Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Sunday, April 26, 2020

PEMBAHAGIAN PUSAKA: FARAID ATAU SAMARATA

PEMBAHAGIAN PUSAKA: FARAID ATAU SAMARATA

Muqaddimah:
Allah SWT perintah solat dalam Isra' dan Mi'raj.
Kaifiat solat Nabi Muhammad SAW yang ajarkan.
Manakala faraid Allah SWT cerita detail dalam Surah al-Nisa 11, 12 dan 176.
Allah SWT sebut ½, ¼, ⅛, ⅔, ⅓ dan ⅙

Faraid adalah ASAL.
Bahagi ikut ADAT (samarata) adalah PILIHAN.
Semua waris akan menang tanpa ada siapa pun akan kalah.
Waris yang nak faraid akan dapat haknya (tanpa kurang)
Waris yg nak samarata akan dapat haknya juga.

TETAPI:
Samarata hanya LULUS apabila waris yang tuntut faraid dapat haknya dulu.
BAKI harta (setelah waris yg hendak faraid ambil haknya) akan dibahagi samarata.

Waris yang hendak faraid tak boleh dipaksa bersetuju samarata. Katakan waris ada 100 orang anak (ayah rajin nikah, dan isteri banyak yang mati dulu atau dicerai) yang semuanya berumur 18 ke atas. 50 anak lelaki (AL) dan 50 anak perempuan (AP).

Waris yg hendak faraid 1 (satu) AL  sahaja. 99 lagi nak samarata.

Keputusan mahkamah adalah:
1 AL itu akan dapat hak faraid, manakala 49 AL lagi akan dapat samarata bersama 50 AP.

Contoh (saya ditanya pagi ni):
Jika anak si mati ada 7 orang, 2 AL dan 5 AP.
5 AP adalah majoriti.
Apa yang akan berlaku?

Majoriti (dalam kes pusaka) tidak menang di mahkamah.

Harta akan di bahagi 9.
2 AL akan dapat 4 (2 x 2).
Manakala 5 AP akan dapat 5 (setiap 1 AP dapat 1).
Sekira 1 AL setuju dengan hati yang SINAR HARIAN (telus dan tulus) hendak bahagi samarata, maka faraid tetap berlaku.

Formula:
9 (bahagian asal faraid) x 6 (waris yang hendak samarata)=54.
54 ÷ 9=6.
6 x 2=12 (hak 1 AL yang hendak faraid)
54 ÷ 6=7 (hak waris yang hendak samarata)

Keputusan mahkamah:

AL 1=12 (22.22%)
AL 2=7 (12.96%)
AP 1=7 (12.96%)
AP 2=7 (12.96%)
AP 3=7 (12.96%)
AP 4=7 (12.96%)
AP 5=7 (12.96%)

Keputusan di atas adalah jika kesemua waris berumur 18 tahun ke atas. Tapi jika AL ke-2 tu berumur kurang 18 tahun, maka yang akan berlaku hanyalah harta akan  difaraid sahaja (harta dibahagi 9).

AL 1=2 (22.22%)
AL 2=2 (22.22%)
AP 1=1 (11.11%)
AP 2=1 (11.11%)
AP 3=1 (11.11%)
AP 4=1 (11.11%)
AP 5=1 (11.11%)

Semua waris akan menang di mahkamah.
Demokrasi (undi terbanyak) tidak menentukan keputusan hakim.

AL  pasti akan senyum sebab dapat 22.22%.
AP pasti muncung mulut sebab dapat 11.11%.
Ingat:
22.22% yang AL tu + tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
11.11% yang AP dapat tu, memang kurang ½ dari yang AL dapat, tapi ingat:
AP mungkin ada suami.
AP mungkin ada saudara lelaki.
AP mungkin ada AL.
Duit AP bertambah, duit AL makin ciput.
PKP ni suami jenuh berjimat.

Kredit kepada:
Fauzi Thahir (UniSHAMS)
⁰¹³⁵¹⁵⁰³⁵⁵ ²⁶⁰⁴²⁰

No comments: