrome/ogdlpmhglpejoiomcodnpjnfgcpmgale

Kredit to: #CikguAinul
#ForPdPR

Wednesday, June 16, 2021

7 kata-kata yang merangsang anak-anak menjadi baik

Anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT kepada kita. Mereka diibaratkan seperti kain putih yang bersih lagi suci. Maka menjadi tanggungjawab ibu bapalah untuk mencorakkannya . Jikalau cantik dan baik coraknya maka baik dan cantik jugalah akhlak dan peribadi anak tersebut. Tapi jika sebaliknya, maka yang terhasil juga adalah sebaliknya.

Seperti kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya” bermakna jika mahu mendidik anak biarlah dari seusia kecilnya.Jadi kita sebagai ibu bapa sepatutnya dari awal sudah mengamalkan kata-kata atau tips-tips untuk meransang anak untuk membesar menjadi seorang anak yang baik.

Di sini saya kongsikan 7 kata-kata untuk merangsang anak menjadi baik.

1.Terima kasih
Ucapan yang dianggap biasa tetapi sebenarnya memberi beribu erti kepada anak apabila diungkapkan oleh ibu bapa.

Anak anda akan berasa lebih di hargai apabila ibu bapa mengucapkan “terima kasih” kepada nya sama ada kerana berkelakuan baik sepanjang hari tersebut ataupun
ungkapan tersebut diucapkan kerana anak tersebut membantu anda

2.”Anak mama pasti boleh”
Secara tidak sedar ungkapan “anak mama pasti boleh” ini akan dapat memberi rangsangan positif kepada anak anda.

Secara tidak langsung perasaan rendah diri dalam diri anak tersebut dapat dikurangkan apabila ungkapan ini selalu didengarinya daripada ibu bapanya

Bayangkan jikalau setiap hari ibu bapa mengungkapan kata kata itu kepadanya pasti setiap kali di dalam kesulitan anak anda akan lebih semangat untuk melakukan nya dengan lebih baik
apabila mereka teringat semula kata kata anda.

3.”Mama sayang abang ”
Ungkapan” sayang ” yang diungkapkan setiap hari kepada anak boleh melahirkan rasa kasih dan sayang anak kepada ibu bapanya

Ungkaplah perkataan ” mama sayangkan abang” selalu di telinga anak ataupun semasa memeluk mereka . Nescaya anak anda akan rasa lebih selesa, selamat dan lebih mesra dengan ibu bapanya

4. “Anak mama bijak”
Berilah pujian sekerap yang boleh kepada anak apabila mereka berjaya menyelesaikan sesuatu perkara atau dapat membantu anda dirumah.

Percayalah dengan pujian ini akan membuatkan anak lebih teruja untuk membantu atau menyelesaikan pelbagai hal-hal lain lagi.

5.Hindari kata kata cemuhan atau gertakan
Kata – kata cemuhan atau gertakan haruslah dihindari apabila bercakap dengan anak sebaliknya tukarkan kata kata itu dengan kata yang boleh mengembirakan hatinya bila didengari

Contohnya “Kalau abang rosakkan barang mama lagi mama pukul tau”.. kan lagi bagus kalau ditukarkan kepada “anak yang baik tentu tak kan rosakkan barang mama kan”.. Secara tidak langsung kata kata sebegitu akan membuatkan anak anda berasa bersalah atas apa yang telah dilakukan nya

6.Hindari kata kata seperti memerintah
kata-kata memerintah ini sebenarnya kerap kita gunakan dalam mendidik anak secara tidak sedar

Contohnya” Abang tolong jagakan adik sekejap”.. Kata seperti memerintah ini lah yang biasanya tidak didengari oleh anak. Kan lebih bagus kalau ianya digantikan dengan kata seperti “Anak yang baik mesti rajin jagakan adik kan”.. Nescaya dia akan lebih tertarik untuk membuatnya

7.Kata kata pujian
Amalkan memberi kata kata pujian kepada anak selepas dia berjaya menunjukkan perlakuan yang baik pada hari tersebut. Contohnya,apabila anak anda selesai mengemas barang mainan nya selepas bermain.Berilah kata kata pujian kepadanya”Mama suka abang buat macam ini, lepas main kena kemas kan”.

Percayalah, anak anda akan berasa seronok untuk mengulangi kebaikan yang dia lakukan

Semoga dengan kata-kata ransangan yang saya kongsikan ini dapat membantu ibu bapa di luar sana untuk sama sama berusaha demi kebaikan anak masing-masing. Usah berhenti memberi nasihat kepada anak, jika dia tidak faham ketika kecil ini, mungkin dia akan ingat semula ketika sudah besar nanti.

Sabda Rasulullah s.a.w.;

“Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu:

  • Sedekah jariah.
  • Ilmu yang diambil manfaat dengannya.
  • Anak yang soleh yang mendoakan untuknya”.

(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Semoga anak kita tergolong daripada anak-anak yang soleh solehah dan yang dapat menjadi saham akhirat kita di sana nanti.. Aamin

Kredit: ikeluarga.com