Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Monday, June 14, 2021

Tawaran Program Bahasa Arab UiTM Shah Alam

*TAWARAN KEMASUKAN KE Program Sarjana Muda Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Arab Komunikasi Profesional (LG242):*
⭕Program ini ditawarkan di UiTM Shah Alam. 
⭕Tempoh pengajiannya hanyalah 3 tahun ( 6 semester) sahaja sebanyak 120 jam kredit. 
⭕Antara *syarat-syarat* kemasukan ialah:
- merupakan lulusan Diploma Bahasa Arab/ Pengajian Islam dengan CGPA tidak kurang daripada 2.50.
ATAU
- merupakan *lepasan Diploma* Bahasa Arab/ Pengajian Islam dengan CGPA tidak kurang daripada 2.30 beserta pengalaman bekerja selama 2 tahun. 
ATAU
- merupakan *lepasan STAM* dengan sekurang-kurangnya pangkat *Jayyid.*
ATAU
- merupakan *lepasan Asasi / Matrikulasi* dalam bidang Bahasa Arab dengan CGPA tidak kurang daripada 2.50.
ATAU 
- merupakan *lepasan STPM* dengan CGPA tidak kurang daripada 2.00
DAN
- memperolehi keputusan SPM dengan sekurang-kurangnya C bagi subjek-subjek berikut:
- Bahasa Arab, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Al-Quran dan dan As-Sunnah / Tasawwur Islam, Bahasa Inggeris 

 _🤔Apa *kelebihan program* ini?_ 
👉🏻Kos yuran pengajian yang sangat murah. 
👉🏻Tiada peperiksaan akhir. 
👉🏻Bidang fokus kepada kemahiran komunikasi profesional
👉🏻Pelbagai kursus yang relevan menarik. 
👉🏻Program diiktiraf MQA. 

Jom mohon Program Sarjana Muda Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Arab Komunikasi Profesional (LG242) melalui UPU 
 *KOD UPU- UE6224004* 

📌Maklumat lanjut program LG242 boleh didapati dari pautan berikut:
https://sites.google.com/uitm.edu.my/apblg242/students/admission-requirement?authuser=0

📌Video program LG242 boleh ditonton melalui: 
Siri 1: https://youtu.be/eJodNR-uvuA
Siri 2: https://youtu.be/4_qiCvhJgUY

*Hubungi no whatsapps Pejabat Akademi Pengajian Bahasa untuk sebarang pertanyaan* :
📞https://wa.me/message/UUR2MEBKBNFSM1?src=qr

*Ayuh!! Kunjungi booth maya* kami melalui pautan google meet hari ini!!! 
Isnin, 14/6/2021/, 8 pg-5 ptg
http://bit.ly/LG242booth

1 comment:

Unknown said...

Kalau lepasan diploma selain diploma bahasa arab/pengajian islam boleh mohon ke?