DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN HIJRAH
Insya
Allah pada kali ini, kita akan membuat kesimpulan/ringkasan mengenai isu amalan
awal muharam. Untuk memudahkan kita, Kami akan mengkhususkan kesimpulan kita
ini berkisar mengenai amalan doa awal dan akhir tahun.
Berikut
adalah doa yang dimaksudkan:
Awal tahun
"Segala
puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian
alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga
baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan
larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai
perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau
memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon
keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun
ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada
Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini
dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam
ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya.
Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir
sekalian alam".
Akhir tahun
"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang
memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan
kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah
yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan
kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon
daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya,
tenteranya dan penolongnya dan aku emohon perlindungan daripada nafsu amarah
yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang
tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke
atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya.
Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir
sekalian alam".
Manakala
berikut ini adalah fadhilat serta kaedah pembacaan yang sering kelihatan:
Ibnu Abbas berkata: "Siapa yang membaca doa ini pada 1
Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu".
Selepas
doa(awal tahun) dibaca, berkatalah syaitan, "Kesusahan bagiku dan
sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya
setahun".
Selepas dibaca doa akhir tahun, syaitan berkata, "Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".
Bacalah doa awal tahun berikut
sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada
hari terakhir bulan Zulhijah.
Bacalah doa akhir tahun
sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam.
DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN HIJRAH
Kami telah cuba untuk mencari serta menjejak kesemua
fadhilat serta kaedah pembacaan di atas, namun sayangnya hasil pencarian kami
tidak membuahkan sebarang hasil. Bukan hanya kitab-kitab hadis sittah, malahan
kitab hadis dhaif dan palsu juga telah kami cuba mencarinya namun hasilnya
serupa, hampa.
Bukan
di situ sahaja usaha kami, bahkan fatwa-fatwa dan sumber dari ulama-ulama luar
negara selain nusantara telah kami selongkar, tapi juga tidak membuahkan hasil.
Maka kami telah membuat kata putus bahawa semua fadhilat serta kaedah pembacaan
yang dinyatakan di atas adalah batil dan tidak sabit pada nas al-Quran dan
hadis sahih.
Rasulullah
saw telah bersabda dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari yang beerti:
Barangsiapa
yang beramal dengan sesuatu amalan yang tidak ada hubungan dengan urusan kita,
maka ia tertolak.
Maka
di sini telah jelas bahawa barangsiapa yang mengamalkan amalan awal Muharam(Doa
Awal dan Akhir Tahun), beriqtikadkan bahawa ia mempunyai kelebihan sepertimana
yang digambarkan, apatah lagi mengatakan amalan ini adalah sunnah Rasulullah
saw, maka amalannya tertolak. Dan Allah Rasulullah saw juga telah memberi
amaran kepada mereka yang berdusta terhadap baginda saw dalam hadis sahih yang
bermaksud:
Barangsiapa
yang melakukan pendustaan ke atasku dengan sengaja, maka sediakanlah tempat
duduknya di dalam neraka. Hadis Mutawtir
Ibnu
Masud pernah berkata yang bermaksud:
Hendaklah
anda sekalian mengikuti apa saja yang dibawa oleh Rasulullah saw dan jangan
anda mengada-adakan sesuatu yang baru. Sesungguhnya sudah cukup bagi anda
sekalian(sunnah yang dibawa oleh Rasulullah saw).
Ibnu
Abbas juga pernah berkata:
Hendaklah
anda sentiasa bertaqwa kepada Allah dan beristiqamah. Ikutilah(apa saja yang
disunnahkan oleh Rasullah saw) dan janganlah anda mengada-adakan sesuatu yang
baru.
Kesimpulan
Doa
pada asal memang terdapat dalam Islam. Dalilnya cukup banyak. Baik di dalam
Al-Quran maupun hadis-hadis sahih. Namun begitu, terdapat juga sesetengah pihak
yang menaylahgunakan konsep berdoa itu yang sebenar. Mereka menciptakan
waktu-waktu khas yang kononnya mustajab yang tidak sabit dari al-Quran dan
hadis, mereka menciptakan fadhilat-fadhilat yang kononnya memberi ganjaran
apabila dilakukannya dan bermacam-macam lagi. Kesan dari itu wujudlah
sepertimana yang sedang kita bincangkan ini iaitu doa awal dan akhir tahun.
Kami
berpendapat adalah tidak salah untuk dibacakan doa-doa tersebut. Kerana berdoa
memanglah digalakkan. Tetapi doa tersebut tidaklah seharusnya dijadikan satu
amalan yang dilakukan hanya kerana datangnya tahun baru. Apatah lagi dikaitkan
doa tersebut kononnya sabit dari Rasulullah saw. Juga mengatakan dengan
membacanya maka akan diperolehlah fadhilat-fadhilat tertentu. Kerana kesemua
riwayat yang berkaitan doa awal dan akhir tahun ini adalah batil. Ingatlah pada
sebuah hadis yang masyhur yang bermaksud:
Sesungguhnya
benar-benar hadith(percakapan) itu ialah kitab Allah. Sebaik-baik petunjuk
ialah petunjuk Muhammad saw. Manakala sejahat-jahat urusan itu ialah yang
diada-adakan, kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bidah manakala setiap
bidah adalah sesat. Hadis riwayat Muslim
Dalam
hadis riwayat An-Nasai pula terdapat tambahan:
.dan
setiap kesesatan itu di dalam neraka.
Doa
tersebut boleh saja dibaca pada lain-lain waktu. Bukan dikhaskan hanya ada awal
dan akhir tahun sahaja.
Beginilah
pendapat dan pegangan kami. Sekiranya terdapat sesiapa yang mungkin dapat
mengutarakan dalil dari al-Quran dan hadis yang sahih berkaitan amalan ini
haraplah berbuat demikian. Kerana sesungguhnya kami hanyalah hamba Allah yang
lemah.
Sekian.
Wassalam
DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN HIJRAH
Rujukan
Fatwa
Islamiyah
-Sheikh
Abdul Aziz bin Baz
-Sheikh
Muhammad bin Salih Al-Uthaimin
-Sheikh
Abdullah bin Abdur-Rahman Al-Jibreen
-The
Permanent Committee and the decisions of Fiqh Council
Disusun
oleh Muhammad bin Abdul Aziz al-Musnad
Khilafiah,
Bidah dan Maslahah Umum
Oleh
Ustaz Basri Ibrahim
Bidah
Menurut Ahli Sunnah
Oleh
Rasul Dahri
Dua
The Weapon of the Believer
Oleh
Abu Ammaar Yasir Qadhi
Isu-isu berkaitan:
Kredit kepada : www.Islamonline.com
No comments:
Post a Comment