Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Monday, April 22, 2024

Penilaian PAFA Sekolah Rendah

Penilaian PAFA Sekolah Rendah

KONSEP PAFA

 

Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) ialah beberapa perkara yang terpenting dari Fardu Ain yang berkaitan dengannya, yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam. PAFA hendak dipastikan supaya tiap-tiap murid/pelajar benar-benar mengetahui, memahami dan boleh mengamalkannya dengan cara yang betul dan sempurna sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak.

 

TUJUAN

 

·         Mengenalpasti murid/pelajar yang lemah dalam kefahaman dan amalan Perkara Asas Fardu Ain, kemudian membimbing sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkan dengan betul dan sempurna.

·         Mempastikan tidak terdapat sebarang keciciran dalam Perkara Asas Fardu Ain. Dengan perkataan lain, menentukan kejayaan 100%.

·         Menimbulkan dan menyuburkan keinsafan dan kerelaan yang positif untuk menghayati amalan kehidupan sehari-hari.

 

 PERATURAN PAFA

1.   Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) dijalankan dalam ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

2.   Penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah.

3.   Penilaian dijalankan sendiri oleh guru mata pelajaran Pendidikan Islam di kelas masing-masing sebagai proses penilaian biasa dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).

4.  Penilaian dijalankan secara lisan dan amali mengikut sebagaimana yang telah ditetapkan.

5.    Soalan dan jawapan penilaian adalah sebagaimana yang telah ditetapkan dalam laman web ini. Soalan dan jawapan tersebut tidak rahsia. Murid-murid hendaklah diberitahu lebih awal.

6.    Tempuh penilaian bermula dari hari pertama pada penggal pertama persekolahan dalam tahun peperiksaan berkenaan, dan berakhir sebulan sebelum tarikh peperiksaan bertulis dijalankan.

7.   Sepanjang tempuh penilaian tersebut, murid hendaklah diberi masa, peluang dan bimbingan yang secukupnya untuk mengulang, memperbetulkan dan memperbaiki kesalahan dan kelemahan sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkan sesuatu kelemahan dengan jaya, betul dan sempurna.

8.   Pencapaian murid hendaklah dicatat dari masa ke semasa secara kemaskini dalam Borang Individu dan Borang Berkelompok. Catatan tersebut adalah rekod bagi proses dan keputusan penilaian yang dicapai oleh murid/pelajar.

9.   Suatu penyetaraan akan dijalankan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri/ Bahagian/ Daerah sebagai sebahagian dari tugas penyeliaan harian biasa. Penyetaraan adalah untuk tujuan pengesahan dan pelaporan penilaian.

10.  Pencapaian LULUS dalam sesuatu KOD/TAJUK ialah apabila murid faham dan dapat mengamalkan kemahiran sekurang-kurangnya pada tahap keupayaan yang PALING MINIMUM  sekira-kira 'SAH' di segi Syara'.

11.  Murid /Pelajar diakui LULUS dalam keseluruhan penilaian Perkara Asas fardu Ain apabila mereka berjaya memahami dan mengamalkan semua KOD/TAJUK soalan yang ditetapkan.

12.  Pihak sekolah hendaklah melaporkan keputusan penilaian kepada Lembaga Peperiksaan Kementerian Penidikan menurut prosedur biasa yang ditetapkan.

13.  Kementerian Pendidikan akan melaporkan pernyataan 'LULUS' atau 'GAGAL' dalam keputusan atau sijil peperiksaan. Pernyataan tersebut tidak mengubah atau menjejaskan sistem penggredan dan aggregat keputusan peperiksaan yang sedang berjalan sekarang.

 

 PELAKSANAAN PAFA

 

Pelaksanaan PAFA adalah berdasarkan kepada surat pekeliling berikut:

 
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1994 :

Penilaian Perkara Asas Fardu ’Ain (PAFA) Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertarikh 12 Mac 1994 bersamaan 29 Ramadhan 1414H.

 

Surat Pekeliling Ikhtisas ini adalah untuk memaklumkan bahawa Perkara Asas Fardu ’Ain akan dinilai dan dilaporkan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mulai Sesi 1994/1995. Perkara Asas Fardu ’Ain tersebut adalah seperti berikut :

 

Bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ialah :

 

(a)  Mengucap Dua Kalimah Syahadah

(b)  Rukun Iman

(c)  Rukun Islam

(d)  Beristinjak

(e)  Membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada najis

(f)   Berwuduk

(g)  Mandi Wajib

(h)  Solat Fardu, termasuk Azan, Iqamah, menjawb Azan dan Iqamah, serta Doa selepas Azan dan Iqamah

(i)   Puasa : Dalam aspek niat, perkara-perkara yang membatalkan puasa dan hikmat

(j)   Adab terhadap ibu bapa

(k)  Ihsan

 

 SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 17/2002 :

PELAKSANAAN PENILAIAN PERKARA ASAS FARDHU AIN (PAFA) DI SEKOLAH KEBANGSAAN DAN SEKOLAH MENENGAH bertarikh 3 Disember 2002.

 

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa Penilaian PAFA yang sedangdilaksanakan di sekolah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1994 : Penilaian Perkara Asas Fardhu ’Ain (PAFA) Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertarikh 12 Mac 1994 telah disemak semula. Penilaian PAFA Semakan ini akan dilaksanakan serentak dengan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR/KBSM Semakan bermula sesi Persekolahan 2003.

 

 

2. Bagi menyelaras pelaksanaan dan menentukan keberkesanan penilaian tersebut, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan tiga buah buku panduan berikut:

 

2.1 Buku Panduan dan Rekod Pencapaian Penilaian Perkara Asas Fadhu Ain (PAFA) UPSR;

2.2 Buku Panduan dan Rekod Pencapaian Penilaian Perkara Asas Fadhu Ain (PAFA) UPSR/PMR/SPM; dan

2.3 Buku Panduan dan Rekod Pencapaian Penilaian Perkara Asas Fadhu Ain (PAFA) PANDUAN GURU.

 

3. Setiap murid Islam dan Guru Pendidikan Islam harus memiliki buku berkaitan. Sekiranya murid berpindah ke sekolah lain mereka hendaklah membawa bersama buku tersebut dan menyerahkan kepada guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam dikelasnya. Murid dan guru boleh membeli buku tersebut di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau cawangan-cawangannya. Setiap sekolah hendaklah memiliki sekurangkurangnya satu set buku-buku tersebut sebagai rujukan.

 

4. Soalan yang akan ditanya semasa penilaian PAFA adalah tidak rahsia. Semua murid mesti lulus 100% kod-kod yang telah ditetapkan. Guru boleh menilai keupayaan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan pada bila-bila masa setelah murid bersedia. Guru bertanggungjawab membimbing secara berterusan dan mempastikan mereka menguasai setiap kod yang ditentukan.

 

5. Surat Pekeliling Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1994 : Penilaian Perkara Asas Fardhu ’Ain (PAFA) Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertarikh 12 Mac 1994.

 

 

APA YANG HENDAK DICAPAI OLEH PAFA?

 

Melalui P&P, perkara yang hendak dicapai oleh setiap murid/pelajar ialah:

 

  1. Boleh mengucap Dua kalimah syahadah dengan betul serta mengetahui dan memahami maknanya.
  2. Mengingat dan memahami Rukun Islam dan Rukun Iman.
  3. Mengetahui, memahami dan boleh mengamalkan cara menyucikan tubuh badan, pakaian, tempat daripada najis, berwuduk, mandi wajib dan  tayammum.
  4. Boleh mendidikan solat fardu dan yang berkaitan dengannya seperti azan, iqamah, menjawab azan dan iqamah serta do’anya.
  5. Menghayati ibadat puasa, memahami hikmahnya dan perkara-perkara yang membatalkan puasa.,
  6. Mengetahui dan menghayati akhlak yang mulia yang berasaskan ‘ihsan’ dan bermula dari ‘birru al-walidain’.
  7. Memahami dan meyakini sistem kekeluargaan Islam dalam pembentukan ummah yang kuat dan teguh.

 STRUKTUR PELAKSANAAN

 

Sekolah Rendah:

         Tahun 1 : Jun – Oktober

         Tahun 2 – 5 : Januari – Oktober

         Tahun 6 (UPSR): Januari – Julai

 

Kemaskini Borang Berkelompok:

         Mac

         Jun

 

 

JADUAL TINDAKAN PELAKSANAAN

 UJIAN PAFA (SR)

 

Bil

Tindakan

Jan

Feb

Mac

Apr

Mei

Jun

Julai

Ogos

Sept

OKt

Catatan

1

Memastikan murid memiliki buku panduan penilaian PAFA

 

 

 

 

2

Penyediaan Fail PAFA (borang berkelompok)

 

 

3

Pelaksanaan PAFA

3.1 Tahun  1

3.2 Tahun 2-5 

3.3 Tahun 6

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

4

Kemaskini borang berkelompok

 

 

5

Menghantar keputusan penuh PAFA/ Disket ke Unit/ Bahagian Peperiksaan (JPN)

 

6

Mengemaskini rekod pencapaian individu murid yang akan berpindah sekolah baru (sekiranya ada)

7

Penyetaraan daripada Kementerian/JPN/ Bahagian/ Daerah

Mengikut taqwim pihak berkenaan

 

 

AGIHAN KOD PAFA

(SR)

 

 

TAHUN

 

KOD DINILAI

 

TAJUK

 

1

01

Mengucap Dua Kalimah Syahadah

02

Rukun Islam

03

Rukun Iman

04

Beristinjak

05

Membersihkan diri, pakaian dan tempat dari najis

 

2

06

Cara Berwudhuk

07

Cara Bertayammum  (SM)

08

Cara Mandi Wajib

09

Azan dan iqamah serta jawapan dan doa selepasnya

10

Solat Fardhu

 

3

11

Solat Jenazah  (SM)

12

Puasa

13

Adab Terhadap Ibu bapa

15

Ihsan

16

Kewajipan Menutup Aurat  (SM)

17

Batas Pergaulan Dalam Islam (SM)

 

4

01

Mengucap dua kalimah syahadah

02

Rukun Islam

03

Rukun Iman

04

Beristinjak

05

Membersihkan diri, pakaian dan tempat dari najis

06

Cara Berwuduk

07

Cara Bertayammum (SM)

08

Cara mandi wajib

09

Azan dan Iqamah serta jawapan dan doa selepasnya

 

5

10

Solat Fardhu

11

Solat Jenazah (SM)

12

Puasa

13

Adab terhadap ibu bapa

14

Perkahwinan (SM)

15

Ihsan

16

Kewajipan menutup aurat (SM)

17

Batas pergaulan dalam Islam (SM)

15

Ihsan

 

RUMUSAN

 

1.        Penilaian PAFA adalah suatu proses bimbingan dan penilaian yang berterusan sehingga murid mencapai sekurang-kurangnya tahap minima.

2.        Penilaian PAFA dijalankan secara lisan (L) dan amali (A) mengikut kod-kod yang telah ditetapkan. Contoh:

                        i.  L1.1 : Ujian secara lisan sahaja

                        ii. A9.4 : Ujian secara amali sahaja

                        iii. LA 5.1: Ujian secara lisan dan amali

                        iv. A/L9.1: Ujian secara amali atau lisan

 

Monday, April 15, 2024

Pelaksanaan dan pengurusan pentaksiran autentik dalam Pendidikan Islam

Pelaksanaan dan pengurusan pentaksiran autentik dalam Pendidikan Islam

* Portfolio

* Prestasi (PerformanceBased)

* Penilaian Rakan Sebaya

* Penilaian Kendiri

 

Pelaksanaan dan pengurusan pentaksiran autentik dalam Pendidikan Islam melibatkan beberapa langkah penting yang berfokus pada pengumpulan bukti, penilaian prestasi, serta penilaian dari rakan sebaya dan kendiri. Mari kita bahaskan setiap elemen ini:

 

i. Portfolio

Pelaksanaan: Guru akan menetapkan pelbagai tugas dan aktiviti kepada pelajar untuk disiapkan dan dimasukkan ke dalam portfolio mereka. Aktiviti ini boleh merangkumi penulisan esei, pengkajian al-Quran, projek pembelajaran berbentuk kumpulan, atau sebarang tugas berkaitan Pendidikan Islam.

Pengurusan: Guru perlu memberi arahan yang jelas kepada pelajar tentang jenis kerja yang perlu dimasukkan ke dalam portfolio dan tarikh akhir penyerahan. Mereka juga perlu menyediakan panduan tentang cara menyusun dan menyampaikan portfolio dengan betul.

 

Kekuatan

Menunjukkan Kepelbagaian: Portfolio membolehkan pelajar untuk menunjukkan kemahiran mereka dalam pelbagai bentuk, termasuk penulisan, projek, dan penyelidikan. Ini memberi peluang kepada pelajar untuk menonjolkan kepelbagaian bakat dan minat mereka.

Pemantauan Kemajuan: Guru dapat menggunakan portfolio untuk melihat perkembangan pelajar dari semasa ke semasa. Ini membolehkan mereka memberi maklum balas yang lebih berfokus dan penyokong kepada pelajar.

 

Kelemahan:

Masa dan Tenaga: Menyediakan portfolio yang komprehensif memerlukan masa dan tenaga yang signifikan dari pelajar dan guru. Ini mungkin menjadi beban tambahan, terutamanya jika terdapat banyak tugas dan projek yang perlu dimasukkan.

Subjektiviti: Penilaian portfolio mungkin lebih subjektif berbanding dengan ujian berformat tetap. Ini kerana penilaian bergantung kepada penilaian guru terhadap kualiti kerja yang diserahkan.

 

ii. Prestasi (Performance-Based)

Pelaksanaan: Prestasi dalam konteks pentaksiran autentik dalam Pendidikan Islam boleh merujuk kepada kemahiran dalam melakukan ibadah seperti solat, puasa, dan membaca al-Quran, serta pengetahuan dan pemahaman terhadap konsep-konsep agama. Pelajar akan dinilai berdasarkan kebolehan mereka untuk melaksanakan tugas-tugas ini dengan baik.

Pengurusan: Guru perlu menyediakan peluang kepada pelajar untuk menunjukkan prestasi mereka dalam konteks kehidupan sebenar, misalnya, dengan mengamalkan solat berjemaah di dalam kelas atau menunjukkan kemahiran membaca al-Quran secara fasih. Mereka juga perlu memberikan maklum balas yang menyeluruh tentang prestasi pelajar.

 

Kekuatan:

Pengalaman Sebenar: Melibatkan pelajar dalam aktiviti yang mencerminkan kehidupan sebenar agama Islam memberi mereka pengalaman langsung yang bermakna dan dapat diterapkan dalam kehidupan sehari-hari.

Penilaian Holistik: Prestasi tidak hanya dinilai berdasarkan pengetahuan tetapi juga kemahiran dan amalan keagamaan sebenar. Ini membolehkan penilaian yang lebih holistik terhadap pencapaian pelajar.

 

Kelemahan:

Kesukaran Pengukuran: Prestasi agama adalah subjektif dan sukar diukur dengan objektif. Penilaian prestasi agama sering kali melibatkan elemen kepercayaan dan pengalaman peribadi, yang boleh membuatnya sukar untuk diukur secara konsisten.

Standard Prestasi: Menetapkan standard prestasi yang konsisten dalam konteks agama Islam mungkin menjadi cabaran, kerana ia melibatkan elemen kepercayaan dan budaya yang berbeza.

 

iii. Penilaian Rakan Sebaya

Pelaksanaan: Pelajar akan dinilai oleh rakan sebaya mereka melalui aktiviti seperti penugasan berpasangan atau kumpulan, di mana mereka memberi maklum balas kepada satu sama lain tentang prestasi dan kerja mereka.

Pengurusan: Guru perlu memberi arahan yang jelas kepada pelajar tentang kriteria penilaian dan proses memberi maklum balas kepada rakan sebaya. Mereka juga perlu memastikan bahawa proses ini berlaku dengan adil dan menggalakkan perkembangan pelajar.

 

Kekuatan:

Maklum Balas Pelajar kepada Pelajar: Penilaian rakan sebaya membolehkan pelajar untuk belajar daripada satu sama lain dan memberi maklum balas yang lebih mesra serta mudah difahami.

Peningkatan Hubungan Sosial: Aktiviti yang melibatkan penilaian rakan sebaya dapat memperkuatkan hubungan antara pelajar dan memupuk persefahaman dan kerjasama.

 

Kelemahan:

Bias dan Pertimbangan Subjektif: Penilaian oleh rakan sebaya mungkin dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti hubungan peribadi dan kecenderungan subjektif. Ini boleh mengakibatkan penilaian yang tidak objektif.

Ketidakselesaan: Beberapa pelajar mungkin berasa tidak selesa memberi atau menerima maklum balas dari rakan sebaya, terutamanya jika terdapat persaingan atau konflik di kalangan mereka.

 

iv.Penilaian Kendiri

Pelaksanaan: Pelajar akan dinilai berdasarkan keupayaan mereka untuk menilai prestasi dan perkembangan mereka sendiri dalam Pendidikan Islam. Mereka akan diminta untuk merefleksikan pencapaian mereka, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan, serta merancang langkah seterusnya untuk peningkatan.

Pengurusan: Guru perlu menyediakan alat penilaian kendiri yang sesuai untuk pelajar, seperti borang penilaian kendiri atau sesi refleksi. Mereka juga perlu memberi panduan kepada pelajar tentang bagaimana melakukan penilaian kendiri dengan betul dan memberikan sokongan yang diperlukan untuk perkembangan mereka.

 

Kekuatan:

Pemantauan Kendiri: Penilaian kendiri membolehkan pelajar untuk memantau prestasi mereka sendiri dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka. Ini memberi mereka kawalan yang lebih besar terhadap proses pembelajaran.

Peningkatan Kesedaran Diri: Melalui refleksi dan penilaian kendiri, pelajar dapat meningkatkan kesedaran mereka terhadap proses pembelajaran dan mengenal pasti bidang di mana mereka perlu meningkatkan.

 

Kelemahan:

Ketidakobjektifan: Penilaian kendiri mungkin tidak selalu objektif kerana pelajar cenderung untuk memihak kepada diri sendiri atau menilai diri mereka dengan lebih keras atau lebih lemah daripada yang sepatutnya.

Kekurangan Pemahaman: Beberapa pelajar mungkin mempunyai kesukaran untuk menilai prestasi mereka sendiri dengan tepat kerana kurangnya pemahaman terhadap standard penilaian atau keperluan kursus.

 

Kesimpulan

Secara keseluruhan, pentaksiran autentik dalam Pendidikan Islam melibatkan penyediaan peluang kepada pelajar untuk menunjukkan kemahiran, pengetahuan, dan pemahaman mereka dalam konteks kehidupan sebenar, serta memberi mereka peluang untuk merefleksi dan menilai prestasi mereka sendiri dengan kritikal. Ini memerlukan pengurusan yang teliti dan penyediaan sokongan yang mencukupi dari pihak guru.

RUJUKAN

Ahmad Khathri Aminuddin & Nor Idayu Mahat. (2018). Self-Assessment Techniques in Islamic Education: Empowering Students for Lifelong Learning. Cambridge University Press.

Fauzia Janjua. (2019). Developing Authentic Assessment Strategies for Islamic Education: Insights from Practice. Routledge.

Muhammad Moinuddin Qazi dan Muhammad Sharif Soomro. (2020). The Role of Authentic Assessment in Islamic Education: A Review of Literature. Springer.

Noor Azean Atan & Mohd Fauzi Abu Hassan. (2022). Integrating Portfolios into Islamic Education: Practical Strategies for Teachers. Pearson Education.

Nur Izzah Mohd Fauzi & Nur Amalina Zulkifli. (2021). Peer Assessment in Islamic Education: Challenges and Opportunities. Taylor & Francis.