Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Sunday, July 14, 2024

Uslub Dakwah Bi al-Hikmah

𝗖𝗔𝗧𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗡𝗢𝗧𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚 𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗦𝗬𝗔𝗜𝗞𝗛 𝗣𝗥𝗢𝗙. 𝗗𝗥. 𝗠𝗨𝗛𝗬𝗜𝗗𝗗𝗜𝗡 𝗔𝗟𝗜 𝗔𝗟-𝗤𝗔𝗥𝗔𝗗𝗛𝗔𝗚𝗛𝗜

📌 Dakwah seru kepada Allah merupakan rukun penting dalam Islam selepas rukun Iman dan Islam.

📌 Dakwah menjadi penghubung keimanan dan akhlak seseorang dengan yang lain.

📌 Dakwah menjadi risalah pada nabi bermula Nabi Adam AS sehingga Rasulullah SAW. 

📌 Dakwah berkaitan dengan penyampaian kepada orang lain. Maka ia memiliki 4 syarat: 

1. Dakwah dengan hikmah
* Hikmah - Pilih uslub yang bersesuai pada tempat yang terbaik, waktu dan suasana yang terbaik.
* Hikmah juga merujuk kepada ilmu yang bermanfaat.
* Ia mesti berkaitan dengan ilmu dan pengalaman.

2. Dakwah dengan Peringtan yang Baik (Maw'idzah al-Hasanah)
* Dapat menyentuh hati dan perasaab manusia.
* Perlu cara yang paling indah.

3. Dakwah dengan Basirah
* Ia bukan penglihatan tetapi ia ialah amalan akal dan amalan hati, analisis yang boleh melihat kepada kebaikan dan keburukan dan boleh membandingkannya.
* Basirah - Penglihatan yang jauh dan mendalam penghayatannya.
* Melibatkan penilaian kepada kesan jangka masa panjang.
* Berkaitan juga dengan fiqh al-ma'alat. Contoh: Larangan Allah SWT untuk mencela berhala-berhala.
* Ia melibatkan juga mengambil kira kesan yang jangka masa panjang

4. Dialog (al-Hiwar)
* Mestilah dengan dalam keadaan yang paling baik (ahsan)
* Rujukan kepada ayat-ayat berkenaan dialog dengan ahli kitab.
* Kalimah ahsan digunakan sebagai nakirah bukan makrifah kerana kebaikan itu berubah-ubah mengikut keadaan dan tidak tetap.

📌 Pemikiran seorang Muslim dan da'i mestilah menggunakan yang paling baik dan tidak jumud.

📌 Pendakwah jangan menjadi jumud tetapi sentiasa memperbaharui cara menyampaikan dakawah supaya menjadi yang terbaik.

📌 Kaedah - Jika ada yang baik dan lebih baik, maka perlu gunakan yang paling baik dan tinggalkan yang baik.

📌 Penekanan uslub yang paling baik dalam berdakwa kerana dakwah melibatkan manusia yamg dimuliakan Allah SWT (Bani Adam) bukan umat Islam (Muslimin)

📌 Agama tidak boleh disampaikan dengan cara paksaan kerana ia melibatkan keimanan yang memerlukan cara yang menyentuh hati dan peradaan.

📌 Bukti sejarah - Zaman kerajaan Islam silam tiada paksaan kepada Islam bahkan golongan bukan Islam masih ramai sehingga kini. Contoh di Mesir, Syam dan Iraq. 

📌 Islam membuka ruang untuk umat Islam hidup bersama bukan Islam dan melakukan kebaikan.

📌 Contoh lain, di Andalus, Portugal dan Perancis ketika umat Islam memerintah, bukan Islam tidak diusik tetapi sebaliknya apabila mereka memerintah, umat Islam semakin berkurang akibat dibunuh dan ditindas.

📌 Sejarah Islam mencatatkan tiada pembunuhan bukan Islam secara besar-besaran kerana hukuman dalam kerajaan Islam hanya melibatkan individu bukan seluruh kaum dan bangsa.

📌 Dakwah kita gabungkan cara terdahulu yang terbaik dengan kaedah terkini yang terbaik. 

📌 Ayat al-Quran mengumpamakan dakwah sebagai  Kalimah al-tayyibah.

📌 Bagai sebatang pokok - dakwah menjadi terasnya (asluha thabit).

📌 Bagai sebatang pokok yang ada akar dan rantingnya. Akar ialah usub dakwah yang utama manakala rantingnya ialah cara-cara dakwah disampaikan seperti media sosial. Jika rantingnya dipotong ranting yang baharu akan tumbuh bermaksud pendekatan sentiasa boleh diperbaharu.

📌 Non Muslim mengakui bahawa Islam itu seperti satu ideaologi yang ideal tetapi tiada dilihat pelaksanaannya.

📌 Sebenarnya Rasulullah telah melaksanakan semua prinsip-prinsip Islam itu juga diikuti dengan para sahabat. 

📌 Pendakwah bagaikan seorang doktor yang perlu memasuki hati melalui pintunya.

📌 Pintu yang utama ialah melalui pintu akhlak. 

📌 Kisah seorang prof Perancis (Roger Garaudy) memeluk Islam melalui seorang askar Algeria - Era penjajahan Perancis terhadap Algeria. Sikap tentera Algeria yang tidak membunuh tawanan.

📌 Kisah anda syeikh dengan isterinya:

* Syeikh ada jiran AS yang akhirnya telah memaluk Islam.
* Sebelum itu jiran syeikh sering dijemput makan bersama di rumah.
* Jiran syeikh mengakui bahawa dia tidak memeluk Islam kerana buku syeikh tetapi sebab yang lain.
* Sebabnya adalah kerana isteri syeikh yang sering mengirim makanan yang sedap dimasak di rumah sehingga menyebabkan dia tersentuh.

📌 Melaksanakan rukun-rukun dakwah yang telah dikongsikan, memelihara kesatuan negara, hidup aman, hormat orang lain sebagaimana pesanan agama.

Kredit kepada Ustaz Ahmad Firdaus Bin Kadir  untuk terjemahan yang terbaik 🤩🤩

No comments: