Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Sunday, June 18, 2023

Inqilabiyyah: Kedudukan Ijtihad di Dalam Islam

Kedudukan Ijtihad di Dalam Islam

Bagaimana kedudukan ijtihad di dalam Islam? Banyak umat Islam yang belum menyedari bahawa peranan ijtihad juga penting di dalam Islam. Kedudukan ijtihad dapat dikatakan sejajar dengan hukum Islam lainnya, iaitu Al-quran dan sunnah.

Sangat penting adanya bagi umat muslim untuk memahami kedudukan ijtihad sebagai tambahan pengetahuan tentang islam. Agar tidak ada kesalahfahaman dalam mendalami ijtihad tersebut.

Menurut buku Islamology: Ijtihad, Maulana Muhammad Ali, 2011, bukan hanya umatnya, para ulama pun harus melakukan ijtihad dalam mencari penyelesaian permasalahan yang dihadapi umat Islam. Berbagai perbezaan mazhab yang kita ketahui saat ini adalah hasil dari ijtihad. Kita tahu tidak ada yang salah dari mazhab-mazhab tersebut karena itu semua merupakan hasil terbaik dari para mujtahid untuk menemukan hukum terbaik.

Dengan adanya ijtihad, diharapkan Islam mampu menjadi agama yang luas, dinamik, fleksibel sesuai dengan perubahan zaman.

 

Kedudukan Ijtihad dalam Hukum Islam

Kata “Ijtihad” berasal dari bahasa Arab, iaitu “Ijtihada Yajtahidu Ijtihadan” yang ertinya mengerahkan segala kemampuan dalam menanggung beban. Dengan kata lain, Ijtihad dilaksanakan saat ada pekerjaan yang sukar untuk dilakukan.

Fungsi ijtihad sendiri di dalam Islam adalah:

Fungsi ijtihad al-ruju’ (kembali):mengembalikan ajaran-ajaran Islam kepada al-Qur’an dan sunnah dari segala interpretasi yang kurang relevan.

Fungsi ijtihad al-ihya (kehidupan): menghidupkan kembali bagian-bagian dari nilai dan Islam semangat agar mampu menjawab tantangan zaman.

Fungsi ijtihad al-inabah (pembenahan): memenuhi ajaran-ajaran Islam yang telah di-ijtihadi oleh ulama terdahulu dan dimungkinkan adanya kesalahan menurut konteks zaman dan kondisi yang dihadapi.

Contoh ijtihad

1. Tentang penentuan 1 Syawal.

Para ulama berkumpul untuk berdiskusi mengeluarkan argumen masing-masing untuk menentukan 1 Syawal, juga penentuan awal Ramadhan. Masing-masing dari mereka memiliki dasar hukum dan cara dalam penghitungannya, bila telah ketemu kesepakatan ditentukanlah 1 Syawal itu.

2. Tentang bayi tabung.

Pada zaman Rasulullah SAW bayi tabung belum ada. Akhir akhir ini bayi tabung dijadikan solusi oleh orang yang memiliki masalah dengan kesuburan jadi dengan cara ini berharap dapat memenuhi pemecahan masalah agar dapat memperoleh keturunan.

Pada dasarnya Ijtihad berguna untuk membantu manusia dalam menemukan solusi hukum atas suatu masalah yang belum ada dalilnya di dalam Alquran dan hadis. Sedangkan tujuan Ijtihad adalah untuk memenuhi kebutuhan umat Islam dalam beribadah kepada Allah pada waktu dan tempat tertentu.

CIRI-CIRI ISLAM: 'ALAMIYYAH

'ALAMIYYAH (UNIVERSAL)

Definisi

Alamiyyah bermaksud sesuai untuk semua orang dan tempat. Islam sesuai untuk orang Arab, Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain kerana dakwah untuk semua manusia, tidak kira bangsa, warna kulit dan keturunan.. Ia bukan untuk segolongan atau satu bangsa tertentu sahaja. Ia sesuai di semua tempat sama ada di Kutub Selatan, Khatulistiwa dan sebagainya. Dengan kata lain ia sesuai di zaman Rasulullah dan juga sesuai di zaman teknologi moden yang serba canggih ini. Ajarannya sesuai hingga hari kiamat.

 

Nilai-nilai Islam bersifat sejagat dan menjamin hak asasi manusia. Islam juga meraikan kehendak dan keperluan manusia dalam beberapa perkara.

 

Jika kita mengertikan "Alamiyyah" dalam konteks Islam sebagai Islam yang bersifat sejagat, ini merujuk kepada pandangan bahawa Islam adalah agama yang relevan dan berlaku sesuai untuk semua umat manusia tanpa mengira kaum, budaya, atau latar belakang etnik mereka. Dalam pemahaman ini, Islam dianggap sebagai agama universal yang ditujukan untuk semua orang di seluruh dunia.

Ciri-ciri Universal Islam

Beberapa faktor yang menyokong konsep "Alamiyyah" atau universal Islam termasuk:

 

Al-Quran sebagai panduan universal: Al-Quran dianggap sebagai kitab suci yang diwahyukan oleh Allah untuk semua umat manusia. Isinya menrangkumi prinsip-prinsip, hukum-hukum, dan petunjuk yang dapat diterapkan oleh semua orang, tidak hanya untuk suatu kelompok atau komuniti tertentu.

 

Dakwah dan risalah para nabi: Dalam Islam, para nabi diutus oleh Allah kepada berbagai bangsa dan komuniti untuk menyampaikan mesej Allah. Setiap nabi memiliki misi untuk menyebarkan kebenaran agama dan membimbing manusia ke jalan yang benar. Dalam pandangan ini, Islam mengakui bahwa Allah telah mengutus nabi-nabi-Nya kepada berbagai bangsa dan suku di masa lalu.

 

Nilai-nilai universal: Islam mengajarkan nilai-nilai etika, keadilan, toleransi, persaudaraan, dan kebaikan yang dapat diterapkan oleh semua orang, tanpa menghiraukan latar belakang atau asal usul mereka. Islam mengajarkan pentingnya berbuat baik, membantu orang lain, menjaga hak asasi manusia, dan menjaga perdamaian di antara sesama manusia.

 

Tauhid (keyakinan kepada Allah Yang Maha Esa): Islam mengajarkan bahawa Allah adalah Tuhan yang tunggal dan menciptakan seluruh alam semesta. Keyakinan ini melampaui batasan budaya atau kaum tertentu dan menjadi panggilan universal untuk beribadah hanya kepada Allah.

 

Namun, penting untuk diingat bahawa walaupun Islam memiliki sifat sejagat, praktik keagamaan dan pelaksanaannya dapat berbeza-beza berdasarkan budaya, tradisi, dan konteks sosial masyarakat yang berbeza. Walaupun prinsip-prinsip Islam tetap sama, cara orang menghayati dan mengamalkannya dapat berbeza di pelbagai belahan dunia.

 

Dalam pandangan umat Islam, Islam sebagai agama sejagat menyerukan persatuan dan saling pengertian antara umat manusia.

CIRI-CIRI ISLAM : INQILABIYYAH

INQILABIYYAH (TRANFORMASI)

Definisi Inqilabiyyah

• Menurut Ahmad Fahmi (2018), inqilabiyyah berkaitan tranformasi atau perubahan dalam menegakkan Islam di atas keruntuhan jahilliyyah.

• Dalam menegakkan Islam atas keruntuhan jahilliyyah, lslam tidak boleh bercampur dengan jahilliyyah.

 

Konsep "inqilabiyyah" dalam Islam merujuk pada gagasan revolusi atau perubahan sosial yang mendasar yang dilakukan dengan tujuan menggulingkan pemerintahan yang dianggap zalim (jahiliyyah) atau tidak adil, dan menggantinya dengan sistem yang lebih baik sesuai dengan prinsip-prinsip Islam.

 

Dalam konteks sejarah, istilah inqilabiyyah sering kali dikaitkan dengan gerakan-gerakan politik yang berusaha untuk mendirikan negara Islam atau menerapkan hukum-hukum Islam secara menyeluruh. Gerakan-gerakan ini bisa mencakup kelompok-kelompok seperti Ikhwanul Muslimin di Mesir, Revolusi Iran tahun 1979, atau kelompok-kelompok militan seperti Taliban di Afghanistan.

 

Pandangan terhadap konsep inqilabiyyah dalam Islam tidaklah homogen di antara semua umat Muslim. Ada perbezaan pendapat dalam hal bagaimana dan bila inqilabiyyah harus dilakukan. Beberapa Muslim meyakini bahwa inqilabiyyah adalah langkah yang diperlukan ketika pemerintahan yang ada melanggar prinsip-prinsip Islam dan menindas umat Muslim. Mereka berpendapat bahwa perubahan secara revolusi diperbolehkan, bahkan diwajibkan, untuk memulihkan keadilan sosial sesuai dengan ajaran Islam.

 

Di sisi lain, ada juga umat Muslim yang lebih menganjurkan pendekatan perubahan dan peralihan secara terancang / perlahan-lahan dalam usaha untuk memperbaiki masyarakat dan pemerintahan. Mereka berpendapat bahwa inqilabiyyah yang berhubungan dengan kekerasan dan perubahan drastik tidak selalu menghasilkan apa yang diinginkan sebaliknya dapat menimbulkan kerosakan dan ketidakstabilan.

 

Penting untuk dinyatakan bahawa pentafsiran dan pendekatan terhadap inqilabiyyah adalah berbeza-beza di antara individu dan kelompok-kelompok Muslim. Pemahaman dan tindakan yang berkaitan dengan inqilabiyyah harus dilihat dalam konteks sejarah, politik, dan sosial yang relevan, serta selalu berpegang pada prinsip-prinsip keadilan, perdamaian, dan etika yang ditentukan oleh Islam.

 

Inqilabiyah boleh difahami sebagai tertegaknya Islam dengan runtuhnya jahiliyah. Hal ini memberi kita maksud bahawa maaruf yang perlu dilaksanakan selari dengan mungkar yang mesti dihapuskan, bukan sekadar kita mengajak orang kepada kebaikan dan pada masa yang sama tidak cuba menghapuskan kemungkaran yang semakin bermaharajalela.

 

Dengan kata lain, inqilabiyah ialah melaksanakan perubahan total iaitu dengan mencabut dan meruntuhkan jahiliyyah serta membangunkan atau menegakkan Islam di atas keruntuhan jahiliyyah itu. Mesti bersifat tajarrud, iaitu membebaskan diri daripada prinsip lain daripada Islam.

 

Menegakkan Islam atas keruntuhan jahiliyyah. Islam tidak boleh bercampur dengan Jahiliyyah. Islam juga tidak boleh ditempel-tempelkan. Sebagai contoh kita ingin menegakkan Islam lalu kita menganjurkan banyak aktiviti dan program berunsurkan islam tetapi dalam masa yang sama konsert, majlis tari-menari,  disko, kedai bar minuman keras, dan lain-lain lagi tempat bertentangan dengan syarak dari segi ihktilat (pergaulan bebas), dedah aurat dan lagha berlebihan sama naik maju dengan program dan aktiviti keagamaan. Wajarkah begitu?

 

Amar Ma'ruf Nahi Mungkar

Lantas kerana itulah Islam bergerak secara amar ma'ruf dan tak lengkap tanpa nahi mungkar (berpesan2 ke arah kebaikan dan menjauhi kemungkaran). Tidak dapat tidak amar ma'ruf mesti disusuli dengan nahi mungkar. Sebagai contoh, kita berusaha bersungguh2 untuk mengajak sahabat2 kita melakukan kebaikan dengan membuat aktiviti2 seperti ceramah, qiamillail dan sebagainya sedangkan dalam masa yang sama aktiviti2 membatasi syarak seperti konsert2, jom heboh, masalah2 ikhtilat berleluasa. Patutkah begitu? Jangan salah faham pula, saya tak kata aktiviti2 ceramah itu salah. Sebaliknya, aktiviti2 mengajak sahabat2 ke arah kebaikan ini harus disertai dengan kerahan menjauhi serta memboikot aktiviti2 melampaui syarak tersebut.

 

Abul -Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Umar bin Abdul-Aziz berkata: "Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menyiksa orang-orang umum kerana dosa-dosanya orang-orang yang tertentu tetapi apabila perbuatan dosa itu merahajalela dan terang-terangan kemudian tidak ada yang menegur, maka bererti semuanya sudah layak menerima hukuman."

 

Abu Hurairah r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): "Anjurkan lah kebaikan itu meskipun kamu belum dapat mengerjakannya dan cegahlah segala yang mungkar meskipun kamu belum menghentikannya."

 

Jahiliyyah dalam diri

Ayuh sahabat2 kita nilai diri masing-masing. Masih bersisa bakikah jahahiliyyah dalam diri? Lalu bagaimana hendak kita tegakkah Islam dalam pribadi bilamana Islam takkan teguh selagimana jahiliyyah tidak runtuh? -->persoalan untuk diri ini sendiri yang hendak dikongsikan bersama sahabat2 semua. Titik permulaan Islam adalah berpucuk dari diri kita sendiri. Andai pada diri sudah gagal untuk menegakkan Islam, bagaimana pula hendak ditegakkan Islam dalam masyarakat, negara dan dunia setelahnya. Ajaklah diri melakukan kebaikan, laranglah diri dari melakukan kemungkaran, kemudian beristiqamahlah dan bertwakkallah pada Allah swt. Teguh runtuh Islam adalah pada tangan kita sahabat2 sekalian.

 

“Dan mereka yang bejuang untuk menegakkan agama Kami, tentu akan Kami tunjuki ke jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah selalu bersama-sama dengan orang-orang yang berbuat baik.”

(Surah Al-’Ankabut: Ayat 69)

 

 

Jahiliyyah dulu vs Jahiliyyah kini

 

Dr. Yusuf al Qardhawi hafizahuLlah menyebut Jahiliyyah menurut istilah ialah: ‘perasaan sangsi atau ragu terhadap kebenaran Allah Taala’. Jahiliyyah tidaklah termaktub hanya pada zaman sebelum kedatangan Islam di Mekah sebagaimana selalunya disinonimkan kerana pada hakikatnya jahiliyyah kini lebih mencabar keadaannya. Kerana apa? kerana jahiliyyah kini adalah jahiliyyah setelah datangnya Islam, setelah tersebarnya Islam dan setelah begitu ramai penganut beragama Islam.

Mengikut pendapat As-Syahid Sayyid Qutb, beliau ada menempelkan perkataan jahiliyyah pada individu, penguasa dan juga masyarakat apabila mereka tidak mengikut tata cara hidup Islam. Mereka buta atau bodoh di sebabkan tidak nampak akan jalan sebenar yang Islam tunjukkan untuk memandu hidup manusia ke arah cahaya. Maka nampakkah sahabat-sahabat sekalian betapa tertegaknya jahiliyyah kini? dan betapa jahiliyyah itu didirikan atas keruntuhan Islam itu sendiri?