Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Sunday, November 6, 2022

Konsep dan jenis-jenis pembelajaran dalam talian

Konsep dan jenis-jenis pembelajaran dalam talian

KONSEP -
Pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui penggunaan teknologi digital. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan menggunakan media yang mempunyai grafik visual, perkataan, animasi, video ataupun audio.

JENIS-JENIS PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

1.M-Learning
M-Learning atau pembelajaran mudah alih ditakrifkan sebagai
pembelajaran merentasi pelbagai konteks, melalui interaksi sosial dan kandungan dengan menggunakan peranti elektronik peribadi. M-Learning juga merupakan satu bentuk e-pembelajaran pendidikan jarak jauh di mana pelajar boleh menggunakan peranti mudah alih di pelbagai lokasi pada bila-bila masa.
Teknologi M-Learning merangkumi penggunaan:                                                  1
1. Komputer bimbit (Personal Device Assistant PDA)
        2. Pemain MP3
        3. Komputer riba
        4. Telefon bimbit pintar
        5. Tablet

M-Learning memberi tumpuan kepada mobiliti pelajar, berinteraksi dengan menggunakan alat-alat mudah alih untuk mewujudkan  bahan sokongan pembelajaran sebagai satu elemen penting dalam pembelajaran tidak formal.

2. Podcasting dan Vadcasting
Podcast adalah siri fail audio digital yang diedarkan di Internet secara muat turun dari laman Web kepada pemain media mudah alih dan komputer peribadi.
- Perbezaan antara muat turun atau streaming langsung berbanding podcast ialah:
1. Diuruskan oleh syarikat secara profesional dan biasanya pengguna perlu  mendaftar untuk melanggan.
2. Boleh dimuat turun secara automatik apabila kandungan baru ditambah.
3. Vodcasting hampir sama, kecuali bahan digital yang diedit dan dimuat naik adalah video.

3. Blog
Blog adalah salah satu bentuk website yang tersusun dengan kronologi terbalik, iaitu susunan dari tulisan terkini ketulisan yang terdahulu.                            Darren Rowse, 2005
Blog adalah bentuk aplikasi web yang menyerupai jurnal (tulisan-tulisan yang dimuatnaik sebagai posting) pada sebuah laman web umum.
Blog adalah media ekspresi diri untuk berkongsi bahan dalam bentuk web dan boleh diakses oleh pengguna internet

4.Vlog
Blog video yang juga dikenali sebagai vlog adalah satu bentuk blog yang menggunakan bahan video sebagai medium asas.
Satu bentuk televisyen web. Entri vlog sering menggabungkan embeded video atau pautan video, teks, imej dan meta data lain.
 Video yang hendak dimuat naik boleh direkod secara sekali gus, atau dipotong menjadi beberapa bahagian kecil.
Populariti vlog diukur melalui jumlah pengunjung yang menonton vlog tersebut. Vlog popular di YouTube.
Contoh vlog : video dicipta tentang cara menunggang motosikal dikenali sebagai motovlog (singkatan motosikal log video).

5. Frog-VLE
Frog adalah Virtual Learning Environment (VLE) yang dipilih bagi projek1BestariNet.
Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti atau kumpulan besar.
Persekitaran pembelajaran maya Frog, atau Frog VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.
 Di bawah 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di internet menerusiVirtual Learning Environment (Frog VLE), yang boleh diakses di sekolah atau di mana-mana sahaja yang mempunyai capaian internet.

6.Perisian Terbuka
Perisian sumber terbuka Open-source software (OSS) adalah:
 - Perisian komputer dengan kod sumber yang disediakan dan dilesenkan dengan lesen di mana pemegang hakcipta memberikan hak untuk mengkaji, mengubah dan mengedarkan perisian bagi semua orang dan untuk semua tujuan.
- Perisian percuma yang bebas diguna dan juga boleh didapati dalam bentuk kod sumber dan lain -lain hak tertentu yang biasa nya dikhaskan dibawah lesen sumber terbuka.
- Perisian yang  membenarkan pengguna untuk mengkaji, mengubah, memperbaiki dan pada masa -masa tertentu juga untuk mengedarkan perisian

Contoh perisian sistem operasi sumber terbuka:

1. Libre Office
–Libre Office merupakan aplikasi pejabat  bersepadu alternatif kepada Micosoft Office.
2. The GIMP
–The GIMP (GNU Image Manipulation Program) merupakan aplikasi grafiks yang popular seimbang dengan program berbayar Photoshop daripada Adobe.
3. Scribus
–Scribus merupakan aplikasi professional untuk membentuk post produksi majalah, akhbar, buku atau pelbagai jenis makalah lain.
4. VLC  Multimedia Player
–VLC  Multimedia player merupakan satu aplikasi pemain multimedia seperti Windows Multimedia Player.
5. 7-Zip
–Merupakan program untuk”compress” dan“uncompress” data seperti mana program WinZip dan WinRar.

7.Social Learning Technology
 Mengikut Albert Bandura melalui Teori Pembelajaran Sosial, manusia saling belajar di antara satu sama lain melalui pemerhatian, peniruan dan permodelan.

Pembelajaran sosial bukan sahaja melibatkan teknologi media sosial, sebaliknya ia menggabungkan alat media sosial dengan
–perkembangan yang terkini
–pemindahan pengetahuan yang berterusan
–pembelajaran yang lebih berkesan dan sempurna. ]
 Pembelajaran Sosial
–berlaku melalui interaksi sosial dan proses antara pengguna dalam rangkaian sosial. (facebook, twitter, instagram dll)
–memudahkan perubahan terhadap individu yang terlibat.
–berpotensi menjadi medium yang berkesan di dalam komuniti yang besar.

8. Social Bookmarking
Perkhidmatan social bookmark adalah perkhidmatan berpusat dalam talianyang membolehkan pengguna menambah, menganotasi, menyunting, dan berkongsi penanda buku dokumen web.
Banyak perkhidmatan pengurusan penanda buku dalam talian telah dilancarkan sejak 1996, contohnya“Delicious” yang diasaskanpada tahun 2003 yang mempopularkan istilah"social bookmark" dan"tag".
Tagging adalah ciri penting sistem social bookmark, yang membolehkan pengguna untuk menguruskan penanda buku mereka secara fleksibel dan membangunkan kosakata  bersama.

9. Wikis
Wikis adalah sejenis laman web yang membolehkan pengguna untuk  menambah, membuang, atau mengedit dan menukar kandungan yang ada dengan mudah.
Wikis biasanya direka dengan falsafah menjadikannya mudah bagi pengguna untuk membetulkan kesilapan.
Pembangun laman web wiki boleh menerima notis bagi semua perubahan dan boleh mengesan serta memantau pembangunan laman tersebut
Wiki boleh digunakan:
–sebagai panduan pembelajaran
–untuk meminta pelajar dan guru untuk menganotasi bahan di wiki
–sebagai medium  perbincangan untuk masyarakat luar sekolah
–sebagai pautan pustakawan dan guru-guru di sekolah bagi satu-satu projek usaha sama

10.Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS-Learning Managenment System)
Learning  management systems (LMS) juga dikenali sebagai Course management systems (CMS)
LMS digunakan untuk menggambarkan perisian yang direka bagimenguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pembelajaran dan menyediakan akses kepada perkhidmatan pembelajaran atas talian untuk pelajar, guru, dan pentadbir.
Sistem ini juga membolehkan pembangunan danpenyampaian kursus pendidikan dilakukan dengan menggunakan Internet sebagai medium penyampaian.

PerananLMS adalah untuk:
–Pendaftaran dan caj (Registration and charging)
–Menguruskan proses (Managing the process)
–Pengujian (Testing)
–Mentor dan pemantauan (Mentoring and monitoring)
–Fungsi untuk Pengguna (User’s function)
–Fungsi untuk pentadbir (Administrator functions)

Kelebihan LMS adalah:
–menguruskan sepenuhnya dan menjejaki pembelajaran anda sendiri
–menyokong pembelajaran jarakjauh
–direka dengan tujuan yang  pasti
–selamat dan terjamin
–mudah untuk digunakan
–sistem berpusat

Kekurangan LMS adalah:
–kos-mahal untuk dibangunkan
–masa yang lama diperlukan untuk memasang perkakasan, perisian, bahan kursus dan pangkalandata
–perlukan pentadbir (administrator) LMS.

Penggunaan Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Penggunaan Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pengenalan

 

Perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah memberikan banyak impak positif kepada pelbagai bidang perindustrian termasuklah dunia pendidikan. Tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia yang menjadikan penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar seperti komputer riba, cakera padat, penggunaan pelbagai perisian pendidikan pembelajaran dan pelbagai alat bantu mengajar yang lain. 

Oleh yang demikian, adalah perlu untuk setiap pendidik menggunakan pelbagai alat bantu mengajar sama ada yang berbentuk peralatan mahupun perisian bagi membantu merangsang dan meningkatkan minat dan kecenderungan Murid terhadap sesuatu topik pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran adalah fokus utama pihak pengurusan pendidikan kebangsaan sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun di peringkat sekolah menengah. 

Justeru, pihak pengurusan pendidikan baik di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan sentiasa mencari alternatif atau kaedah pengajaran dan pembelajaran terbaik dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran (Baharuddin, 2005). Latihan aplikasi dan integrasi teknologi maklumat dan komunikasi atau juga dikenali dengan gelaran ICT adalah antara usaha yang telah diperkenalkan di kebanyakan sekolah rendah dan menengah.

Pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap Murid yang mengikuti Program Pemulihan Khas merupakan satu perkara yang tidak hanya mampu memberikan rangsangan pembelajaran kepada murid, malah dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka (Abd. Rahman, 1992). 

Koh Boh Boon (1982) menyatakan bahawa pendidikan pemulihan sekiranya diteliti dengan lebih mendalam, sifatnya adalah lebih terbatas dan lebih khusus kerana ianya bertujuan untuk membaiki kelemahan pembelajaran murid. Pelaksanaan program ini melibatkan murid-murid lambat iaitu mereka yang lembap atau lambat mencapai matlamat pembelajaran jika dibandingkan dengan murid-murid lain yang sebaya dengan mereka. 

Oleh yang demikian, selaras dengan perkembangan dan kemajuan teknologi semasa, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) digunakan untuk membantu murid-murid ini dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik dan memajukan diri seperti mana yang dicapai oleh Murid-Murid lain khususnya yang sebaya dengan mereka.

Saturday, September 17, 2022

Pelaburan Emas Yang Menguntungkan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Hari ini saya nak kongsikan mengenai pelaburan emas. Saya pernah ditawarkan menyertai skim pelaburan emas yang menjanjikan keuntungan yang baik. Promosinya menarik keuntungan tetap 8% bulanan. Wow RM8000 sebulan untuk modal RM100,000. Namun dengan sedikit ilmu mengenai hukum pelaburan di dalam Islam. Skim atau pelaburan yang menjanji keuntungan tetap adalah riba. Jadi saya meminta dibuat hitam putih melabur secara runcit dengan keuntungan secara mudharabah iaitu untung rugi dibayar berdasarkan akad peratus keuntungan. Egen bersetuju. Maka tandatangan pelaburan runcit emas secara mudharabah. Rupa-rupanya egen guna modal saya, masukkan juga ke skim yang sama. Tertipu juga... sampai hari ni sesen pun tak dapat. Banyak juga modal lima angka la juga. Pengajaran berguna yang saya dapat pelaburan emas bukan lah pelaburan jangka pendek. Jadi kalau ada yang janjikan keuntungan dalam masa yang singkat seperti keuntungan bulanan ketahuilah itu adalah karut dan penipuan. SCAMMER. Kadang-kdang bukan egen tu scammer dia pun kena scam. Sebab tu dia tak mampu nak bayar dan dia juga rugi sebab melabur juga.

Akhirnya saya berhenti melabur emas melalui egen. Saya mula membaca artikel-artikel mengenai emas di internet. Saya juga pernah menghadiri seminar pelaburan emas untuk mencari sumber maklumat yang betul. Sebenarnya pelaburan emas memang menguntungkan jika anda beli dan simpan dalam jangka masa yang panjang sekurang-kurangnya tiga atau empat tahun. Dalam masa yang singkat boleh berlaku keuntungan tetapi jarang-jarang dan selalunya rendah. tai pernah juga berlaku dalam masa dua bulan kenaikan sehingga 34%.

Setelah tertipu sekali, saya mula meneliti harga emas kijang Bank Negara Malaysia (Emas syiling ini boleh dijual beli di Maybank HQ dan cawangan utama negeri). Tanpa perlu egen, anda hanya perlu beli syiling 1oz (paling besar sebab makin besar untung semasa jual lebih tinggi) simpan dan rajin2 teliti harga emas kijang beberapa bulan sekali... Perhati sejarah dan harga kijang emas terkini di sini. Jika beza harga beli dan jual dah ada kenaikan anda boleh jual jika mahu... Nak terus simpan pun takpa lagi baik. cuma jangan lupa bayar zakat ya. 

Saya dah bandingkan dengan emas-emas syiling dan bar syarikat-syarikat lain EMAS KIJANG paling untung. Sebenarnya syiling dan bar emas UOB bank juga tinggi (rasanya lebih) cuma kawasan saya tiada UOB bank. Pada hari harga emas naik, kalau nak pergi jual tak dapat sebab kerja. Tak kan nak ambil cuti kot. Sebab Maybank ada di setiap negeri dan dekat dengan rumah. Saya amal membeli syilang kijang. Dah beberapa kali jual beli. Jual bila sekeping dah boleh untung RM200 ke atas. 

Cuma emas bar dan syiling ni nak kena simpan sendiri la. Berisiko hilang, dicuri atau kadang-kadang lupa tempat simpan. Kalau nak sewa deposit box kat bank mahal akhirnya jadi rugi balik. Satu lagi kalau kemek atau tercalar nilai emas semasa jual akan merosot. Jadi saya lebih memilih unntuk menyimpan dalam bentuk passbook iaitu kita beli emas dengan cara membuka akaun emas. So tiada masalah hilang dan sebagainya. Sebagai seorang muslim kita perlu pilih pula bank-bank yang menyediakan perkhidmatan ini yang mendapat SYARIAH COMPLIENT seperti Publi Goold, Bank Muamalat dan Maybank. Ada banyak syarikat-syarikat yang menawarkan pelaburan emas secara passbook ini. Namun setelah membandingkan kos-kos dan caj-caj pelbagai bagi saya public gold adalah yang terbaik. Ada juga syarikat-syarikat yang lain menggunakan nama Islam tapi bila disemak sumbernya daripada Non-Muslim juga. Faham-faham la kalau barang ambil dengan pihak lain harganya tentu mahal sikit. 

Syarikat ini sangat stabil dan antara yang awal di Malaysia. Klik sini untuk lihat laman syarikat publicgold. Passbook public bernama GAP akuan. 

Jika anda malas hendak teliti potensi emas di internet sendiri atau tiada masa... Jangan bimbang saya sudi share hasil analisis yag saya buat untuk anda belajar dan memahami pelaburan emas. Bila dah faham step paling penting ialah ambil tindakan mulalah melabur.... dengan GAP anda boleh melabur serendah RM10 sebulan... Emas anda akan dikumpul dalam bentuk gram. Sikit-sikt lama-lama jadi bukit. Nasihat saya kepada yang gred gaji besar tu belilah selalu. Kalau tidak duit gaji tak tau habis ke mana. Didik anak-anak menyimpan emas passbook.

Kami sekeluarga dah lama menyimpan dalam akaun GAP. Duit raya anak sejak dulu yang kami simpan sudah berganda-ganda... Bila dewasa pasti mereka terkejut kenapa RM yang mereka terima berbeza.... dengan yang mereka kumpul? 




Kembali ke INFO EMAS