Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Monday, January 16, 2023

INGATAN DAN LUPAAN


DEFINISI INGATAN

Ingatan merupakan proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang telah dipelajari, dan kemudian mengeluarkannya kembali sebagai tindak balas dalam situasi yang diperlukan, seperti menyelesaikan masalah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya. Mengikut Atan Along (1968), ingatan boleh diertikan sebagai kebolehan seseorang dalam pemilihan dan penerimaan rangsangan sebagai maklumat dan pengalaman untuk disimpan dalam otaknya.

Fein (1978) mentafsirkan ingatan sebagai pemprosesan maklumat yang diterima dalam otaknya, menyimpan dan mengeluarkannya. Verno (1980) berpendapat ingatan merupakan bentuk menyimpan maklumat-maklumat yang bermakna untuk menjadi pengalaman pada masa depan. Kesimpulannya, ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpannya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan.

 

DEFINISI LUPAAN

Lupaan merupakan kesukaran untuk mengingat/ mengeluarkan kembali sesuatu pengalaman yg telah dialami. Lupaan juga boleh didefinisikan sebagai perubahan dalam persepsi atau pengamatan idea-idea yang telah dipelajari. “ Lupaan merupakan satu motif, iaitu perkara tertentu sahaja yang dilupai kerana ia tidak penting atau tidak berguna untuk seseorang individu “. Eric Erikson (1963)

 

JENIS-JENIS LUPAAN

Keusangan/ hilang kesan ingatan. Lupaan gangguan Lupaan terdesak.

i)                   KEUSANGAN

Otak akan akan melupai maklumat yg disimpan dlm ingatan jangka panjang kerana faktor keusangan. Keusangan berlaku apabila maklumat yg disimpan dalam ingatan jangka panjang digunakan / diingat kembali. Jika maklumat jangka panjang tidak diaktifkan ia mudah dilupai.

ii)                  LUPAAN GANGGUAN

Gangguan yg berlaku kepada maklumat yg tersimpan dalam ingatan jangka panjang. Contohnya, proses pembelajaran yg baru mengganggu proses pembelajaran yg lama. iii)

iii)                LUPAAN TERDESAK

Lupaan yg disebabkan oleh gangguan emosi individu yg mendesaknya untuk melupakan maklumat yg tersimpan dalam ingatan jangka panjang.

 

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN LUPAAN

Minat Perkara yg tidak diminati oleh pelajar akan mudah dilupai oleh mereka kerana mereka tidak memberi penumpuan 100% semasa guru mengajar. Mereka juga kurang berminat untuk melihat perkaitan bahan yg telah dipelajari dan ini boleh menyebabkan mereka lupa dengan mudah. Perasaan takut dan bimbang Pelajar yg berperasaan takut dan bimbang amat sukar utk mengingat kembali fakta yg diajar oleh guru. Guru yg garang dan tidak peramah juga akan menyebabkan keupayaan pelajar utk berfikir dan mengingati pelajaran terjejas. Peredaran masa Makin lama jarak di antara masa sesuatu bahan yg dipelajari dan diingat kembali, semakin kabur maklumat yg disimpan dalam ingatan jangka panjang pelajar.

Kesan ingatan (memory trace) beransur lemah, pengaburan berlaku dengan peredaran masa yg lama, maklumat tersebut akan hilang dari ingatan. Keusangan Persekitaran yg berubah akan menyebabkan kesukaran mengingat kembali peristiwa atau pengalaman lama yg berkaitang dengan dirinya. Maklumat lama yg disimpan dalam ingatan jangka panjang akan usang dan tidak sesuai digunakan di dalam persekitaran yg baru. Contohnya, Ahmad mempunyai pengalaman manis tentang kampungnya. Namun, selepas dia balik 25 tahun kemudian, dia mendapati kampungnya sudah berubah dengan pesat. Maklumat lama dalam ingatan jangka panjangnya sudah tidak boleh digunakan lagi/ Pengalaman yang pahit. Individu mengelakkan pengalaman yg pahit dengan menolak pengalaman pahit secara sengaja kepada bahagian otak tidak sedarnya kerana tidak mahu mengingatinya lagi.

Maklumat ini tersimpan kekal dalam ingatan tetapi tidak timbul ke paras otak sedar manusia. Ini merupakan satu cara helah bela diri manusia untuk menyesuaikan diri kepada persekitarannya. Masa yg tidak cukup untuk mengingat Jika guru meminta jawapan dengan segera, maka pelajar tidak dapat menjawab soalan dengan betul. Ini kerana pelajar berasa tertekan dan otak memerlukan masa yg cukup ingat kembali sesuatu fakta. Aras keyakinan. Aras keyakinan yg tinggi memudahkan proses ingatan manakala aras keyakinan yg rendah memudahkan proses lupaan. Contohnya, guru yg berkeyakinan dalam menyampaikan isi pengajarannya akan melancarkan proses p&p. Kekurangan kejelikitan kpd ingatan. Maklumat baru tidak dapat diintegrasikan ke dalam struktur kognitif dengan baik kerana penerangan guru kurang baik dan kefahaman pelajar adalah rendah. Maklumat baru ini tidak dapat dikaitkan dengan baik kepada pengetahuan sedia ada pelajar.

Oleh itu, konsep-konsep yg diajar guru perlulah dikategorikan secara berkesan untuk menentukan kejelikitan kepada ingatan. Gangguan proaktif & gangguan retroaktif Gangguan proaktif berlaku apabila pembelajaran lama mengganggu pembelajaran baru. Gangguan retroaktif pula berlaku apabila pembelajaran lama masih tidak difahami dengan baik namun guru telah mengajar pembelajaran yang baru. Terlalu banyak maklumat yg perlu diingati. Pelajar akan menghadapi kesukaran untuk mengingat jika terlalu banyak maklumat yg perlu diingati.Ini biasa berlaku semasa musim peperiksaan apabila terlalu banyak fakta/ isi pembelajaran yg perlu diingati.Fikiran akan buntu dan tertekan dan akan menyebabkan lupaan.

 

CARA-CARA MENINGKATKAN INGATAN

i)                   Belajar berlebihan Kajian menunjukkan bahawa ingatan kekal lebih lama dan proses ingat kembali menjadi lebih mudah apabila sesuatu bahan itu dipelajari secara berlebihan sehingga dikuasai sepenuhnya. Guru patut galakkan pelajar supaya belajar dengan berlebihan terutama dalam perkara yang pelajar mendapati sukar.

ii)                  Pemahaman Guru perlu menekankan tentang pemahaman konsep dan bukan menumpukan kepada ulangan fakta. Apabila pelajar belajar dengan pemahaman mengikut kategori, mereka akan belajar maklumat baru dengan cepat dan cekap. Mengajar untuk kefahaman memerlukan bahan yang bermakna. Sebagai contoh : murid diberi angka berikut untuk diingat: 100816449362516941 Oleh kerana angka di atas melebihi had untuk disimpan dalam ingatan jangka pendek adalah sukar untuk mengingat kembali semua angka tersebut. Dengan kefahaman ia merupakan satu tugas yang mudah. Sebenarnya angka-angka di atas merupakan kuasa dua untuk angka dari 10 hingga 1.

iii)                Mengaitkan bahan baru kepada yang sedia ada Guru patut berusaha untuk mengaitkan perkara-perkara baru yang diajar kepada pembelajaran yang sudah diterima. Apabila bahan baru dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid, pengajaran menjadi lebih berkesan. Pelajar perlu diingatkan tentang perkaitan antara pembelajaran baru dengan yang lama dalam bentuk kategori. Dengan itu maka maklumat baru akan disimpan dalam kategori tertentu yang teratur dan memudahkan proses ingat kembali.

iv)                 Mengajar dengan menggunakan bahan pembelajaran yang bermakna supaya lebih mudah diingati oleh murid. Guru boleh menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai untuk meningkatkan kefahaman mereka, seterusnya membentuk konsep yang betul.

v)                  Iklim pembelajaran yang kondusif. Membentuk iklim pembelajaran yang kondusif supaya emosi pelajar adalah tenteram sebelum aktiviti pembelajaran dimulakan. Emosi pelajar yang cemas akan gagal memperoleh keberkesanan hasil pembelajaran, dan seterusnya mengurangkan kuantiti ingatan.

vi)                 Mengajar secara menarik untuk menangkap perhatian pelajar. Gunakan teknik motivasi yang sesuai supaya pelajar berasa seronok semasa pembelajaran. Menggalakkan pelajar dengan memberi ganjaran dan elakkan hukuman yang akan membunuh semangat pelajar serta mengurangkan ingatan mereka.

 

KESIMPULAN Ingatan dan lupaan merupakan dua perkara penting yang berkaitan dengan pembelajaran. Dalam pemprosesan maklumat manusia belajar tentang banyak perkara tetapi pada masa yang sama apa yang dipelajari itusebahagian sahaja yang boleh diingat manakala bahagian yang lebih banyak melalui proses lupaan. Sebagai guru adalah penting mengambil langkah-langkah tertentu supaya murid-muridnya dapat meningkatkan ingatan dan mengurangkan lupaan semasa menjalani proses pembelajaran.


Sunday, January 8, 2023

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN ABAD KE-21 

Thomas Friedman dalam bukunya The World Is Flat: A Brief History of the Twenty-First Century, menyatakan pendidikan turut memainkan peranan penting dan menjadi kunci utama kepada kejayaan ekonomi dan kelestarian dunia dalam abad ke-21 ini. Alvin Toffler pula dalam bukunya Power Shift: Knowledge, Wealth and Power at the Edge of the 21st Century menyatakan bahawa 'the illiterate of the 21st century are not those that cannot read or write, but those that cannot learn, unlearn and relearn.

 

Ciri-ciri Pembelajaran Abad Ke-21 Semua pihak perlu memainkan peranan. Dalam memastikan keberhasilan dan kemenjadian murid berlaku secara aktif agar tercapai 6 aspirasi abad ke-21 iaitu berpengetahuan, mempunyai kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, memiliki etika dan kerohanian serta mempunyai identiti nasional yang diperlukan oleh murid untuk bersaing di peringkat global. Keberkesanan pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 berkait rapat dengan kefahaman guru terhadap ciri-ciri pembelajaran abad ke-21, reka bentuk bilik dan kesediaan guru sebagai orang yang akan memimpin proses pembelajaran. Penulisan ini menerangkan ciri-ciri pembelajaran abad ke-21, bagi membolehkan guru membuat refleksi dan membuat persiapan untuk merealisasikan konsep pembelajaran abad ke-21 dengan jayanya. 

 

1) Pembelajaran berasaskan murid 

Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya pembelajaran mengambil kira keperluan dan kepelbagaian murid (Draves & Julie, 2011). Murid haruslah belajar melalui pelbagai aktiviti, kaedah pembelajaran, berdasarkan kecenderungan dan minat yang bersesuaian dengan murid itu sendiri. Murid aktif belajar dan guru sebagai pembimbing pembelajaran. Sebelum pelaksanaan pembelajaran guru perlu mengenali diri murid, iaitu:

- Tahap kecerdasan (tinggi, sederhana dan rendah)

- Tahap kematangan murid

- Kecerdasan pelbagai (multiple intelligence)

- Gaya pembelajaran murid (visual, fizikal, audiotori, verbal, logikal, sosial dan individual).

 

Aktiviti pembelajaran haruslah bersesuaian dengan tahap kecerdasan, tahap kematangan murid, kecenderungan, kecerdasan pelbagai dan gaya pembelajaran murid. Contoh:

 

i.                 Murid yang cenderung pada visual, guru perlu menyediakan bahan pembelajaran berbentuk grafik yang menyokong pembelajaran.

ii.               Murid yang cenderung pada aktiviti fizikal, perlu dilibatkan dalam aktiviti seperti aktiviti hands-on dan eksperimen 

 

2) Pembelajaran Kolaboratif 

Pembelajaran kolaboratif adalah situasi dua atau lebih manusia belajar bersama-sama (Bruffee, 1993). Kolaboratif melibatkan perkongsian maklumat kemahiran dan idea untuk kemajuan bersama (Dillenbourgh,1999). Dalam bilik darjah kolaboratif boleh berlaku dalam dua keadaan:

 

i.                 Kolaboratif berlaku antara murid dengan guru: Guru dan murid berkongsi pendapat, menentukan aktiviti dan membuat keputusan yang akan dilaksanakan.

ii.             Kolaboratif antara murid: Murid belajar bersama-sama secara aktif, saling membantu untuk mencapai objektif pembelajaran.

iii.              Kolaboratif guru dengan murid dalam pembelajaran

iv.              Kolaboratif murid dengan murid dalam pembelajaran

v.               Kolaboratif juga boleh berlaku di luar bilik darjah dalam pelbagai bentuk. Contohnya sekolah atau murid yang mempunyai kemudahan ICT yang baik di rumah boleh melibatkan diri dalam kolaborasi secara dalam talian.

vi.       KOlaboratif dengan murid di tempat lain atau dengan orang lain seperti perbincangan, berkongsi maklumat atau meminta bantuan kepakaran secara dalam talian.

 

3) Kemahiran 

Pembelajaran yang berkesan membolehkan murid menguasai kemahiran yang dipelajari dan mengaplikasikannya dengan efisen (Colin, Brown & Newman, 1989). Kemahiran boleh ditunjukkan oleh hasil kerja murid yang boleh diukur atau diperhatikan. Contoh:

 

i.                 Murid yang mempelajari teknik menulis akan dapat menulis dengan tulisan yang kemas dan bentuk yang tepat

ii.               Murid yang mempelajari langkah-langkah menjalankan eksperimen akan dapat menjalankan eksperimen dengan betul dan selamat.

iii.              Murid mempelajari teknik melukis graf akan dapat melukis graf yang betul dan kemas.

iv.              Murid mempelajari kemahiran berbahasa dan dapat menulis serta bertutur dengan tata bahasa yang betul

 

 

4) Pembelajaran adalah proses 

Pembelajaran adalah proses adaptasi antara pengetahuan diperolehi melalui transformasi pengalaman seseorang (Kolb,1984). Pengalaman dan aktiviti yang dilakukan oleh murid adalah sebahagian daripada proses pembelajaran. Semasa belajar:

 

i.       Murid melakukan pelbagai aktiviti konstruktif seperti berbincang, mengumpul maklumat, menganalisis dan membuat kesimpulan di bawah bimbingan guru.

ii.   Guru dan murid membuat refleksi terhadap proses pembelajaran. Refleksi membolehkan guru dan murid menilai hasil pembelajaran mereka dan menerangkan pelbagai kemahiran lain yang di pelajari semasa melakukan aktiviti pembelajaran. 

 

5) Pemikiran aras tinggi 

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (KPM, 2013). Pemikiran aras tinggi melibatkan empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu: 

- Mencipta, 

- Menilai,

- Menganalisis dan 

- Mengaplikasi. 

Pemikiran aras tinggi berkait rapat dengan pemikiran kreatif dan kritis yang perlu dikuasai oleh murid dalam pendidikan abad ke-21. Pengintegrasian KBAT, pemikiran kreatif dan kritis boleh dilakukan dalam beberapa kaedah. Antaranya:

 

i.                 Penyelesaian masalah

ii.               Penyoalan yang melibatkan pemikiran aras tinggi

iii.              Pelaksanaan projek

iv.              Integrasi i-think dalam proses pembelajaran

 

Rajah di bawah menunjukkan Kemahiran aras tinggi dan rendah dalam Taksonomi Bloom. 

 


6) Praktikal 

Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya teori yang berbentuk abstrak boleh dipelajari oleh murid secara praktikal dan kontekstual (Abell & Lederman, 2007). Guru harus membimbing murid supaya dapat:


i.                 Mengaitkan teori dengan amali

ii.               Belajar melalui pelbagai aktiviti konstruktif

iii.              Mengaplikasi teori secara praktikal

iv.              Menjalani pembelajaran secara kontekstual

 

Antara strategi pembelajaran yang boleh dijalankan ialah:

- Inkuiri penemuan

- Projek

- Penyelesaian masalah

- Kerja lapangan

- Eksperimen

- Simulasi

- Main peranan

- Aktiviti hands- on 

 

7) Kemahiran untuk kehidupan 

Pembelajaran tidak terbatas kepada penguasaaan isi kandungan kurikulum sahaja tetapi melibatkan penguasaan pelbagai kemahiran untuk kehidupan (Draves & Coates, 2011). Kemahiran yang dipelajari di sekolah seharusnya meningkatkan kemahiran murid menjalani dan menguruskan kehidupan mereka dengan lebih berkesan. Oleh itu, aktiviti pembelajaran haruslah:

 

i.                 sentiasa releven dengan perkembangan terkini.

ii.               melibatkan integrasi kecerdasan pelbagai (multiple intelligence).

iii.           membolehkan kemahiran yang dipelajari boleh diaplikasikan dalam kehidupan murid.

iv.              menggunakan maklumat, sumber pembelajaran, peralatan dan teknologi terkini.

 

Pendidikan berkualiti menghasilkan murid yang kreatif, kritis, inovatif dan dapat mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka. 

 

8) Berkumpulan 

Pembelajaran berkumpulan melibatkan sekumpulan murid-murid belajar danmenyelesaikan tugasan bersama-sama (Muijs & Reynolds, 2011). Pembelajaran berkumpulan memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan kemahiran interpersonal, berkomunikasi penyelesaianmasalah, kemahiran berfikir dan menilai kekuatan serta kelemahan mereka (Amstrong,2012; O’Donnell, 2006).

Terdapat pelbagai kaedah pembelajaran berkumpulan yang boleh diaplikasikan. Antaranya termasuklah pembelajaran koperatif. Terdapat beberapa teknik pembelajaran koperatif yang boleh dijalankan. Antaranya ialah:

-        - Jigsaw,

-       -  Think-Pair-Share,

-       -  Round Robin,

-        - Numbered Heads dan sebagainya. 

  

9) Komuniti 

Sekolah adalah satu komuniti kecil tempat murid belajar pelbagai pengetahuan dan kemahiran melalui interaksi murid dengan rakan, guru dan warga sekolah. Seterusnya sekolah perlu membina jaringan kerjasama dengan komuniti setempat, sektor awam dan sektor swasta dalam pembelajaran murid.

Terdapat beberapa bentuk kerjasama pihak sekolah dengan masyarakat setempat. Untuk meningkatkan kualiti pendidikan, antaranya:

 

i.                 Sumbangan kepakaran golongan profesional dalam masyarakat setempat kepada sekolah

ii.               Program sekolah angkat atau kerjasama sektor awam,sektor swasta dan persatuan bukan kerajaan 

 

10) Pentaksiran formatif 

Pentaksiran formatif adalah pentaksiran yang dijalankan untuk mendapat maklumat pencapaian murid, pengetahuan dan kemahiran, maklumat yang diperoleh digunakan untuk memberi maklum balas kepada murid, membuat pemulihan dan menambah baik pembelajaran (Muijs & Reynolds, 2011).

Ciri-ciri pentaksiran formatif:

i.                 Maklumat yang diperoleh daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus.

ii.               Dijalankan sepanjang pembelajaran berlangsung.

 Contoh instrumen:

-  Latihan,

-  sesi soal jawab,

-  kuiz,

-  hasil kerja murid,

-  pembentangan dan

- pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). 

 

 11) Belajar untuk kehidupan 

Pendidikan di Malaysia adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan membangunkan insan secara menyeluruh dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek untuk menjadi manusia yang sejahtera dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Pembelajaran seharusnya tidak difokuskan hanya kepada pencapaian akademik tetapi merupakan proses pembangunan insan secara menyeluruh.

 Pembelajaran di sekolah harus menyediakan murid untuk:

i.                 kerjaya dan masa depan mereka

ii.               generasi bagi kemajuan negara. Aktiviti pembelajaran perlu berteraskan falsafah pendidikan negara dan mengintegrasikan elemen-elemen kemahiran abad ke-21 (kreatif, kritis, komunikasi dan kolaboratif).

Sunday, November 13, 2022

Soal Jawab Tentang Wasiat

SOAL JAWAB TENTANG WASIAT.

Mari kita hadamkan

 

Q1 : Apa jenis harta yang boleh diwasiatkan?

A : Semua harta yang menjadi milikan pewasiat boleh diwasiatkan.

 

Harta juga terbahagi kepada 2 jenis, iaitu harta tak alih dan harta alih.

1. Harta tak alih seperti :

• tanah

• rumah

• sawah

• bangunan

• atau semua yang melekat pada tanah

 

2. Harta alih, adalah harta selain daripada harta tak alih seperti:

• Duit (saving / current) dalam bank

• Tabung Haji

• KSWP

• ASB

• Unit amanah

• Syer

• Kereta / motorsikal

• Barang kemas

 

Q2 : Adakah terdapat harta yang tidak disenaraikan sebagai harta pusaka?

• Pencen

• Harta yang dipinjam

• Harta yang telah dihibah

• Harta yang telah diwakafkan

• Bayaran di bawah Akta Keselamatan Social Pekerja 1969 Perkeso

• Pemberian oleh orang-orang yang menziarahi si mati

• Duit pampasan atau gratuiti

• Harta yang telah diberi atau dijual kepada orang lain

 

Q3 : Apakah perkara-perkara yang perlu dilaksanakan selepas arwah meninggal?

A : Flow pengurusan harta pusaka gini.

• Pertama belanja menguruskan jenazah

• ke-2 Menjelaskan hutang simati

• ke-3 Buat tuntutan harta sepencarian

• ke-4 Laksana wasiat si mati (jika ada)

• ke-5 Bahagikan harta pusaka mengikut faraid kepada waris-waris

 

Q4 : Apa itu Faraid, Hibah, Wasiat

A : Faraid adalah pembahagian harta yang telah ditetapkan oleh Allah SWT melalui surah An-Nisa (4), ayat 11, 12 dan 176.

 

Hibah adalah pemberian kasih sayang oleh pemberi kepada sesiapa tanpa mengharapkan apa-apa balasan pada masa hidupnya.

 

Wasiat adalah pesanan yang kita tinggalkan bagaimana harta yang kita miliki diuruskan selepas kita mati.

 

Q5 : Saya nie perlu buat wasiat atau hibah? Sebab ramai orang kempen hibah, saya agak keliru.

A : Ia bergantung kepada kondisi anda. Jika anda dalam kategori di bawah, maka hibah digalakkan.

 

Contohnya:

• Ada anak perempuan sahaja

• Ada anak perempuan yang sedikit berbanding anak lelaki

• Tiada waris ashabul furud (waris yang dekat)

• Ada anak yang ingin diberikan harta secara sama rata pada masa hidup

 

Wasiat pula digalakkan jika anda berada dalam kategori berikut:

Contohnya:

• Ada anak angkat / anak tiri.

• Pasangan yang tiada anak.

• Individu yang belum berkahwin.

• Individu yang berpoligami.

• Mualaf yang ingin berikan harta kepada keluarganya yang belum Islam.

• Membeli harta secara bersama.

• Individu yang ingin berikan hartanya kepada sesiapa yang diingini.

• Ahli perniagaan.

• Jemaah haji.

• Individu yang berkahwin semula.

 

Q6 : Apa beza wasiat dan hibah?

A : Wasiat dilaksanakan selepas anda mati, hibah dilaksanakan semasa hidup.

 

Q7 : Saya ada banyak harta yang masih berhutang bagaimana?

A : Boleh, tiada masalah. Nyatakan dalam wasiat kerana hutang akan dilangsaikan dahulu sebelum wasiat dilaksanakan nanti.

 

Q8 : Saya banyak hutang daripada harta, adakah perlu buat wasiat?

A : Sangat digalakkan, berwasiat dengan harta yang sedia ada dan berwasiat supaya ahli waris menyelesaikan hutang terlebih dahulu.

 

Hutang ini perlu dijelaskan kerana impaknya ke atas anda di akhirat kelak. Sepertimana Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Roh seseorang mukmin itu akan tergantung-gantung di akhirat kelak, hingga dia melunaskan hutangnya”.

 

Q9 : Apa itu wasiat?

A : Wasiat adalah iqrar, pesanan atau arahan oleh pemilik harta secara lisan atau bertulis bagi menguruskan harta miliknya selepas dia mati.

 

Q10 : Kepada siapa saya boleh wasiatkan harta?

A : Kepada bukan waris seperti anak angkat, anak tiri, orang yang terhalang dari terima pusaka kita, masjid, surau, rumah anak yatim, maahad tahfiz dan seumpamanya.

 

Q11 : Kalau nak wasiat kepada waris juga boleh ke?

A : Kalau nak wasiat kepada waris juga, perlu mendapat persetujuan dari waris-waris yang lain sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Rasulullah saw pernah bersabda “Tidak harus wasiat kepada waris kecuali diizinkan oleh waris yang lain”. Bermakna, jika ada persetujuan waris tiada masalah.

 

Q12 : Adakah wasiat boleh dilaksanakan melebihi 1/3 daripada jumlah harta?

A : Tidak boleh kerana baki 2/3 itu adalah hak waris yang tidak boleh diketepikan. Sebagaimana hadis daripada Saad bin Abi Waqas yang telah menemui Rasulullah dan bertanyakan yang beliau ingin mewakafkan semua hartanya, Rasulullah menjawab tidak boleh. Kemudian beliau berkata lagi jika setengah, Rasulullah menjawab tidak. Kemudian beliau berkata lagi satu pertiga, Rasulullah menjawab, satu pertiga itu sudah banyak. Rasulullah menyatakan lagi, engkau meninggalkan waris-waris engkau dalam keadaan mempunyai harta adalah lebih baik dari meminta-minta dari orang lain.

 

Q13 : Adakah anak angkat dan anak luar nikah layak menerima harta pusaka?

A : Anak angkat bukan nasab kepada si mati dan tidak layak menerima harta pusaka. Anak luar nikah hanya nasab kepada ibunya sahaja dan layak mendapat harta pusaka ibu sahaja.

 

Tetapi sekiranya wasiat dibuat, anak angkat dan anak luar nikah boleh mendapat wasiat pada kadar tak melebihi 1/3 harta.

 

Q14 : Boleh buat wasiat sama rata ke?

A : Tidak boleh kerana wasiat adalah pesanan pemberian untuk bukan waris. Tetapi sekiranya wasiat tersebut ditujukan kepada waris dan pesanan pembahagian secara sama rata ia perlu mendapat persetujuan dari waris-waris semasa dilaksanakan nanti.

 

Q15 : Saya mualaf, boleh wasiat kepada ibubapa saya yang bukan islam?

A : Boleh, tiada masalah. Asalkan tidak melebihi 1/3 daripada jumlah harta. Jika lebih 1/3 ia perlu mendapat keizinan dari waris-waris yang lain.

 

Q16 : Saya nak pergi haji / umrah. Boleh buat wasiat ke?

A : Wajib buat kerana musafir dalam tempoh yang lama dan meninggalkan waris-waris. Hmmmm…Tapi tak semestinya nak pergi haji / umrah baru nak buat. Mati ni tak kira muda tua.

 

Q17 : Adakah wasiat boleh dibatalkan?

A : Benar, jika pewasiat masih hidup dia boleh mengubah isi kandungan wasiat mengikut apa yang dikehendaki.

 

Q18 : Adakah wasiat boleh dicabar?

A : Wasiat boleh dicabar di Mahkamah Syariah jika wasiat itu kepada waris dan melebihi dari 1/3 harta dan tidak dipersetujui oleh waris-waris. Ataupun, wasiat juga boleh dicabar jika wasiat itu hanya secara lisan, tiada saksi atau kandungan wasiat diragui seperti direka-reka oleh benefisiari.

 

Q19 : Adakah mereka yang berhak menerima bahagian faraid boleh menolak bahagiannya?

A : Boleh. Tiada masalah. Ramai sahaja yang menolak bahagian mereka bagi menjaga kebajikan anak-anak saudara.

 

Q20 : Saya bukan ada harta pon nak wasiat.

A : Duit dalam bank tu ape? KWSP takde ke? Sekarang ni orang bergaduh disebabkan moto kapcai saje. Sebab periuk belanga.. benda yang kita fikir tak masuk akal. Tapi itulah yang berlaku..

 

Ada sikit atau banyak, buat lah wasiat supaya tiada masalah di kemudian hari. Berwasiat adalah untuk memudahkan urusan pengurusan harta di kemudian hari.

 

Q21 : Saya tidak mahu berwasiat, salah ke?

A : Tidak salah, tetapi akan menjadi rumit apabila waris faraid meninggal seorang demi seorang. Maka ia akan terjadi waris yang berlapis-lapis. Kemungkinan besar pula hutang si mati juga tidak dijelaskan. Masalah akan semakin rumit apabila tiada siapa yang akan buat tuntutan harta pusaka si mati ditambah lagi dengan dokumen pula hilang.

 

Q22 : Jika saya tukar semua harta atas nama isteri, boleh tak? Saya tak nak buat wasiat.

A : Boleh, tetapi tidak disarankan. Jika tuan mati dulu ok la. Jika isteri mati dulu macam mana? Ada buat hitam putih menyatakan harta tuan akan diserah kembali kepada tuan? Jika adik-beradik isteri claim harta itu adalah milik isteri tuan, bagaimana?

 

Susah naik turun mahkamah nie. Mudah dengan wasiat. Hak akan diserahkan selepas tuan mati. Kenapa nak susahkan diri tuan?

 

Q23 : Saya tidak mahu buat berwasiat, nak lantik isteri jadi pentadbir.

A : Boleh, tetapi anda telah bebankan isteri untuk laksanakan semua urusan selepas mati. Kasihanilah isteri anda, beliau baru kehilangan anda. Dah nak fikir pasal harta pula, anak-anak lagi, bisnes lagi. Cukup-cukup le tu, biarlah wasi yang dilantik je uruskan harta anda.

 

Q24 : Adakah pentadbir (pemegang amanah) boleh menyeleweng atau pecah amanah?

A : Banyak berlaku. Harta yang dijual tetapi bahagian faraid tidak diberikan kepada mereka yang berhak. Sebab itu sebaiknya lantiklah badan berautoriti seperti Majlis Agama Islam Selangor sebagai pentadbir bagi melancarkan segala urusan harta pusaka.

 

Q25 : Adakah penama adalah pemilik harta?

A : Tidak, hanya pentadbir bagi harta pusaka Islam. Sila rujuk rajah di bawah, baca yang dalam kotak merah.

 

Orang Islam yang dinamakan sebagai penama oleh si mati dalam apa-apa skim simpanan wang dalam mana-mana Kumpulan Wang Simpanan, insurans, tabung lembaga, syarikat kerjasama, koperasi atau institusi kewangan ialah wasi kepada si mati dan hendaklah pembahagian harta peninggalan si mati kepada waris yang berhak mengikut pembahagian faraid.

 

Q26 : Adakah orang bukan Islam boleh buat?

A : Bagi bukan Islam boleh berurusan dengan Amanahraya. Bagi yang beragama Islam boleh rujuk kepada Majlis Agama Negeri atau syarikat swasta yang berdaftar.

 

Q27 : Jika saya tidak mahu wasiatkan semua harta yang ada penama seperti KWSP / Takaful / Tabung Haji / Koperasi dan seumpamanya, boleh ke?

A : Boleh, penama adalah pentadbir (wasi) bagi harta pusaka islam. Jika tak buat wasiat ia akan jatuh kepada faraid. Tugas penama nanti mengagihkan harta mengikut faraid.

 

Q28 : Jika suami saya mati, harta pusaka belum diuruskan. Bolehkah saya guna duit arwah untuk perbelanjaan anak-anak sekolah?

A: Boleh setakat keperluan sahaja, namun urusan pembahagian harta pusaka perlu segera dilaksanakan supaya dapat mengelakkan anda termakan bahagian harta anak yatim, walaupun anak-anak anda sendiri.

 

Q29 : Boleh tak guna duit arwah untuk buat kenduri?

A : Tak boleh kerana mengadakan kenduri adalah tidak termasuk dalam hak-hak berkaitan dengan si mati yang wajib ditunaikan.

 

Q30 : Bolehkah saya ambil duit arwah suami dalam bank? Saya tahu no pin atm.

A : Boleh setakat keperluan sahaja, namun urusan pembahagian harta pusaka perlu segera dilaksanakan supaya dapat mengelakkan anda termakan bahagian harta anak yatim, walaupun anak-anak anda sendiri.

 

Jika duit syarikat, jika waris tu salah seorang board of director boleh keluarkan. Tiada masalah.

Q31 : Jika akaun bersama (suami isteri) bagaimana pula? Adakah akan dibekukan secara total jika suami mati, termasuk duit saya?

A : Akan dibekukan juga. Melainkan ada perintah hibah jika hibah berlaku.

 

Q32 : Saya ibu tunggal nak buat wasiat kepada 4 orang anak lelaki saya. Bagaimana caranya?

A : Boleh, tiada masalah. Sediakan dokumen yang dinyatakan dalam soalan lazim ini. Kemudian set appointment, kita jumpa pada waktu yang puan berkelapangan.

 

Q33 : Saya seorang balu anak masih kecil bawah 18 tahun. Bolehkah tuan uruskan?

A: Puan boleh membuat wasiat dengan melantik wasi sebagai pentadbir harta bagi anak ataupun puan menyatakan dalam wasiat dengan melantik sesiapa yang dipercayai. Walaubagaimanapon, ia akan tertakluk kepada keputusan mahkamah syariah.

 

Q34 : Apa yang akan terjadi jika saya tidak melantik pentadbir bagi harta saya bagi anak bawah 18 tahun?

A : Harta anda akan dipegang oleh Amanah Raya. Dalam wasiat anda boleh nyatakan siapa penjaga anak-anak dan melantik pentadbir bagi harta. Jadi mereka boleh menggunakan harta yang ditinggalkan untuk mengurus anak anda kelak.

 

Q35 : Jika saya jual harta yang diwasiatkan bagaimana?

A : Ia akan terkeluar daripada pembahagian harta pusaka secara automatik. Yang penting harta itu milik anda, bukan anda jual milik orang lain sudah ler.

 

Q36 : Adakah wasiat secara lisan perlu mendapatkan pengesahan daripada mahkamah syariah?

A : Ya, benar. Mahkamah syariah akan mengeluarkan perintah pengesahan wasiat bagi menguatkuasakan wasiat tersebut.

 

Q37 : Adakah wasiat itu penting?

A : Ya, sangat penting kerana :

1. Mempercepatkan proses surat kuasa pusaka.

2. Mengelakkan persengketaan waris.

3. Melindungi kebajikan masa depan anak-anak.

4. Isteri mendapat hak yang sewajarnya.

5. Memastikan harta diagihkan mengikut hasrat.

6. Tanpa perlu menghadapi kerenah birokrasi.

 

Q38 : Kenapa ramai orang Islam tidak berwasiat?

A : Kurang pendedahan kepada kepentingan wasiat dan sering sekali menganggap tiada harta yang ingin diwasiatkan.

 

Q39 : Apakah kesan tidak berwasiat?

A : Tiada kebajikan dibuat oleh si mati dan berkemungkinan harta pusaka sukar diurus sekiranya tiada waris yang ingin mengambil inisiatif.

 

Q40 : Apakah sebab utama harta umat Islam beku begitu banyak sekali?

A : Banyak, antaranya:

1. Waris tidak tahu proses tuntutan harta pusaka.

2. Kos proses tuntutan harta pusaka mahal.

3. Waris tidak tahu hukum faraid.

4. Proses tuntutan harta pusaka memakan masa yang panjang.

5. Waris tidak melantik pentadbir untuk uruskan harta pusaka.

 

Q41 : Siapakah yang perlu berwasiat?

A : Semua orang perlu buat wasiat jika mereka:

1. Orang yang berharta

2. Orang yang mempunyai anak angkat

3. Orang yang tiada waris

4. Orang yang tidak berkahwin

5. Orang yang berhutang

6. Muallaf

 

Q42 : Jika saya tidak mahu membuat wasiat boleh tak?

A : Boleh sahaja jika anda ingin jadikan harta pusaka anda beku? Silakan… 5 tahun belum tentu selesai pengurusan harta pusaka anda, percayalah..

 

Q43 : Okey, saya dah buat wasiat. Jika dah mati, berapa lama proses urusan pusaka?

A : Lebih kurang 3 bulan sahaja.

 

Q44 : Bagaimana pihak wasi tahu saya mati ke belum?

A : Itu tugas waris memaklumkan pada wasi yang dilantik. Sebab itu dalam borang wasiat tersebut ada maklumat orang yang boleh dihubungi. Sebagai pewasiat, anda perlu memaklumkan kepada mereka yang anda telah membuat wasiat dengan wasi yang dilantik. Jika berlaku kematian, orang yang boleh dihubungi itu boleh memaklumkan kepada wasi.

 

Q45 : Jika suami koma boleh buat wasiat ke?

A : Tidak boleh sebab dia tidak waras fikiran dan tidak baik ingatan.

 

Q46 : Jika suami sudah hilang upaya masih boleh berwasiat?

A : Boleh, asalkan dia waras fikiran, baik ingatan, tidak dipaksa dan memahami wasiat yang dibuat.

 

Q47 : Saya nak buat wasiat, apakah maklumat yang diperlukan?

A : Tahniah, sediakan maklumat seperti berikut.

STEP 1 – Sediakan 3 salinan ic anda (pewasiat)

 

STEP 2 – Sediakan 3 salinan ic waris (penerima harta)

 

STEP 3 – Sediakan 3 salinan maklumat harta benda anda. (Bukti menunjukkan harta tersebut adalah milik anda)

3.1 Rumah / tanah – 3 salinan snp atau geran atau sebarang maklumat jual beli

3.2 Kereta / moto – 3 salinan geran

3.3 Kwsp / bank / asb / tabung haji / takaful / insurans / koperasi / barang kemas – 3 salinan penyata yg mengandungi no akaun, nama dan ic. (Berapa nilai atau baki tak perlu, sebab wasi akan mula mengakses harta anda selepas mendapat geran probet dari mahkamah).

Contoh:

 

STEP 4 – [Penting] Sila putuskan bagaimana harta nak diagihkan.

Contoh : Rumah

 

STEP 5 – Senaraikan hutang kita kepada orang.

 

STEP 6 – Senaraikan orang yang berhutang pada kita.

 

Q48 : STEP 4 – [Penting] Sila putuskan bagaimana harta nak diagihkan tu bagaimana? Saya kena plan nak bagi pada siapa harta saya ke?

A : Betul. Tulis tangan pon tak pe, asalkan saya boleh baca.

 

Q49 : Rumah bagaimana nak agihkan tuan? Tak kan nak letak dapur siapa punya, bilik air siapa punya?

A : Ikut percent (%) saje, bila dah pindah milik andaikata tiada siapa nak duduk rumah tu. Boleh jual dan hasil jualan akan diserahkan mengikut peratus yang ditetapkan.

 

Q50 : Tuan, Sales and Purchase Agreement nak fotostat semua ke?

A : Tak perlu, muka surat yang ada menunjukkan alamat rumah (PT no, HS no, mukim, daerah dan etc. Bahagian yang anda sain perlu juga (bahagian term & condition tak perlu).

 

Q51 : Banyak betul dokumen nak kena sediakan wasiat nie.

A : Benar, ini bagi memudahkan wasi mentadbir harta pusaka, melunaskan hutang serta melaksanakan kebajikan yang anda hajati.

 

Q52 : Semua harta nak declare ke?

A : Jika anda nak memudahkan urusan waris kenapa nak sembunyikan? Boleh jawab soalan saya?

 

Q53 : Kenapa perlu declare?

A : Sebab jika pasangan anda tidak tahu anda memiliki harta tersebut, kemungkinan harta tersebut tidak dapat diuruskan. Ada kes, harta tertinggal yang tidak diserahkan kepada waris yang berhak. Selepas 5 – 6 tahun selepas pembahagian pusaka, baru tau kewujudan harta tersebut. Kan dah menyusahkan waris-waris? Contoh lain: beli rumah guna nama adik. Anda mati, adik senyap je buat tak tahu. Atas kertas dah nama dia, bagaimana nak tuntut? Jangan buang masa dan duit untuk naik turun mahkamah.

 

Q54 : Susah la, Sales and Purchase Agreement rumah tak jumpa.

A: Boleh buat wasiat dulu dengan maklumat apa yang ada, jika dah jumpa kemudian boleh update. Jika masih tak jumpa sila minta salinan daripada developer.

 

Q55 : Jika saya beli atas tangan bagaimana?

A: Mesti ada dokumen jual beli antara anda dan penjual. Mesti ada rekod. Jika berlaku pertikaian di kemudian hari, bagaimana nak membuktikan rumah tersebut milik anda? Sila jawab.

 

Kredit : Ustaz Hannafi.com