Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Monday, August 8, 2022

Rekabentuk Pengajaran (RP)

REKA BENTUK PENGAJARAN 

Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru tidak dapat mencapai keberkesanan dalam pengajaran. Terdapat banyak model reka bentuk pengajaran yang boleh menjadi panduan menghasilkan proses atau bahan pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi perkara asas berikut: 

 (a) menentukan keperluan pelajar;
 (b) menentukan matlamat dan objektif;
 (c) membina prosedur penilaian;
 (d) mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian;
 (e) mencuba sistem pengajaran; dan
 (f) menilai keseluruhan sistem. 

 
PERANAN DAN KEPENTINGAN REKA BENTUK PENGAJARAN

Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan bagi membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan serta digemari oleh pelajar. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus membina disiplin yang positif. Ini kerana pengajar dapat melaksanakan pengajaran dengan lancar dan menarik serta tidak membazir masa dan sistematik.


MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN

Model ASSURE dan ADDIE merupakan model reka bentuk pengajaran yang biasa digunakan dalam proses pemilihan dan penghasilan media. Berikut adalah perbandingan langkah-langkah dalam kedua-dua model tersebut.




  

No comments: